Hari ini mendung. Kadang-kadang hujang turun tidak berapa lebat. Dari tingkap di bilik, aku nampak awan berarak laju ditiup angin.
Hari ini aku ditugaskan En Farouk untuk buat kerja-kerja editorial. Niat di hati hendak habiskan cepat-cepat kerana aku hendak beralih pada kertas kerja untuk program bersama selebriti.
Tanganku diregangkan. Sedikit penat. Aku bangun dan berjalan ke pantri. Seperti biasa, mahu buat kopi. Berhenti sekejap berbual dengan rakan sepejabat sebelum Ake berlalu dan menegur aku.
'En Harith, ada panggilan emergency dari hospital. Dia suruh En Harith call balik,' kata Ake.
Aku capai telefon bimbit dari dalam poket seluar. Kenapa tidak call handphone saja? Fikirku.
10 miscalls!
Silent mode rupanya. Aku dah set tiada getaran kerana ada meeting pagi tadi.
***
Aku bermundar-mandir di bilik menunggu. Risau. Tidak tahu hendak buat apa.
Tiba-tiba Sofea muncul dalam keadaan kusut masai.
'You are still sleeping at this time?' aku menjengilkan mataku.
'Sorry.. cuti. I've decided to laze around a bit!' balas Sofea sambil meminta simpati. 'So, how's Kak Noor?'
'In labour. Im kat dalam tu, tadi dia keluar kejap beritahu yang semuanya okay', beritahuku.
'I'm gonna be an aunt!!!', jerit Sofea kegembiraan.
'Oi, you already are! Diyana tu kamu nak buang kat mana?' sindirku.
Sofea tersengih macam kerang busuk. Gembira benar Sofea. Mahu dapat anak saudara baru sampaikan anak sulung Im dan Noor dilupakan.
***
Tiga jam sudah berlalu sejak bayi perempuan ini selamat dilahirkan. Kami sekadar melihat di sebalik cermin kaca melihat anak Im dan Noor dibaringkan di bawah lampu.
'Oh, kalau tak cukup bulan, memang diorang buat macam tu ye?' tanyaku.
'Ha ah. Letak dalam inkubator bagi suhu suam-suam dan nak elak jangkitan', terang Imran.
'I see...' aku sedikit terharu melihat dalam lebih 10 bayi ditutup matanya dengan patch di dalam balang-balang yang berlainan.
'So I heard Rosa is back?' tiba-tiba Imran berkata.
'Come on bro! This is your moment!' kataku. Malas hendak bercakap fasal hal peribadi pada waktu-waktu bersejarah sebegini. Imran baru saja punya anak kedua. Mana aku mahu bercakap fasal Rosa.
'Give me some distraction! I kinda need it,' Imran ketawa. Aku turut ketawa. Apa-apalah.
'Dah. Dia dah balik 3 hari lepas,' kataku sambil mataku memandang tepat pada inkubator di balik cermin.
'And?' Imran menunggu cerita selanjutnya.
'And that is it!' kataku sambil buat acuh tak acuh. Kali ini aku mengalihkan pandanganku kepada Imran. Aku mahu ketawa kerana Imran sedang menungguku bercerita seperti anak-anak kecil yang mahukan gula-gula. Bapak orang sudah si Imran ini!
'We've only talk through phones. Dia jetlag lagi. She said she's sorry and we're gonna meet tomorrow,' ceritaku ringkas.
'Like nothing ever happened?' tanya Imran.
'Yes, like nothing ever happened,' kataku sambil memberi senyuman sinis.
'You've met someone, haven't you??' Imran meneka.
Aku senyap beberapa ketika.
Aku masih belum habis tersenyum. Dari kejauhan aku nampak Sofea berjalan ke mari bersama si kecil Diyana.
'Yes, I did!' balasku. 'I've met someone special named Aliya', sambil mataku ku alihkan kepada anak perempuan kedua Imran.
Kali ini Imran diam. Juga tersenyum sambil matanya dialihkan kepada Aliya.
Baby Aliya. Kau baru saja 'bertarung' untuk hidup di dunia. Aku tidak mahu berduka memikirkan ketidaksudahan ceritaku, sedang hidup ini lebih indah daripada itu.
1- 113 Aliya
Labels: Harith Ali
dari sudut pandangan seorang Harith Ali 0 gossip (s)
1 - 112 Dan....
“Why do I have to be the other woman?”
~
Petang itu, aku dan Zanna sampai ke Rumah No. 54 dalam hujan yang lebat. Terkocoh-kocoh kami berdua berlari dan mengacah lopak air. Aku payungi Zanna dengan jaketku. Kami sampai dalam keadaan yang sedikit lencun.
Aku pelawa Zanna masuk ke rumah. “Minum kopi dulu,” kataku.
Zanna menurut saja. Sementara aku ke dapur untuk memanaskan air, Zanna meletak bagasi di tepi pintu. Kemudian dia menghempaskan tubuh ke sofa. Dia penat. Sangat penat.
Aku ke kamar, ambil tuala dan keringkan rambut. Rambutku semakin panjang dan meliar, mahu kembali kepada keadaan biasanya dulu. Aku beri satu lagi tuala kepada Zanna. “Get yourself dried up,” kataku pada Zanna.
Zanna menurut lagi. Lalu dia ke bilik mandi di dalam kamarku. Aku di dapur menunggu air masak. Kemudian aku buatkan kopi untuk kami berdua.
Aku menatang kopi panas ke ruang tamu. Zanna tiada di situ. Aku mencari dia. Ekor mataku menangkap tubuhnya yang terbaring di hujung katilku.
“Zanna?” tanyaku, dua cangkir kopi masih di tangan. Aku lihat Zanna memandang kosong ke siling. Wajahnya sudah dibersihkan dari mekap. Cantik dia begitu, tanpa secalit warna tiruan. “Zanna?” tanyaku lagi.
Zanna segera mengesat air mata yang tiba-tiba merembes keluar. Aku letak cangkir kopi di atas meja tidur. Cepat-cepat aku dapatkan Zanna.
“Syhhh... syhhh....” Aku pujuk dia untuk meredakan perasaannya. Bahunya aku tepuk dengan lembut. Perlahan-lahan aku rangkul Zanna. Perlahan-lahan juga dia kembali tenang. Dia mengejapkan dakapan ke tubuhku.
Dan....
~
“Why do I have to be the other woman?” Tanya dari Zanna itu menyedarkan aku. Zanna bersandar di kepala katil. Dia sudah menyarung t-shirt putih CK yang aku pakai siang tadi. Zanna menghirup kopi sejuk. Satu lagi cangkir sudah tumpah tadi.
Di luar sudahpun malam dan masih hujan.
Aku bangun, membetulkan posisi menghadap Zanna. Selimut aku tarik untuk menutup tubuh. Aku tanya pula, “Maksud you?”
“You’re already married....” balas Zanna. Matanya singgah pada rantai jed hijau di leherku. Juga cincin perkahwinanku. Itu pemberian Mia dulu.
“But we’re in love,” jawabku pula.
Cinta?
“In confusion....” Zanna membetulkan pernyataanku. “This was a mistake.”
Atau nafsu?
Aku diam. Apa yang telah kami lakukan ini... memang satu kesilapan besar! Satu dosa yang amat besar!
“I thought we’re in love....” kataku lagi.
“Ya. Mungkin. I dengan Erik. Still am. You dengan Mia, Elijah.” Zanna bangun untuk memungut pakaiannya semula. “This is not love. This is just an affair. Another stupid mistake, on my part.”
“Mia....” Aku menggumam sendiri. “She’s not coming back.”
“Tapi dia masih isteri you, Elijah. And I will always be the other woman.” Zanna menyarung kembali skirt hitamnya. “It’s exhausting.”
“I’m sorry,” ucapku pada Zanna.
Kemaafan?
“Both of us are sorry creatures, aren’t we?” Zanna memaksa senyum lemah di hujung kata-katanya itu. “I’m sorry too, Elijah.”
Keampunan?
Aku diam lagi. Betapa besarnya dosa ini! Aku menekup wajah dengan rasa penuh sesalan. Malu! Malu! Malu! Betapa bersalahnya aku!
Zanna meninggalkan aku sendirian di kamar. Terdengar pintu ditutup rapat. Di luar yang malam, hujan masih turun dengan lebatnya.
Labels: Elijah Darcy
dari sudut pandangan seorang Elijah Darcy 1 gossip (s)
1-111 Di Terminal
Kapal terbang daripada Paris sudah setengah jam mendarat, sebaik sahaja melepasi pemeriksaan Imigresen, aku dan Elijah melangkah untuk menuntut bagasi. Di terminal pagi itu masih belum sesak, mungkin kerana penerbangan daripada kami daripada Paris tiba awal pagi. Penumpang yang menunggu untuk berlepas masih belum ramai, aku perasaan termasuk kami hanya dua penerbangan yang tiba pada pagi itu, satu lagi daripada London.
Beg bimbit LV aku sandang erat, Elijah pula hanya menyandang beg sandang dibelakangnya, bagasi belum sampai. Elijah menghilang pergi mencari troli, sementara aku hanya menunggu di kawasan rel bergerak yang belum terisi. Tidak lama kemudian, beg-beg daripada penerbangan kami mula berpusing di atas rel bergerak warna hitam itu. Aku menjenguk-jenguk, kalau-kalau bagasi kami antara yang terawal, namun tidak kelihatan. Elijah kembali membawa troli, berdiri disebelahku. Masing-masing diam, perjalanan yang memakan masa hampir 12 jam itu memang memenatkan. Kakiku terasa letih, nasib baik hanya kasut balerina yang aku pakai, tidaklah memeritkan jika hendak dibandingkan dengan kasut tumit tinggi. Elijah membuka jaket kulitnya, suhu dalam terminal tidak sesejuk kota Paris, membiarkan t-shirt putih CK menutupi tubuh sasanya, dan jeans biru. Ada beberapa mata memandang, mungkin mengenali Elijah, yang wajahnya semakin banyak terpapar di iklan sekarang.
Rambutku yang dibiarkan lepas, aku ikat menjadi tocang satu. Cermin mata hitam aku sarungkan, menutup mata sembab yang tidak cukup tidur. Kepalaku mula merasa pening, tidak sabar rasanya hendak pulang ke Rumah No 54 dan berehat. Tangannku jatuh lepas ke leher, tersentuh rantai berlian pemberian Erik. Sedikit tersentak. Sudah lama tidak mendengar khabar lelaki itu.
Elijah menunduk ke depan, mengangkat tiga bagasi milik kami yang kebetulan berada dalam jarak yang sama. Sebaik sahaja mendapatkan bagasi, kami mula melangkah keluar.
‘Coffee?’ ajak Elijah sebaik sahaja kami berada di kawasan kedai-kedai dalam terminal. Aku mengangguk setuju, kopi mungkin dapat mengurangkan sedikit pening kepala yang aku alami sekarang. Kami menuju ke Starbucks di lot tepi terminal. Aku memesan coppacino dan Elijah single shot espresso. Kami duduk di sofa di ruang tengah kedai, menyandarkan diri di sofa empuk, melepaskan lelah seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Rumah No 54. Aku duduk menghadap luar kedai, manakala Elijah menghadap dalam ruang kedai. Dari tempat aku duduk, ada bilboard Elijah sebagai model iklan pakaian Tom Barker, aku mencuit tangan Elijah dan memuncungkan mulut ke arah bilboard tersebut. Elijah memandang dan tersenyum sebelum menggeleng-geleng kepala. Dia kembali membaca surat khabar sambil bersandar dan kakinya disilangkan. Pelayan-pelayan Starbucks itu berbisik sesama mereka, mungkin sudah menyedari bahawa model di bilboard itu adalah lelaki sama yang sedang berehat di sofa dalam kedai mereka.
Aku memejamkan mata, membuat perkiraan mental tentang tugasan seterusnya di Chick! dan projek-projek modeling untuk Elijah. Buka kembali mata, aku capai organizer dalam beg tangan dan mula menyemak tarikh-tarikh penting. Walaupun ada blackberry, aku lebih old-fashion dalam jadual hidup, lebih suka mencatat dalam organizer daripada memo dalam blackberry.
Tangan Elijah tiba-tiba mencapai organizer tersebut, menutupnya, dan menyembunyikannya di sisi sofa.
‘hei..’ aku sedikit terkejut.
‘stop working. stop thinking. just relax’ dia membalas, tetapi dia tidak melepaskan pandangan daripada surat khabar yang sekarang terbentang di atas meja kopi antara kami. Aku mendengus geram, cuma kepenatan buat malas hendak bertekak dengan Elijah. Selalu dia nasihatkan supaya jangan bekerja keras. Kalau aku tidak bekerja keras, tidak mungkin Elijah mampu mendapatkan job dengan jenama terkenal, dalam masa hanya beberapa bulan sahaja, jobnya sudah merentas benua. Kalau aku ikut katanya, alamatnya tidak merasalah hendak bergaya untuk jenama-jenama yang punya kelas. Geram betul aku, nanti aku nak dapatkan job Giant untuk Elijah, biar dia bergaya dengan pakaian-pakaian murah dengan rekaaan yang teruk. Padan muka!
Aku mengalihkan pandangan ke luar kedai. Mataku membulat, nafasku kencang menahan sesak dada, terasa ada darah yang menyusup keluar dari tubuh, meninggalkan aku tanpa nyawa dan jiwa. Elijah memandangku.
‘Hei, are you ok?’ Dia bertanya melihatkan aku yang tidak berkelip. Dia memandang keluar kedai.
‘So, that’s him ek’ Ulas Elijah. Aku masih lagi terdiam tidak mampu membalas. Di luar sana, di antara gerai-gerai yang menjual cenderahati. Erik dan Suzie sedang berdiri. Erik memimpin tangan Suzie yang sedang memboyot kembung. Sesekali Erik mengucup pipi Suzie yang semakin ‘glowing’.
‘Tanggalkan rantai berlian’ Perintah Elijah keras. Aku pula yang tidak mampu berfikir mengikut sahaja arahan Elijah. Aku tanggalkan dan berikan kepada Elijah.
‘Come on. Let’s finish this’ Elijah menarik aku bangun, tangan kanannya dipautkan pada pinggangku dan dengan tangan kiri dia menolak troli berisi bagasi kami. Elijah memeluk pinggangku dan seolah menarik aku pergi lebih dekat kepada Suzie dan Erik yang tidak menyedari kami semakin menghampiri.
Stop it Elijah!Stop!
Semua jeritan itu hanya kedengaran dalam jiwaku, mulutku terasa lumpuh, seolah lidah sudah tidak berhenti berfungsi seperti mana otak yang semakin tidak dapat berfikir. Hanya beberapa langkah menghampiri Suzie dan Erik, mereka berdua serentak memandang aku dan Elijah. Muka mereka berdua berubah.
‘Owh, sorry..’ Elijah buat-buat menekan pedal pada troli yang menghentikan troli itu. Tangannnya masing memegang erat pinggangku, sesekali dia mengucapkan sesuatu dan menoleh padaku. Aku lihat Erik juga membalas sesuatu manakala Suzie lebih banyak mendiamkan diri. Butir-butir perbualan mereka aku tidak dengar, bukan kerana jauh sampai telinga aku tidak dapat menangkap suara mereka. Tetapi masa seolah berhenti bergerak, bunyi dan nada semuanya menjadi bisu, yang kuat bunyinya hanyalah degup jantung dan esak tangis aku dalam hati. Sebelum semuanya sempat aku hadam, aku lihat Elijah dan Erik bersama. Elijah meninggalkan sesuatu dalam telapak tangan Erik, sebelum menarik aku, malah sebenarnya tangannya menyokong aku daripada terjelupuk ke lantai.
Kami meneruskan langkah ke luar terminal, Elijah menahan teksi, dan mengangkat bagasi kami ke dalam but teksi itu. Aku masuk ke dalam perut teksi dan mendiamkan diri. Aku tidak tahu apa yang sepatutnya aku rasa. Aku geram, aku marah, aku sedih, aku lali dengan perasaan sendiri. Sebaik sahaja Elijah masuk duduk disebelahku, teksi memecut laju.
‘What have you done?! You have no rights whatsoever!’ aku tiba-tiba menjerit sambil kepal-kepal penumbukku aku halakan ke dada Elijah. Pemandu teksi memandang melalui cermin, tetapi Elijah menunjukkan isyarat kepada pemandu supaya tidak campur tangan. Esak tangis aku makin kuat, ditambah dengan penumbuk yang semakin keras kepada Elijah.
Elijah menarikku rapat ke dadanya, mengusap ubun-ubun rambutku lembut. Mulutnya tidak habis-habis berbunyi ‘syohh’ untuk mendiamkan aku. Tanganku mencengkam erat lengannya, aku menangis teresak dalam pelukan Elijah.
‘It will be alright. It will be find. Just cry’ Lembut suara Elijah memujukku. Aku menahan getar dalam pelukannya. Tangisanku makin kuat, aku benamkan kepalaku atas dadanya. Bila aku dengar degup jantungnya, aku menjadi tenang, apakah bunyi jantung orang yang patah hati semuanya sama? Sehingga bila mereka bertemu antara satu sama lain, ada ikatan antara mereka terjalin kerana hati mereka yang patah, dan kerana itu mereka boleh jadi akrab, jadi sahabat?
‘Thanks’ suaraku perlahan sekali. Elijah mengemaskan peluknya. Dalam teksi menghala ke Rumah No 54, ada dua hati yang berdegup, yang rentaknya berlainan kerana dikecewakan sebegitu hebat.
Labels: zanna adam
dari sudut pandangan seorang Anonymous 0 gossip (s)
1-110 Ditelan Kelam Sungai Seine
Menara Eifel malam ini cantik sekali digemerlapi neon biru berkelip-kelip. Sejam sekali, neon biru menjelma, berkelip bak bintang langit membentuk simetri tiga segi yang terpahat atas bumi. Besi-besi yang di bina bertingkat-tingkat, seolah lambang kerja keras yang diperlukan untuk mencappai puncak. Langit musim panas terang malam ini, angin juga bertiup sesedap rasa, sesekali menggigit tulang hitam. Dari tingkap bilik hotel di 17 Rue de l'Exposition, aku cuma berbaring atas katil, menyelimutkan diri dalam selimut tebal. Penat seharian shooting bersama Elijah masih belum hilang, cuma entah mengapa mata degil betul untuk pejam. Esok hari terakhir di Paris, sebelum pulang semula ke rumah no 54. Tugasan kali ini mencabar, selain shooting bersama Elijah untuk koleksi terbaru Parmesan, terpaksa juga berjalan-jalan di sekitar Paris, menjadi paparazi, mengambil gambar wanita-wanita cantik paris yang sentiasa berfesyen cantik. Street fashion untuk dipaparkan di Chick! keluaran bulan depan adalah ideanya. Berhempas pulas juga aku mempertahankan idea ini kepada Miss Wirda yang sentiasa mahukan paparan fashion kelas tinggi. Bagi aku, fashion patut lebih luas skopnya, bukan sekadar jenama yang dijual, tetapi juga style sendiri. Lagipun, bukan semua yang membaca Chick! mampu membeli baju-baju, kasut-kasut dan aksesori berjenama setiap bulan. Aku mahu sediakan pilihan, supaya semua orang boleh bergaya dalam kemampuan masing-masing. Seminggu berkerja tanpa henti, malam ini mata tidak mahu terpejam pula.
Telefon berdering. Aku angkat, senyap sahaja di hujung sana.
‘Hi, ingat you dah tidur’ Suara garau Elijah kedengaran daripada hujung talian. Aku membetulkan baring, ganggang telefon ditahan dengan lengan, mengangkat sedikit tubuh untuk bersandar di kepala katil.
‘Belum, tak boleh tidur’ Jawab aku, baik juga Elijah telefon, kalau dibiarkan lama-lama bersendiri, boleh gila dibuatnya.
‘Jom keluar, malam muda lagi’ Ajak Elijah. Aku pandang jam dinding, baru jam 9 malam, memang malam masih muda. Berfikir sebentar sebelum memutuskan untuk keluar, mungkin pergi bersiar-siar di Kota Paris malam hari bukanlah idea yang buruk, lagipun Elijah ada.
‘Ok, bagi i setengah jam untuk bersiap’
‘I tunggu di lobi’ balas Elijah, sebelum meletakkan telefon.
Aku bergegas bangkit, menuju ke bilik air untuk menyegarkan diri. Kembali ke almari pakaian, memilih pakaian. Jeans biru, shirt putih dengan simbol hati di dada, serta cardigan warna kuning cair aku capai. Kasut ballerina aku sarungkan untuk keselesaaan. Aku semburkan haruman sedikit, dan mekap nipis. Kemudian mencapai purse dan bergegas menuju ke lobi.
Elijah menunggu di lobi, rambutnya dibiarkan berserabut tetapi kemas, jaket kulit hitam dan t shirt putih dan jeans biru menyerlah kekacakkannya. Aku tersenyum dari jauh, dia melambai ringkas.
‘Sorry, lama tunggu’
‘Tak apa, i pun baru turun’ Balasnya sambil tersenyum, menampakkan gigi putih di sebalik bibir merah delima miliknya. Mata hijaunya nampak aneh sekali malam ini, bersinar terang. Mukanya nampak keletihan, aku pasti begitu juga wajah aku. Cuma masing-masing tidak boleh berehat walau keletihan yang amat.
‘Mahu kemana?’ Soalnya padaku. Aku mengangkat bahu, tanda tidak tahu.
‘Ikut you, kemana pun boleh’
Dia hanya diam, kami menuju ke luar hotel, berpusing ke kanan, tanpa hala tuju, mengikut kaki melangkah. Aku peluk tubuh sendiri, Elijah pula memasukkan tangannya dalam poket jaketnya. Angin malam berderu dingin, musim panas selalu begini, dingin malam tidak pernah mesra.
‘ Berapa lama lagi you dengan Chick!?’ Soal Elijah, mukanya memandang depan. Ramai orang sedang berjalan-jalan juga, ada yang berteman, ada yang sendirian. Ada yang bergelak ketawa beramai-ramai, ada yang diam merenung jauh sambil berjalan. Manifestasi kegembiraan berbeza-beza layaknya untuk semua. Kita, manusia punya padang yang berbeza-beza untuk menjalani hidup masing-masing. Harapnya, rumpu di padang hidup kita juga tidak kurang hijaunya daripada padang orang lain.
‘ Sebulan. Lepas tu, tak pasti lagi hendak ke mana’ Balasku terus terang. Selepas habis praktikal di Chick! aku tidak pasti mahu kemana. Hubungan dengan Miss Wirda juga tidak berapa elok, menipiskan harapan untuk di ambil bekerja di Chick!. Walaupun Elijah menawarkan kerja sebagai pengurusnya, aku juga tidak pasti. Aku mahu bekerja sebagai wartawan fashion, itu harapnya. Menguruskan Elijah bukan tidak bagus, cuma tidak kena dengan gayaku. Ditambah lagi dengan projek yang masuk bertalu-talu selepas Elijah bersetuju menjadi model, kesibukan nya aku tidak gemari. Makanya, masa depan kerjaya belum pasti ke mana arahnya.
‘ Tak mahu terus bekerja dengan i?’ soal Elijah. Sudah aku jangka soalan ini ditanya. Malah, Elijah sudah beberapa kali memberikan hint tentang ini.
‘Tidak pasti lagi, i tak putuskan apa-apa’
‘Kenapa? Tak best kerja dengan i?’
‘Bukan. Best! I just need more time’ Balasku. Aku pandang mukanya, dia tersenyum sekali lagi. Elijah sudah banyak berubah, mungkin menjadi model menyebabkan dia lebih banyak tersenyum dan lebih banyak berkata-kata. Atau mungkin juga semua ini hanya pesona yang dibuatnya untuk mengaburi penderitaannya. Aku tidak pasti, tetapi yang penting, aku gembira melihatnya begini.
Kami tidak banyak bercakap selepas itu, masing-masing melayan rasa sendiri. Kaki yang melangkah perlahan juga tidak mengikut arahan otak, tidak tahu kemana di tuju. Sedar-sedar selepas menelusuri jalan-jalan sempit antara celah-celah bangunan, kami sampai di taman bawah Menara Eifel menghadap Sungai Seine. Menara yang dilihat daripada tingkap hotel tadi, nampak jelas di hadapan mata sekarang.
‘Cantik’ Kagum Elijah. Nasib mungkin, terdapat bangku kosong di taman. Kami melabuhkan punggung, melepaskan lelah dan penat yang semakin bertambah.
‘Cantik, tapi tiruan’ Ulasku. Elijah mengangguk bersetuju.
‘Macam kita?’ soalnya. Aku pandang tepat ke arahnya, dia tersenyum kelat.
‘Macam kisah kita’ balasku perlahan. Wajah Erik tiba-tiba melintas dalam kepalaku. Sudah lama tidak bertandang lelaki seorang itu, aku pula sengaja menyibukkan diri, enggan memikirkan tentangnya. Elijah menggengam tanganya erat, meraut wajahnya sendiri. Aku pasti dia juga punya masalah sendiri untuk difikirkan.
‘ Hidup begini agaknya, nampak cantik tetapi palsu’ Elijah mula bersuara.
‘Kita yang tentukan, salah sendiri’ Aku mengulas, enggan menyalahkan hidup yang memang sifatnya tidak pasti.
‘Salah sendiri’ Elijah mengumam perlahan, bibirnya digigit perlahan. Aku memeluk tubuh, cardigan ditarik supaya merapati tubuh dengan lebih kejap.
‘Jadi, apa rancangan you? selepas i takda’ Soalku pada Elijah. Aku dan dia tahu selepas bulan ini, aku tidak akan lagi menguruskannya. Dia terpaksa mencari orang lain untuk menguruskan jadualnya dan mencari projek.
‘ You pun tahu, i susah nak percaya orang. So, maybe I daftar dengan agensi. Lebih mudah. Lagipun, Ford dan Elite sudah offer kontrak’ Jawabnya. Memang Agensi Model Ford dan Elite sudah menawarkan kontrak pada Elijah. Lebih tersusun kareernya nanti. Cuma masalahnya, Ford mahu dia berpangkalan di Milan, Elite pula di New York. Sedangkan Elijah tidak mahu ke mana-mana, mahu terus menetap di Jalan Pemberley.
‘You sedia tinggalkan Rumah 54?’ Aku tahu rumah itu ada banyak kenangan pada Elijah. Seolah seluruh kiash hidupnya berputar-putar di situ.
‘For greater good, i guess’ Dia menjawab perlahan, memandang aku dari sisi.
‘Yeah, untuk kebaikkan sendiri’
Menara Eifel masih lagi sesak dengan pelancong-pelancong. Sibuk mengambil gambar dan berteriak gembira setiap kali neon biru memercik cahayanya di besi-besi Eifel menerangi langit malam Kota Cinta ini.
Elijah bangun, berjalan menuju ke Sungai Seine, aku mengikut dari belakang. Kami meletakkan tangan di tembok sepangjang sungai, dan merenung jauh ke bawah. Gelap Sungai Seine malam itu bak hati kami. Dibawah sinar-sinar neon Eifel yang gemilang, ada dasar gelap yang mendasari membentuk semua kawasan. Semua orang ada kisah pahit, tetapi yang selalu ternampak cumalah gembira dan keindahan persona. Apa mungkin aku, dan mungkin Elijah akan tenggelam dalam dasar gelap sendiri dalam hidup kami yang semakin cemerlang materialnya?
Labels: zanna adam
dari sudut pandangan seorang Anonymous 0 gossip (s)