1-117 Untuk Terakhir Kali

Malam, jam 12. Hujan lebat turun lagi. Siang tadi pun begitu, sejak jam 6. Petang tadi aku pulang ke Rumah No. 54 yang sepi tanpa penghuni. Tiada Odelia. Sampai sekarang aku tak tahu ke mana dia menghilang. Tiada Harith. Aku tak pasti kalau aku perlu menegurnya setelah sekian lama.


Dan Zanna?


Waktu aku berjalan ke pintu utama, sempat aku menjenguk ke balkoni di tingkat tiga. Pintu dan tingkapnya bertutup rapat.


Aku sudah harus menjangkakan itu.


Dengan segera, aku memanjat tangga ke tingkat tiga. Aku ketuk pintunya. Tiada jawapan. Aku ketuk sekali itu saja. Tiada jawapan. Tiada Zanna.


Aku sudah menjangkakannya.


Aku ditinggalkan pergi lagi! Tanpa perasaan. Tanpa apa-apa penjelasan. Tanpa ada sesiapa pun lagi.


Aku terduduk di hadapan pintu di tingkat tiga itu. Sendirian. Tanpa dapat menjelaskan apa-apa untuk diriku sendiri. Tanpa mengerti apa seharusnya yang aku rasa.


Perlahan-lahan, aku menangis. Sekejap cuma, sekadar untuk melepaskan air mata yang terempang tanpa aku sedari. Aku menangis sekali itu saja. Kemudian aku biarkan hujan yang menceritakan pilu yang bergelora dalam sanubari. Hujan bertambah lebat. Dalam hujan lebat itu, aku melangkah keluar dari Rumah No. 54. Aku biarkan saja kaki yang membawa langkahku.


~


Entah jam berapa aku pulang semula. Waktu itu hujan sudah berhenti. Aku turun dari teksi dengan barang-barang lukisanku. Cat dan berus yang aku beli ini sebenarnya tak berguna lagi. Aku tak akan melukis lagi. Potret untuk Zanna itu tak akan siap. Untuk sekali ini, kanvas itu akan terbiar tanpa warnanya. Zanna sudah tiada. Tidak akan ada hidup pada potret itu tanpa dia.


Zanna sudah tiada.


Begitu juga bayang-bayangku. Lampu jalan yang tumpah ke tubuhku tidak meninggalkan apa-apa tanda di tanah aku berpijak. Untuk sekali lagi, bayang-bayangku hilang.


Zanna sudah tiada.


Aku memanjatkan pandangan ke tingkat tiga yang sudah tidak berpenghuni itu. Zanna sudah meninggalkan rumah itu. Zanna sudah meninggalkan aku. Sepi. Sunyi. Sendiri.

Mataku naik ke tingkat empat. Tiada lagi Odelia. Dia juga telah meninggalkan rumah ini. Dia telah meninggalkan aku. Sepi. Sunyi. Sendiri.


Tidak. Aku tak sendiri. Ada Harith di tingkat lima. Untuk sekali ini, aku kuatkan semangat untuk melambai tangan kepadanya. Dia sekadar mengangguk. Di balkoni tingkat lima itu, dia sendiri dalam sepi dan sunyi.


Aku dan Harith sama-sama sepi, sunyi dan sendiri. Untuk sekali ini, ada persamaan itu yang mengiyakan satu persefahaman antara kami berdua. Pasti dalam senyap tanpa bicara itu, kami menanyakan diri:


Apakah Rumah No. 54 ini untuk orang-orang yang kesepian dan kesunyian? Hanya untuk orang-orang yang sendirian. Ditinggalkan? Meninggalkan?


Sumpahan jenis apa ini?


~


Lamunanku dipanggil sedar saat pintu diketuk. Hujan lewat malam itu begitu hampir untuk melenakan aku. Aku bangkit dari perbaringan dan menyarung jeans dan singlet. Ada satu lagi ketukan dan aku segera menyambutnya.


Mia?


Perempuan yang basah kuyup itu tersenyum lemah di hadapanku. Tangan kanannya melekap di perut yang sudah membesar. Dia sekadar membisu, menunggu aku bicara.


“Mia.” Nama itu aku panggil. Tiada rasa apa-apa dalam getar suaraku. Kosong tanpa makna lagi.


“Elijah, I’ve come back... with our child.” Mia tersenyum lagi. Dia membelai kandungannya. Di dalam tubuh itu ada nyawa yang tercantum dari aku dan Mia. “Dah masuk tiga bulan....”


Anak aku dan Mia?


“Baru sekarang Mia pulang?” Suaraku tanpa nada lagi.


“Elijah, saya minta maaf....” Tiada lagi senyum di wajah Mia. Dia memandang aku dengan pandangan yang beku. “For the sake of our baby....”


Anak aku dan Mia?


“Baru sekarang Mia nak minta maaf?” Tanya itu tanpa perasaan lagi.


“Elijah....” Di hujung kata tak sudah itu ada tangis yang menitis.


Tanpa apa-apa rasa lagi, aku terus menutup pintu. Aku dengar Mia memanggil namaku lagi. Berkali-kali dia memanggil aku. Aku terus biarkan Mia di luar. Beberapa kali lagi dia memanggil namaku.


Kemudian senyap.


Mia sudah pergi?


Sepi.


Mia tinggalkan aku lagi?


Sunyi.


Atau sebenarnya aku tak dapat mendengar apa-apa lagi lantaran tangisku sendiri. Aku bersandar lemah di pintu. Sekali lagi aku menangis. Selebat hujan di luar.


Untuk terakhir kali ini, aku meninggalkan Mia di luar. Untuk terakhir kali ini aku biarkan Mia tinggalkan aku.


Untuk terakhir kali ini, aku sendiri lagi.

1-116 Sebuah Rumah Paling Bererti

‘So, this is your last day at Chick!’ Miss Wirda bersuara, cermin mata berbingkai petak yang dipakainya, ditanggalkan dan diletakkan di atas meja. Aku duduk di depannya, meja memisahkan kami. Aku membetulkan duduk dan menyilangkan kaki. Berhadapan dengan boss a.ka. musuh aku selama praktikal di sini.

‘I believe so’ balasku sambil kepala mengangguk perlahan. Miss Wirda memandang tepat ke mukaku, di tangannya artikel terakhir yang aku tulis masih dipegangnya. Dia juga mengangguk.

‘Minus typo and gramatical errors, this is an interesting articel ’ Katanya sambil mengoyang-goyangkan helai-helaian kertas ke udara. Meletakkan kembali ke atas meja, tangannya digenggam membentuk kepal yang diketuk perlahan-lahan di atas meja. Aku masih mendiamkan diri, menunggu serangan seterusnya.

‘What is your next plan, Zanna?’ Soalnya berbasa-basi. Mungkin mahu memenuhi tuntuan sosial sekadarnya. Berbuat baik kepada orang yang diketahui tidak akan datang lagi kerja selepas ini.

Aku berpeluk tubuh, mengeluh perlahan.

‘Nothing particular. I’ll be going to japan, visiting my parents for a few months. Still not sure what to do after that.Times will tell’ Ujarku berterus terang. Hakikat pun, aku sebenarnya tidak tahu apa yang ingin dilakukan. Praktikal di Chick! sudah tamat, kerja sebagai manager Elijah juga sudah berakhir. Biarlah, lepas berehat bersama emak dan ayah akan aku fikirkan rancangan hidup seterusnya.

Miss Wirda nampak terkejut, dia menggigit bibir sedikit, mencari ayat terbaik mungkin untuk meneruskan perbualan yang janggal ini.

‘ I know we don’t have a good relationships during your internships here. But, Zanna, you are good writer with great potential..if, you want to come back after your break, please do so, there will be position waiting for you here at Chick!’ Kata-katanya lembut tetapi tegas. Semacam mahu memberikan keyakinan kepadaku. Aku membulatkan mata, tidak percaya bahawa Miss Wirda akan menawarkan aku kerja di Chick! Di wajahnya terukir senyuman mesra, aku membalasnya dengan senyum lebar.

* * * *

Jarum jam menunjukkan pukul enam petang, aku sudah siap mengosongkan meja. Barang-barang aku letakkan dalam sebuah kotak yang akan aku angkat ke rumah. Tidak banyak sebenarnya, cuma beberapa fail dan aksesori meja. Aku melihat sekeliling, masih ramai yang sedang bekerja. Jam enam di Chick! masih terlalu awal untuk balik sebenarnya. Aku duduk di kerusi di ruang kerjaku, cuba menikmati hari-hari terakhir di tempat kerja yang memberikan banyak pengalaman, baik dan buruk.

Aku bangun, mengangkat kotak dan menuju ke pintu keluar. Menunggu lif, ada tangan memeluk pingganku, terkejut sebentar.

‘I’m gonna miss you’ Amelia bersuara manja, kepalanya disandarkan ke bahuku. Aku tersenyum melihat telatahnya. Dia melepaskan pelukan, memusingkan badanku menghadap dirinya.

‘Me too. Keep in touch ok?’ Aku bersuara. Aku rasa ada air yang sedang mengempang di mata.

‘Sure. Coffee sometimes? ‘ Amelia sudah menitikkan air mata. Dia mengesatnya dengan tisu yang sedia ada dalam genggaman. Aku lihat matanya merah, mungkin sudah banyak kali menangis.

‘Would love too.... hey, dont cry, we’ll see again some time’ Aku berusaha memujuknya. Dia tersengih malu.

Lif sudah terbuka, Amelia memelukku sekali lagi. Aku melangkah masuk, memusingkan badan dan melihat Amelia dan pejabat Chick! tertutup pandanganya perlahan-lahan oleh pintu lif.

* * * *

Ruang rumah 54 sudah kosong, kotak-kotak yang terisi barang-barang aku sudah diambil oleh syarikat penghantar barang sebentar tadi. Aku masih berehat di balkoni, flight ke Tokyo malam ini. Teksi sudah aku hubungi. Akan datang jam 6 petang nanti. Semalam hari terakhir di Chick!, hari ini saat terakhir di rumah no 54. Aku mengeluh perlahan, tangan aku letakkan di jejari besi balkoni. Menghadap pemandangan depan rumah 54.

Terlalu banyak yang terjadi di sini, Erik dan Elijah. Kerja dan Cinta. Semuanya bercambur baur menjadi fabrik-fabrik pengalaman yang tidak ternilai harganya.

Rumah 54 sepi sekali petang itu, waktu sibuk-sibuk mengangkat barang tadi, tidak ada penghuni yang kelihatan. Seperti mana aku datang tidak disedari, baik juga aku pergi tanpa disedari oleh sesiapa. Sengaja tidak memberitahu sesiapa yang aku akan pergi hari ini, terutama Elijah...terutama dia.

Sesuatu terjadi antara aku dan Elijah, sesuatu yang menghilangkan sempadan persahabatan. Yang terjadi kerana kami masing-masing keliru dengan perhubungan masing-masing. Atau lebih tepat masing-masing sedang kecewa dengan cinta sehingga nafsu menjadi taruhan hubungan. Jujurnya aku menyesal, jujurnya aku merasakan diri terlalu murah. Akhirnya, aku ini jenis perempuan bagaimana? Aku sendiri tidak tahu. Menjadi orang ketiga dalam setiap perhubungan membuatkan aku jadi keliru tentang cinta. Kalau ini takdir hidupnya, aku pasrah. Tetapi menyalahkan takdir dan menjadikan takdir sebagai alasan kepada setiap kesilapan terlalu mudah untuk manusia lakukan. Mungkin bukan takdir, tetapi sendiri yang mencari masalah.

Aku menyedut angin petang perlahan-lahan, jam di tangan menunjukkan angka 5.55, ada lima minit lagi sebelum teksi sampai. Tasik di depan rumah 54 lengang tanpa manusia. Langit mendung tanda hujan hendak turun , seperti hati aku yang bila-bila masa boleh runtuh dengan ujian hidup.

Daripada balkoni, aku lihat sebuah teksi berwarna kuning menghampiri. Aku capai jaket dan beg sandang yang terisi pasport dan tiket ke Tokyo malam ini. Mungkin ini pengakhir terbaik yang aku boleh lakukan untuk menebus dosa. Meninggalkan semuanya tanpa pesan, berharap kehadiran aku di sini dalam hidup Elijah dan penghuni lain seperti angin lalu. Rasanya sekejap sebelum dilupakan selamanya.

Aku turun ke bawah, rumah Elijah kosong tidak berpenghuni. Hujan rintik mula turun, aku berlari masuk ke dalam teksi.

‘Airport, please’ arahku kepada pemandu teksi yang mengangguk dan menekan meter teksi. Hujan mula turun lebat sekali.

Daripada cermin pintu belakang teksi, aku melihat rintik hujan jatuh membasahi tanah dan rumah 54 yang tersergam indah, rumah yang banyak memberi makna dan mengajar erti hidup. Ada sisa hati yang tertinggal di situ, ada rasa yang melarat di situ, ada cinta yang menghuni di situ. Cuma semua itu bukan untuk aku lagi, perjalanan mencari diri dan memaafkan diri baru bermula. Apa hujan ini satu rahmat untuk aku memulakan semuanya baru? Aku sendiri tidak tahu, aku mengenggam erat tangan, meraut ke muka, menyeka titis-titis air yang terpecah daripada empangan kelopak.

Teksi meluncur laju, membawa aku yang kebasahan jiwa dalam hujan yang merintik jatuh.

1-115 Semudah itu

Aku tenang. Tiada resah. Tiada pun rasa susah.

Kawasan ini sedikit high-standard. Tidak ramai orang datang pusing-pusing. Sedikit tenang. Aku hirup perlahan-lahan air yang pelik ini. Separuh kopi. Separuh lagi teh. Fikirku mahu mencuba. Tapi biarlah ini kali terakhir aku minum minuman ini.

Aku mengerling jam di penjuru kafe. Ini masanya.

Dari kejauhan aku nampak bayang yang aku kenali. Gadis yang aku rindu. Terus hatiku bergelodak dan semua rasa itu datang kembali. Roller coaster. Rasa suka, kasih, benci dan marah.

***

'So, is this the end?' tanyaku. Entahlah. Jika tadi aku datang dengan penuh kekuatan, kini aku terasa lemah.

'I tak tahu dah apa nak cakap, Harith,' kata Rosa buat kesekian kalinya. 'I still love you but..'

'Tapi you tak pasti kita...', aku terhenti di situ. Aku pandang Rosa. Terkedu.

Rosa senyap.

Rosa sudah tidak pasti dengan kata hatinya. Rosa rasa yang cinta kami tidak akan pergi ke mana. Aku marah. Marah yang sama aku rasa sewaktu dalam kapal terbang dari London ke Kuala Lumpur. Marah yang tidak mampu buat aku tidur buat beberapa malam.

'This is ridiculous! We had no issues at all. You had your issue with your dad! Kenapa I pula tak fasal-fasal kena?' aku meninggikan suara. Entah orang lain dalam kafe itu dengar, aku tidak tahu.

Merah padam muka Rosa. 'Because life is not just about you!' balas Rosa. Matanya memandang tajam pada aku. Aku tersentak.

Aku seperti tersedar dari mimpi. Kenapa aku jadi sebegini? Hanyut dalam gelora asmara yang tidak punya tepi. Be wise Harith, be wise. Aku menasihati diri.

Tiba-tiba aku teringat baby Alia yang masih belum keluar dari hospital. Tiba-tiba aku teringat kerja-kerja yang bertimbun di pejabat. Tiba-tiba aku teringat gadis-gadis yang aku pernah aku cintai tetapi tidak menjadi.

Rosa memerhati aku seperti tahu aku sedang berfikir. Seperti tahu yang aku sedar apa yang dia pinta bukanlah satu perkara yang melampau.

Life is not just about me.

Tak, aku masih marah dengan apa yang terjadi. Aku masih kecewa dengan apa yang Rosa telah buat. Tapi tiba-tiba aku teringat... hal hati dan perasaan, hal cinta dan kasih; ini bukannya boleh dipaksa.

Aku pandang muka Rosa. Dia masih lagi senyap, tahu aku sedang mengelamun sendiri. Hatiku sedikit sakit melalui saat ini kerna aku sedang memaksa diriku menerima hakikat. Dan dengan Rosa di depan mata, mahu sahaja aku jerit pinta dia ubah fikiran. Setelah apa yang kami lalui, ini penghujungnya?

Tapi aku diam. Aku mengurut leherku sambil menarik nafas panjang. Aku ingat balik kisah-kisah lama. Berakhirnya cintaku dengan gadis ini dan itu bukan kerana aku suka-suka. Tapi ini semua ada sebabnya.

Susahnya untuk aku lepaskan Rosa kerana dia makin membunga di hati. Tapi pada saat ini, aku tahu yang ini bukan caranya aku mahu Rosa kembali padaku. Dia perlukan masa.

Dan aku tahu aku juga perlukannya.

'Rosa,' aku panggil namanya perlahan. 'Okay, let's just be friend.'

Serentak itu hati aku terasa tenang. Aku tahu aku tidak menipu diri sendiri. Dan aku tahu aku tidak mengharap yang lebih. Mungkin juga aku mengalah. Tapi ini hal cinta. Kalau iramanya tidak selari, rosak bunyi dan melodi. Dan aku tahu aku tidak mahu Rosa katakan 'ya' kerana keterpaksaan.

'I'll lose you if I force you,' kataku.

'But you won't lose me as a friend,' sambung Rosa. Mukanya sedikit berseri, tahu aku semakin tenang.

Itulah Rosa. Tahu apa yang terbaik untuk masa kini.

'And seriously,' sambung Rosa. 'Sejak bila you jadi freak nak in relationship ni? Bukan I tak tahu you tu banyak skandal?'

Rosa sudah kembali. Ini Rosa yang aku suka, jika bukan cinta. Aku tersenyum. Kata-katanya mengingatkan aku kembali betapa mudahnya bersama Rosa.

'I feel vulnerable laa..' aku balas. 'Usia dah makin bertambah.'

Rosa ketawa. 'Well, bukan men start their life at 40 ke?'

Aku tersenyum menerima sindiran.

Suasana tegang tadi semakin hilang. Rosa dan aku habiskan baki hari di kafe dengan gelak ketawa seperti kawan yang sudah lama tidak berjumpa. Bukan kawan. Sahabat.

Dalam perjalanan pulang, aku berkata pada diri sendiri. Rosa itu istimewa. Cintaku tidak pudar. Tapi aku punya perspektif baru. Kalau benar kami akan bersama, kalau benar itu takdirnya, kami tetap akan bersatu. Kenapa perlu gusar dan terus berdrama. Ya tak?

Entahlah. Aku tidak tahu aku realistik ataupun aku sedang menipu diri sendiri. Mungkin aku percaya yang kami lebih baik begini. Mungkin aku menipu diri dan menipu Rosa, dengan harapan dia akan kembali pada aku. Aku pun tidak tahu.

Tapi aku tahu aku tidak mahu jiwaku meruntun pada apa yang terjadi. Aku tidak mahu hari-hariku berlalu dengan perasaan marah dan kecewa.

Sekurang-kurangnya pada saat ini, aku tahu aku tidak lagi kecewa dengan tindakan Rosa tiba-tiba ke London. Well, life is not just about me. Dan aku sudah sedar itu.

***

Pukul 9 malam di balkoni tingkatku. Chloe dalam dakapan sambil mata dilempar ke langit yang gelap tanpa bintang. Aku terdengar bunyi teksi berlalu di depan rumah. Ku letakkan Chloe di atas kerusi malas sambil badan menjengah keluar.

Elijah. Turun dari teksi dengan beberapa beg plastik. Dia berhenti melihat bayangnya di bawah lampu jalan sebelum berjalan ke arah Rumah no 54. Sempat dia mendongakkan kepadaku. Perasan agaknya aku sedang memerhati.

Tangannya dilambai tanda menyapa. Aku menanggukkan kepala tanda balasan.

Ini permulaan baru. Aku kembali duduk sambil aku mengambil sebuah buku catatan di atas meja di tepi kerusi malas. Aku ambil pen di telinga dan aku sambung menulis.

Harith, ini catatan cinta yang keberapa sudah?

1 - 114 Harley

Aku belek blaus yang aku pakai. Ini pemberian Rosa. Ya, Kak Rosa. Entah berapa lama aku tak hubungi dia. Apalah khabarnya? Aku risau pada dia, tapi..aku kasihan juga pada Harith. Apa masalah mereka, aku sendiri kurang faham.. Tapi kenapa sampai begini? Kenapa semua orang lebih senang lari dari masalah? Mia, sudah lari tinggalkan Elijah. Rosa, lari jauh dari Harith. Aku? Aku lari? Lari dari siapa? Entah. Aku bukan lari, aku cuma.. Entah. Aku mahu lebih ruang untuk berfikir. Dan aku rasa aku sudah fikir sebaik-baiknya.


Aku menghela nafas yang berat.

Matahari sudah tegak di langit. Titis-titis peluh sudah mula merembes di leher. Harley akan tiba tak lama lagi. Aku pinta dia untuk datang ke tepi tasik ini. Dia menolak, katanya hendak terus bawa barang-barang aku dan jemput dari rumah Suri. Itulah Harley, dalam kelembutan ada ketegasan.


Aku genggam erat tanganku. Sejak Rosa tiba-tiba menghilang, tinggalkan aku sendiri kembali…aku kumpul kekuatan baru. Aku perlu. Aku mesti. Dan hari ini, aku akan beritahu pada Harley. Semua yang terbuku. Semua yang mengganggu.

Aku sayangkan dia.

Sayang.

Itu yang akan aku beritahu.

Sayup-sayup aku nampak bayang Harley menapak ke arahku.

***

“Hai!” aku senyum paksa.

“Jom lah. Tercegat apa lagi ni?”

“Bang, we need to talk.”

“Wah, ni mesti serius ni, dah speaking! Sembang dalam kereta pon boleh, jom…” Harley cuba tarik lengan aku

Aku tercegat depan Harley, hanya satu kaki.

“Lya tak nak pindah. Lya nak stay.”

“Sebab?”

“Sebab…..” aku menarik nafas yang panjang.

“Lya dah jumpa adik tiri Lya. Nama dia Olan. Mak dia baru meninggal. Dia hidup susah. Lya rasa nak tolong Olan mana yang termampu. Sian dia bang. So, Lya ingat takmo pindah”

Muka Harley tenang. Pelik! Kenapa Harley tak marah macam selalu?

“Dia adik Lya bang..Lya tak sampai hati pulak nak pindah macam tu je.. Lagipun Lya dah janji ngan dia nak tolong dia”

“Lya..abang ada satu soalan. Kali ni, tolong jawab ikhlas. Pandang mata abang. Jangan tipu. Janji?”

Ah, sudah! Apa pulak ni?

“Janji?” tanya Harley lagi.

Aku angguk sambil pandang tepat pada sepasang mata kecil Harley yang sudah mula berkaca. Oh Tuhan, apa yang berlaku ni?

“Lya…terus terang dengan abang..Lya tak nak kawin dengan abang ke?” Lembut suara Harley, tapi entah kenapa rasa hati bagai disiat-siat.

“Lya…Lya dah janji kan?”

Aku diam.

“Lya..” Harley kuatkan suara. Ada getar di suaranya. Entah marah, entah sedih. Aku tak tahu.

“Lya sayangkan abang” aku terketar-ketar entah kenapa. Ah, kenapa aku jadi bingung hari ni?

“Lya, answer the question..”

“Maafkan Lya bang..”aku terus jadi sebak. Aku tidak lagi pandang ke sepasang matanya yang berkaca. Aku pandang ke tanah. Tanah yang sudah dititisi air masin dari sepasang kelopak mata. Ya, mata aku.

“Lya tak jawab soalan” Harley menahan marah agaknya. Suaranya kasar.

“Oklah, abaikan soalan abang. Jom ambik barang, abang tolong Lya pindah. Lepas tu boleh diskas pasal kahwin dalam kereta”

Lagi lagi kahwin. Lagi lagi kahwin. Takde benda lain ke?

Aku seka air mata. Aku kena hentikan semuanya sekarang. Aku kena hentikan penderaan atas diri sendiri. Dan penderaan atas Harley.

“Bang, Lya mintak maaf. Lya sayang abang. Lya terhutang budi banyak dengan abang…” suara aku tersekat. Aku mengumpul segala kekuatan.

“Selama ni abang banyak sangat bagi semangat kat Lya, sentiasa bantu Lya, sentiasa sayang Lya. Lya sangat-sangat hargai semuanya bang. Sebab ada abang, Lya tak sorang-sorang..” aku seka air mata. Ayat-ayat itu aku lafazkan satu persatu dengan jelas. Tiada lagi sendu.

“Tapi bang…Lya tak boleh..Lya tak boleh kawin dengan abang. Lya sayang abang tak lebih dari sayang pada seorang abang.” kali ini aku pandang mata Harley.

Harley seperti terkejut. Agaknya ini kali pertama aku bernada sebegini.

‘Maafkan Lya, abang,’ aku sambung. Jangan ditanya apa aku rasa di dalam hati. Remuk. Tapi aku katakannya tanpa setitis air mata. Dan kali ini aku tidak rasa bersalah.

‘Ini ada kaitan dengan adik Lya ke? Abang boleh bagi Lya masa…’

Aku potong kata-kata Harley. ‘Tak! Ini takde kena mengena dengan Olan!’

Harley kaku.

Aku pandang tepat anak mata Harley seperti yang dia pinta. ‘Abang, Lya buat semua ni untuk diri Lya. Lya harap abang dapat hormati keputusan Lya.’

Ada lelaki lain ke?’ Harley mula serkap jarang.

‘Abang!’ aku tegas. Tidak menjerit. Hanya tegas. ‘I’m not in love with you’.

Harley tersentak. Dia mengurut kepalanya sebelum memandang wajahku.

‘Bye Lya. Semua… palsu’ tidak jelas apa yang Harley katakan. Tapi dia berpaling dan berjalan menjauhi aku.

Harley tinggalkan aku tercegat macam batang kayu. Kereta Harley meluncur laju meninggalkan aku. Aku pandang kelibat kereta Harley sampai luput dari penglihatan.

Aku mahu menangis. Sederas-deras yang boleh. Tapi aku sudah penat. Penat buat ini dan itu untuk orang lain. Saat ini aku punya kekuatan untuk pentingkan diri sendiri. Biarlah kali ini aku pula yang bahagia.