1-116 Sebuah Rumah Paling Bererti

‘So, this is your last day at Chick!’ Miss Wirda bersuara, cermin mata berbingkai petak yang dipakainya, ditanggalkan dan diletakkan di atas meja. Aku duduk di depannya, meja memisahkan kami. Aku membetulkan duduk dan menyilangkan kaki. Berhadapan dengan boss a.ka. musuh aku selama praktikal di sini.

‘I believe so’ balasku sambil kepala mengangguk perlahan. Miss Wirda memandang tepat ke mukaku, di tangannya artikel terakhir yang aku tulis masih dipegangnya. Dia juga mengangguk.

‘Minus typo and gramatical errors, this is an interesting articel ’ Katanya sambil mengoyang-goyangkan helai-helaian kertas ke udara. Meletakkan kembali ke atas meja, tangannya digenggam membentuk kepal yang diketuk perlahan-lahan di atas meja. Aku masih mendiamkan diri, menunggu serangan seterusnya.

‘What is your next plan, Zanna?’ Soalnya berbasa-basi. Mungkin mahu memenuhi tuntuan sosial sekadarnya. Berbuat baik kepada orang yang diketahui tidak akan datang lagi kerja selepas ini.

Aku berpeluk tubuh, mengeluh perlahan.

‘Nothing particular. I’ll be going to japan, visiting my parents for a few months. Still not sure what to do after that.Times will tell’ Ujarku berterus terang. Hakikat pun, aku sebenarnya tidak tahu apa yang ingin dilakukan. Praktikal di Chick! sudah tamat, kerja sebagai manager Elijah juga sudah berakhir. Biarlah, lepas berehat bersama emak dan ayah akan aku fikirkan rancangan hidup seterusnya.

Miss Wirda nampak terkejut, dia menggigit bibir sedikit, mencari ayat terbaik mungkin untuk meneruskan perbualan yang janggal ini.

‘ I know we don’t have a good relationships during your internships here. But, Zanna, you are good writer with great potential..if, you want to come back after your break, please do so, there will be position waiting for you here at Chick!’ Kata-katanya lembut tetapi tegas. Semacam mahu memberikan keyakinan kepadaku. Aku membulatkan mata, tidak percaya bahawa Miss Wirda akan menawarkan aku kerja di Chick! Di wajahnya terukir senyuman mesra, aku membalasnya dengan senyum lebar.

* * * *

Jarum jam menunjukkan pukul enam petang, aku sudah siap mengosongkan meja. Barang-barang aku letakkan dalam sebuah kotak yang akan aku angkat ke rumah. Tidak banyak sebenarnya, cuma beberapa fail dan aksesori meja. Aku melihat sekeliling, masih ramai yang sedang bekerja. Jam enam di Chick! masih terlalu awal untuk balik sebenarnya. Aku duduk di kerusi di ruang kerjaku, cuba menikmati hari-hari terakhir di tempat kerja yang memberikan banyak pengalaman, baik dan buruk.

Aku bangun, mengangkat kotak dan menuju ke pintu keluar. Menunggu lif, ada tangan memeluk pingganku, terkejut sebentar.

‘I’m gonna miss you’ Amelia bersuara manja, kepalanya disandarkan ke bahuku. Aku tersenyum melihat telatahnya. Dia melepaskan pelukan, memusingkan badanku menghadap dirinya.

‘Me too. Keep in touch ok?’ Aku bersuara. Aku rasa ada air yang sedang mengempang di mata.

‘Sure. Coffee sometimes? ‘ Amelia sudah menitikkan air mata. Dia mengesatnya dengan tisu yang sedia ada dalam genggaman. Aku lihat matanya merah, mungkin sudah banyak kali menangis.

‘Would love too.... hey, dont cry, we’ll see again some time’ Aku berusaha memujuknya. Dia tersengih malu.

Lif sudah terbuka, Amelia memelukku sekali lagi. Aku melangkah masuk, memusingkan badan dan melihat Amelia dan pejabat Chick! tertutup pandanganya perlahan-lahan oleh pintu lif.

* * * *

Ruang rumah 54 sudah kosong, kotak-kotak yang terisi barang-barang aku sudah diambil oleh syarikat penghantar barang sebentar tadi. Aku masih berehat di balkoni, flight ke Tokyo malam ini. Teksi sudah aku hubungi. Akan datang jam 6 petang nanti. Semalam hari terakhir di Chick!, hari ini saat terakhir di rumah no 54. Aku mengeluh perlahan, tangan aku letakkan di jejari besi balkoni. Menghadap pemandangan depan rumah 54.

Terlalu banyak yang terjadi di sini, Erik dan Elijah. Kerja dan Cinta. Semuanya bercambur baur menjadi fabrik-fabrik pengalaman yang tidak ternilai harganya.

Rumah 54 sepi sekali petang itu, waktu sibuk-sibuk mengangkat barang tadi, tidak ada penghuni yang kelihatan. Seperti mana aku datang tidak disedari, baik juga aku pergi tanpa disedari oleh sesiapa. Sengaja tidak memberitahu sesiapa yang aku akan pergi hari ini, terutama Elijah...terutama dia.

Sesuatu terjadi antara aku dan Elijah, sesuatu yang menghilangkan sempadan persahabatan. Yang terjadi kerana kami masing-masing keliru dengan perhubungan masing-masing. Atau lebih tepat masing-masing sedang kecewa dengan cinta sehingga nafsu menjadi taruhan hubungan. Jujurnya aku menyesal, jujurnya aku merasakan diri terlalu murah. Akhirnya, aku ini jenis perempuan bagaimana? Aku sendiri tidak tahu. Menjadi orang ketiga dalam setiap perhubungan membuatkan aku jadi keliru tentang cinta. Kalau ini takdir hidupnya, aku pasrah. Tetapi menyalahkan takdir dan menjadikan takdir sebagai alasan kepada setiap kesilapan terlalu mudah untuk manusia lakukan. Mungkin bukan takdir, tetapi sendiri yang mencari masalah.

Aku menyedut angin petang perlahan-lahan, jam di tangan menunjukkan angka 5.55, ada lima minit lagi sebelum teksi sampai. Tasik di depan rumah 54 lengang tanpa manusia. Langit mendung tanda hujan hendak turun , seperti hati aku yang bila-bila masa boleh runtuh dengan ujian hidup.

Daripada balkoni, aku lihat sebuah teksi berwarna kuning menghampiri. Aku capai jaket dan beg sandang yang terisi pasport dan tiket ke Tokyo malam ini. Mungkin ini pengakhir terbaik yang aku boleh lakukan untuk menebus dosa. Meninggalkan semuanya tanpa pesan, berharap kehadiran aku di sini dalam hidup Elijah dan penghuni lain seperti angin lalu. Rasanya sekejap sebelum dilupakan selamanya.

Aku turun ke bawah, rumah Elijah kosong tidak berpenghuni. Hujan rintik mula turun, aku berlari masuk ke dalam teksi.

‘Airport, please’ arahku kepada pemandu teksi yang mengangguk dan menekan meter teksi. Hujan mula turun lebat sekali.

Daripada cermin pintu belakang teksi, aku melihat rintik hujan jatuh membasahi tanah dan rumah 54 yang tersergam indah, rumah yang banyak memberi makna dan mengajar erti hidup. Ada sisa hati yang tertinggal di situ, ada rasa yang melarat di situ, ada cinta yang menghuni di situ. Cuma semua itu bukan untuk aku lagi, perjalanan mencari diri dan memaafkan diri baru bermula. Apa hujan ini satu rahmat untuk aku memulakan semuanya baru? Aku sendiri tidak tahu, aku mengenggam erat tangan, meraut ke muka, menyeka titis-titis air yang terpecah daripada empangan kelopak.

Teksi meluncur laju, membawa aku yang kebasahan jiwa dalam hujan yang merintik jatuh.

0 gossip (s):