1-115 Semudah itu

Aku tenang. Tiada resah. Tiada pun rasa susah.

Kawasan ini sedikit high-standard. Tidak ramai orang datang pusing-pusing. Sedikit tenang. Aku hirup perlahan-lahan air yang pelik ini. Separuh kopi. Separuh lagi teh. Fikirku mahu mencuba. Tapi biarlah ini kali terakhir aku minum minuman ini.

Aku mengerling jam di penjuru kafe. Ini masanya.

Dari kejauhan aku nampak bayang yang aku kenali. Gadis yang aku rindu. Terus hatiku bergelodak dan semua rasa itu datang kembali. Roller coaster. Rasa suka, kasih, benci dan marah.

***

'So, is this the end?' tanyaku. Entahlah. Jika tadi aku datang dengan penuh kekuatan, kini aku terasa lemah.

'I tak tahu dah apa nak cakap, Harith,' kata Rosa buat kesekian kalinya. 'I still love you but..'

'Tapi you tak pasti kita...', aku terhenti di situ. Aku pandang Rosa. Terkedu.

Rosa senyap.

Rosa sudah tidak pasti dengan kata hatinya. Rosa rasa yang cinta kami tidak akan pergi ke mana. Aku marah. Marah yang sama aku rasa sewaktu dalam kapal terbang dari London ke Kuala Lumpur. Marah yang tidak mampu buat aku tidur buat beberapa malam.

'This is ridiculous! We had no issues at all. You had your issue with your dad! Kenapa I pula tak fasal-fasal kena?' aku meninggikan suara. Entah orang lain dalam kafe itu dengar, aku tidak tahu.

Merah padam muka Rosa. 'Because life is not just about you!' balas Rosa. Matanya memandang tajam pada aku. Aku tersentak.

Aku seperti tersedar dari mimpi. Kenapa aku jadi sebegini? Hanyut dalam gelora asmara yang tidak punya tepi. Be wise Harith, be wise. Aku menasihati diri.

Tiba-tiba aku teringat baby Alia yang masih belum keluar dari hospital. Tiba-tiba aku teringat kerja-kerja yang bertimbun di pejabat. Tiba-tiba aku teringat gadis-gadis yang aku pernah aku cintai tetapi tidak menjadi.

Rosa memerhati aku seperti tahu aku sedang berfikir. Seperti tahu yang aku sedar apa yang dia pinta bukanlah satu perkara yang melampau.

Life is not just about me.

Tak, aku masih marah dengan apa yang terjadi. Aku masih kecewa dengan apa yang Rosa telah buat. Tapi tiba-tiba aku teringat... hal hati dan perasaan, hal cinta dan kasih; ini bukannya boleh dipaksa.

Aku pandang muka Rosa. Dia masih lagi senyap, tahu aku sedang mengelamun sendiri. Hatiku sedikit sakit melalui saat ini kerna aku sedang memaksa diriku menerima hakikat. Dan dengan Rosa di depan mata, mahu sahaja aku jerit pinta dia ubah fikiran. Setelah apa yang kami lalui, ini penghujungnya?

Tapi aku diam. Aku mengurut leherku sambil menarik nafas panjang. Aku ingat balik kisah-kisah lama. Berakhirnya cintaku dengan gadis ini dan itu bukan kerana aku suka-suka. Tapi ini semua ada sebabnya.

Susahnya untuk aku lepaskan Rosa kerana dia makin membunga di hati. Tapi pada saat ini, aku tahu yang ini bukan caranya aku mahu Rosa kembali padaku. Dia perlukan masa.

Dan aku tahu aku juga perlukannya.

'Rosa,' aku panggil namanya perlahan. 'Okay, let's just be friend.'

Serentak itu hati aku terasa tenang. Aku tahu aku tidak menipu diri sendiri. Dan aku tahu aku tidak mengharap yang lebih. Mungkin juga aku mengalah. Tapi ini hal cinta. Kalau iramanya tidak selari, rosak bunyi dan melodi. Dan aku tahu aku tidak mahu Rosa katakan 'ya' kerana keterpaksaan.

'I'll lose you if I force you,' kataku.

'But you won't lose me as a friend,' sambung Rosa. Mukanya sedikit berseri, tahu aku semakin tenang.

Itulah Rosa. Tahu apa yang terbaik untuk masa kini.

'And seriously,' sambung Rosa. 'Sejak bila you jadi freak nak in relationship ni? Bukan I tak tahu you tu banyak skandal?'

Rosa sudah kembali. Ini Rosa yang aku suka, jika bukan cinta. Aku tersenyum. Kata-katanya mengingatkan aku kembali betapa mudahnya bersama Rosa.

'I feel vulnerable laa..' aku balas. 'Usia dah makin bertambah.'

Rosa ketawa. 'Well, bukan men start their life at 40 ke?'

Aku tersenyum menerima sindiran.

Suasana tegang tadi semakin hilang. Rosa dan aku habiskan baki hari di kafe dengan gelak ketawa seperti kawan yang sudah lama tidak berjumpa. Bukan kawan. Sahabat.

Dalam perjalanan pulang, aku berkata pada diri sendiri. Rosa itu istimewa. Cintaku tidak pudar. Tapi aku punya perspektif baru. Kalau benar kami akan bersama, kalau benar itu takdirnya, kami tetap akan bersatu. Kenapa perlu gusar dan terus berdrama. Ya tak?

Entahlah. Aku tidak tahu aku realistik ataupun aku sedang menipu diri sendiri. Mungkin aku percaya yang kami lebih baik begini. Mungkin aku menipu diri dan menipu Rosa, dengan harapan dia akan kembali pada aku. Aku pun tidak tahu.

Tapi aku tahu aku tidak mahu jiwaku meruntun pada apa yang terjadi. Aku tidak mahu hari-hariku berlalu dengan perasaan marah dan kecewa.

Sekurang-kurangnya pada saat ini, aku tahu aku tidak lagi kecewa dengan tindakan Rosa tiba-tiba ke London. Well, life is not just about me. Dan aku sudah sedar itu.

***

Pukul 9 malam di balkoni tingkatku. Chloe dalam dakapan sambil mata dilempar ke langit yang gelap tanpa bintang. Aku terdengar bunyi teksi berlalu di depan rumah. Ku letakkan Chloe di atas kerusi malas sambil badan menjengah keluar.

Elijah. Turun dari teksi dengan beberapa beg plastik. Dia berhenti melihat bayangnya di bawah lampu jalan sebelum berjalan ke arah Rumah no 54. Sempat dia mendongakkan kepadaku. Perasan agaknya aku sedang memerhati.

Tangannya dilambai tanda menyapa. Aku menanggukkan kepala tanda balasan.

Ini permulaan baru. Aku kembali duduk sambil aku mengambil sebuah buku catatan di atas meja di tepi kerusi malas. Aku ambil pen di telinga dan aku sambung menulis.

Harith, ini catatan cinta yang keberapa sudah?

0 gossip (s):