1-106 Kenapa

Trafalgar Square bukan tempat untuk bersantai untuk bicara hati dan perasaan. Aku dan Rosa berlalu di tepi kolam air sambil memerhati air pancut keluar dari patung-patung yang pelik. Mungkin patung dari lagenda Greek?

Kawasan ini agak gelap dan sejuknya menusuk ke tulangku. Ramai juga orang yang duduk-duduk di sini. Kami mendaki tangga, berjalan tanpa arah tuju dan disapa sekumpulan anak-anak muda yang bermain skateboard di sebelah National Gallery.

Teringat aku pada video klip Amy Mastura yang menari-nari riang di Traflagar Square. Tapi ini bukan tempat untuk dilawati di waktu malam. Suram. Atau mungkin juga aku dan Rosa yang seperti semakin janggal ini yang buatkan kota ini kurasa sangat suram?

'Nak pergi mana?' tanya Rosa.

'I don't know much about London. You lead me,' ujarku. 'Ada kedai mamak kah kat sini?'

Rosa ketawa sedikit.

'I mean, something similar,' kataku kononnya mahu menjelaskan keadaan.

'Bar dan club bukalah time macam ni,' jawab Rosa, masih ketawa. Sepatutnya aku lega melihat Rosa ketawa. Tapi dari lirik matanya aku tahu dia tidak gembira. Aku tahu dia menyembunyikan sesuatu dariku.

***

Lobi hotel yang aku tinggal. Kami buat keputusan untuk habiskan masa di sini. Rosa tahu aku mahu bicara.

Aku beritahu dia fasal Odelia. Fasal Odelia yang baru tahu dia ada adik lelaki.

Rosa terkejut. Dia risau. Tapi kemudian dia tarik nafas panjang dan dia memandang jauh. Jarang sekali dia melihat padaku malam ini.

'You are coming back, yeah?' tanyaku lagi.

Rosa diam. Dia tunduk.

'I can't do this, Harith,' katanya.

'Why? Just go home, that's all I ask', kataku. Aku tidak faham apa yang susahnya untuk balik ke rumah. Dia punya rumah sendiri. Biarpun dia bergaduh dengan famili, bukannya mereka duduk sekali.

'When I saw you, I also thought that I would decided to go home by now, but I've just realise that I don't want to...' kata Rosa sambil matanya memandang ke meja. Tangannya menggenggam antara satu sama lain.

'You don't want to? Come on Rosa. Don't you even love me?', aku terdesak. Aku tahu itu seperti satu ugutan, tapi biarlah. Asalkan dia sedar apa yang dia buat. 'We are supposed to get married'.

'Harith, we don't even have much future together. It's better to end now rather than getting hurt later', katanya.

Aku tersentak. Mataku berair. Adakah aku saja yang punya rasa ini?

'Do you even like me?' tanyaku. 'Am I the one who are kidding with us?'

'I like you. I love you. I always do. But it won't work. We never did become a true couple, and we never would.' Tiap-tiap butir kata Rosa itu menghiris hatiku. 'We are always just friend. A good one. But..'

Apa? Aku urut kepalaku. Tidak faham apa yang aku buat salah.

'I've made up my mind Harith', sambung Rosa. 'Just go home Harith. I'll pay for your ticket!'

Rosa mencapai tas tangan dan berlalu pergi. 'Don't stop me!' katanya bila aku tidak biarkan ia pergi.

Dari balik cermin, aku nampak Rosa mengambil teksi dan agaknya pulang ke apartment kakaknya di Caledonian Road.

***

Bilik hotel ini terasa sungguh sunyi. Aku meghempaskan badanku ke atas katil double bed. Kasutku masih tersarung. Air mataku mengalir membasahi pipi. Aku mengesat dengan belakang tapak tangan.

Apa ini? Semuanya kepura-puraan?

Dua tiga tahun aku kenal Rosa - aku seperti sudah kenalnya sepanjang hayat, tapi malam ini dia berubah. Aku tahu dia punya isu yang perlu diselesaikan. Tapi jangan biar aku gantung tidak bertali seperti ini.

Malam ini aku rasa lemah. Malam ini aku rasa seperti realiti dahulu hanyalah satu fantasi. Aku tidak tahu apa yang perlu ku buat. Sudah terasa bodoh datang jauh-jauh ini semata-mata untuk memujuk. Terasa bodoh habiskan masa lebih separuh hari dalam kapal terbang dengan andaian semuanya akan lancar. Terasa bodoh memikirkan yang cinta kami boleh atasi segalanya. Terasa bodoh kerana aku di bandar asing, berseorangan dan kecewa.

Air mataku tidak henti mengalir seperti Odelia. Entah bila sindrom ini berjangkit? Tapi aku tahu aku mahu menangis.

Aku tanggalkan kasut dan aku tarik selimut.

Aku kecewa. Dan aku marah.

Sudah lewat, dan aku juga sangat penat. Malam ini aku tidur dengan hati yang penuh lara. Esok, aku akan pergi yakinkan Rosa. Yang aku tidak akan tunduk semudah itu. Dia tahu aku cintakannya dan aku tahu dia juga turut merasa yang sama. Aku tahu dia sekadar mahu penyelesaian mudah. Aku tahu dia perlukan masa untuk selesaikan masalah keluarga. Agaknya bila semuanya di dalam pengetahuan kita, berlari dari kepastian merupakan jalan termudah.

Mudah, ya. Tapi ini bukan caranya kau mahu hidup gembira. Aku marah Rosa dalam hati.

Dan malam ini juga aku sedar betapa takutnya aku untuk kehilangan seorang wanita bernama Rosa. Rosa Damia Malik, I love you.

1-105 Gila

Hari itu aku hantar Odelia ke rumahnya. Kemudian aku bergegas ke pejabat Rosa. Terkejut aku bila ada seorang lelaki di dalam pejabatnya. Entah siapa, aku tidak kenal.

'Son, I've been trying to reach you', aku dengar satu sapaan suara yang aku kenal. Dato' Malik berdiri di belakangku.

'What's wrong Dato'? Is everything okay,' aku risau. Aku mengesan sesuatu yang buruk dalam nada Dato' Malik.

'Rosa had left this morning', kata Dato' Malik. 'Come into my office, we talk about this'

Pergi? Pergi mana. Kenapa? Semua soalan itu bermain di fikiran aku sementara kaki aku dihayun masuk ke pejabat Dato' Malik.

Rupa-rupanya Rosa tertekan dengan beban kerja yang begitu banyak. Dia rasa tidak mampu dengan semua itu.

'I was wrong. I've been forcing her too much', Dato' Malik menyambung keluhan.

Come on Rosa, kau bukanlah selemah ini! Aku menjerit di dalam hati.

'It was a huge fight! She's angry and she's decided to go to Meera's'. Meera ialah kakak Rosa yang kini di United Kingdom. Bekerja di sana menguruskan cawangan syarikat ayahnya di kota London.

'Go, bring her back, son.' Permintaan Dato' Malik mengejutkan aku. Pergi sana? Gila apa? Telefon, internet semua ada. Tak bolehkah?

'I can't afford it Dato', aku beri alasan.

'Say yes, and it's all being taken care off'.

Dan sekarang aku di Restoran Melur di Edgware Road. Rosa seperti duduk terpaksa di depanku. Jarang sekali dia melihat ke mataku.

'I can't believe you do this!' aku mula bicara.

Rosa tersenyum. Tapi dari matanya aku tahu dia gusar.

'I can't believe either', jawabnya sayu.

Pelayan mencelah, menghidangkan nasi lemak yang aku pesan dan ayam percik dan nasi untuk Rosa. Kami mula makan perlahan-lahan. Aku cuba bercakap fasal benda lain. Mahu redakan suasana yang sedikit tegang. Kali pertama aku terasa begitu janggal dengan Rosa. Tapi kali pertama juga aku terasa hatiku begitu suam bila bersamanya.

'You are not yourself, you know that?' aku kembali kepada topik asal.

'I am not. I lose it,' Rosa akui. Dia tunduk sambil makanan dijamah.

'We are going home, yeah?' pujukku. Restoran ini sangat bising. Ramai pula orang sehinggakan seperti kedai mamak di Malaysia. Hilang suasana romantik yang sepatutnya ada.

'Hm..' balas Rosa pendek, sedikit acuh tidak acuh.

Nasi lemak tidak ku habiskan. Sedikit hilang selera. Aku bayar bil dengan kad kredit dan kami ambil teksi kontot ke Trafalgar Square. Rosa perlu pulang! Itu objektif utamaku.

1-104 Kota London

Aku menyusuri jalan gelap ini. Keretapi bawah tanah membawa ku ke stesen Caledonian Road. Begitu ramai orang keluar masuk. Sesak rasanya berada di kota sebegini.

Berpandukan alamat yang diberi, aku ikut terus jalan ke hadapan. Sejuk. Tanganku didakap kuat. Terasa angin musim salju menampar pipi. Jam baru pukul 4 petang, tapi matahari sudahpun hampir meninggalkan siang. Malam bakal berlabuh.

Aku tiba di pintu apartment yang aku cari. Nombor dua puluh lapan. Aku tekan.

'Hi, who's this?' aku dengar suara seorang wanita.

'I'm Harith. I'm looking for Rosa', aku jawab melalui interkom.

'Ah, you're here already! Come on in! Third floor!'

Aku dengar bunyi buzzer di pintu. Aku tolak dan aku tarik beg 14 inci yang aku bawa bersama masuk ke dalam apartment. Aku naik ke tingkat 3 dan menanti di pintu, seorang wanita mirip Rosa.

'Meera, it's nice finally meeting you!' aku memberi salam.

'Great to see you here!' jawab Meera. 'Shh, come on in, Rosa doesn't know that you are here!'

Aku melangkah masuk ke dalam apartment Meera. Tiba-tiba terasa sangat panas. Apartment ini punya pemanas yang baik, aku kira. Aku tanggalkan kasut tapi bukan sarung kaki. Aku gantungkan baju panas di penyangkut di pintu masuk. Meera memerhatiku sambil matanya menjeling ke ruang tamu.

'Shh, she's gonna be surprised!' Meera berbisik padaku. Gembira pula dia ni, fikirku.

Aku melangkah ke pintu masuk, dan nah, aku nampak Rosa sedang menyimpuh di sofa, menonton televisyen 46 inci.

'Harith, what are you doing here?' tiba-tiba Rosa menjerit. Dia tergamam.

'I'm taking you home.'

1-103 Elijah Darcy di Terminal

Aku memang seorang model. Aku pernah jadi model. Waktu di Indonesia, bersama mummy dan daddy dulu. Umurku 16 tahun. Lima tahun aku bergelumang dengan limpahan lampu spotlight dan flash kamera, mekap dan fesyen yang bermacam trend. Aku jadi model catwalk dan majalah. Beberapa kali dapat kontrak iklan televisyen. Pernah juga aku ditawarkan untuk berlakon filem tapi aku tolak. Aku tak minat berlakon. Aku tak pandai. Aku jadi model pun secara sambilan. Waktu itu aku masih belajar. Mahu jadi arkitek, kononnya. Kemudian aku ikut daddy pulang ke London. Di London juga aku jadi model, walau cuma untuk dua tahun. Kemudian, aku lari....


Sekarang aku terbang. Dari Bali untuk pulang. Lagi sejam, barulah touch down. Aku belek-belek Chick! Edisi Lelaki yang Zanna suruh aku baca. Dia mahu aku tiru gaya model-model di dalamnya bergaya. Dia juga tunjukkan aku video-video pertunjukan fesyen yang ada di arkib Chick!


Been there. Done that.


Tapi aku tak beritahu Zanna. Biar dia buat apa yang dia fikirkan sebagai tugas dia untuk menasihati dan memandu aku. Apa guna aku gajikan dia sebagai pembantu peribadiku, kan?


Kasihan juga aku tengok Zanna. Penat sangat. Terkejar ke sana-sini waktu photoshoot di Bali sepanjang minggu lepas, ikut aku. Campur lagi karenah para sponsor yang tak tentu hala.


Been there. Done that.


Tapi Zanna belum biasa lagi. Dia pun aku lihat macam kelam-kabut saja. Kadang-kadang aku lihat dia mengelamun juga. Tak tahulah apa yang dia menungkan. Tak apalah.... Tak lama lagi, dia akan boleh sesuaikan diri. Nanti aku akan tanya pada dia juga, kalau-kalau dia ada masalah. Aku majikan yang prihatin. Eceh!


Sekarang, biar dia tidur sekejap. Biar dia berehat. Zanna terlentuk lena di bahuku. Aku lentuk kepala ke tingkap kapal terbang. Aku pun mahu tidur.


~


Touch down.


Aku dan Zanna mengatur langkah keluar dari Terminal Antarabangsa. Kami tarik beg ke parkir tempat kereta sponsor menunggu.


Waktu itu aku nampak dia.


Rosa.


Kalau ada Rosa, mesti ada Harith. Tapi kelihatannya, dia seorang saja dengan beg pakaian. Wajahnya terkesan emosi yang bercampur-baur. Entah mengapa, aku pergi kepadanya. Zanna mengikut saja tanpa bertanya.


“Rosa?” Tanyaku untuk membuka bicara.

Dia terkejut. Dia tak keruan. Dia tersenyum tawar.

“Rosa nak ke mana?”

Dia menundukkan wajahnya.

“Holiday dengan Harith?” Aku bertanya sekadar berbasi-basa, bukan aku peduli pun. Aku harap Harith tak ada sekarang.

Rosa tak menjawab. Dia menggenggam erat tali beg pakaiannya.

“What’s wrong, Rosa?” Aku tanya. Kali ini aku rasa ada sesuatu yang tak kena.

Rosa menangkat wajahnya. Ada air mata yang melurut turun wajah kacaunya. Kata Rosa, “Jangan beritahu Harith. I’m going away.”

Aku terkedu.

“I’m leaving him.”

Lagi aku terkedu.


Lalu Rosa meninggalkan aku dan Zanna ke terminal berlepas.

1-102 Hairan

Sepatutnya hari ini aku berjumpa Rosa di kedai kek ini. Katanya hari ini baru dia free sikit. Sepanjang minggu lepas sibuk. Aku malas hendak ganggu. Rosa punya beban kerja makin bertambah. Dato' Malik sudah bersedia untuk pergi bercuti. Dengar ceritanya, akhir bulan ini Rosa akan ambil alih sepenuhnya selama setahun. Siapa tahu kalau lebih lama dari itu.

Aku beri Rosa sedikit ruang. Masa untuk dia adaptasi. Walaupun baru saja bunga-bunga cinta hendak mekar, tapi ini bukan masanya hanya untuk melayan perasaan. 4-5 mesej yang aku hantar, adalah satu dua yang Rosa balas. Tak apa. Aku tidak mahu mengganggu.

Sudah lebih seminggu aku tidak bertemu Rosa. Hari itu aku pandu kereta ke bandar perdana. Rumah Rosa di lereng bukit kawasan mewah. Pembantu rumahnya keluar menyapa, 'Ah, Encik Harith... Rosa takde kat rumah. Dia pergi rumah Dato' dan Datin'.

Aku ucap terima kasih dan aku pandu ke rumah Odelia. Malaslah hendak menganggu rumah Dato' Malik malam-malam begini.

Sempatlah aku pergi sekejap ke rumah Odelia. Rumah kawannya sebenarnya. Tanya fasal situasi dia dengan Harley. Dia tanya fasal Elijah dan Mia. Odelia masih seperti dulu. Bukan jenis senang berkongsi. Tapi dari nadanya aku tahu, macam ada yang tidak kena saja fasal dia dan Harley. Bila aku cakap fasal Elijah, lagi semacam reaksinya.

Kalau aku bisa buat kesimpulan mudah, aku kata Odelia ini tidak sepenuh hati dengan Harley. Dan mungkin dia menaruh harapan pada Elijah? Aku pun tak faham kenapa perempuan boleh minat dengan lelaki macam itu. Hanya kerana bermata hijau dan muka pan-asian?

Haha. Aku sedar aku iri tidak kena tempat.

Eh, mana Rosa ni? Aku kerling pada jam tanganku. Sudah hampir satu jam aku tunggu. Pelanggan sudah bertukar wajah. Aku menyeluk telefon bimbit. Tanganku menaip pantas.

Sent.

Mesej ketiga yang aku hantar sejak aku sampai.

Delivered.

Tiba-tiba aku terasa risau.

Mungkin ada sesuatu yang berlaku pada Rosa?

Aku capai jaket di atas kerusi dan pergi ke kaunter. Mahu bayar air kopi yang aku minum tadi. Niat di hati mahu terus ke pejabat Rosa.

Aku melangkah keluar dari kedai kek. Kepala sudah mula berfikir bukan-bukan. Kemalangankah? Tak pernah selama ini Rosa tidak balas mesej aku. Paling tidakpun dia akan balas 'ada meeting', atau 'busy'. Hati aku mula berdebar-debar.

'Harith!', aku terdengar namaku dipanggil. Aku toleh ke belakang dan Odelia berdiri seperti mayat hidup. Entah apa yang terjadi sehingga dia nampak begitu tidak terurus. Matanya merah seperti baru lepas menangis. Menangis lagi? Odelia...

***

Kali ini Odelia pula yang duduk membatu di dalam kedai kopi dengan aku. Aku tarik dia masuk ke kedai kopi sebelah kedai kek sebab dia sudah mula menggeletar seperti kesejukan.

'How do you find me here?' soalku selepas aku letak 2 cawan cappucino di atas meja.

'Ingatkan Rosa ada kat sini...' Odelia mula bersuara. Dia menoleh kiri dan kanan seperti mencari Rosa.

'So Rosa bagitau yang kitorang selalu hangout sini ke?' tanyaku lagi.

'Kenapa Rosa takde? Nak kena cakap dengan dia ni...' Odelia sambung lagi, sedikit merengek macam anak kecil. Kenapa soalan ku tidak dijawab?

'I'm waiting for Rosa actually,' kataku. 'Maybe dia stuck kat office agaknya'.

'Jom pergi cari dia,' Odelia tiba-tiba sebak. Dia sudah mahu bangun 'I really need to see her. Please...'

'Sit down!' aku sedikit marah.

'Ah,' Odelia berbunyi kecil. Dia duduk dan air matanya berderu keluar. Ah.. sudah.. I'm making a scene again!

'Tell me what's wrong,' kataku. Aku cuba lembutkan nada seboleh mungkin.

Sambil teresak-esak, Odelia berkata, 'tak.... nak Rosa..'

'Tell me what's wrong!', ulangku. Suaraku meninggi seperti aku marah adikku Sofea.

Odelia mengelap air matanya dengan lengan baju. Aku duduk kaku memerhati. Mataku memandang tepat padanya menunggu jawapan. Odelia sedu bila dia hendak bercakap.

'Harith..', panggil Odelia. Aku diam. Masih menunggu jawapan. 'Saya... saya...'

Aku mengangguk-angguk, menunggu apa yang hendak dikata. Mengandung? Break up dengan Harley? Aku sudah mula kreatif membuat telahan sendiri.

'Saya ada adik lelaki.'

Aku terus menunggu. Apa kena dengan adik lelaki Odelia?

'What's wrong with him?' tanyaku.

'Saya ada adik lelaki', ulang Odelia lagi. Ah sudah.. tak menjawab soalan aku lagi Odelia ni. Aku sedikit hilang sabar.

'You got a brother, that's good,' kataku. 'Apa dah jadi dengan dia?'

Odelia terus teresak dengan lebih kuat. Ah... apa ni?

Tiba-tiba dia berhenti teresak. Atau reda sedikit. Dia menarik nafas panjang sambil air matanya masih mengalir. 'Harith, saya anak tunggal!'

1-101 Sendiri?

"Tadi tu sapa Dell? Bukan boyfriend kau kan?"
Belum sempat apa-apa Suri sudah terjah aku sebaik aku bukak pintu rumah. Teringat beberapa jam tadi bila Harith datang mengajak aku keluar, kemain meleret senyuman Suri, sampai ketelinga. Terpaksa cepat-cepat larikan Harith.

"Hish, bukan lah..." Aku meletakkan dompet di atas meja. Suri membontoti aku, macam anak ayam ikut ibu.

"Abang?" Suri tanya sambil duduk sebelah aku.
"Bukannnnnn." Aku jawab tanpa pandang muka Suri, pura-pura menumpukan perhatian pada iklan di televisyen. Entah, iklan apa pun aku tak tahu. Hish, kenapa semangat sangat Suri ni?

Suri masih tak berpuas hati nampaknya.
"Dahtu siapa?"
"Jiran kat Jalan Pemberly dulu.."Aku jawab malas-malas, masih tidak pandang muka Suri. "Huish! Rapatnya kau dengan jiran! Aku nih, tak kenal jiran sorang pun"
"Ye lah tu. Orang ramah tamah macam kau ni Suri, takkanlah tak kenal jiran? Tak percaya lah.." Aku jeling Suri.
"Malas lah nak kenal. Ramai budak-budak lelaki remaja. Kau tau je lah lelaki kan, ramai yang perasan hensem, perasan hot. Kalau aku berbaik-baik sangat karang depa ingat aku nak kat depa pulak.."
"Ada-ada je lah kau nih Suri. Jangan pikir banyak sangat." Aku mahu matikan perbualan. Penat pulak rasanya.
"Lebih baik aku pikir banyak dan jauh. Bukan macam kau, langsung tak pikir. Tiba-tiba kata nak kawin, tiba-tiba tak sambung kontrak mengajar, tiba-tiba pindah keluar rumah.
Aku tersentap.
"Suri, lazernya!" Aku pandang muka Suri sambil kerutkan dahi. Terkejut.
"Taklah, aku cakap yang betul. Aku rasa kau tak fikir. Buat tindakan sesuka hati. Dahtu bekas jiran kau yang hensem tadi tu datang nak pujuk ko balik Jalan Pemberly ke?"

Aku rasa mahu tepuk dahi. Tak habis-habis dengan Harith!
"Taklah..."
"Dell, cuba cakap dengan aku betul-betul. Dari hati kau. Betul ke kau nak buat semua ni dengan rela hati?"

Aku diam.

"Sapa pulak nak paksa aku? Sudahla Suri, kau ni banyak sangat berfikir"
"Bekas jiran kau tu, single ke?"

Oh Tuhan! Tak habis-habis!

"Kenapa, jangan nak gatal!" Aku jegilkan mata sebesar-besarnya.
"Dia tu single but not available! Dia dah nak kawin tau.." aku beri amaran.
"La, ye ke? Melepas, hehe. Kalau dia single, aku nak mintak kau tolong mengoratkan."
"Tadi kemain lagi, cakap takmau berbaik dengan jiran sebab takut orang salah paham lah apa lah. Dengan jiran aku takpe pulak ye Suri?" Aku cuit pinggang Suri.
"Dia tu sekali pandang hensem, banyak kali pandang sweetlah!Boleh pengsan aku dibuatnya. Kalau dia tu abang kau, aku sanggup jadi kakak ipar." Suri jawab sambil ketawa geli.
"Masalahnya Suri, aku taktau aku sanggup ke tak jadi adik ipar kau..hehehe" Aku menyakat Suri. Rasakan! hehe.

"Eh Dell, kau ada abang kandung?"Entah jin apa yang merasuk Suri hari ni. Terlalu banyak bercakap dari biasa, terlalu banyak soalan tiba-tiba.

"Takde."
"Kakak?"
"Takde."
"Adik lelaki?"
"Takde."
"Adik perempuan?"
"Takde."
"Anak tunggal?"
"Haah."
"Kenapa tak jawab awal-awal? Penat aku tanya banyak-banyak!". Suri pukul lengan aku.
"Sapa suruh tanya satu-satu macam tu?"
"Mak kau ada lagi?"
Geleng.

"Ayah?"
Geleng.

"Sebatang kara lah ni?"
"Tak jugak, ada mak saudara belah mak. Dulu dia sewa kat rumah Jalan Pemberly tu. Dia naik pangkat, pindah tempat lain. Taklah rapat sangat, tapi ada lah dia."
"Mak ngan ayah kau meninggal masa kau kecik ke?"
"Taklah. Mak meninggal 2 tahun lepas, sakit jantung. Aku tak ingat sangat pasal ayah. Memori masa kecil tak kuat. Tataulah apa sebenarnya, meninggal ke, hilang ke, kena culik ke, tawanan perang ke, lari ke, mengembara ke..."

Suasana sunyi.

"Dell, kau tak payah la pindah. Stay la sini.. At least ada aku. Ada jiran kau yang hensem tu. hehehe."
"Suri, aku memang berat hati sangat nak pindah. Tapi aku rasa yang terbaik untuk aku adalah pindah ke Greentown, dekat dengan Harley."

Harley. Aku tak sempat bagitau dia pun aku berkampung di rumah Suri. Bila agaknya dia balik dari Indonesia? Minggu depan Harley akan datang, teman pindahkan barang ke Greentown. Oh Tuhan. MINGGU DEPAN!

"Eh Dell, hari tu yang kau menangis beria-ia pindah keluar dari rumah kat jalan Pemberley tu, ada kaitan dengan jiran kau yang hensem tu ke?"
"Sudah, sudah. Jangan nak mulakan spekulasi Cik Suri, tak baik!"
"Eleh, masa menangis cari aku. Bila dah ok, takmau cerita. Lain kali aku malas dah nak rescue kau!"Suri terus bangun dan menghentak-hentak kaki masuk bilik tidur.

Aku tertawa kecil.

Dan aku teringat perbualan dengan Harith tadi.
Tentang Elijah dan Mia.
Entah berapa banyak hati lagi akan disakiti?

Ah, sekurang-kurangnya aku tak sendiri...
Aku tak sendiri, kan?

1-100 Daya

Aku mengemas meja yang bersepah, menyusun kembali file, meletakkan pen-pen dalam bekasnya, nota-nota kecil warna kuning aku teliti satu persatu dan renyukkan yang sudah tidak perlu. Minggu ini sangat sibuk, rasa macam hendak tercabut kepala memikirkan kerja-kerja yang semakin hari semakin banyak. Satu di Chick!, satu lagi projek model Elijah. Aku masih lagi punya 3 bulan di Chick!, sebelum aku cabut dan bekerjasama dengan Elijah. Tapi, sebenarnya dalam masa yang sama aku buat dua kerja ini. Siangnya di pejabat Chick! sibuk memerah idea untuk artikel-artikel yang diamanahkan, sambil membuat network untuk Elijah.

Tugasan dengan client pertama Elijah akan bermula minggu depan, semalam ke butik untuk fitting baju Elijah, dan aku ambil masa menyelongkar stor Chick! mencari Chick! Edisi Lelaki untuk Elijah baca dan tiru gaya model berjalan dan bergaya depan kamera. Memang dia kacak dan tampan, tapi kalau kaku macam batang kayu, impian nak jadi supermodel hanya sia-sia. Client pertama ialah sponsor Chick!, mahu buat photoshoot di Bali minggu depan, dan aku akan buat laporan tentang photoshoot itu. Untung betul Elijah, entah mana puaka merasuk sponsor itu, beria-ria mahukan Elijah. Untung juga aku kenal Elijah, suka benar tengok muka Miss Wirda berubah penuh marah bila sponsor mahukan aku yang ikut Elijah ke Bali.

Aku hempaskan punggung ke kerusi, bersandar kepenatan.

Aku mahu biarkan semuanya berjalan seperti ini. Fokus pada kerja dan biarkan semua masalah dilupakan buat sementara.

Sejak berjumpa Suzie tempoh hari, Erik belum telefon atau datang ke rumah. Aku pun sudah penat menunggu, kalau ini yang diinginkan, aku ikut sahaja digantung tidak bertali.

Buat masa sekarang, aku ada Elijah. Dan aku tempiaskan marah dan kecewaku pada Miss Wirda. Biar dia tahu siapa aku!

Kerja jadi tempat aku lupakan cinta.

Berdayakah aku?

1-99 Malam dan kopi

Aroma kopi panas menusuk hidungku. Wangi.

Chloe dalam dakapan. Aku usap telinganya perlahan-lahan.

Kaki Chloe berbalut.

Dia berjalan terjengket-jengket. Cedera.

Lepas Odelia pulang semalam, Chloe masih belum pulang. Selepas aku bangun pagi tadi, bersedia untuk ke pejabat, tiba-tiba Chloe masuk melalui cat-flap. Terus aku berlari mendakapnya. Tapi aku sedar kakinya cedera. Dan berbalut?

Ah. Mungkin Elijah yang balutkan. Ataupun mungkin Chloe berlari ke kawasan kejiranan dan ada orang yang baik hati tolong rawatkan. Aku tinggalkan Chloe untuk pergi kerja. Aku kunci cat-flap supaya Chloe tidak boleh keluar. Risau pula kalau dia merayau-rayau dalam keadaan begini.

Aku pulang dan Chloe sedang elok tidur di atas sofa. Dia mengiau bila aku menghampirinya seolah-olah meminta makanan ataupun belaian.

Selepas buatkan kopi untuk aku, aku duduk bersama Chloe.

Sudah beberapa hari di tahun baru, dan aku sudah mula buat konklusi - it's gonna be a rough year.

Rumah No 54 terasa begitu sunyi sekali. Aku seolah-olah mahu Odelia pulang ke sini. Entah. Tiadalah aku rapat pun. Tapi sekurang-kurangnya, aku selalu nampak keletah kelam kabut Odelia hendak ke sekolah.

Rosa pun selalu datang bila Odelia ada. Untuk bertemu dengan Odelia. Sekarang aku dengar mereka masih berjumpa, tapi di shopping complex.

Semalam aku sempat jumpa Zanna. Tapi sekadar hi dan bye bye. Zanna ialah Odelia yang baru. Semakin kelam kabut. Tidak tahu kenapa. Mungkin sesuatu telah berlaku. Rumahnya semakin sunyi sejak aku nampak dia terbaring menangis beberapa minggu lepas.

Elijah? Makin hari, makin aku lupa akan apa yang aku marahkan kepadanya. Sim card yang aku patahkan itu seperti simbolik permulaan kehidupan baru. Walaupun kemudian aku sedikit menyesal. Sebabnya ada beberapa nombor yang aku simpan dalam sim card dan bukannya telefon bimbit. Termasuk nombor Rosa, adikku Sofea dan beberapa kenalan penting. Dan proses menukar nombor baru bukan main leceh. Hari ini aku masih belum dapat nombor baru. Tapi aku sudah email kepada Rosa supaya jangan bimbang. Dia tidak banyak bertanya. Semakin sibuk kerana ayahnya mahu bercuti dan dia perlu ambil alih.

Aku capai kunci kereta dan aku pakai kasut. Mahu keluar. Ambil angin. Masih awal. Baru pukul 8 malam. Mari cuba ke rumah Rosa, kalau-kalau dia ada di rumah. Kalau tidak, aku akan pacu keretaku ke rumah Odelia. Perbualan hati dan perasaan kami tempoh hari masih belum tamat. Aku tersenyum.

1-98 Elijah Darcy punya dendam

Aku diam.Aku biarkan Zanna menunggu dalam senyap. Bilik menunggu itu sunyi. Hanya ada aku dan Zanna. Aku campak pandangan kepada foto-foto yang berselerakan di meja di depanku. Semuanya foto aku. Entah bila diambil pun aku tak tahu. Ad gambar aku sedang melintas jalan. Ada gambar aku sedang duduk mengikat tali kasut. Ada gambar aku sedang merokok. Ada gambar aku sedang bersandar pada dinding sebuah kedai.


Kedai buku.... Bookaholic.


Ada gambar aku dengan seorang perempuan. Mia.


“What happened to her?” Zanna tukar soalan. “To Mia?” Dia dapat lihat air mukaku yang berubah bila menatap gambar tadi.


Aku diam juga. Mia. Mia. Mia. Mia. Aku tak mahu memikirkan tentang Mia. Bukanlah aku mahu lupakan Mia. Mia. Mia. Mia. Tak boleh. Aku cuma mahu... fikir tentang sesuatu yang lain. Selain Mia. Mia. Mia. Mia.


Ah, boleh jadi gila aku begini!


Maka aku tukar soalan lagi, “Kenapa mereka mahu aku? Aku orang biasa. Aku bukan model.”

“You’re going to be one.” Zanna tersenyum. Dia duduk di atas meja, menghadapku. Kata Zanna, “Those talent scouts saw potentials in you. Those sponsors want to invest in you. You have the look, the body, the attitude. The aura. I rasa pun you ada bakat. Mungkin you sendiri belum nampak. You tak tahu diri you sendiri.”

Aku diam lagi. Tak tahu.

“And you’re sexy.” Zanna tambah itu dengan senyum nakal.

“Err...” Aku betulkan duduk di atas sofa. “Thanks for the compliment, I guess. Tapi aku mahu balik. Aku tak mahu jadi model.” Aku terus bangun.

“Elijah, please. Tolong I!” Zanna tarik aku sampai terduduk semula. Kemudian dia duduk di sebelah aku.

“Macam mana aku boleh tolong Zanna? By being a model?” Aku tanya, sangat keliru.

Zanna pula yang senyap.

“How?” Aku tanya lagi.

“I want to exact my revenge.” Zanna jawab.

“Err...” Aku tambah keliru.

“Miss Wirda. I nak balas dendam pada dia. That bitch! Macam-macam dia dah buat pada I. Selama ni I sabar. Tapi I nak buktikan, I have what it takes to be in this industry. I don’t just take selfish credits. I boleh buat semuanya sendiri, on my own. I bukan perampas....” Kata-kata Zanna tenggelam di situ. Emosi pula dia.

“This is not just about Miss Wirda, yes?” Aku tanya.

Zanna senyap lagi.


Aku pun. Dendam. Aku memikirkan itu. Tentang Mia. Tentang Harith. Tentang Odelia. Dendam. Aku juga ada dendam. Pada Mia. Pada Harith. Pada Odelia. Pada mereka yang telah tinggalkan aku dan sakitkan aku. Mia. Harith. Odelia.


“Aku juga mahu balas dendam.”

Zanna memandang aku satu macam.

“And to make it even sweeter for you, Zanna... Whatever they’re paying you now, I’m giving you five times more.” Aku hulur tangan.

Zanna terpinga-pinga.

“Aku mahu Zanna jadi personal assistant aku. I’m not just going to be a model. I’m a supermodel.”

Zanna sambut tangan aku.

“Deal.”

1-97 Rumah 54 yang dirindui

“Harith…” aku bersuara lemah sebaik dibuka. Ada getar di bibirku. Mungkin kerana kesejukan. Mungkin juga ketakutan. Rasa sejuk, rasa takut, rasa bersalah, rasa sedih, semua jadi satu.

“Are you ok?” Harith seperti terkejut.

“Chloe..” aku terus menangis.

Belum sempat Harith bertanya aku terus menyambung,

“Tadi masa parking kat bawah tak nampak Chloe. Tetiba dengar bunyi kucing mengiau, kuat. Saya rasa tu Chloe. Jenuh saya cari, tak jumpa. Harith…. Chloe….” aku kesat air di bawah mata dengan belakang tangan. Air hujan atau air mata, aku sendiri tak pasti.

Harith terkejut. Dari riak mukanya, aku tahu dia sedih. Chloe tu kucing dia! Kalau apa-apa jadi pada Chloe, pasti Harith sedih. Dan aku tau, Elijah juga akan sedih. Oh Tuhan! apa yang dah aku lakukan ni?

“Bukan Chloe kut, dia ada kat dapur makan tadi"

"Hah? Betul ke dia ada kat dapur? Cuba tengok"

Harith menuju ke dapur dan kembali beberapa saat kemudian, mukanya cemas.

"Erm, Chloe takde kat dapur"

"Harith..."

"Baru je kejap tadi ada dalam rumah ni. Bila masa pulak dia keluar? Takde apa-apa kut. Kalau dia boleh lari…tandanya hidup lagi, kan? Mungkin you terlanggar dia sikit, tapi dia sempat lari.”

“Kalau terlanggar banyak? Kalau dia cedera parah?” aku mula rasa sebak balik.

“Ok, ok. Kita cari Chloe sama-sama.” Harith hilang dari pandangan dan muncul beberapa saat kemudian sambil menghulurkan tuala.

“Nah, keringkan kepala. Nak salin baju? Boleh pinjam tshirt I” Aku geleng kepala. Aku ambil tuala dan letak dia atas kepala. Aku tak mahu salin baju. Aku mahu cari Chloe!

Lima belas minit kami mencari Chloe, dalam hujan yang semakin reda. Di bawah kereta, tiada. Di rak kasut, tiada. Di tepi longkang, tiada. Di bawah pokok, tiada. Tiada. Chloe tiada. Aku sedih. Aku sangat sedih. Mungkin aku sudah bunuh Chloe!

“I think we better stop. Nanti-nanti dia baliklah. You jangan risau, ok?”

“Harith..” Aku pekupkan tuala pada kedua dua belah mata”

“Dahlah, benda dah nak jadi. Bukan you sengaja...”

Aku diam, biarkan Harith terus bersuara.

"Lupa I nak tanya, what bring you here? Rosa cakap you dah pindah”

“Saya ada hal sikit nak cakap dengan awak Harith”

“Jom naik atas”

Kami beriringan masuk ke rumah nombor 54.
Tingkat satu, sunyi. Elijah. Elijah yang tak pernah peduli.
Tingkat dua, sunyi.
Tingkat tiga, sunyi. Zanna. Zanna yang hanya pernah bertegur dengan aku sekali.
Tingkat empat, sunyi. Oh, rindunya tingkat empat!

Aku berhenti di depan pintu tingkat lima. Harith sudah masuk ke dalam.

“Harith..”

“Masuklah” Harith jerit dari dalam.

“Harith!” aku panggil lagi, kuat.

“Kenapa?” Harith muncul depan pintu.

“Ingat tak dulu Chloe kita jumpa kat tingkat atas. Nak cari?” Aku pandang ke arah tangga menuju ke tingkat enam.

“Jangan risau, nanti baliklah dia tu” Harith terus tinggalkan aku yang tercegat di luar pintu. Aku masuk, walau tak puas hati. Ini kucing dia lah! Kenapa macam tak semangat je nak cari?

“Nak minum apa?”

“Takpe, saya ok” aku duduk atas sofa. Aku perhatikan keadaan dalam rumah Harith, langsung tak berubah! Sama keadaannya macam masa makan malam berbulan-bulan yang lalu. Semuanya kemas dan teratur.

“Nah” Harith letakkan teh berbau mangga depan aku.

“Kan dah cakap tak payah….” aku tak puas hati.

“Just say thanks!” Harith senyum sinis.

“Oh, sorry. Thanks.”

“So, tell me, ada apa hal?” Harith duduk di sofa single, 45 darjah dari kedudukan aku duduk.

Aku tarik nafas panjang-panjang dan lepaskan perlahan-lahan.

“Hari tu pindah tiba-tiba, tak sempat nak jumpa”

“Hm”

“Harith, awak kisah tak kalau saya nak tanya…..?”

“Pasal apa?”

“Elijah. Macamana dia sekarang?”

Harith diam.

“Saya just nak tahu je, kalau tak nak cakap takpe. Sebelum saya pindah keluar, keadaan dia teruk, macam orang gila. Kalau boleh saya nak tau apa sebenarnya jadi pada Elijah dan Mia. Kenapa dia jadi sampai macam tu”

Harith diam lagi. Di hirup minuman dalam mug perlahan-lahan. Ok, fine. Lepas dua minit kalau dia diam lagi aku nak balik!

1-96 Biarkan

Entah berapa lama aku tidak bertembung dengan penghuni rumah No 54. Sesudah Odelia pindah keluar, lain rasanya rumah ini. Jarang-jarang aku bertemu Zanna. Walaupun kadangkala aku nampak dia pulang bila aku melayan malam di balkoni rumah. Elijah apatah lagi. Dan aku tidak harap aku bertembung dengannya. Bukan marah. Bukan iri. Tapi aku tidak tahu apa hendak di kata.

Pernah aku nampak Elijah berjalan keluar rumah pada satu petang. Nampaknya sungguh sayu. Entah apa berlaku pada dia dan Mia. Berceraikah? Entah. Aku tidak mahu peduli. Dan entah kenapa aku terperangkap dalam drama tiga segi ini.

Mungkin ini masanya untuk aku buktikan kejantanan aku. Bertumbuk dengan Elijah? Tidak.

Masa untuk aku diam. Diam dari Mia. Biar dia selesaikan masalahnya sendiri. Rasa sayang yang aku ada suatu ketika dulu sudah berubah kepada marah. Marah dengan dirinya yang meninggalkan aku. Marah dengan dirinya yang berkahwin dengan Elijah. Marah lagi dengan dirinya yang ingin kembali sedang mereka masih bersama.

Pilu. Bila cinta ini sudah tiada, baru hendak kembali. Baru terasa mahu hargai.

Aku mengambil bantal dan mendakap kuat. Pintu balkoni dibiar terbuka. Hujan turun renyai-renyai membasahi malam.

Sunyi.

Fikiranku melayang entah ke mana.

Mudahnya sepuluh tahun yang lalu. Waktu aku masih muda. Cinta pertamaku umpama mimpi indah. Semuanya serba kena. Biar apapun yang datang, semuanya aku tempuh. Padanlah orang kata lautan api sanggup direnang.

Aku termenung jauh. Sekali sekala aku dengar angin bertiup di luar.

Kadangkala kekecewaan itu buat orang berubah. Aku mula tidak percaya cinta sejak gagal buat pertama kali. Satu demi satu wanita aku ungkap kata cinta walau tidak aku maksudkannya. Mereka datang dan aku tinggalkan selepas beberapa lama.

Chloe mengiau di dapur. Aku letakkan bantal di atas sofa dan melangkah ke dapur. Aku capai bijiran makanan kucing dari almari atas dan aku masukkan dalam mangkuk makanannya. Aku bertinggung mengusap kepala Chloe sambil ia makan.

Isu hati dan perasaan memang membungkam jiwa. Buat otak tidak mampu berfikir. Buat hati rasa senang bila cinta berbunga. Buat jiwa rasa tidak tenteram bila gelodak tiba.

Cerek air elektrik aku ambil dari tempatnya dan aku isikan air separuh penuh. Suis aku hidupkan dan aku buka almari tengah. Melihat sama ada mahu minum coklat panas, kopi ataupun teh.

Bila usia sudah lebih 30 tahun, aku fikir aku akan lebih matang. Bisa memilih yang betul. Tapi apa yang betul dalam soal Mia dan Rosa?

Aku duduk menunggu air panas. Roti canai masih lagi elok dalam bungkusan. Langsung tidak aku sentuh dari tadi. Perut sudah berkeroncong entah berapa lama. Tapi bila jiwa tidak tenteram, hilang rasa ingin makan aku.

Mia atau Rosa? Aku tidak tahu jawapannya. Tapi aku tahu aku sudah penat dengan drama ini. Aku bangun. Kerusi aku tolakkan balik ke tempatnya. Aku berjalan ke ruang tamu dan mencapai telefon bimbit. Mesej Mia yang aku terima 2 jam lepas masih belum aku balas.

Terasa sedikit sejuk berdiri di balkoni. Hujan masih renyai-renyai. Aku pandang telefon bimbit aku. Aku pandang tasik di sebelah rumah No 54. Aku genggam kuat telefon bimbit itu. Aku hayun ke belakang dan bersedia untuk biarkan ia pergi.

Tapi kemudian aku berhenti.

Bodoh.

Lagi bodoh kalau aku buang telefon yang mahal ini. Hanya untuk puaskan hati.

Aku buka belakang telefon bimbit. Aku keluarkan bateri dan sim card. Sim card itu aku patahkan dua. Aku pandang lama. Fikir tentang Mia. Fikir tentang Rosa. Dan kemudian aku campakkan sim card itu ke bawah. Tidak akan masuk tasik kerana terlalu ringan. Tapi biarlah. Biar malam ini aku sunyi. Tidak akan dengar mesej dari Mia.

Esok boleh pergi tukar nombor baru, fikirku.

Aku sisipkan kembali belakang telefon bimbit. Dan aku masukkannya ke dalam poket sambil mataku memandang ke luar. Puas.

Hujan seolah-olah menenangkan aku. Damai.

Itu sebelum aku dengar ketukan kuat di pintu. Pintu rumahku diketuk bertalu-talu.

Aku berjalan pantas ke arahnya dan mataku mengintai dari celah mata helang.

Odelia!

Pintu aku buka dan Odelia basah kuyup. Dia seperti mahu menangis.

'Harith....'

1-95 Lagi?

'So are you serious with Rosa?'

'I guess so'

'Guess? You guess?' Im bertanya. Aku ketawa.

'Habis nak cakap apa? Pasti? Absolutely?' balas aku.

'Well, Abang Is... kitorang perempuan ni suka kalau lelaki tu sure. Ni macam nak taknak jer?' tiba-tiba Sofea menyampuk dari belakang. Aku ketawa lagi. Sedikit segan dengan adik-adikku.

'Kalau Abang Is jadi tahun ni, bolehlah kita buat double wedding!' sambung Sofea lagi. Dia datang duduk di sebelah aku. Kakinya diangkat ke atas meja kopi di hadapan sambil matanya dilemparkan ke televisyen.

'Sofea! Drop it down!' mata Imran dijengilkan padanya. 'Kenapa kamu tak tolong kakak kamu tu?'

'Ala.. Kak Noor tak mau Sofea tolong. Dia nak Sofea lepak-lepak kat sini', Sofea memuncungkan mulutnya. Kakinya telah dialihkan ke bawah.

'Ya lah, kalau nak potong bawang pun sampai berjam-jam!' sindir Imran. Aku hanya ketawa. Seronok melihat telatah adik-adik aku yang jarang-jarang aku jumpa. Kebetulan hari ini kami semua cuti, Imran dan Noor menjemput kami datang ke rumah.

'So what happened to Mia?' tiba-tiba Sofea bertanya. Aku melihat tajam kepada Imran. Hanya dia yang tahu. Imran tersenyum kambing.

'Abang Is, saya dah korek-korek dah semua dari Abang Im,' Sofea seperti berbangga kerana dia tahu rahsia aku. 'Dia ada contact abang lagi kah?'

Aku memandang ke arah Sofea, sedekit mencebik. 'Tak ada dah'.

Mujur pada ketika itu Noor menjerit dari dapur. 'Dinner's ready!!'

'Jom jom, who ever reach the kitchen first wins!' Imran menjerit. Sofea lantas bangun dan berkejar ke dapur.

'Seriously, how old are you guys?' kataku. Tiada siapa yang dengar. Kedua-dua mereka sudah sampai di dapur. Aku dapat dengar gelak tawa mereka di sana. Aku tekan butang 'OFF' pada remote control televisyen.

Aku terhenti sekejap. Teringat pada Mia.

'I really need to see you', mesej dari Mia.

'Please, can we meet?' antara mesej Mia lagi.

Dua hari lepas aku berjumpa dengan Mia di kedai kopi 40 minit dari tempat aku. Mia yang pilih tempat. Agaknya tidak mahu bertembung dengan Elijah.

Sesampainya aku, Mia sudah terus menangis. Orang sudah mula pandang-pandang. Lembut hati aku melihatnya. Aku rasa marah pada diri sendiri sekarang ni. Bermain dengan bara api. Tidak terbakar pun, panasnya dapat dirasa.

'Will you accept me back?' salah satu soalan Mia.

'Mia, you dah jadi wife orang,' balas aku.

'If I leave him, would you?' lagi soalan Mia.

Aku kelu. Aku patut jawab 'tidak'. Tapi aku katakan 'I don't know'.

'Can you give me another chance?' soal Mia lagi.

'I don't feel the same..' serentak dengan itu Mia mencapai tanganku.

'Please...' ujarnya.

Entah hampir dua jam aku di situ. Banyaknya tangisan dan diam. Semua soalannya buat aku serabut.

Aku mahukan Rosa, ujarku dalam hati. Tapi ungkapan itu sangat goyah. Aku tidak yakin pada diri sendiri.

'Harith, please...' rayu Mia lagi.

'I don't know Mia,' itu saja mampu aku balas.

'Harith, jom makan!'

'I don't...', aku tersedar. 'Yes, yes. Jom'.

Aku sedikit malu. Noor muncul dari dapur untuk panggil aku makan.

1-94 Elijah Darcy di Chick!

Aku melukis lagi. Kali ini bukan potret Mia lagi. Bukan untuk waktu ini. Untuk sekejap, aku perlu fikirkan sesuatu yang lain dari Mia. Kalau tak, aku mungkin akan jadi gila! Lalu aku melukis.


Aku buka pintu balkoni luas-luas. Aku lepaskan pandangan ke arah alam di luar sana. Tasik kecil di seberang Jalan Pemberley mengocakkan ilhamku. Aku tegakkan hamparan kanvas dan mula melukis.


Chloe datang dan menggesel tubuh pada kakiku. Kemudian dia memanjat ke atas balkoni dan menjengah ke arah tasik kecil itu juga. Dia mengiau.


“Lovely day, isn’t it?” kataku pada Chloe.

Chloe mengiau. Setuju juga, agaknya.

“You’re lovely too, Chloe.”

Chloe mengiau lagi. Manja.

“Macam Mia....”

Chloe senyap. Dia memandang kepadaku.

“Mungkin Mia akan balik hari ni?”

Chloe mengiau.

“She will come back....”

Chloe senyap lagi. Dia hanya memandangku.


Ah, gilakah aku bercakap-cakap dengan seekor kucing? Aku ketawa sendiri. Lalu aku kembali kepada kanvas dan terus melukis. Chloe pula hanya bertenggek di atas balkoni. Kami biarkan pagi itu berlalu dalam senyap dan tenang.


Tak lama kemudian, Chloe bangun. Dia memandang ke arah pintu masuk Rumah No. 54. Ada sebuah teksi berhenti di situ.


Mia?


Bukan.


Zanna.


Zanna berlari. Sampai ke balkoni, dia terus melompat melangkauinya. Wah! Biar betul perempuan seorang ni....


“Elijah...” kata Zanna, terputus sekejap untuk mengambil nafas. Sempat pula dia menggosok kepala Chloe yang mengiau manja. Sambung lagi, “I need you.”

“Err....”

“I tak ada masa. I’ll explain it later, in the taxi.” Zanna tarik tanganku. “Come on now!” Hampir-hampir Zanna mahu melompat lagi dari balkoni. Kemudian dia berpaling kepadaku. “Oh, tunggu....” Zanna masuk ke dalam rumah dan terus mencapai sehelai kemeja hitam dari atas lantai. Dari timbunan yang dilipat Odelia dulu. “Wear this.”


Belum sempat pun aku pakai baju, Zanna terus tarik aku ke teksi. Katanya kepada pemandu teksi yang menunggu tadi, “Bang, kita balik ke Chick!” Teksi itu meninggalkan Rumah No. 54,

“Err....” Aku masih terpinga-pinga. Aku mahu penjelasan dari Zanna.

“Okay, now....” Zanna menyedari itu. “Let me tell you this....”


~


Pagi tadi Zanna telah dipanggil oleh Miss Wirda, ketua editor di Chick, tempat dia menjalani praktikum. Miss Wirda kata dia tak puas hati dengan hasil kerja Zanna. Dia tak berkenan dengan fashion sense Zanna. Dia mahu berhentikan Zanna!


Tentulah Zanna terkejut. Tentulah Zanna sedih. Padahal dia sudah buat yang terbaik. Dia juga masih baru.


“But I will give you one more chance,” kata Miss Wirda.

“Whatever it is, I will do it. Anything.”

Miss Wirda tersenyum sinis.

“I akan buktikan, Miss Wirda.” Zanna balas, bersungguh-sungguh.

“Dan I akan pastikan you akan gagal....” Miss Wirda mencekak pinggang. “Because I don’t like you.”

“I don’t like you too, Miss Wirda.” Zanna balas lagi, terus-terang.

Miss Wirda senyap. Kemudian dia kata, “Not so long ago, our talent scout came upon this particular person.... Orang biasa. Bukan model. Bukan artis. A nobody. Malangnya, mereka tak dapat trace him. Tak ada langsung maklumat tentang dia. Tapi our sponsors mahukan dia. We need to find him. You need to find him.”

“But that’s not my job....” pintas Zanna.

“And so you will fail....”

“No!” pintas Zanna lagi. “I will prove myself to you.”

“Then go and find him.” Miss Wirda campakkan sebuah fail berisi snapshot lelaki itu. “I need him by 12pm, today.”


Zanna mengutip sekeping foto yang terkeluar dari fail itu. Dia tersenyum sendiri.


~


“It was you, Elijah. They want you.” Zanna berkata dengan satu senyum puas. “I dah dapat you.” Zanna dapat balas dendam kepada Miss Wirda.

“Err....”


Teksi itu sampai ke Chick!


Zanna menarik aku keluar dan mengheret aku masuk ke arah bilik Miss Wirda. Seorang lelaki menyambut kami di pintu masuk. Katanya Miss Wirda ada perjumpaan dengan penaja. Lelaki itu juga memandang aku satu macam.


“Hands off, Kamal,” kata Zanna. “He’s married.”

“He’s married?” Lelaki bernama Kamal itu tersenyum. “But that doesn’t mean he’s straight...”

“Err....”


Zanna seret aku masuk ke bilik Miss Wirda. Dia terjah saja.


“Miss Wirda.”


Miss Wirda berpaling ke arah aku dan Zanna. Dia terkejut. Salah seorang daripada penaja, aku kira, bangun. Katanya, “So, you’ve found him, Wirda?”


“No, sir. I found him,” balas Zanna. Puas.

1-93 Keliru

“Nak tengok cerita Korea tak?” Suri jengahkan muka di pintu bilik. Aku duduk di sisi katil, jari telunjuk belah kiri dipintal benang bulu bebiri berwarna biru gelap, sambil jari jemari yang lain memegang dua bilah jarum besi.

“Cerita lawak ke sedih?” gerakan jariku terhenti. Aku pandang Suri.

“Bukan cerita lawak”

“Takpelah, kalau aku boring aku keluar” Aku senyum. Malaslah mahu tengok cerita sedih. Cukup-cukuplah drama air mata di alam nyata. Penat.

“Kalau boring keluar tau, gigih betul mengait!” Kepala Suri sudah hilang dari muka pintu. Aku baru belajar mengait malam tadi, masih terkial-kial. Aku kait scarf sebab Suri kata itu yang paling senang. Aku tak sangka Suri pandai mengait.

Mengait adalah satu proses yang menenangkan, tapi kadang-kadang fikiran aku melayang. Teringat rumah 54, teringat Elijah, Rosa, Harith, Chloe. Rindunya pada Chloe! Dan aku teringat juga pada Harley.

Aku berhenti mengait. Aku cucukkan jarum pengait pada gumpalan benang bulu bebiri. Aku capai handbag dan keluarkan satu kertas dan sebatang pen. Aku meniarap, kawasan dari dagu ke dada dilapik bantal. Dan aku baca semula 10 senarai yang Rosa beri. Entah kenapa, tapi tiba-tiba aku rasa kena buat semakan senarai!

1. Setia. Takkan pandang dan layan perempuan lain, walaupun cantik.
Harley pernah beritahu dia digoda perempuan cantik dari department sebelah tapi dia tidak layan lebih-lebih. Perempuan tu pernah masakkan kuih muih dan beri Harley di ofis. Harley terima, tapi jamu rakan-rakan baik di ofis. Ticked!

2. Cemburu.
Harley pernah cakap dia cemburu sebab dia syak aku ada orang lain. Ticked!

3. Akan sayang kita walau nanti akan tidak cantik atau gemuk.
Erm, Harley tak pernah komen bab penampilan fizikal. So, kiranya dia boleh terimalah seadanya walaupun dah tua kerepot nanti. Ticked!

4. Menerima kekurangan fizikal pasangan seadanya.
Sama macam nombor 3! Ticked!

5. Tujukan lagu berkonsepkan kesucian cinta.
Dia pernah nyanyikan lagu yang tidak diketahui tajuknya, tapi senikatanya agak comel. ‘Kamu yang bawaku terbang, kamulah jua yang membawa cinta ke jalannya'. hehe. Ticked!

6. Memahami, pendengar yang baik.
Yang ini tidak dapat disangkal lagi, Harley memang pendengar yang baik. Dari dulu sampai sekarang. Ticked!

7. Sanggup buat apa saja untuk buat kita gembira.
Dia sentiasa mahu aku selesa. Sentiasa cuba luangkan masa, sanggup travel berjam-jam semata-mata untuk bersua muka. Ticked!

8. Jawapan soalan provokasi sentiasa memihak pada kita.
Masa masih di universiti, aku pernah tanya “Perempuan tu cantik kan?” sambil menunjukkan perempuan cantik yang duduk di meja sebelah. Harley jawab “Lya lagi cantik”. Ticked!

9. Tidak takut bercakap 'I love you' dan memaksudkannya.
Dia tak pernah cakap, tapi aku tahu kalau dia cakap, dia akan maksudkannya. Erm, ni boleh tick tak? Boleh lah kan? Ticked!

10. Kita pun rasa sama bagi nombor satu sampai sembilan.
Aku? Entah. Mungkin juga aku rasa yang sama tapi aku tak perasan. Ticked!

Ya, aku puas hati. Sepuluh senarai sudah dipatuhi!

~

“Sorry lambat kak,” aku letakkan handbag di atas kerusi dan terus memeluk Rosa yang sudah mendepakan tangan sedikit.

“Takpe. Is everything ok?” Tanya Rosa sambil melabuhkan punggung di atas kerusi empuk di dalam kedai Fish and Chips. Sudah pukul 12 tengahari tapi tidak ramai dalam kedai. Mungkin dalam tempoh sejam lagi bertambahlah umat manusia memenuhi segenap ruang dalam kedai. Aku ambil tisu dan lap peluh di dahi. Cuaca di luar sangat panas, mungkin sudah cecah 35 darjah.

“Saya ok. What about you?” aku tanya semula sambil memandang wajah Rosa sekilas dan meletakkan tisu dalam handbag.

“I have something to tell you, serious one. But before that, kita order makan dulu, ok?” Aku angguk walau resah. Perkara serius? Hal rumah 54 kah? Hal apa yang serius ni?

~

“I think I’m ready to marry Harith!” Aku tersedak. Entah kenapa air fresh orange yang aku sedut telah masuk ke dalam salur pernafasan. Hidung pedih. Kerongkong sakit. Aku tepuk-tepukkan dahi, macam yang selalu Suri buat kalau dia tersedak. Baru aku paham situasi Suri yang selalu tersedak kalau disampaikan apa-apa berita mengejutkan. Ya, aku terkejut dengan berita Rosa. Terkejut, tapi gembira. Rosa ketawa kecil melihat aku mengelap hidung yang merah sambil berdehem-dehem kecil. Tekakku masih sakit.

“Tahniah kak! Happy for you!” Aku senyum sambil pegang tangan Rosa.

“Thank you dear!” Rosa senyum, ceria sekali. Aku masih senyum, tapi sudah hilang kata-kata. Gembira, dalam masa yang sama keliru. Aku teringatkan 10 senarai yang Rosa beri. Rosa pernah beritahu yang Harith tidak menepati nombor 1 – kesetiaan, takkan pandang dan layan perempuan lain. Adakah kerana Mia sudah kawin dengan Elijah, Rosa rasa senarai sudah dipatuhi sebab itu saja satu-satunya poin yang gagal dipatuhi dalam perhubungan Rosa-Harith?

“Hubungan dengan Harith, memenuhi 10 senarai tu?”

“I’m really comfortable when with him. Dia paham I. I paham dia. I need him. And I know that he needs me too.” Aku masih diam. Potongan ikan aku sumbatkan masuk ke dalam mulut. Kurang sedap sebab sudah sejuk.

“What about you? Ni memang tekadlah nak pindah ye?”

“Entah” laju aku membalas. Kerana jauh di sudut hati aku, aku mulai rasa rindu pada rumah 54.

“Pindah sebab nak kawin dengan Harley? Nanti kerja apa kat sana? Harley menepati 10 senarai tu ke?” soalan Rosa bertubi-tubi macam peluru dari machine gun.

“Harley tengah tolong carikan kerja. Resume dah bagi kat dia lama dah” Aku jawab perlahan.

“I tanya banyak soalan, you jawab satu je? Tak dapat markah penuh ni cikgu!” Rosa ketawa. Aku sengih, malu.

“10 senarai?” Rosa masih tidak putus asa.

“Ya, sepuluh senarai tu dah dipatuhi” aku menjawab dengan yakin.

“Even nombor 10?”

“Erm, ya”

“Good for you. But remember dear, kawin ni bukan benda main-main. Sampai ke akhir hayat tau. Kita dah hidup berpuluh tahun, dan kita tatau kita boleh ke tak survive lagi berpuluh tahun. We cant afford to suffer. Bagi I, lebih baik tak payah kawin kalau dengan orang yang kita tak sayang. I don’t want to suffer, and this is why I lambat kawin. I want to be really sure. And now I’m sure. I want Harith to be my husband, I want him to me the father of my children…..”

Children? Kenapa aku rasa seram sejuk ni? Betul ke aku nak kawin dengan Harley?

“Just to let you know dear, IF, if only you decided to stay and looking for a job, you can always call me. You boleh kerja dengan company daddy I. I’m more than happy to help you. Deep in my heart, I want you to stay”

Aku terdiam.

Duhai hati, kenapa senang goyah?