1-92 Bunga cinta Rosa

Petang ini aku di sekolah lama. Reunion sekolah menengah. Sudah berapa tahun aku tinggalkan sekolah? 13 tahun? 15 rasanya.

Aku sampai agak awal. Adalah dalam tujuh atau lapan orang.

Aku masih kenal Mansor, Amin dan Bella. Juga Ris dan Fatma. Fatma dengan suaminya dan Ris bawa anak-anaknya.

Perjumpaan kali ini walaupun kecil-kecilan tapi cukup meriah. Maklumlah, dapat berjumpa dengan rakan-rakan lama yang tidak kurang rapatnya.

Satu demi satu rakan-rakan sekelas aku muncul.

Mansor yang aturkan perjumpaan ini. Sekarang kami berada dalam kelas lama kami. Makanan terhidang di hujung kelas, hampir dengan papan putih. Dahulu papan hitam. Sudah tukar agaknya. Ada juga projektor di bumbung dan carta organisasi kelas di ruang papan kenyataan. Meja-meja sudah dikeluarkan. Hanya bangku yang tinggal untuk kami duduk.

'Pergi jauh sampai New Zealand, last-last ko balik mengajar di sini juga ya?' kata Amin kepada Mansor.

'Ni baru ada chance nak balik sini. Dah 7 tahun aku kat Kudat,' terang Mansor.

'Ko buat apa sekarang ni Is', Amin beralih pada aku.

'Aku sekarang kerja kat syarikat penerbitan,' kataku.

'Ko tak kahwin lagikan? Bukan ko playboy ke dulu?' Mansor mencelah. Aku sudah sedikit malu. Memang kebanyakan rakan-rakan sekolah aku sudah pun berkahwin. Entah sudah berpuluh kad kahwin aku terima dalam sedekad lepas. Adalah satu dua kali saja aku pergi.

'Hehe, belum lagi', aku sedikit tersipu-sipu. Mansor dan Amin belum habis mengenakan aku. Habis semua cerita lama diungkit termasuk cerita aku dan perempuan-perempuan yang pernah aku date.

'Sekarang playboy lagi ke Is?', tiba-tiba Bella menyampuk. Terdengar perbualan kami agaknya.

'Tak dah', aku jawab dengan penuh yakin. Betul. Hanya Rosa. Tiada lagi Mia.

Entah.

Mungkin masih ada Mia dalam hatiku.

Tapi aku sudah penat dengan drama orang-orang muda. Suka padaku tapi kahwin dengan orang lain. Ah, aku masih belum dapat memaafkannya.

Aku sambung berbual dengan rakan-rakan lama. Beralih dari satu meja ke meja lain. Gembira melihat yang sudah punya isteri dan anak-anak.

Mungkin tidak berapa lama lagi aku pula?

Teringat perbualan Rosa dan aku selepas majlis makan malam.

'I know you are going out with that girl, Mia', Rosa memulakan bicara. Aku senyap. 'But I don't care. I guess I always realize that you are always that way'.

Aku rasa Rosa sudah lama tahu. Mungkin itu sebabnya dia tidak pernah berkata cinta dengan aku. Aku masih diam.

'I tahu you sendiri pun tak sure apa yang you nak', sambung Rosa lagi.

'What do you want?' tanyaku. Rosa memandang jauh sebelum dia menjawab.

'I want you', katanya sambil mata kami bertemu.

Kemudian dia mengalihkan pandangan ke arah lain. Aku dan Rosa di tepi kolam renang ketika itu. Dewan banquet hanya di sebelahnya. Rosa duduk. Aku ikut duduk.

'I like you Harith,' Rosa sambung kembali. Pandangannya dilemparkan pada air kolam. 'I know we didn't have much of romance but that was because I don't want to get hurt'.

'And you are a career woman!' aku menambah.

'And because I am a career woman!' Rosa mengulang sambil ketawa kecil. 'This is me.'

Seorang lelaki keluar dari dewan banquet dan memandang kami. Rosa melambai padanya, tanda dia kenal.

'This is me,' ulang Rosa lagi. 'And I don't want to lose you now.'

'Okay,' aku balas seperti tidak berperasaan. Padahal aku kekok. Tidak tahu apa perlu aku kata. Tidak. Ini bukan Harith yang biasa. Kalau Harith yang biasa, sudah pasti madah cinta sudah keluar dari bibir ini. Tentang hati dan jiwaku yang terasa sama. Atau redah api atau ais atau bukit atau gunung ~ yang seangkatan dengannya..

'I know you are a good friend. You always do,' Rosa teruskan lagi kata-katanya. 'And I know you can be a good husband. But there are two things I want to know.' Rosa mengalih pandangannya padaku.

'Apa?' tanyaku.

'Can you be faithful to me?' tanyanya tegas.

Aku pula terdiam. Seolah tidak berani berjanji.

'I don't care you and the past. I know you were having multiples girlfriend at the same time. I just want to know the future,' sambungnya lagi.

Siapa bisa meramal masa depan?

'I think I will,' aku balas. Nadaku juga tegas. Kerana aku sendiri sudah penat dengan drama-drama orang muda. Suka padaku tapi berkahwin dengan orang lain. Ah, entah berapa kali aku fikir tentang hal ini, aku tidak tahu. Tapi aku tahu yang aku sudah tidak mahu itu semua.

'I'll take that', Rosa tersenyum. 'I don't expect you to change in a day.'

Panas terasa jiwaku bila Rosa tiba-tiba berani mengambil risiko terhadap aku. Aku rasa cintaku padanya semakin mendalam.

'Apa soalan kedua?' aku tanya.

'Were you serious bila you cakap fasal kahwin?' Rosa lemparkan soalan itu sambil matanya melirik padaku. Aku balas dengan senyuman.

'Ni apa senyum sorang-sorang ni?' teriak Damien. Lamunanku terhenti. Damien, rakan rapatku ketika di sekolah menengah.

'Ah, Damien!' aku balas dengan satu pelukan. Lama benar sudah tidak berjumpa dengannya. Kami berbual panjang sambil disertai Amin, Mansor dan Bella.

Poketku tiba-tiba bergetar. Mesej masuk. Aku buka dan baca.

'Just want to tell you that I miss you'. Dari Rosa.

1-91 Tersentak

Tiada siapa yang aku kenal di sini kecuali Rosa. Ah, dan bapanya. Rosa, aku dan bapanya duduk satu meja bersama 7 yang lain.

'You should do business, son!' kata Dato' Malik pada aku.

'Sorry Dato', but I am risk-averse', kataku sopan.

'Ala daddy, tak payahlah drag Harith untuk buat business!' Rosa membalas manja.

'Oh yeah, I can't even ask your brother to work for the company' kata Dato' Malik sambil ketawa. 'Well, he got other passion!'

Pernah Rosa ceritakan pada aku, abangnya tidak mahu bekerja dengan bapanya kerana mahu menjadi pemuzik. Kata Rosa, abangnya sekarang di Australia. Tidak pasti pula apa sudah terjadi.

Rosa bersambung berbual dengan ayahnya fasal business. Aku menghabiskan banana split yang terhidang. Ini majlis makan malam ketiga yang aku hadiri dalam tempoh 2 minggu. Dengan makanan yang begini banyak, ditambah dengan nasi kandar setiap satu atau dua malam, mahu bertambah berat aku akhir bulan ini. Sudah hampir 2 minggu juga aku tidak jogging. Esok aku mahu mula kembali.

Dato' Malik meminta diri kerana dia ingin pergi berbual dengan rakannya di meja lain.

Rosa beralih padaku.

'So you know Odelia is moving out?' ujar Rosa.

Aku terkejut. Tidak pula aku tahu.

'Kenapa?' tanyaku.

'Katanya sebab kontrak mengajarnya sudah tamat, dan dia akan berkahwin'.

Oh, sudah lama benar aku tidak dengar tentang Odelia dan Harley.

'Baguslah tu,' kataku.

'No...', panjang sekali penekanan yang dibuat oleh Rosa. 'They should not'.

'Why?' kataku. Aku teruskan dengan sindiran dan sedikit skeptisme, 'because you don't believe in marriage?'

Rosa nampak tersentak.

'Of course not!' tiba-tiba suara Rosa sedikit nyaring. Dia menutup mulutnya sambil melihat kiri dan kanan kalau-kalau orang memandang. Masing-masing sedang berbual antara satu sama lain. Kecuali beberapa orang yang duduk di meja seperti tidak tahu hendak buat apa. Tapi mereka itu juga tidak memandang.

'She's not in love with Harley!', sambung Rosa. 'She likes Elijah instead!'

Aku terkejut.

'Oops,' Rosa menutup mulutnya lagi. Kali ini kerana dia sedar dia memberitahu aku hal yang tidak sepatutnya. 'Oh my, I shouldn't be telling you this!' katanya.

Odelia mahu kahwin dengan Harley, tapi Odelia sukakan Elijah dan Elijah sudah berkahwin dengan Mia?

'What? Elijah dah kahwin?', tanya Rosa.

'Did I just said it out loud?' tanyaku. Tak sedar pula.

'Yes, and is it the same Mia you are hanging out with?' soalan Rosa membuatkan aku terkejut untuk entah kali keberapa malam ini.

'Er...' aku sedikit bertangguh, 'yes'.

'Hm... interesting..' Rosa pula bernada sinis. Sebelum Rosa sempat menyambung, Dato' Malik duduk kembali ke kerusinya di sebelah Rosa.

'Rosa,' Dato' Malik tiba-tiba bersuara serius. Aku sekadar mendengar. 'I want you to take over the company. I want a year off'

'What?' tanya Rosa, 'I don't think I could!' Rosa merengek seperti budak kecil. Dato' Malik tidak memberi sebarang respon. Dapat aku rasa ketegangan suasana di situ.

'We'll talk about this at home then', kata Dato' Malik. 'I'm off with Mr Cliff. Something to discuss about'. Dato' Malik berlalu sambil Rosa bermuka seperti mahu menangis.

Rosa kembali pandang kepada aku. Wajahnya penuh kerisauan.

'Harith, please don't leave me! I'll do whatever it takes,' tiba-tiba dia bersuara.

1-90 Ini Pemulanya

Melihat Suzie semakin hampir, aku membetulkan kaki, berada dalam posisi kuda-kuda, mengingat kembali gerak langkah karate yang pernah dipelajari. Kalau Suzie mahu cari gaduh, kali ini sudah tentu aku akan melawan. Biar pengunjung tasik petang ini boleh lihat adegan perempuan tumbuk menumbuk, adalah hiburan sikit. Penumbuk aku kepal erat-erat. Automatis bibirku bergerak-gerak, memang bersedia untuk bergaduh.

Suzie sampai di depanku, melihat aku dalam posisi begitu, dia tergelak kecil.

'I'm not going to kick you today. Let's talk' Katanya lalu berlalu ke bangku yang disediakan di tepi tasik. Aku jadi malu sendiri, mengikutnya dari belakang lagak budak-budak sekolah kena tangkap dengan guru besar.

Aku duduk di sampingnya, di depan kami terbentang tasik kecil, matahari baru hendak bersentuh dengan kaki langit, burung-burung berterbangan di langit, hanya kami berdua di situ, terperangkap dalam masalah yang tidak pasti penamatnya. Dia menghembus nafas berat, tidak memandangku.

'Why Zanna?' Soalnya ringkas.

Aku bersandar ke kerusi, menarik nafas dan menghembuskannya perlahan-lahan. Cuba mencari kekuataan untuk memberikan sebab walau aku tahu sebab nya tidak mungkin akan dapat diterima oleh Suzie.

'I fall in love' jawabku ringkas, aku rasa muka ku kemerahan menahan malu. Bagaimana kau boleh katakan kepada perempuan lain bahawa kau cintakan suami dia? Tidak masuk akal.

'With my husband?' Soalnya walau sudah tahu jawapan.

'I'm afraid so' Ujarku perlahan.

Dua lelaki yang sedang berjoging melintasi kami, menoleh ke arah kami dan tersenyum manis. Aku buat tidak tahu, bukan masanya melayan godaan lelaki-lelaki asing.

'I should feel happy for you. You meet your love. But i can't, for obvious reason' Dia ujar keras. Ada kemarahan yang dikawal ketat, terhambur melalui tenangnya kata-kata. Aku rasa dadaku dicucuk sesuatu, perit sahaja rasanya. Ya, patutnya dia merasa gembira bila aku jatuh cinta, tetapi kegembiraan tidak mungkin ada kerana kami jatuh cinta pada orang yang sama.

Dia melihat jam, tangan kanan dan kirinya diletakkan bersama menjadi satu gumpalan dan memukul perlahan pahanya. Kakiku bergerak-gerak, cuba menenangkan jiwa dalam situasi yang sangat memelikkan ini.

'So, i think this is the end of our friendships. How pathetic we are? fight over a man'! Dia tertawa kecil, aku lihat ada air mata yang bergenang. Aku ikut tertawa. Ya, betapa menyedihkan kami berdua ini, bergaduh kerana seorang lelaki.

'Suzie, please, don't. I love you' aku ujar perlahan. benar, aku sayangkan dia, kawan rapat aku.

'But you also love my husband. We shared everything Zanna, clothes, stories, basically everything. We suppose to be best friend forever, remember' Dia mengangkat tangan kanannya, ada gelang berwarna perak yang aku berikan kepada dia waktu zaman persekolah itu. Aku tergamam di situ.

'I'm sorry Suzie' Aku tidak tahu hendak ucapkan apa lagi, semuanya tersekat dalam kerongkong disebabkan rasa bersalah yang melanda hebat. Aku rasa muka aku panas, dada aku sebak, bila-bila air mata boleh mengalir keluar.

'But, for once. I can't share my husband. Simply can't' Dia menyambung lagi. Aku hanya biarkan dia yang banyak bercakap, pesalah seperti aku layaknya diam. Tidak usah memburukkan keadaan.Aku menunduk ke bawah, bermain dengan jari-jari di atas peha. Bagai anak kecil yang bersalah tetapi malu mengaku kesalahannya.

'And knowing you, i know you will not leave my husband' Suaranya keras. Aku mengeluh bersetuju. Kami sudah lama kenal, sudah tahu perangai masing-masing, sudah dapat mengagak tindakan masing-masing.

'So, this is the begining of our war over a man!' Dia melanjutkan bicara lagi.

'What happened to us, Suzie?' Aku bertanya dan soalan itu bagai pistol yang diletakkan di kepala mengundang kemarahan Suzie.

'You fall in love with my husband, that's what happened!' Suaranya naik tinggi, kemarahan yang tersimpan yang cuba dikawalnya terhambur keluar. Aku tersentak, rasa bodoh dengan diri sendiri.

Suzie bangun dan melangkah pantas. Beberapa langkah dia berpaling. Melihat aku yang masih duduk di bangku.

'Zanna, i'm going to fight for Erik. He's my husband. We are no more a friend now. You make me sick!' dia bersuara tegas. Kemudian tersenyum simpul. Aku kepelikan, apa rahsia di sebalik senyuman itu.

'By the way, i'm pregnant' Dan dia melangkah pergi tanpa melihat aku yang tergamam di belakang.

1-89 Selamat tinggal

“Kau ok Dell?” Tak pernah Suri selembut ini. Dia duduk sebelah aku, sambil memandang aku tepat pada mata. Pandangannya dalam. Tangannya memegang tangan aku lembut. Lembut dan hangat. Lembut sentuhannya berbanding sentuhan Elijah. Ya, Elijah berpaut pada lengan aku dengan segenap tenaga jantannya, kasar. Dia menangis bagai orang gila kerana rindukan Mia.

Mia, perempuan yang dicintai Elijah.
Mia, perempuan yang meninggalkan Elijah.
Mia, perempuan yang sepatutnya melengkapkan Elijah.
Mia, perempuan yang sudah menjadi isteri Elijah yang sah.

Ya, ISTERI.

Harith yang beritahu aku tadi, ketika aku menyerahkan skirt Rosa yang tersesat masuk dalam plastik beg aku. Salah aku. Aku yang tanya kenapa Harith bermuram durja, kenapa Harith tak ceria. Kalau aku tak peduli pasti aku tak sibuk-sibuk tanya. Kalau aku tak tanya pasti aku tak tahu Elijah dan Mia sudah berkahwin. Kalau aku tidak tahu pasti aku tidak rasa sakit dan pedih seperti ini.

“Mia…dia dah kawin dengan Elijah” suara Harith bergema-gema sampai sekarang.

Aku mahu dunia berhenti berputar sekarang! Ada dua perkataan yang aku masih keliru maknanya.

Satu, kawin. Kahwin itu penyatuan dua manusia, berkongsi semuanya sehingga akhir hayat? Dua, Elijah. Elijah itu hantu bermata hijau yang aku tak boleh singkir dari otak aku? Yang sudah hancur berkecaikan telefon bimbit yang aku beri? Yang kini menyebabkan hancur berkecai hati aku? Kalau inilah pendefinisiannya, aku tidak percaya. Boleh tak definisi perkataan kahwin dipinda kepada ‘suka’ atau ‘berminat’ atau ‘mengorat’?. Kalau tak pun, katakanlah Elijah itu adalah nama lelaki dari negeri lain yang tiada kena mengena dengan aku, dengan rumah no. 54. Bukan Elijah Amru Darcy! Bukan!

Aku tinggalkan Harith selepas dia melafazkan “Mia…dia dah kawin dengan Elijah”. Pada masa itu aku terus meluru ke tingkat empat, sambil tangan mula mengigil, dada mula rasa sebak dan sesak. Sebelah tangan sudah mula menyeka air mata yang menderu tanpa aku minta. Aneh. Sungguh aneh. Apa sudah jadi? Kenapa bodoh menangis kerana lelaki yang tak pernah ambil peduli?

Entah, aku langsung tak boleh gambarkan apa yang aku rasa. Sebahagian otak aku rasa semua ini mimpi. Sebahagian otak aku jadi beku. Sebeku hati aku yang terasa dipecah-pecahkan bagai ketulan ais. Semua bersepai, berkecai berselerakkan atas lantai. Perasaan ini, sama seperti perasaan bila dapat tahu mak sudah tiada.

Perasaan ditinggalkan.
Perasaan terkapai-kapai keseorangan.
Tidak bermaya.
Sepi.
Rasa seperti bunga ros yang direntap kelopak-kelopaknya dari tangkai.
Juga seperti kelopak bunga-bunga sakura yang berterbangan dibawa angin kencang,berselerakan tanpa arah tujuan.
Kusut.
Serabut.

Tapi kenapa Elijah? Kenapa? Aku tidak pernah betul-betul kenal Elijah. Dan dia tak pernah peduli pasal aku.
Oh Tuhan, kenapa dengan aku?

Dan kini aku di rumah Suri. Aku sudah tinggalkan rumah 54 dan aku mahu tinggalkan semua kenangan di rumah 54. Tugas aku di sekolah sudah selesai, tugas yang aku kurang minati, yang aku gagal kuasai. Aku sudah tidak sanggup berada di rumah itu lagi, walau aku ada satu minggu lagi sebelum tarikh sebenar untuk berpindah keluar.
Aku sudah tidak sanggup.
Tidak sanggup berhadapan dengan Elijah yang tak bermaya.
Tidak sanggup menahan apa yang aku rasa. Aku kasihankan Elijah, aku kasihkan Elijah. Tapi aku tidak boleh lagi, kerana itu hak Mia.
Ya, itu hak Mia, walaupun dia tinggalkan Elijah.

Suri peluk aku. Menghentikan lamunan aku, dan aku menangis dalam pelukan Suri.

Elijah, bertahanlah. Aku tahu Mia akan kembali. Dia pasti kembali.

Selamat tinggal Elijah.

1-88 Everybody Hurts


Sejak berjumpa Elijah pagi tadi, fikiranku sedikit tenang. Bukan kerana gembira dengan kisah sedihnya tetapi menyedari betapa normalnya aku untuk terluka dengan cinta. Elijah ditinggalkan isterinya, aku tidak bertanya lanjut, sekadar cuba menawarkan simpati. Odelia juga hilang, pindah agaknya, tidak sempat untuk aku minta maaf. Aku lihat ada kemuraman di wajah Elijah waktu aku beritahu dia tentang Odelia. Apa yang terjadi antara mereka agaknya?


Aneh, ada tenang yang wujud dalam diriku. Merasakan sengsara cinta itu adalah satu perkara yang normal. Dilalui oleh kebanyakkan orang dengan cerita masing-masing. Bukanlah perkara yang luar biasa.


When the day is long and the night, the night is yours alone,

When you’re sure you’ve had enough of this life, well hang on

Don’t let yourself go, cause everbody cries and everybody hurts sometimes


Lagu daripada R.E.M itu berkumandang dari radio, aku tersentak dan ketawa kecil sendirian. Kebetulan yang teramat sangat. Aku bangun menguatkan suara radio, dan kembali duduk di sofa. Amelia sudah pulang pagi tadi, katanya ada aktiviti keluarga yang dia perlu sertai. Aku pula tidak ada rancangan apa-apa hari ini, elok juga duduk di rumah. Aku capai telefon, mahu bercakap dengan ayah dan ibu di Jepun, tidak berangkat pula, agaknya ayah dan ibu sibuk melayan tetamu. Bagaimana dengan England? Sudah lewat malam, aku letakkan balik ganggang telefon tidak jadi mendail nombor Jack, rindu pada Jack, adik lelaki seorang itu. Sudah hampir setahun tidak bertemu sejak dia melanjutkan pelajaran di England.


Aku bangun pergi ke almari pakaian, mengambil album gambar bersaiz besar yang tersimpan kemas dalam rak dalam almari. Membawanya ke ruang tamu, dan aku duduk bersipuh atas sofa sambil membuka helai demi helai album tersebut.


Dalamnya ada gambar kami sekeluarga, gambar aku dan Jack dari kecil dan gambar-gambar ayah dan ibu ketika perkahwinan mereka. Aku tersenyum gembira. Kalaulah Ibu ada disampingku, sudah tentu aku akan bercerita semuanya kepada dia. Seperti biasa dia akan membelai rambutku dan membiarkan aku menangis di pangku ribanya, aku pasti itu, itu sahaja caranya ibu menenangkan aku, tidak perlu lebih. Apa sahaja masalah, apa sahaja kekeliruan yang timbul. Bila ayah menentang hasrat aku untuk berehat selepas habis A-Level untuk pergi mengembara, ibulah yang menyokong tindakanku menyebabkan ayah mengalah dan membiarkan aku mengambi cuti belajar dan mengembara ke seluruh dunia berseorangan. Bekerja sambilan bila duit sudah hampir habis, melawat tempat-tempat di Eropah, India dan China dan hampir setahun membuat kerja-kerja sukarela di Sudan. Sedang kawan-kawan lain menghabiskan masa muda mereka belajar di universiti, aku terlewat hampir dua tahun sebelum kembali menyambung pelajaran.


Ah, aku mengeluh perlahan, masa silam memang menyeronokkan, hanya berjalan-jalan, buat kerja yang disukai dan bimbangkan duit bila tiba masanya. Sekarang semuanya bercelaru dilanda kisah cinta. Aku ketuk kepala sendiri.


Bodohnya kau Zanna, yang kau jatuh cinta pada suami orang, siapa yang suruh.


Aku tutup album gambar dan letakkan atas meja kopi depan sofa. Aku bangun dan menuju ke balkoni. Radio sudah memutarkan lagu lain, entah lagu apa yang diputarkannya, macam tak siap sahaja bunyinya.


Aku memandang ke depan, cerah cuaca hari ini, air tasik tenang hanya sesekali berombak kecil ditiup angin yang kadang-kadang bertiup agak kencang. Pohon-pohon sekitar tasik meredupkan tasik dari matahari petang yang sedikit terik. Di atas jambatan kecil yang merentangi tasik, ada sepasang kekasih sedang memadu asmara. Aku tarik nafas, membiarkannya menyerap masuk ke seluruh peparu. Aku sukakan pemandangan dari balkoni ini, itu salah satu sebab yang menyebabkan aku menyewa rumah No.54 ini selain harganya yang aku mampu tampung dengan elaun peribadi dan elaun intership daripada Chick!


Aku masuk kembali ke ruang tamu,dan menuju ke bilik tidur. Mahu menyalin pakaian, petang-petang begini elok juga aku pergi berjoging. Seluar trek dan t shirt putih aku sarungkan, aku pakai kasut jogging yang sudah terperuk dalam almari berbulan lamanya. Radio aku offkan dan pintu rumah aku kunci. Kemudian bergerak turun ke bawah dan menuju ke arah tasik.


Aku streching untuk memanaskan badan sebelum berlari perlahan di sekitar tasik, tidak ramai orang yang bersenam petang ini. Cuti Krismas patut dihabiskan dengan orang tersayang bukan bersendiri seperti aku. Aku berlari hampir masuk pusingan ke tiga sewaktu aku melihat susuk tubuh perempuan yang aku kenal menghampiri aku. Peluh menitis dari dahiku.


Suzie?

Elijah Darcy dan Zanna

Tak tahulah sudah berapa kali aku terjaga, tidur, bangun lagi dan tidur semula. Sudah jam berapa sekarang? Sudah berapa haribulan? Sudah tahun berapa? Apakah perlu aku teruskan kehidupan sebegini? Aku tak berdaya untuk buat apa-apa lagi. Aku tak mampu. Aku tak sanggup!


Aku tak mahu hidup tanpa Mia!


Tanpa aku dapat tahan atau menyedarinya, aku menangis lagi. Kerana Mia. Mia. Mia. Mia....


Chloe masuk ke dalam pandanganku. Dengan deram manjanya, dia menjilat sisa air mataku. Dia menjilat ke seluruh wajahku. Alis mataku. Aku geli. Hidung. Aku geli. Pipiku. Geli. Telinga. Lagi geli! Aku tak dapat tahan geli. Aku ketawa! Selepas beberapa lama, air mataku merembes lagi. Kerana menahan ketawa! Sungguh-sungguh aku ketawa.


Chloe aku peluk erat-erat. Dia mengiau manja. Aku belai dia. Akhirnya Chloe tertidur di sisiku. Aku sendiri terjaga. Aku bangun menegakkan diri. Aku jenguk ke luar. Awal pagi menyapa aku dengan hari yang cerah.


Apakah aku mampu untuk menghadapi hari ini?


Lama aku diam memikirkannya. Mungkin juga aku tak berfikir apa-apa. Aku tak tahu apa yang patut aku fikirkan. Apa yang patut aku rasakan?


Aku putuskan untuk mencuba.


Aku turun dari katil. Aku tanggalkan pakaian yang sudah hapak dengan peluh dan air mata. Dingin rantai batu jed yang tergantung di leherku meresap ke dada.


Mia. Mia. Mia. Mia


Sejuknya cincin batu jed mencengkam di jari manisku.


Mia. Mia. Mia. Mia.


Apakah aku mampu untuk menghadapi kehidupan ini?


Sekali lagi aku putuskan untuk mencuba.


Aku kemaskan tuala di pinggang dan melangkah ke luar. Suasana ruang tamu sunyi. Tak ada sesiapa. Semuanya tersusun kemas. Seolah-olah tiada apa yang berlaku sebelum ini. Semalam? Dua-tiga hari lepas? Aku hilang panduan masa dan hari. Aku hilang arah.


Odelia.... Di mana dia?


Aku mahu ucap terima kasih kepada Odelia. Perlu! Kerana Odelia tak meninggalkan aku. Oh, di mana Odelia sekarang? Aku masuk semula ke bilik dan terus ke bilik mandi. Aku mahu bersiap-siap. Aku mahu cari Odelia.


~


Odelia tiada di rumahnya di tingkat empat.


~


Aku turun semula. Hampa. Di mana Odelia? Ke mana dia pergi? Bila dia akan pulang? Persoalan itu tinggal tak berjawab dengan langkah-langkahku menuruni anak tangga. Aku sampai ke tingkat tiga. Pintu rumahnya terbuka. Seorang perempuan rambut perang keluar.


“Hey, Merry Christmas!” Ucapnya untuk membuka bicara.

“Merry Christmas....” sambutku tanpa keterujaan. Sudah Krismas?

“Oh....” Perempuan itu meneliti aku. “You don’t really celebrate Christmas, do you? Sorry.” Dia putuskan sendiri. “You’re mixed?”

Aku angguk.

“Zanna.” Dia perkenalkan diri. Tangannya tak dihulur kerana sedang memegang plastik-plastik sampah.

“Elijah.” Aku balas sepatah namaku. Melihatkan dia terkial-kial mahu menutup pintu, aku tawar diri. “Biar aku tolong bawa sampah tu.”

“Oh, tak apa ke? Terima kasih....”

Aku dan Zanna melangkah turun.

“I sambut Krismas malam tadi. No Santa came though.” Zanna buka bicara lagi. Dia ketawa kecil. “Been a bad girl, I guess.”

Aku senyum.

Kami sampai ke tingkat dua.

“Lama tak nampak awak. Pergi mana?”

“Kahwin.” Aku jawab terus-terang.

“Congratulations!” Zanna sungguh-sungguh teruja. “Honeymoon ke?”

“My wife has already left me.” Aku terus-terang lagi. Nadaku keras. Entah. Rasa marah dan geram tiba-tiba meluap dalam diriku. Rasa mahu lepaskan segala-galanya. Biar semua orang tahu. Biar semua orang rasa.

Zanna diam. Langkahnya terhenti.

“I’m sorry.” Aku kembali waras. “I just need someone to talk to. I was looking for Odelia. Kau pula jadi mangsa.”

Kami sampai ke tingkat satu, di hadapan rumahku.

“Tak apa....” jawab Zanna. Dia tersenyum lemah. “I’m all ears too.”

Ak diam, tak dapat berkata apa-apa lagi.

Kami terus melangkah ke laman.

“Kau tahu ke mana Odelia?” tanyaku selepas beberapa lama.

“Last night, I saw her with a girl. Kawan kerja dia kot? Dia bawa beg besar. Mungkin balik kampung....”

Kami sampai ke pintu pagar utama. Mataku melorot ke tingkat empat. Semua tingkapnya bertutup rapat.

“She brought some boxes too. Takkan pindah kot?” tanya Zanna sendiri.


Odelia.... Kau pun sudah tinggalkan aku?

1-86 Krismas Tanpa Santa Claus

Aku masuk ke bilik Kamal, menyerahkan laporan event semalam. Dia mengambilnya tanpa memandang wajahku, hanya tangannya yang bergerak mengarahkan aku duduk. Dia membaca beberapa ketika, menggunakan pen, dia membulatkan dan memangkah beberapa perenggan. Dia membelek beberapa kali, kemudian barulah memandang wajahku. Sebelum dia bersuara memberikan komen tentang laporan, mulutnya ternganga.

'Oh my god!. What happened to you?' Dia membulatkan matanya, menghasilkan beberapa lapis kerut di dahi, dia bangun serta merta menuju ke arahku.

Mata aku sembap kerana menangis semalaman, ada kesan luka di bibirku. Make-up yang aku pakai tidak mampu menyembunyikan semua itu. Aku cuba tersenyum, tetapi yang mampu terhasil hanyalah getar bibir sekejap.

Kamal duduk disebelahku, memegang wajahku, melihat mulutku. Aku mengaduh sakit. kepalaku pening, sebab tidak cukup tidur semalam.

'Cat fight eh?' Dia tersenyum padaku, memegang tanganku, dan menghadapkan aku kepadanya. Kami duduk bertentangan.

Aku hanya menangguk, malas hendak memberikan ulasan lanjut.

'Ermmm, laporan you okay, ada beberapa error kena betulkan. After you betulkan, you baliklah rumah. i bagi you cuti separuh hari. lagipun esok krismas kan. You celebrate?' Kamal memandang aku, ada risau dalam wajahnya.

Aku mengangguk lemah, suaraku seolah hilang.

'Thanks Kamal, i'll email you after i siapkan' Aku bangun dari kerusi, menuju ke pintu. Kembali ke mejaku, aku memegang kepala, terasa ingin pecah rasanya tempurungku. Aku minum air kosong dalam cawan yang memang sudah tersedia atas meja sebelah kanan. Kemudian, aku menghadap komputer di depan, dan mula membetulkan kesilapan yang dikesan Kamal. Lama aku mengerjakan kembali laporan itu, membaca kembali ayat, memastikan tiada kesalahan ejaan dan lain-lain. Puas hati aku emailkan pada Kamal, dan bersiap untuk pulang. Aku kenakan cermin mata hitam untuk lindungi mata yang sembap.

Aku berjalan keluar terus, lalu di depan ruang kerja Amelia. Dia tiada di situ, aku mengeluh perlahan. Dari pagi aku cari dia, tapi memanjang tiada. Aku teruskan langkah keluar bangunan.

------------------------

Sampai di rumah. Kosong dan Sunyi.

Aku tukar pakaian, dan ke ruang tamu. Semua kaca dan sisa makanan semalam yang aku sepahkan aku kemas kembali, menyapu semula lantai, mop lantai sampai semua bau makaroni basi semalam hilang. Aihh, ini yang susahnya dalam marah dan kecewa. Bila terpaksa mengemas balik, kan dah menyesal. Aku mengeluh keras, peluh menitik di dahiku aku kesat dengan tangan. Rambut perang ku aku ikat kemas jadi tocang.

Selesai semuanya aku duduk berehat di sofa. Peristiwa malam semalam mengimbas kembali fikiran. Erik oh Erik, kenapa? Aku masih tidak dapat panggilan darinya, Suzie juga masih belum telefon untuk memaki aku. Semua orang senyap, membuatkan aku lagi tertekan.

Pintu diketuk, aku malas-malas bangun. Mungkin Harith agaknya, semalam dia begitu bimbangkan aku. terharu pula rasanya. tetapi yang tercongok di depan pintu ialah Amelia. Dia membawa pokok krismas setinggi pinggang. tercungap-cungap nafasnya. Tangannya yang sebelah lagi memegang berbungkus-bungkus beg plastik. Dia memberikan beg plastik di tangannya kepadaku, sambil cuba mengimbangkan badannya dengan berat pokok krismas sederhana besarnya itu.

'Hey, Christmas is coming. Lets celebrate!' katanya riang sambil masuk ke rumah. Diheretnya pokok krismas itu ke ruang tamu. Aku tidak sempat berkata apa-apa, hanya mengikutnya dari belakang, tetapi aku lega sebenarnya. Ada juga orang bersama ku menyambut Krismas.

Amelia menghempaskan punggung ke atas sofa, menanggalkan jaket dan mengipas-ngipas muka dengan kertas akhbar.

'Mana you pergi? I cari you tadi di office' aku tanyakan padanya dari dapur, barang-barang yang dibelinya aku letak atas meja dapur. Kemudian bergerak ke ruang tamu, membawa segelas fresh orange untuk Amelia. Aku halakan padanya gelas itu dan dia mengambil pantas, meneguk beberapa kali kelegaan.

'I pergi shopping Christmas la, i cuti hari nie tak sempat beritahu you semalam. You asyik nangis jer, tak sempat nak cakap apa-apa' Katanya tersengih memandangku, ada nada memerli dalam katanya. Aku mencubit pahanya, mengaduh kesakitan dia. Memang malam semalam selepas Harith pergi, aku telefon Amelia, cuba bercerita tetapi yang banyaknya tangisan yang ada.

'What's your plan for Christmas?' Katanya.

'Nothing special. Makan,minum dan lepak-lepak. You?' soalku balik.

'Samalah, i beli barang-barang untuk di masak dan diminum' jawabnya. Dia bermain-main dengan anak rambut.

Amelia mengambil sesuatu dari begnya, dan mencampaknya kepadaku.

'For you. Merry Christmas!' Ujarnya penuh semangat.Matanya bersinar-sinar,

'Hei, we are suppose to exchange gifts tomorrow morning' Katanku, sambil memegang kotak kecil berbungkus kertas biru laut dan bereben putih itu. Aku goncang-goncang, ada bunyi. Berat nampaknya.

'Urghhhh, i hate traditions. And it just a gift. Santa clause can kiss my ass!' Dia gelak besar. Aku gelak kuat juga. Aku koyak pembalut hadiah dan buka kotak. ada kerongsang emas putih berbentuk hati, di tengahnya ada permata nilam biru. Aku memandang Amelia, terharu.

'Thanks. I love it' Pujiku dan aku bangun menuju ke cermin sambil menggayakan kerongsang di bahuku. boleh dipakai untuk event mana-mana, fikirku.

'Welcome, and mine?' Tanpa malu dia bersuara meminta hadiah untuknya. Aku tergelak kuat, perempuan ini memang jenis gelogoh. Aku masuk ke dalam bilik dan mengambil hadiah yang sudah berbalut kemas. Aku berikan pada Amelia, mukanya seronok sekali. Dibuka pembalut hadiah gelojoh. Dan dia ternganga besar. Ditanganya ada senaskah karya Harumi Murakami special edition berserta tandatangan Murakami.

'Whoaaaa, this is great! How the hell did you get Murakami's autograph?' Mukanya kehairanan, dia masih tidak percaya. Buku itu dirapatkan ke dadanya.

' I asked my father to get it. He's a diplomat in Japan, working at US Embassy' Aku jelaskan, memang pun ayah masih di Jepun, cuma aku selepas membesar di sini, enggan pulang ke Amerika mahupun mengikut ayah ke jepun. Aku selesa di sini, semua yang aku kenal dan sayang ada di negara ini.

'Thank you very much. This is my favorite present ever' Dia memelukku kuat. Aku gelak sekali lagi, mudah benar memuaskan hati Amelia.

Selepas itu, kami sibuk menghias rumah. Pokok krismas yang dibawa Amelia dihias cantik dengan hiasan ornament berwarna warni. Di atas puncak pokok, aku letakkan patung engel bersayap yang memegang tongkat berbintang sakti. Putih warnanya dan dia menghadap ke luar balkoni. Selesai menghias pokok krismas, kami ke dapur untuk memasak makan malam. Walau hati aku resah dengan kisah Erik dan Suzie, aku gembira dengan Amelia malam ini, sekurangnya waktu perayaan begini, aku tidak berseorangan.

Ada pintu dibuka. Amelia memandangku kehairanan, aku senyum, menggerakkan bibir mengucapkan nama Erik tanpa suara. Dia membulatkan mata dan memuncungkan mulut. Gelak kecil aku dibuatnya. Aku mengesat tangan di tuala putih, dan pergi ke ruang tamu. Di situ Erik berdiri,wajahnya pucat, matanya pun sembap seperti aku. Dia tersenyum tawar melihatku.

Aku berjalan ke arahnya, dan pipinya aku kucup perlahan. Dia memeluk aku erat. Amelia masih di dapur.

ahemm..tiba-tiba kedengaran bunyi suara orang dari belakang. Aku cepat-cepat lepaskan pelukan dan memegang tangan Erik. Di belakang, Amelia dengan memakai apron dan senduk di tangan kanan tersengih memandang aku dan Erik.

'Erik, ini Amelia, kawan i' Aku memperkenalkan mereka berdua. Erik hanya tersenyum dan melambaikan tangan.

'Hai..' Amelia membalas lambaian Erik. Kemudian pantas-pantas dia berlari semula masuk ke dapur, selepas aku menjengilkan mata dan membuat isyarat supaya dia beredar.

'Am sorry, i thought you never come. I just need a friend' Aku jelaskan pada Erik perlahan. Aku pegang wajahnya. Dia cuma diam. Erik memegang tanganku dan mengajak aku ke balkoni rumah.

Sampai sahaj di balkoni dia keluarkan kotak rokok dan lighter. Dikeluarkan sebatang rokok dari kotaknya dan menyalakan dengan lighter, dia menghisap dalam-dalam dan memandang jauh ke arah tasik. Aku bersandar pada bahunya.

'I tak boleh lama di sini. eloklah you ada kawan di sini malam nie' Dia bersuara sambil mengeluh perlahan.

'Suzie?' soalku, walau aku sudah tahu jawapannya. Entah mengapa, ada rasa cemburu yang menjalar ke seluruh badanku. Aku angkat kepalaku dari bahuku, dan menjauhkan diri sedikit dari Erik. Membelakangi dia. Tangan gagahnya menarik aku masuk ke dalam pelukannya. Disandarkan kepalanya ke bahuku, nafasnya terasa dekat sekali.

'Jangan begini, you tahu i terpaksa. I'm sorry' Dia meminta maaf perlahan, dia mencium lembut bahuku. Jambangnya mencucuk ke kulit aku, aku kegelian.

'No, i am sorry. i patut faham. Dia isteri you' Aku terasa ada nafas terhenti bila aku sebut ayat itu. Aku memandang ke tasik, hanya gelap dalam kilauan cahaya bandar yang terang benderang malam itu. Erik masih memelukku erat. Aku rasa lelaki ini menanggung beban yang sangat berat, dan memelukku meringankan bebannya.

Malam masih meriah, dari jauh kedengaran lagu krismas yang dipasang, remang cahaya dari bandar bersinar terang walau makin menghampiri Rumah No. 54, cahanya makin ditelan gelap tasik. Amelia masih ada di dapur, memasak sambil sesekali dia menyanyi kecil.

Erik menghulurkan kotak baldu hitam ke arahku. Aku berpaling ke arahnya, tersenyum lebar. Ingat juga dia. Aku cium mulutnya, kemudian membuka kotak baldu hitam itu. Di dalamnya ada seutas rantai platinum Cartier disertakan dengan sebutir berlian putih. Aku pandang Erik, tidak percaya, Erik tersenyum manis. Aku peluk dia.

'Thank you!' Aku menjerit kegembiraan. Dan aku angkat kepala daripada bahunya dan memandangnya, dia masih memelukku.

'For you, my love, anything' Dia bersuara lembut, sebelum mengambil rantai itu dan menyuruh aku berpusing, diangkatnya rambutku yang berselerak di belakang leher dan memakaikan rantai itu. Tangan kiriku memegang berlian yang menyentuh leher, tangan kananku memegang dada yang semakin berdebar kencang.

Dia memusingkan aku ke arahnya. memandang aku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Ada cinta membara dalam mata lelaki ini, dan aku rasa akulah wanita paling bertuah dalam dunia malam ini.

Dia pegang wajah aku, melurutkan tangannya ke pipiku, ke mulutku dan akhirnya ke leherku sebelum jatuh ke berlian di atas dada. Dia dekatkan diri dengan badanku dan dipeluknya erat. Seolah tidak mau dilepaskan. Handphone berbunyi dari kotnya. Dia lepaskan pelukan dan capai handphone, dia melihat aku, memegang wajahku dan menciumku di dahi.

'I love you' ujarnya semasa mencium dahiku. Sebelum cepat dia beredar ke arah pintu dan berlalu pergi. Aku tergamam di situ, aku lihat dari atas,Erik keluar bangunan dan menjawab telefon sambil menuju ke kereta. Dia memandang aku yang masih berada dibalkoni dan melambaikan tangan sebelum masuk ke dalam kereta dan memecut laju.

Erik sudah pergi, sekali lagi malam ini, balik ke rumah perempuan yang punya hak ke atasnya. Aku memegang erat geriji balkoni, tangan kananku memegang rantai berlian yang diberikannya dan ku kucup perlahan. Malam makin lewat, tapi malam krismas itu, meriahnya makin terasa, cuma aku di sini, masih sendiri, melihat Erik berlalu pergi, walau yang kelihatan cuma lampu-lampu bangunan di depan rumah no 54.

Amelia datang ke sebelah ku di balkoni.

' Masa kita zaman budak-budak, kita percaya santa claus wujud, tapi makin membesar kita lepaskan kepercayaan itu kan' Suaranya lembut berbicara. Kami sama-sama memandang ke depan, sama-sama mencari santa claus dan rusa-rusanya berterbangan di langit. Mahu terus percaya kepada angan kanak-kanak.

'Begitu juga cinta, perlu tahu bila masanya untuk lepaskan pergi. Macam krismas tanpa santa claus, hidup tanpa cinta pun, tidaklah teruk sangat, aku rasa'. Amelia menyambung lagi, dan sepi memenuhi ruang antara pokok krismas, berlian di dada dan cinta di jiwaku. Ada air mata yang menitis perlahan.










1-85 Penuh

Bulan mengambang penuh. Aku duduk di balkoni. Air teh aku letak atas meja kecil sebelah kerusi. Sayup-sayup dengar bunyi radio yang aku pasang dari dalam rumah.

Sudah lewat, tapi aku tak mampu tidur.

Jiwa sangat bercelaru. Pagi tadi dengan Mia yang menangis. Sekejap tadi Zanna pula.

Baru tadi aku nampak Zanna menangis di laman. Aku baru pulang dari kedai mamak yang lebih kurang 20 minit dari rumah. Terkejut aku bila aku lihat Zanna berbaring sambil menangis.

Bila aku sapa, laju dia pergi meninggalkan aku. Zanna berlari ke tingkat 3. Bunyi tapak kakinya berselang-seli dengan esakan.

Pintu rumahnya aku ketuk. Bimbang.

Tiada jawapan.

Aku ketuk lagi kuat.

Masih tiada jawapan. Aku sudah mula risau. Takut dia buat benda bukan-bukan.

Tiba-tiba pintu dibuka. Zanna muncul di sebalik daun pintu yang dibuka suku. Garisan hitam kelihatan di bawah matanya, mugkin dari eye shadow.

'Harith, I really need to be alone now,' suaranya perlahan tetapi tegas. Aku anggukkan kepala, tanda aku faham.

'But if you ....' pintu ditutup rapat, '...need anything, just let me know!' aku menjerit dengan harapan Zanna dengar dari dalam.

1-84 Pilihan


Aku merapatkan kaki sampai ke dada, berteleku di atas sofa. Erik dan Suzie masih di luar rumah, suara mereka memecahkan kesunyian malam. Tidak lama, aku dengar bunyi tapak kaki menuruni tangga. Bunyi pintu di buka, Erik masuk terus menuju ke bilik tidur, menyalin pakaian. Dia kemudian keluar bilik, mengucup dahi ku dan berlalu ke luar.


Darah di hujung bibirku mula membeku. Bengkak di bibir mula terasa, aku terasa hangat tamparan masih belum hilang. Air mataku mula mengalir laju. Muka dibenamkan ke ke lutut dan tapak tangan aku kepalkan berkali-kali. Aku cuba menarik nafas dalam-dalam, tetapi hilang upaya. Aku teresak-esak, ada benda yang tidak lepas keluar dari dada, yang terbuku jadi gumpalan keras membara. Geram, marah, sedih semuanya bercampur aduk jadi perasaan yang tidak boleh dijelaskan.


ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!


Aku menjerit sekuat hati. Gemanya melantun dalam ruang tamu rumah beberapa kali sebelum senyap ditelan malam. Bunga ros merah dan kotak coklat yang berada di atas meja depan sofa, aku campakkan ke dinding. Kelopak-kelopak bunga bersepai sebaik sahaja bertemu dinding, coklat dalam kotak melantun ke atas lantai. Aku bangun, ada perasaan yang membara yang perlu dilepaskan. Pinggan dan cawan atas meja makan menjadi sasaran seterusnya. Aku angkat dan campakkan ke ruang tamu, makaroni bakar yang masih tinggal sebahagian bertaburan mengotori lantai. Air kosong membasahi lantai. Aku masih belum puas hati.


Kenapa Erik balik? Erik perlu bersama aku, dia perlu menenangkan aku. Kenapa dia balik mengejar Suzie?


Aku buka pintu dan berlari ke bawah.


Mungkin Erik tidak jadi balik, mungkin dia sedang menunggu di bawah, menunggu masa untuk naik semula ke atas.


Aku sampai di bawah, malam semakin lewat. Hanya bulan penuh yang bersinar terang.


Aku lihat sekeliling, kereta Erik sudah tiada. Aku berlari ke arah jalan raya.


Erik mesti ada! Erik mesti datang balik padaku! Erik mesti menenangkan aku! Aku sakit di tampar!


Aku tidak habis-habis berfikir begitu.


Aku perlukan Erik!


Langkahku semakin pantas,jalan sudah kosong, lengang. Malam sudah lewat.


Aku terhenti di lorong tiga blok dari rumah No. 54. Aku duduk bersandar di dinding kedai. Tangisanku makin kuat. Aku cuba menarik nafas, seakan tidak boleh. Aku tercungap-cungap. Aku kesat air mata yang semakin laju dengan lengan baju. Beberapa orang yang lalu lalang, melihat aku kehairanan, tetapi tidak jadi menegur selepas melihat aku bagai orang gila. Lama aku di situ.


Erik tiada! Dia pulang kepada Suzie! Dia pulang kepada Suzie!


Aku bangun akhirnya, menuju kembali ke rumah No 54, dingin malam mula mencucuk tulang, angin bertiup perlahan. Aku memeluk diri sendiri.


Sampai di depan rumah, aku terjelepok di laman. Aku tidak mahu masuk dalam rumah, tiada sesiapa yang menunggu. Aku juga tidak mahu orang lain. Aku hanya mahukan dia, dan dia balik kepada isterinya, menjadikan aku ini apa?! Berfikir tentang itu buat air mata makin mengalir deras.


Kenapa sekejap benar semua bahagia direntap pergi? Kenapa tidak boleh jadikan bahagia milik aku selamanya? Hanya sekejap pun tidak mengapa, hanya beberapa jam. Hanya beberapa jam yang aku pinta.


Aku teresak-esak menangis di laman, berbaring dilaman, melihat malam gelap, bintang berkelip terang, bulan mengambang penuh. Cuma hati aku gelap tanpa cahaya. Aku menafas cepat-cepat, seolah semua udara sudah berhenti bergerak, sampai tiada yang masuk ke peparuku. Dada aku sakit. Aku ketuk dada dengan kepalan penumbuk kuat-kuat. Tangisanku makin kuat.


Ada bayang yang menghampiri.


‘Zanna’ Harith menegur. Dia berteleku di sebelahku. Wajahnya bimbang.


Aku memandangnya tanpa perasaan. Aku bangun perlahan-lahan, memaksa setiap urat tulang bergerak untuk berdiri tegak. Ada helai rumput kering yang melekat di rambut dan belakangku, aku biarkan sahaja.


Berjalan masuk ke dalam rumah. Meninggalkan Harith kehairanan.


‘Zanna. Are you okay?’ Dia bertanya perlahan, tangannya menyentuh bahuku.


Aku memandangnya, tersenyum nipis dan menggeleng kepala, aku meneruskan langkah masuk ke dalam rumah.

1-83 How Dare You?!

Aku melangkah cepat, ambil beg tangan dan pastikan buku nota, pen dan perakam suara ada dalam beg. Jurugambar sudah menunggu di lobi. Aku berjalan keluar, gembira tidak terkata, hari ini aku dapat tugasan pertama. Tadi waktu Kamal, Personal Assistant Miss Wirda beritahu, aku rasa macam mahu melompat, mewakili Chick! untuk buat laporan majlis bukan mudah. Cepat-cepat aku sms Erik dan beritahu khabar gembira ini. Dia pun gembira bagi pihakku. Sejak kebelakangan ini, selepas kejadian dia menangis malam itu,setiap malam dia akan balik ke Rumah No. 54 untuk makan malam dan balik semula ke rumahnya jam 2 atau 3 pagi. Aku gembira begitu, walau tidak boleh sepanjang malam, cukuplah beberapa jam yang menyeronokkan. Apa lagi yang aku mahu?

Aku melintas ruang penyambut tetamu dan lihat Amelia sedang asyik membaca sesuatu. Telefon tidak berdering dan tidak ramai yang menunggu di ruang itu. Aku dekati dia, dan jenguk, mahu lihat apa yang asyik sangat di bacanya.

‘Hi dear, what are you doing?’

‘Nothing much, reading some classics. Where are you going?’ tanya dia melihat aku bersiap mahu keluar.

‘My first assignment. Event at KLCC. Kamal suruh pergi’ aku jawab tersenyum lebar. puas hati. Sudah berakhir zaman aku hanya buat air untuk semua orang.

‘Ermm..what did you do? Kamal?’ Dia bangun perlahan, berbisik dekat dengan telingaku.

Aku cubit pipinya geram, suka sangat berfikir bukan-bukan. Dia mengaduh sakit.

‘Don’t think naughty yer. Just gave him few tips on how to seduce men’ Aku tersengih.

‘Is he gay?’ Amelia kembali perlahankan suaranya. Ada rasa ingin tahu membuak-buak keluar daripada suaranya. Dasar kepochi! Mukanya kembali rapat dengan wajahku. Seolah ada rahsia negara yang ingin diberitahu.

‘How long have you been here dear? Yesterday?’ Aku tergelak kecil. Mengetuk kepalanya perlahan dan berlalu pergi. Dia masih tidak percaya, wajahnya terkulat-kulat.

Aku berlari-lari anak ke lif.

‘Hey, take one goodies bag for me’ Amelia menjeri kuat dari belakang.

Aku angkat tangan sambil menunjukkan isyarat bagus, dan menganggukkan kepala aku sebelum menyelit ke dalam lif yang kebetulan ramai orang mahu turun.

-------------------------------------------

Aku masuk ke dalam Rumah No.54, tingkat satu ada bunyi orang menangis dan suara perempuan menenangkan. Odelia! Nantilah aku berjumpa dengannya minta maaf.

Sampai di rumah, aku mandi dan rehat sekejap kemudian membuka laptop dan mula menaip, aku mahu siapkan laporan event tadi. Berjalan agak lancar walau sedikit kelam kabut aku merakam dan berkenalan dengan wartawan lain. Senang nanti aku mahu kerja kalau kenal orang.

Erik belum sampai, selalunya dalam jam 7 dia sudah ada. Mungkin dia sibuk agaknya, fikir ku.

Tidak lama selepas itu,pintu di buka, Erik sampai. Ditangannya ada sejambak ros merah dan sekotak coklat. Dia senyum manis kepadaku.

‘Hi sayang’ Ujarnya lembut sambil mengucup pipiku.

‘Miss you’ tambahnya, dan duduk di sampingku.

‘This is for you, for your first assignment’ Di suanya ros merah dan kotak coklat yang dipegangnya.

‘Thanks sayang, miss you too.’ Aku ambil dan cium bunga yang diberinya. aku sentiasa sukakan ros merah. Entah kenapa, cuma suka. Kotak coklat aku letakkan di sebelah, nanti selepas makan sambil menonton tv, akan jadi habuan pula.

Erik masuk ke dalam bilik, dan aku teruskan menaip. Aku dengar bunyi air jatuh, tengah mandi nampaknya.

Selesai sahaja mandi, dia kembali duduk disampingku. Aku pula yang sedang tekun menaip, mencari-cari ayat yang betul untuk melaporkan event tadi, dan memastikan laras bahasanya sama dengan kehendak majalah.

‘You nak makan apa? I masakkan.’ Erik bersuara, tangannya mengurut perlahan bahu aku. Aku mengeliat keletihan, dan memandang dia dari sisi.

‘Anything. Ikut suka you la’ Balasku.

Dia membalas ok ringkas dan pergi ke dapur. Mula memasak, berdentang dentum bunyinya.

Aku kembali menaip, memasukkan gambar dan mengedit caption, memastikan faktanya betul berulang kali dan memeriksa typo. Puas hati, aku save dan tutup laptop. Menuju ke arah Erik yang sudah siap memasak dan sedang menghidangkan atas meja.

Makaroni bakar tersedia untuk di makan, dia juga siapkan air kosong bersama. Aku duduk tidak bersuara banyak dan Erik pula hanya tersenyum.

‘Thanks Dear, you memang faham I’ Kataku. Tangan aku diletakkan di dagu dan aku memandangnya. Lelaki ini benar-benar memahami aku. Kalaulah boleh setiap hari dan malam begini, fikirku.

‘No big deal. Selalu you masak untuk I, hari nie special day’ Ujarnya perlahan, dia pegang tangan aku, erat sekali.

Kami makan sambil berborak panjang, tentang kerjanya dan hari aku. Sesekali tergelak kecil. Hanya kami berdua, dunia kami.

Pintu diketuk tiba-tiba. Aku bangun menahan dia yang juga mahu bangun membuka pintu. Kalau Odelia yang mengetuk nanti, jadi isu lain pula kalau Erik yang membukanya.

Aku pegang tombol pintu dan menarik perlahan. Ada tangan yang hinggap di pipiku sebaik sahaja pintu terbuka. Perit tamparan menjalar sehingga ke belakang kepala. Ada darah yang tersembur dari mulut. Mataku berpinar hebat.

‘How dare you zanna?! How dare you?!’ Suara wanita menjerit.

Erik meluru dari dapur.