1 - 112 Dan....

“Why do I have to be the other woman?”


~



Petang itu, aku dan Zanna sampai ke Rumah No. 54 dalam hujan yang lebat. Terkocoh-kocoh kami berdua berlari dan mengacah lopak air. Aku payungi Zanna dengan jaketku. Kami sampai dalam keadaan yang sedikit lencun.


Aku pelawa Zanna masuk ke rumah. “Minum kopi dulu,” kataku.


Zanna menurut saja. Sementara aku ke dapur untuk memanaskan air, Zanna meletak bagasi di tepi pintu. Kemudian dia menghempaskan tubuh ke sofa. Dia penat. Sangat penat.


Aku ke kamar, ambil tuala dan keringkan rambut. Rambutku semakin panjang dan meliar, mahu kembali kepada keadaan biasanya dulu. Aku beri satu lagi tuala kepada Zanna. “Get yourself dried up,” kataku pada Zanna.


Zanna menurut lagi. Lalu dia ke bilik mandi di dalam kamarku. Aku di dapur menunggu air masak. Kemudian aku buatkan kopi untuk kami berdua.


Aku menatang kopi panas ke ruang tamu. Zanna tiada di situ. Aku mencari dia. Ekor mataku menangkap tubuhnya yang terbaring di hujung katilku.


“Zanna?” tanyaku, dua cangkir kopi masih di tangan. Aku lihat Zanna memandang kosong ke siling. Wajahnya sudah dibersihkan dari mekap. Cantik dia begitu, tanpa secalit warna tiruan. “Zanna?” tanyaku lagi.


Zanna segera mengesat air mata yang tiba-tiba merembes keluar. Aku letak cangkir kopi di atas meja tidur. Cepat-cepat aku dapatkan Zanna.


“Syhhh... syhhh....” Aku pujuk dia untuk meredakan perasaannya. Bahunya aku tepuk dengan lembut. Perlahan-lahan aku rangkul Zanna. Perlahan-lahan juga dia kembali tenang. Dia mengejapkan dakapan ke tubuhku.


Dan....


~


“Why do I have to be the other woman?” Tanya dari Zanna itu menyedarkan aku. Zanna bersandar di kepala katil. Dia sudah menyarung t-shirt putih CK yang aku pakai siang tadi. Zanna menghirup kopi sejuk. Satu lagi cangkir sudah tumpah tadi.


Di luar sudahpun malam dan masih hujan.


Aku bangun, membetulkan posisi menghadap Zanna. Selimut aku tarik untuk menutup tubuh. Aku tanya pula, “Maksud you?”


“You’re already married....” balas Zanna. Matanya singgah pada rantai jed hijau di leherku. Juga cincin perkahwinanku. Itu pemberian Mia dulu.

“But we’re in love,” jawabku pula.


Cinta?


“In confusion....” Zanna membetulkan pernyataanku. “This was a mistake.”


Atau nafsu?


Aku diam. Apa yang telah kami lakukan ini... memang satu kesilapan besar! Satu dosa yang amat besar!


“I thought we’re in love....” kataku lagi.

“Ya. Mungkin. I dengan Erik. Still am. You dengan Mia, Elijah.” Zanna bangun untuk memungut pakaiannya semula. “This is not love. This is just an affair. Another stupid mistake, on my part.”

“Mia....” Aku menggumam sendiri. “She’s not coming back.”

“Tapi dia masih isteri you, Elijah. And I will always be the other woman.” Zanna menyarung kembali skirt hitamnya. “It’s exhausting.”

“I’m sorry,” ucapku pada Zanna.


Kemaafan?


“Both of us are sorry creatures, aren’t we?” Zanna memaksa senyum lemah di hujung kata-katanya itu. “I’m sorry too, Elijah.”


Keampunan?


Aku diam lagi. Betapa besarnya dosa ini! Aku menekup wajah dengan rasa penuh sesalan. Malu! Malu! Malu! Betapa bersalahnya aku!


Zanna meninggalkan aku sendirian di kamar. Terdengar pintu ditutup rapat. Di luar yang malam, hujan masih turun dengan lebatnya.

1 gossip (s):

Anonymous said...

takkan la elijah suka kat zanna..kot? hehehe.

~mahir~