1-41 Aku turut jatuh

Ikan rebus dalam pinggan aku letakkan di depan Chloe. Dia hanya pandang, tidak mahu menjamahnya.
Tadi, ketika mahu naik tangga aku nampak Chloe tidur di depan pintu tingkat satu. Aku pasti dia menunggu Elijah. Kadang-kadang aku rasa dia lebih manja dengan Elijah berbanding Harith, mungkin kerana Harith selalu sibuk dan Elijah selalu ada di rumah.

Aku angkat Chloe ke atas riba. Aku usap bulunya yang lembut.

“Kenapa tak mahu makan?”
Chloe hanya mengiau perlahan.
“Rindu Elijah?” Aku pandang mukanya.
“Aku pun sama Chloe” Aku peluk Chloe erat-erat. Dia meronta mahu lepaskan diri, lemas agaknya.

Elijah masih tak sedarkan diri. Malam tadi, ketika aku baru mahu mula membaca novel pemberian Elijah, aku terdengar bunyi hentakan yang kuat di luar. Aku nampak Elijah terkulai lemah di depan pintu aku. Sungguh, hampir tercabut jantung aku melihat keadaan Elijah pada masa itu. Dalam fikiranku, dalam hatiku pada masa itu, hanya mahu Elijah selamat. Walau tanganku menggigil, walau air mata sudah mula keluar tak terkawal bagai air terjun, aku sempat menghubungi ambulan. Kemudian aku nampak Mia, girlfriend Elijah. Dia memangku Elijah selepas memimpin Harith dari tingkat atas.

Aku masih tidak faham, apa sebenarnya yang berlaku ni? Harith, Elijah, Mia?
Aku terkejut. Aku sedih. Aku keliru. Tapi aku lebih terkejut, sedih dan keliru bila teringatkan kata-kata terakhir Elijah sebelum dia tidak sedarkan diri dalam pangkuan Mia.

“I just fell in love... with you, Mia.”
Selama ni Mia bukan girlfriend Elijah? Aku silap faham kah?

“I just fell in love... with you, Mia.”
“I just fell in love... with you, Mia.”
“I just fell in love... with you, Mia.”

Terngiang-ngiang di telinga aku sepanjang perjalanan ke hospital.
Terasa mahu pekup telinga dengan kedua-dua tangan aku yang masih mengigil. Aku tak mahu dengar!

Elijah, selepas kau ucapkan kata-kata itu pada Mia, hati ini menjerit lemah di sebelah kau,

Elijah, aku cintakan kau! Kau dengar tak Elijah?

Aku tarik nafas dalam-dalam.
Tak mungkin kau dengar, Elijah.
Tak mungkin kau kisah.

~

Aku bangun menuju ke bilik air. Mahu mandi dan bersiap ke hospital.

1-40 Luka

Aku lihat Elijah dari balik cermin. Mia berdiri di sebelah aku. Odelia baru sahaja meninggalkan kami. Mahu cari kopi. Mahu duduk sejenak. Masih lagi terkejut aku kira.

Apa dah terjadi sebenarnya? Uh, aku terasa pipiku pedih akibat bengkak. Tadi sempat aku mengerlih di cermin. Mataku lebam. Biru. Aku tidak sedar apa yang terjadi. Aku dengar ketukan kuat di muka pintu tika aku sedang mengusap-usap Chloe sambil menonton televisyen. Aku buka dan Elijah merentap kolar bajuku. Segalanya begitu pantas. Entah apa yang terjadi. Yang aku tahu, akhirnya aku terbaring di muka pintu.

Aku tersedar sedikit bila Mia menggoncang bahuku. 'Harith okey!' Mia menjerit kepada seseorang. Odelia mungkin. Mia memapah aku ke tingkat bawah dan aku lihat Elijah terbaring di muka pintu Odelia. Agaknya dalam beberapa minit, aku dengar bunyi siren ambulan. Elijah nampaknya teruk. Seperti belakang kepalanya dihentak sesuatu dengan kuat. Luka. Odelia menangis di sisinya.

Pada saat itu aku tidak tahu apa yang aku telah lakukan.

'It's not your fault, he attacked you first,' itu kata Mia tika dia memanduku ke hospital. Tika itu Odelia di dalam ambulan bersama Elijah.

'What the heck had just happened?', aku tidak bisa memahami.

Psycho agaknya Mamat Ground Floor ini, fikirku. Tiba-tiba datang bertanya aku mahu Rosa atau Mia. Ah, aku tahu yang Odelia dan Elijah mungkin sudah tahu aku keluar dengan mereka berdua sejak makan malam kali pertama dahulu. Tapi apa halnya Elijah mahu campur tangan masalah peribadiku? Rasa marahku makin bertambah bila luka di mukaku makin terasa.

Aku dan Mia diam memerhati Elijah yang masih tidak sedar.

Tiba-tiba Mia bersuara, 'Harith, I'm sorry'.

Aku makin keliru.

1-39 Elijah Darcy jatuh cinta

Kepala aku berdenyut-denyut macam belon kena pam. Terasa belakang kepalaku ada bengkak kecil. Mungkin kesan terhantuk ke dinding waktu bertembung dengan Odelia entah beberapa hari dulu. Ah, aku tak peduli. Biarlah pecah kepala aku! Aku tetap mahu tunggu Mia. Sudah lama aku menunggu Mia Suzanna. Dari tengah hari yang terik tadi sampai ke petang yang hujan. Hujan yang sangat lebat. Aku tak peduli. Biarlah aku basah lencun! Aku akan terus tunggu Mia.


Mia. Mia. Mia. Mia.


Nama itu aku sebut untuk meredakan denyut sakit di kepalaku. Nama itu juga aku sebut untuk setiap nafas yang menjalari tubuhku.


Mia. Mia. Mia. Mia.


Aku masih di luar Bookaholic, di jendela besarnya. Aku memerhatikan Mia dari luar. Oh, sekarang aku yang diperhatikan. Mia ada di jendela, di dalam Bookaholic. Dia merenung aku dalam-dalam. Aku hanya tersenyum. Mia keluar dengan payung.


“Apa awak buat hujan-hujan macam ni, Elijah?” tanya Mia, terus. Payungnya dia suakan untuk meneduh hujan.

“Aku nak ajak kau keluar, macam yang sebelum ni.” Aku jawab dengan memeluk tubuh yang menggigil. Sudah masuk kali ketujuh aku cuba ajak Mia keluar. Kali ini yang kelapan. Tanyaku lagi, “Sudikah kau?”

“It’s not possible, Elijah.”

“Not in this weather, yes?” Aku cuba bergurau.

Wajah Mia mendung. Dia tak menyambut selorohku tadi.

“Aku tak akan putus asa, Mia.”

Mia menolak fringe rambut yang jatuh ke atas matanya. Dia lepaskan satu keluh panjang. Kemudian dia renung mataku dalam-dalam. “Carilah orang lain, Elijah. I can’t love you back.”

“But you said you did! You said you fell in love with me!”

“Elijah, saya...”

“Aku cintakan kau, Mia!”

“Saya dah ada orang lain...”

“I love you, Mia!” Aku menarik Mia ke dalam rangkulan. Aku ingin mengucup bibirnya supaya tiada kata-kata lain keluar.


PANG!


Tamparan keras hinggap ke pipiku. Aku hilang kesimbangan dan terus tersungkur ke tepi jalan. Berpusing dunia ini rasanya. Kepalaku tambah kuat denyutnya.


Aku sedar.


“It’s Harith, isn’t it?”


Mia tertunduk diam. “I’m sorry, Elijah.” Lalu dia hulurkan tangan. “Let me send you home.”


~


Aku meluru keluar dari perut Mercedes. Aku menginjak dua-tiga anak tangga supaya cepat sampai ke tingkat itu. Tingkat lima. Rumah Harith. Pintunya aku ketuk sekuat hati. Sekuat denyut kepalaku yang makim menjadi-jadi. Macam air menggelegak. Sehangat amarahku. Sepanas tubuhku yang membara.


Tiba-tiba ekor mataku menangkap sesuatu di tangga ke tingkat enam....


Saat itu juga Harith membuka pintu. Aku renggut kolar baju Harith. “Siapa yang kau pilih?” tanyaku keras. “Rosa?”

“Kenapa ni?” Harith terpinga-pinga.

“Atau Mia?”


Aku tarik Harith keluar dari rumah. Aku tolak dia ke dinding. Dan....


Dunia berpusing-pusing. Pandanganku bercampur-baur dengan kilas anak tangga, siling, Harith dan sosok putih itu.


Tubuhku terhumban ke kaki tangga, di muka pintu Odelia. Nyawaku sudah melayang entah ke mana rasanya.


“Elijah!” namaku dipanggil Odelia. Jeritannya memekikkan telingaku.


“Odelia... aku tak tahu apa yang jadi...” kata Harith itu sayup-sayup dengan langkahnya menuruni tangga. “Mia?”


Aku lihat wajah Mia terapung dalam pandanganku yang semakin kabur. Dia mengangkat aku ke pangkuannya. “Elijah....”


Mia. Mia. Mia. Mia.


“I just fell in love... with you, Mia.”


Kemudian aku pejamkan mata.

1-38 I will be fine

“Dell, kau tau tak yang Cikgu Azrul nak kawin?” Suri muncul entah dari mana, berbisik.
“Tau, kan semua orang dapat kad kawin dia” aku turut berbisik, takut orang lain terdengar.
“Frustnya aku! Aku baru nak minat dia”

Hah?Aku pekup mulut sendiri dengan tangan, cuba nak tahan ketawa. Suri sangat berterus terang. Padanlah teori konspirasi menjatuhkan rumah merah sudah tidak lagi kedengaran walau rumah merah kalah. Cikgu Azrul tu pengarah bahagian sukan, mana mungkin Suri marah-marah tak puas hati kalau dah jatuh hati pada pengarah projek kan?

Suri diam.

“Sorry Suri, aku tergelakkan kau” aku terus bangun dan peluk Suri. Menyesal pulak tergelakkan dia.
“Aku tak tau nak cakap apa, tapi aku harap kau janganlah sedih-sedih. Kalau kau sedih, nanti aku pun sedih. Kumbang bukan seekor, kau mesti teruskan hidup!” aku sambung lagi.

Suri ketawa.

“Apa yang kau merepek ni Dell? Aku bukan kata aku jatuh cinta kat dia lah. Aku kata, aku baru nak minat kat dia sebab muka dia comel macam Lee Jun Ki pelakon Korea tu”

Aku tergamam, malu sendiri. Malu! Nampaknya aku tujukan nasihat tu bukan untuk Suri, tapi untuk diri aku sendiri.

“Kau jangan risaulah Dell, aku ok je lah. Aku bukan kenal sangat Cikgu Azrul tu. Tak logik langsung kalau jatuh cinta pada orang yang kita tak kenal kan?”

Aku diam.
Entahlah Suri, aku sendiri sudah tidak tahu apa yang logik apa yang tidak, aku bisik dalam hati

~

Awal ku melihat
Kuyakin ini bukanlah yang biasa
Mengagumkan
Melemahkan aku melihat tatap matanya
Yang kunanti
Saat memegang tangannya
Sampai nanti
Tetap memegang tangannya

Aku tarik nafas dalam-dalam. Punyalah banyak lagu Peterpan yang best, kenapa lagu ni yang keluar?

Melemahkan aku melihat tatap matanya.
Melemahkan aku melihat tatap matanya.
Mata.
Hijau.
Gila!

Judul lagunya: khayalan tingkat tinggi, situasi aku: khayalan tingkat tinggi.

Ah, hidup mesti diteruskan!
I will be fine. Just fine.

1-37 Imran

Telefon ku berbunyi tika aku sedang berehat-rehat di sofa di ruang tamu. Kenapalah tertinggal telefon bimbit di dapur? Kan dah kena bangun berjalan.

Tapi aku gembira melihat paparan nama pemanggil. Imran. Aku sapa dengan penuh teruja.

'Hello Im!', aku seperti menjerit.

'Yo, bro!', jawabnya selamba.

Sudah berapa lama aku tidak dapat panggilan daripadanya. Aku sendiri pun malas hendak menelefon. Kalau masing-masing sudah sibuk, let us just live our life, itu yang aku fikir.

Bertanya khabar, bersembang tentang perkembangan terbaru dan kemudian Imran melemparkan soalan, 'berapa orang sekarang ni? Tiga? Empat?'

'Haha, dua saja', aku jawab sambil ketawa.

'Which one are you gonna marry then?', katanya dengan sinis. 'It's about time. And you know you are gonna make mom happy!'

'Come on!' kataku, 'you have already did. And with your lovely daughter'.

'And one more is on the way!', sambung Imran.

Aku teruja. 'Betulkah? Aku nak dapat anak saudara baru!' Aku seronok mendengarnya. 'Dah berapa bulan?'

'Baru saja dapat tahu semalam. One of the reason I call you', kata Imran.

'Wah, dah nak dapat anak baru, baru nak call. Kalau tak...'

'You are the same bro. When are you gonna call me? Is it when you have got a new girlfriend?' balasnya. Aku ketawa. Sudah lama tidak gelak besar sebegini. 'So who are you now with? Alia? Fatma? Linda? Rosa?'

'Rosa still, dan one girl I know through a friend - Mia', beritahuku selamba. Imran memang tidak setuju aku punya banyak teman wanita. Aku sendiri pun tahu aku sedikit hipokrit. Hm.. Mungkin banyak juga hipokrit. Beri nasihat pada orang lain supaya jaga perhubungan dan usah lukakan hati pasangan. Tapi diri sendiri...

'Entahlah Im. You know how long I have been with Rosa. Tiga empat tahun. Bila aku cakap fasal next level, dia kata dia belum bersedia,' terangku. Im seperti mengangguk di sebelah sana telefon. 'She's a darn cool girl. We click! Now I'm expanding my options'.

'So that other girl, dia nak setujulah nak kahwin?' tanya Im. Aku balas dengan ketawa. 'Ah, so she's just a pretty face then? Bila kau bosan-bosan dengan Rosa. Atau bila dia outstation?' Makin besar gelak aku. 'And it is so true!' Aku tahu Imran sedang menggelengkan kepala.

Kami teruskan perbualan tentang emak dan kampung halaman. Cerita tentang kerja dan keluarga. Sempat menjengah memori lama di universiti. Aku bertuah punya adik yang juga sahabat. Imran akhiri perbualan kami dengan 'you know what to do bro!'.

Yes I do, kataku dalam hati. Ku letakkan telefon di atas meja kopi. Rasanya tidak berapa lama sebelum aku akan terlena.

1-36 Rasa hati ini

"Are you ok dear?" sapa Rosa sambil memeluk aku dan lagakan pipi. Geli, tapi agak menyenangkan bila dia buat begitu.
"Ok" aku angguk dan senyum.

Suasana di restoran sunyi. Mungkin sebab masih awal, belum pun pukul 11.

"I dengar Harley datang hari tu" muka Rosa serius.

Aku angguk lemah. Lemah sehinggakan tak mampu menahan air mata berkumpul di kelopak.

"Saya rasa saya dah tak boleh teruskan" aku tarik nafas dalam-dalam.
"Saya dah cuba, tapi tak boleh. Saya anggap dia macam abang. Tak boleh nak sayang dia lebih dari tu" aku ambil tisu dan sapu air mata yang sudah berkumpul banyak di mata, hanya tunggu masa untuk jatuh.
"Dia ada cakap lagi pasal isu kawin?"
"Dia cakap dia dah bagitau family dia. Sekarang dia plan nak kawin hujung tahun ni" air mata keluar dan dilap berganti-ganti.
"Odelia..terus terang je lah dengan dia. Nanti you yang terseksa"
Aku diam.

Setiap kali aku cuba berterus terang dengan Harley tentang hati dan perasaan aku, setiap kali itulah aku gagal. Aku tidak mahu jadi kejam, tidak mahu jadi manusia yang tak kenang budi. Sejak dari di universiti, Harleylah yang sentiasa ada untuk aku, sentiasa ada untuk mak. Harley adalah sebahagian dari hidup aku tanpa aku sedar, dan Harley juga adalah memori saat-saat akhir mak.

"Abaikanlah. Teremosi lebih pulak kebelakangan ni. Harley dah banyak bantu saya, Rosa"
"Odelia, sorry I nak tanya ni. This has nothing to do with sapa-sapa kan?"
"Eh?"
"Maksud I, yang you serba salah ni bukan sebab you ada hati kat orang lain kan?"
"Takde" aku pegang telefon bimbit erat-erat.

Dia milik orang, aku jawab dalam hati.

1-35 Mungkin

Hari ini aku bangun seawal 5 pagi. Aku sarungkan seluar track dan t-shirt. Kemudian aku pakai running shoes. Ingin keluar jogging. Chloe mengiau seolah-olah bertanya aku hendak ke mana.

'Jogging. Just around here. I'll be back by 6.30', aku kata. Aku tutup pintu dan kunci. Berjalan perlahan-lahan ke tingkat bawah. Tidak mahu Odelia atau Elijah terjaga.

Sejuknya angin di luar jam 5 pagi. Tak apa, dalam 5 minit lagi, bila badan sudah panas, tentu rasa selesa. Dalam 1 km, aku keluar dari kawasan penempatan. Boleh nampak kedai mamak dan kedai-kedai runcit. Kedai mamak, seperti biasa, ada saja orang. Walaupun pada tika ini tidaklah begitu ramai.

Nampak juga orang-orang kedai mengangkat tong-tong gas dan beberapa kotak. Mungkin sayur. Atau roti. Atau surat khabar? Aku terus berlari menyusuri tempat jalan kaki mengarah ke sekolah.

Berlalu di sebelah sekolah rendah. Sunyi. Seperti biasa. Hanya beberapa lampu yang dibuka. Mata aku mencari-cari pak guard apabila berlalu di pondok kawalan. Kadang-kadang aku sapa. Kadang-kadang dia tiada di situ. Mungkin berjalan-jalan di sekitar sekolah.

Ipod nano aku bertukar kepada lagu ballada. Oh, bukan. Mungkin country. Siapa nama minah ini?

'Cause when you're fifteen and somebody tells you they love you, you're gonna believe them'

Itu katanya. Come on, aku kata dalam hati, kurang setuju dengan liriknya. Aku tekan butang next untuk mencari lagu yang lebih rancak. Entah bagaimana lagu ini boleh ada dalam playlist aku, aku tidak tahu. Mungkin aku pindahkan semua lagu yang aku muat turun secara rawak. Atau mungkin Rosa yang saja mencuba-cuba pindahkan lagu mengikut iTunes kerana dia tidak pernah buat sebelum ini.

Suasana sudah semakin sibuk di sekeliling. Sudah pukul enamlah kalau begini. Aku sudah tiga suku perjalanan. Sebuah kereta Mercedes yang berlalu di jalan mengingatkan aku pada Mia. Muram sahaja dia sejak kebelakangan ini. Seperti ada yang terbuku di hati. Bila aku bertanya, katanya baik saja. Mungkin dia kepenatan dek kerana kerja. Mungkin jua ada masalah yang dia masih tidak mampu kongsi bersamaku. Walaupun itu agak janggal kecuali isu itu melibatkan diriku. Atau mungkin dia sudah tahu yang aku keluar dengan Rosa?

1-34 Dari Elijah, untuk Odelia dan Mia

Aku ketuk pintu rumah. Sepatutnya dia sudah pulang. Aku mahu cepat. Aku ketuk pintu itu sekali lagi. Aku tunggu. Kemudian aku ketuk lagi. Nafasku jadi makin tak teratur tiba-tiba. Sesak. Darah terlebih dipam oleh jantung dan naik ke kepala. Cepat! Aku ketuk pintu kuat-kuat. Cepat! Makin laju pula jantungku!


Pintu itu dibuka akhirnya. Odelia. Riak wajahnya yang dibingkai telekung putih itu sedikit berkocak. Kemudian tenang semula. Mata coklatnya sembunyi di bawah pandangan yang ditundukkan dariku.


Jantungku jadi perlahan, tiba-tiba.


“Odelia...” kataku, membuka bicara. “Aku datang nak beri kau ni.” Lalu aku hulurkan bungkusan warna coklat kepadanya.

Odelia menyambutnya. Dia bertanya pula, “Apa ni?”


Tak sempat pun aku menjawab, ketawa pula yang menyerang. Aku terbahak-bahak. Puas aku tahan. Aku ketawa lagi.


Semuanya angkara teringatkan kejadian semalam. Odelia langgar aku lagi. Waktu itu aku sedang mengendong Chloe untuk dihantar ke rumah Harith. Tiba-tiba Odelia muncul dan terus bertembung dengan aku. Aku jatuh ke lantai. Odelia jatuh ke atas aku. Kepalaku terhantuk ke dinding. Tapi sakitnya tak terasa. Aku hanya dapat ‘rasa’ Odelia yang membatu dalam pelukan tanpa sengajaku.


Saat itu jantungku tak berfungsi langsung.


Harith cepat-cepat tarik Odelia. Pernafasanku kembali normal. Sakit di kepala mula berdenyut-denyut. Tiba-tiba Harith ketawa. Dia ketawakan Odelia. Aku cuba menahan tapi gagal.


Muka Odelia naik merah. Sangat, sangat merah! Rambut kerintingnya menjalar ke muka. Muka bulat yang merah, semerah-merahnya! Aku boleh ibaratkan dia seperti semangkuk Maggi kari.


Aku ketawa lagi.


Odelia tutup pintu. Tapi aku sempat menahan. Sisa ketawa tadi aku buang jauh-jauh. “Minta maaf,” aku pohon sepenuh hati.


Odelia diam.


“Telefon tu hadiah dari aku.” Kataku itu merujuk kepada bungkusan coklat yang dipegang Odelia.


Odelia mengangkat wajahnya. Mata kami bertentang lagi. Coklatnya di atas hijauku.


“Aku gantikan telefon kau semalam. Aku tak tahu telefon yang macam mana sesuai untuk kau. Aku sendiri pun tak ada telefon. Jadi aku beli yang sama macam yang rosak tu,” terangku dengan panjang-lebar.


Odelia tak membalas apa-apa pun.


“Aku rasa aku yang salah. Asyik muncul tiba-tiba, tak tentu masa, tak kena situasi. Aku minta maaf, Odelia.”


Odelia senyap juga.


“Aku tak ada telefon. Tapi aku selalu ada kat bawah. Kalau kau nak bincang apa-apa, aku ada. Mungkin aku tak banyak cakap. Tapi aku sudi mendengar.”


Odelia diam lagi.


“Okey, bye.” Aku berhenti di situ. Aku buka langkah untuk turun ke tingkat bawah. Tapi kemudiannya aku berpaling semula. “Aku minta maaf.”


Odelia sudah menutup pintu.



Ah, aku pun mahu cepat!


~


Aku menunggu lagi di luar Bookaholic. Semalam Mia tinggalkan aku di Sunday’s. Tak tahulah mengapa. Aku perlukan penjelasan.


Di tanganku, ada sejambak ros merah. Bunga ini untuk Mia.


Aku lihat Mercedes kelabu sudah masuk ke ruang parkir. Aku ke situ. Mia keluar dari perut keretanya. Dia terkejut melihat aku.


“Elijah....” katanya tak habis.

“Untuk kau, Mia.” Kataku sambil menghulurkan jambangan ros itu.

“Untuk apa, Elijah?” Mia tak menyambut pemberianku.

“Untuk kau,” ulangku.

“I don’t want it.”

“It’s a gift.” Aku hulurkan bunga itu sekali lagi.

“I don’t deserve it.” Mia menyimpan tangan ke dalam pelukan tubuhnya. “I don’t deserve you, Elijah.”

Aku tak faham. Aku perlukan penjelasan dari Mia. “Keluar dengan aku, please?”

“Saya minta maaf, Elijah.”

“Aku akan maafkan kau kalau kau keluar dengan aku.”

Mia tunduk dengan satu keluhan panjang. “Don’t you ever give up, Elijah?”

Aku hulurkan lagi jambangan ros merah kepada Mia. “Tak,” jawabku. “Not if I can give you my heart instead.”


Untuk kau, Mia Suzanna....

1-33 Kali kedua

Aku sudah tidak mampu tanggung lagi sendiri, aku mesti luahkan apa yang aku rasa. Aku mahu luahkan semua. Aku meluru ke rumah Harith, dengan misi tersemat di dada.

Aku ketuk pintu rumah Harith. Gelisah.
Pintu dibuka seminit kemudian. Harith seperti terkejut.

"Sorry ganggu. Nak mintak nombor telefon Rosa boleh?" belum pun Harith buka mulut, aku bersuara memintas. Aku cuba senyum lebar, sembunyikan gelisah di hati.

“Boleh, kejap” Harith masuk ke dalam. Aku menanti dengan sabar, sambil memandang ke arah tangga yang menghala ke tingkat enam. Sunyi, seperti biasa.

Is everything allright?” Harith muncul dengan telefon bimbitnya yang canggih.

“Eh, semua ok. Saje je nak kol dia. Rindu pulak rasa” aku sengih, menyembunyikan sebak di dada. The truth is, I really need her right now. Aku sudah tidak tahan lagi.

“Thanks ye!” aku tinggalkan Harith terpinga-pinga di muka pintu. Aku meluru ke anak tangga, sambil mata masih di telefon bimbit.

Gedebuk!!!

Sakit!
Telefon bimbit jatuh terhempas ke tangga, bateri tercerai dari badan telefon. Tercampak jauh. Aku menghempap sesuatu yang pastinya bukan simen. Susuk tubuh?

Oh Tuhan! Elijah! Aku di atas Elijah! sepasang mata hijaunya betul-betul di depan mata aku! Oh Tuhan!

Di satu saat aku rasa mahu pengsan! Di satu saat yang lain aku tidak mahu berganjak dari kedudukan pada ketika itu.

Huh? Tidak mahu berganjak? Tidak mungkin aku menikmati saat-saat itu. Tidak! Mustahil!

Lengan aku ditarik Harith. Jika Harith lima saat terlewat, pasti aku sudah mati dalam pelukan Elijah. Mati kerana jantung mengepam darah terlalu laju sehingga dada tidak mampu menampungnya lagi.

Aku terdengar nada suara Harith seperti mengomel dan aku terdengar seperti Elijah mengerang kesakitan. Aku tidak pasti. Yang aku dengar hanya degup jantung. Degup jantung aku sendiri.

“Sorry!” sebaik aku berjaya berdiri. Aku pandang Elijah tepat di mata hijaunya. Sepasang mata hijau yang hanya jauh beberapa inci dari mata aku dua minit tadi. Rasa bersalah bersarang di hati, kerana ini kali kedua aku rempuh dia. Sangat sangat bersalah.

Harith ketawa.
Elijah diam.
Kemudian Elijah senyum, dan ketawa kecil.

Aku terpinga-pinga.

1-32 Harley

Henry? Bukan. Hairi? Ah, aku terlupa. Betul-betul terlupa.

Oh, Harley! Itu nama teman lelaki Odelia. Entah kenapa aku susah betul untuk ingat namanya. Harley tampak seperti seorang lelaki yang baik. Aku tidak kenal, tidak patut pula jika aku cakap yang buruk-buruk tentangnya.

Namun aku tertanya, kenapa Odelia menangis hari tu? Ada kaitan dengan Harleykah? Atau hal lain.

Aku telefon Rosa.

'I jumpa Harley tadi,' aku ingin tahu samaada Rosa tahu akan Harley atau tidak.

'Ha? Harley ada di sini?', nada Rosa seperti gusar. Mudah aku buat kesimpulan. Maksudnya memang Harleylah punca Odelia menangis. Kalau tidak, mana bisa Rosa tiba-tiba berkata begitu.

'Ya, dia jemput Odelia tadi. I think he's a cool guy,' aku buat nada ceria. Pancingan kedua aku.

'Hmmph,' aku tahu Rosa mencebik di sebalik sana telefon. Benar, memang ada cerita tentang Harley. Aku tersenyum. Bukan kerana suka akan apa yang berlaku pada Odelia. Tapi kerana aku sudah tahu apa puncanya. Bukanlah ada kena mengena dengan aku pun. Hanya rasa ingin tahu yang membuak-buak.

'You tak tahu dia..,' sambung Rosa sebelum dia terhenti, 'oops, hey, I'm not supposed to share this with you!'

Sudah terlambat! Aku ketawa dalam hati.

'Don't worry, I won't make a bigger deal out of this,' aku bercakap seolah-olah tiada apa yang berlaku. 'Eh, you told me your dad ask you to go for the meeting in Japan?'

'Oh yeah, it is supposed to be next week, which I'm not keen on. Notis lambat. I tak ready,' Rosa mula berkongsi. See, that's the way you do it, aku tersenyum gembira.

1-31 Elijah Darcy dan Mia dan Odelia dan Harley

Sudah jam lapan malam. Aku masih di luar Bookaholic. Aku tak masuk pun. Dari jendela besarnya, aku memerhatikan. Mia Suzanna. Dia tak menyedarinya. Mia Suzanna. Aku menunggu dia dari jam enam tadi.


Sibuk betul dia. Ke sana mencari buku untuk pelanggan. Ke sini untuk menyusun stok. Ke situ menolong staf. Penuh semangat. Senyum tak lekang dari bibir merah jambunya. Tak penatkah ke hulu-hilir tak berhenti. Tak penatkah tersenyum sepanjang masa?


Sekarang sudah pukul lapan.


Aku lihat Mia menanggalkan tag namanya. Dia ambil beg tangan dari bawah kaunter. Dia lambai beberapa staf dan pelanggan-pelanggan setianya. Mia mahu pulang.


Cepat-cepat aku berkejar ke pintu Bookaholic.


“Elijah!” Terpacul namaku dari mulut Mia. “What are you doing here?”

“Kau nak ke mana?” tanyaku pula.

“Balik,” jawabnya. “Malulah ada orang tengok-tengok, intai-intai saya buat kerja.”

Oh, Mia tahu.... Aku tersenyum tak tentu fasal. Kataku, “Lambat kau balik.”

“Sepatutnya saya balik pukul lima tadi. Tapi banyak sangat stok masuk. Customer pun ramai hari ni. Alah, saya dah biasa.”

“Tak lapar ke?” tanyaku lagi.

“Elijah....” kata Mia sambil tersenyum. Kemudian dia menggeleng kepala, tak percaya. “Awak tunggu saya sebab nak ajak saya keluar lagi?”

“Ni kali ketiga aku ajak kau. Tak sudi ke?”

“Hmm... sebab tu lah saya keluar ni.” Mia menyisir fringe yang menutup matanya. “Saya nak keluar dengan awaklah.”

Hatiku sudah berbunga-bunga.

“Kita naik kereta. Kita pergi restoran favourite saya.” Mia membuka langkah ke sebuah Mercedes kelabu yang parkir di tepi Bookaholic.


Mercedes kelabu?


~


Mia memandu. Katanya mahu ke Restoran Sunday’s. Sepanjang perjalanan itu, jantungku berdegup kencang. Bukan hanya sebab Mia memandu 210km/jam. Ada sebab lain. Tapi aku tak tahu puncanya. Degupnya melampau-lampau!


~


Odelia! Aku nampak Odelia di satu meja bersama seorang lelaki. Saat itu jantung berhenti berdegup.


“Elijah? Kenapa?” Getar suara Mia menghidupkan kembali jantungku.

“Kawan aku....” Mataku pada Odelia.


Pandangan Odelia bersatu dengan mataku. Jantungku berhenti lagi.


“Kawan awak pun kawan saya juga,” kata Mia. Dia tarik tanganku ke meja Odelia dengan lelaki itu. Sampai di situ, dia hulurkan tangan kepada Odelia. “Hai, kawan Elijah. Saya Mia. Saya pun kawan Elijah juga.”

“Odelia,” sambut Odelia dengan cool.

Lelaki yang bersama Odelia bangun dan memperkenalkan diri. “Harley Rezuan,” katanya dengan tangan kepadaku.

“Elijah Amru Darcy,” jawabku dengan nama penuhku. “Aku dan Odelia duduk kat tempat yang sama. Berjiran.”

“Odelia kata tak ada jiran lain, selain Harith?” tanya Harley kepada Odelia.

“Jarang jumpa dia,” balas Odelia.

“Aku tak kenal sangat pun jiran-jiran aku...” tambahku.

“Wait a minute. Tadi awak sebut nama Harith?” tanya Mia kepada Harley. “Harith Ali? Awak duduk kat rumah nombor 54 tu ke, Elijah?” tanya Mia kepadaku.


Jadi, betullah telahanku. Mercedes kelabu Mia adalah yang sama dengan yang menjemput Harith dulu. Mia yang jemput Harith!


Aku mengangguk.


Wajah Mia tiba-tiba berubah. “I need to go. Sorry, Elijah.” Terus saja Mia meninggalkan aku.


Aku membuka langkah untuk mendapatkan Mia. Sempat aku mengilas kepada Odelia. Pandangan kami bertemu lagi. Jantungku terhenti.


Mia....


Nama itu aku sebut dan jantungku hidup dengan nafas semula.


Mia. Mia. Mia. Mia. Mia....


Odelia aku tinggalkan bersama Harley.


Mia....

1-30 Harley datang melawat

"Tunggu kejap boleh? Tak solat lagi" aku jawab panggilan Harley.

Dia sudah tunggu di bawah. Aku berlari-lari anak menuruni anak tangga lepas bersiap, tak mahu Harley tunggu lebih lama.

What a surprise!
Harley sedang berbual-bual dengan Harith, rancak!

“Ehem, mengumpat saya ke?” aku menyampuk sambil tersenyum.
“Hai Lya!” Harley senyum. Harith turut senyum. Aku balas senyuman mereka berdua. Tiba-tiba rasa segan. Heh!

Harley masih sama macam 4 bulan dulu, cuma mungkin kurus sedikit. Nampak agak cengkung.

“Mintak diri dulu Harith. Nice to meet you!” Harley hulurkan tangan untuk bersalam.
“Ok, nice to meet you too!” Harith sambut salam Harley.
Harith angkat kening pada aku “Jangan nakal-nakal ya!”
Aku tergelak. Macam-macamlah Harith ni!

Aku masuk dalam kereta Harley, sempat menjeling ke arah tingkat satu.

"Lya sihat?"
"Sihat"
"Rindu abang tak?"
Aku senyum. “Nak minum kat mana ni?”
“Lya nak recommend tempat yang best?”
“Tak pernah minum kat luar..hehe”
“Kalau macam tu kita pergi je mana-mana kedai, ok?"
"Ok"

~

"So, hows work?"
"Ok, tapi susahlah. Budak-budak sekarang ni bijak-bijak. Pernah satu kali tu kena tegur dengan student sebab salah eja forty. Malu je" aku cebik.
"Haha. Lya eja macamana?"
"F.o.u.r.t.y. Rupanya takde huruf u. F.o.r.t.y je"
"Lain kali, kalau kena tegur dengan student, berlakonlah. Kata ‘teacher saja nak test kamu ni peka ke tak’. Cikgu kena pandai main psikologi"
Aku diam. Tak terfikir pun nak buat macam tu hari tu. Aku hanya tersipu-sipu depan 28 orang anak murid.
"Lya, Lya kena yakin. Lya bukan tak boleh, cuma tak confident. Abang kenal Lya dah lama. Abang tau Lya bijak sebenarnya"
Aku diam.
"Ha, ni abang nak tanya, Lya nak tak kerja dengan PERHILITAN? Abang ada member boleh tolong. Lya kan minat wildlife ni, lagipun related dengan study dulu kan. What do you think?"
"Kan Lya baru kerja ni bang. Biarlah dulu. Tengoklah nanti macamana".

“Order bang?” tegur pelayan kedai.
Fresh orange dua ye dik. Thanks” Harley beri pesanan, yakin. Itulah Harley, sentiasa tahu apa yang aku suka. Sentiasa faham aku. Sentiasa kenal aku.

“So, macamana rumah baru?”
“Ok” aku sedut fresh orange, sedap!
“Sembang ngan Harith tadi. Macam ok budaknya. Lega abang Lya dapat jiran ok. Orang tingkat lain ok?”
“Hah? Orang tingkat lain? Err, aaaa, erhemm..erhemm…errr” perkataan tak keluar, tersekat di kerongkong. Serat-serat limau tersekat di kerongkong barangkali.
“Ni kenapa ni?” Harley buat muka hairan.
“Tak, tak kenal orang tingkat lain. Ha, keje abang macamana? Makin kurus je nampak” aku balas pertanyaan dia. Rasa bersalah pulak sebab asik-asik sembang pasal aku.

Harley rancak bercerita. Lepas lima belas minit, aku rasa menyesal tanya pasal kerja Harley. Dia bercerita tak berhenti tentang kerjanya di jabatan kerajaan. Tentang staf, tentang projek, tentang apa-apa lagilah, aku tak tahu. Aku cuba memberi tumpuan sepenuhnya tapi gagal. Aku tahu semuanya baik-baik saja. Harley yang aku kenal, semua sentiasa dalam kawalan. Aku tak risau sikitpun.
Yang aku risau adalah jantung aku, berdegup kencang macam mahu terkeluar!

Kenapa ni?

1-29 Pejabat

'En Harith, ini fail yang encik minta,' hulur setiausaha baru aku.

'Terima kasih,' aku senyum.

Ini fail untuk keluaran kali ini.
Ini pula untuk keluaran akan datang. Perlu disemak.
Ini apa?

Itu jadual biasa aku jika aku turun ke pejabat. Itu sebab En Farouk benarkan aku duduk di rumah setengah minggu dan setengah minggu lagi di office. Katanya, asalkan hal-hal pejabat dapat disiapkan sebelum deadline, dia tidak kisah. Biasanya akhir-akhir bulan ni, semua material sudah dihantar untuk publishing. Sekarang kena buat untuk isu 2 bulan depan pula.

Petang sedikit aku akan keluar dengan Rosa. Aku tanya fasal Odelia sebab mereka berdua berbual panjang hari itu. Rosa membalas pendek, 'hal-hal hati dan perasaan..'

'Gaduh dengan boyfriend?' tanya aku.

'Hm..'

'Ala, takkan you tak boleh bagitau I?' kataku.

'Tak boleh la...,' jawab Rosa. Sengaja dia buat suara manja. 'I dah janji tak bagitau orang lain.'

'But she's alright yeah?,' itu yang aku ingin tahu. Rosa mengiyakan. Baguslah. Takut nanti ada pula kes orang terjun bangunan.

1-28 Aku sudah ok

"Aku tak puas hati lah! Ape pasal rumah biru budaknya besar-besar gabak? Kalahlah rumah merah macam ni. Budak-budak aku semua kecik-kecik macam kurang zat. Aku rasa ni mesti konspirasi nak jatuhkan rumah merah!" bebel Suri lepas habis latihan untuk hari sukan.
"Kau ni Suri, tak habis-habis dengan teori konspirasi kau. Kebetulan je tu budak-budak kau kecik molek. Lagipun aku rasa kau tak bolehla nak perkecilkan bebudak tu. Mana tau, kecik-kecik cili padi, kan?" aku cuba pujuk Suri.
"Kebetulan kau kata? Dalam berpuluh-puluh budak, sorang je yang besar! Tak ke kau rasa pelik tu? Yang hebat-hebat semua masuk rumah biru, rumah lain campuran aku rasa, tapi rumah merah semuanya yang reject. Aku rasa yang berpenyakit pon semua depa letak ke rumah merah. Aku tak puas hati lah. So obvious!"
"Sukahatilah Suri, malas dah aku nak cakap. Aku tak boleh menang cakap dengan kau nih. Tapi, kau jangan terlebih semangat sampai budak budak kau stress pulak. Ingat, kita nak budak-budak enjoy, bukan nak menang sangat pon. Semangat kesukanan yang penting!" aku senyum lebar.
"Takde, takde! Aku nak rumah merah menang! Apa guna bertanding kalau tak menang? Kau nih peliklah Dell!"
"Suri! Dah banyak kali aku cakap kan..jangan panggil aku Dell. Bunyi macam ganas!"
"Hehehe, jangan marah..Aku rasa best je nama Dell tu. Eh, kau dah beli novel Mitch Albom yang baru tu?"
"Er, belom. Er, hari tu aku tak dapat parking, jenuh pusing"
"Eh, minggu lepas ko tak bawak kereta kan? Sepanjang minggu naik bas kan?"
"Oh, silap. Aku tak sihat lah masa nak beli buku tu, terus tak jadi beli"
"Pelik lah kau ni Dell. Itu pun aku yang kena ingatkan. Takpe, kau tak payah la beli buku tu sebab aku ada niat nak beli pun. Pinjam dari aku je lah eh? Oklah, aku nak balik. Petang ni ada cerita drama Korea. Menangis aku kalau terlepas tengok Choi Seung Hyun berlakun. Bye bye Dell!"

Aku tertawa kecil. Lawaklah Suri nih. Bercakap tak berhenti henti. Tak lenguh ke mulut dia? Aku tersenyum setiap kali teringatkan gelagat Suri.

Mood aku minggu ni lebih baik dari minggu lepas. Ah, minggu lepas memang gila! Mungkin sebab minggu ni sudah mula latihan untuk hari sukan, aku sudah kurang berfikir yang bukan-bukan. Sudah kurang layan perasaan. Baguslah, aku pun sudah tak mahu risaukan orang. Minggu lepas, Harith tanya aku ok ke tak. Dia terdengar aku menangis ke agaknya? Malunya! Kemudian Rosa pula datang melawat, dia kata saja-saja. Pelik pulak tiba-tiba Rosa datang melawat. Tak mungkin kebetulan. Ni mesti Harith yang report!

Aku tersenyum. Ada jugak orang ambil berat kat aku.

Aku sudah sampai di tingkat empat, rumah 54 Jalan Pemberly. This is my home!
Aku letakkan kunci rumah di atas meja. Mata terpaku ke sebuah buku, Pride and Prejudice yang diberi Elijah. Elijah, boyfriend perempuan cantik di kedai buku. Elijah, yang tak suka pandang muka aku. Elijah, yang tak suka bersembang dengan aku. Mungkin aku terlalu hodoh untuk ditatap. Mungkin aku terlalu bosan untuk diajak berbual. Logiklah, girlfriend dia sangat cantik dan nampak peramah.

Aku pegang buku yang diberi Elijah. Aku tarik nafas dalam-dalam.
Are you making fun of me? Kau nak kata aku tak pandai Bahasa Inggeris kan?

Telefon bimbit menjerit, ada sms masuk.

'Mggu dpn ada kerja dkt2 dgn tpt Lya. Hope 2 c u. Will let u know'

Harley!

1-27 Tangisan

Sudah dua tiga hari aku terdengar bunyi tangisan pabila aku buka pintu hendak keluar. Mata aku terpandang ke tingkat 6. Suara perempuankah menangis di sana? Tidak. Tingkat itu masih kosong seperti biasa. Itu suara tangisan Odelia.

Kalau dari ruang tamu, atau dapur atau bilik tidur, susah hendak dengar suara orang tingkat bawah. Bangunan ini sedikit kedap bunyi. Bila pintu dibuka, baru boleh dengar sikit-sikit. Itu pun kurang jelas.

Semalam aku ketuk pintu tingkat 4. Odelia membukanya setelah beberapa lama. Matanya sembam.

'Are you okay, dear?' aku tanya. Ikhlas. Risau pula aku pada dia.

'I'm okay', jawab Odelia. Tapi dari raut wajah pun sudah tahu tidak berapa okay.

Semalam juga aku beritahu Rosa sewaktu makan malam di kedai mamak. Rosa turut risau.

'You ada nombor dia?' tanya Rosa padaku. Tiada. Aku beritahu yang aku akan minta kemudian. Rosa pula bercadang untuk pergi melawat hari ini.

Entah Rosa sudah pergi atau tidak, aku tidak tahu. Sepanjang hari aku di pejabat. Baru hendak pulang ke rumah, aku dapat sms dari Mia. Dia ajak aku makan malam.

Tapi entah kenapa, Mia senyap saja malam ini. Tidak banyak bercakap. Aku cuba berseloroh pun dia tidak ketawa. Tak apalah. Makanan yang dipesan pun sudah sampai. Dan aku sangat lapar.

1-26 Hadiah dari Elijah Darcy

Hari ini aku keluar lagi. Aku ke kedai buku. Bookaholic Bookstore. Kedai buku milik Mia Suzanna. Mia. Mia. Mia. Oh, mengapa aku asyik mengulang nama Mia? Mia. Mia. Mia. Aku tersenyum sendiri. Macam orang gila! Aku tarik oksigen dan buang karbon dioksida. Aku cuba tenangkan diri. Aku tak gementar. Aku tak rasa gelisah atau tak selesa. Aku tak terasa mahu merokok pun. Tapi aku tetap mencuba untuk tenangkan diri dari rasa yang tak dapat aku terjemahkan.


Sebelum aku tersenyum seorang diri lagi, aku cepat-cepat menepuk muka. Biar sedar diri sikit! Kemudian aku melangkah masuk ke Bookaholic. Mataku menjalar ke celah-celah rak buku. Aku mencari Mia.


Ah, di situ dia....


Mia sedang menyusun buku. Dia berjengket kaki di atas stool untuk menyimpan buku di rak paling atas. Gigih!


Aku mendapatkan Mia. Belum sempat pun aku menegurnya, Mia berpaling kepadaku. Saat itu juga dia hilang imbangan dari stool.


Aku sambut Mia ke pangkuanku.


Mata aku dan Mia terkunci dengan pandangan yang dalam.


“You just made me fall...” ucap Mia dengan satu getar rasa yang sangat asing bagiku.

“Oh, sorry....” Mataku masih dikunci Mia.

“I just fell in love with you, Elijah.”

“I’m very, very sorry....” Aku dapat katakan itu saja. Getar rasa Mia berkait dengan perasaanku sekarang. Sangat berpadanan. Sangat mengujakan. Rasa yang aku rasakan sejak dua-tiga hari ini. Rasa yang membuatkan aku keliru.


Perlahan-lahan aku turunkan Mia. Muka Mia merah padam. Mungkin dia sendiri pun keliru dengan kata-katanya tadi. Agak emosi. Sangat jiwang!


“Saya minta maaf, Elijah. I got carried away. Biasalah, asyik baca romance aja. Tapi...”

Kata-kata Mia aku pintas. “Aku nak cari buku untuk kawan aku. Boleh tolong?” Tiba-tiba pula aku boleh berkata begitu.

“Oh....” Mia tersenyum nipis.

“Kawan aku tu.... Kelmarin aku nampak dia menangis. Jadi aku nak cari buku yang boleh hiburkan hati dia. Dia cikgu Bahasa Inggeris,” terangku.

“She?”

“Ya, perempuan.” Aku menjawab terus.


Mia ke rak yang satu lagi. Aku mengikut saja. Dia menyelusuri buku-buku di situ, tajuk ke tajuk. Kemudian dia tarik sebuah buku.

“Saya harap dia belum baca buku ni lagi.” Mia menyuakan buku itu.

“Pride & Prejudice.” Aku baca tajuknya.

“Cerita Lizzie dengan Mr. Darcy,” kata Mia dengan satu senyuman. “It’s a love story.”


Aku terdiam sekejap. Kemudian aku kirimkan senyuman kepada Mia. Kataku, “Aku tak macam Mr. Darcy, kan?”

“Hampir-hampir. Tapi saya pun bukannya Lizzie,” balas Mia pula. Dia tersenyum juga.

“Kau Mia,” kataku lagi. Mia. Mia. Mia. Ah, mengapa aku jadi begini dengan Mia? Mia. Mia. Mia. Ah, parah! Aku terus tanya Mia, “Sudi keluar dengan aku?” Pertanyaan untuk kali kedua. Waktu yang pertama, kelmarin, Mia tolak baik-baik. Tak apalah. Aku cuba lagi hari ini.


“Awak hantarlah hadiah untuk kawan awak tu dulu,”balas Mia tanpa menjawab pelawaanku. “Nanti saya pertimbangkan.”


Oh, ada harapan!


~


Aku menapak naik ke tingkat empat. Badanku habis basah dengan peluh. Tak apa. Nanti aku mandi sembelum keluar semula untuk jumpa Mia lagi. Tapi sebelum itu, aku mesti beri buku ini kepada Odelia. Di setiap tingkat, hatiku jadi makin berdebar. Makin rancak bila aku sampai ke tingkat empat. Aku jadi tak keruan. Aku ketuk pintu rumahnya beberapa kali. Aku makin gelisah. Aku ketuk lagi. Bertambah tak tentu arah aku. Mengapakah? Kali kelima barulah Odelia buka pintu.


Wajah muram Odelia menyambut pandanganku. Dia macam terkejut. Hampir-hampir aku tak jadi senyum. Tapi Odelia tersenyum dulu.


“Odelia.” Nama itu aku panggil. Kemudian senyap. “Aku ada hadiah.” Senyap lagi. Lalu aku hulurkan Pride & Prejudice. “Harap kau gembira.” Lagi senyap. “Aku nampak kau menangis.”


Habis ayat itu, terus aku menerpa turun. Aku tinggalkan Odelia terpinga-pinga di pintu.


Aku terpaksa. Aku rasa jantungku hampir meletup tadi!

1-25 Rindu yang bertukar jadi debu

Badan dihempas ke atas katil, muka dipekup dengan bantal.
Aku menangis buat kesekian kalinya. Dua hari lepas hanya air mata meleleh, kali ini lebih hebat. Aku meraung-raung dek kerana kepedihan yang amat hebat. Aku sendiri tidak pasti mengapa tiba-tiba aku jadi sedih. Sedih yang teramat.
Dada aku berat, badan aku lemah. Aku meraung sambil muka dipekup dengan bantal, meraung sekuat hati. Aku pasti tiada sesiapa yang dengar. Aku pasti tiada sesiapa yang ambil peduli.

“Mak…” aku menangis lagi. Aku seru mak berkali-kali. Tapi aku tahu semuanya sia-sia.
Aku tersedu-sedu. Aku sangat rindukan mak. Sangat sangat rindu.

Aku sendiri tak tahu kenapa. Seingat aku, aku baik-baik saja sejak awal pagi. Bersemangat ke sekolah. Kesedihan dua hari lepas aku cuba buang jauh-jauh. Di sekolah tadi Suri maklumkan pada aku yang novel terbaru tulisan Mitch Albom berjudul Have a Little Faith sudah keluar. Aku memang berniat dari awal mahu beli novel Mitch Albom yang baru sebab buku Tuesdays With Morries yang Suri pinjamkan pada aku sangat menarik. Bahasa Inggerisnya mudah difahami dan jalan ceritanya sangat menyentuh hati. Aku mahu improve Bahasa Inggeris dan aku bersemangat ke kedai buku lepas habis sesi persekolahan hari ni.

Aku tak pernah ke kedai buku berdekatan Jalan Pemberly, tapi Suri pelanggan setia. Dia yang bersemangat recommend kedai buku tu. Sedang aku sibuk mencari novel, aku ternampak susuk yang aku kenali. Aku ingat itu halusinasi, tapi bila aku perhatikan, sahlah dia Elijah! Elijah di kaunter pembayaran?

Elijah nampak lain. Tidak diam seperti selalu, tidak kaku seperti selalu. Dia nampak sangat selesa, dia nampak gembira. Tak pernah aku nampak Elijah dalam mood begini. Di sebelahnya ada perempuan yang cantik. Sangat cantik. Mungkin itu girlfriend Elijah. Mungkin Elijah datang melawat dia. Entah,aku tak ambil kisah pun. Lantaklah. Aku bukannya kisah pun kalau dia ada girlfriend yang cantik, kecik molek, putih melepak, mempunyai rambut yang cantik macam anak patung, senyuman manis dan mata yang yang cantik. Serius, aku tak kisah langsung! Perlu ke aku ambil kisah kehidupan peribadi orang yang takde kena mengena dengan aku?

Yang aku kisah adalah tiba-tiba badan rasa tidak sihat. Aku batalkan niat beli novel. Lain kali aja lah aku beli. Aku cepat-cepat keluar dari kedai dan meluru balik.

Aku pandang siling. Aku kesat air mata. Sedu sudah reda. Aku rasa penat. Sangat penat.
Apa sudah jadi dengan aku ni? Asik menangis aje. Aku peluk bantal erat-erat.

“Mak, Lya rindu mak...”

1-24 Berdua tak semestinya lebih baik

Aku di balkoni, sendiri.
Kenapa aku bersemangat di satu saat, dan di saat yang kemudian aku menyesal? Kenapa aku rasa semuanya serba tak kena?
Aku tak patut beri harapan palsu.
Aku patut lebih berani berterus terang.

Ah, jangan nak perasan hot macam artis-artis Malaysia yang cantik. Bulu hidung pon langsung tak sama dengan Fasha Sandha atau Fazura!

Mungkin aku tak cukup mencuba. Mungkin aku terlalu layankan sangat perasaan. Bukankah aku mahu jadi seperti Rosa yang sentiasa menghargai manusia di sekelilingnya?
Abaikanlah apa yang kau rasa, hargailah dia kerana dia sentiasa ada bila kamu perlukan dia dari dulu lagi, hati kecil bersuara.

Anehnya sekeping hati. Kenapa sedih ketika sepatutnya berbunga ceria? Kenapa sebak ketika sepatutnya ketawa gembira. Kenapa rasa tersiksa ketika sepatutnya rasa bahagia?

Kenapa kebelakangan ini yang aku rasa tersiksa berganda-ganda?
Mungkinkah....?
Ah, merepek!

Ada air mengalir dari kelopak mata.
Aku sentiasa sendiri, sentiasa rasa sendiri.
Dari dulu hingga kini.

Aku masuk ke dalam, mahu tengok Crayon Sin Chan.
Sendiri.

1-23 Elijah Darcy sedang gembira

Mia Suzanna. Aku tersenyum sendiri mengenangkan nama itu. Perempuan rambut fringe itu sangat lawak. Oh, dia juga sangat lawa. Tapi aku mahu ketawa lagi. Lucu. Memang lawak. Lain yang aku cari, lain pula yang aku temui. Bukannya ilham yang aku dapat. Tapi perempuan itu. Mia Suzanna.


Waktu keluar cari ilham tadi, aku singgah di sebuah kedai buku. Saja-saja mahu membelek majalah dan buku baharu. Aku ke bahagian Arts. Di situ aku lihat ada seorang perempuan sedang terkial-kial mahu mencapai sebuah buku di rak paling atas. Di tangannya yang satu lagi ada beberapa buah buku yang tebal.


“Can I help you?” tanyaku ingin membantu.

“It’s okay. I can manage,” jawabnya.

“I’m taller than you,” balasku tak kena situasi. Terlepas cakap pula!


Dia hulurkan aku buku itu. Mukanya jadi merah padam. “Thank you very much.” Dia suruh aku sisipkan buku-buku yang lain ke rak masing-masing. “Now, would you like to work here, sir?”


Aku tak jawab apa-apa. Soalan itu agak pelik.


“Since you’re so tall... it’s such an advantage to have you as my staff. I own this bookstore, so I want to hire you.”


Terkebil-kebil aku. Kemudian dia ketawa.


“Maaf, aku terlepas cakap tadi. Aku tak berniat....” jelasku.


Dia pula yang terkebil-kebil. Kemudian aku ketawa. Kami sama-sama ketawa sudahnya. Pengunjung kedai buku itu memandang kami dengan satu macam. Kami ketawa lagi.


“Maaf sekali lagi....” kataku.

“Tak apa. Saya gurau aja tadi.” Lalu dia perkenalkan diri. “Saya Mia Suzanna. Awak ni Melayu ke? Kacuk? Albino?”

“Aku pun tak pasti,” sambutku. “Elijah. Nama aku Elijah.” Tak tahu pula mengapa aku boleh jadi berani tadi. Padahal baru saja aku kenal Mia. “Mahu keluar minum dengan aku?” tanyaku, mengajak Mia tanpa rasa malu.


Mia tersenyum. Sangat cantik.


Tapi Mia bukanlah perempuan yang aku lukis jadi potret itu. Mia Suzanna ialah Mia Suzanna. Sangat cantik.


Lewat petang itu, aku pulang ke rumah nombor 54 dengan hati yang lapang. Hatiku kembang-kuncup. Hatiku berbunga-bunga. Hatiku gembira bukan kepalang.


Mengapa yang aku rasa begini?


Mia Suzanna. Mia Suzanna. Hatiku mengulang nama itu berkali-kali. Mia. Mia. Mia.


Apa yang aku rasakan ini?


Aku mengatur langkah ringan ke pintu utama. Secara automatik, mataku naik ke tingkat empat. Aku lihat Odelia termenung di balkoni. Hajatku ingin memanggil dia sekadar untuk bertegur-sapa. Tapi tak sempat pun. Odelia masuk semula ke rumahnya. Sekilas aku nampak wajahnya sedih.


Odelia menangis?

1-22 Rosa

Terkejut.
Terkejut bila pintu diketuk dah Harith tercegat depan pintu.
Terkejut bila Harith beritahu Rosa ajak aku meneman dia shopping.

"Takpelah, segan pulak rasanya. Lagipun tak berapa suka shopping" aku respon pada Harith. Harith masih tercegat depan pintu, tak percaya jawapan 'tak berapa suka shopping' aku agaknya. Perempuan dan shopping tak dapat dipisahkan, itu pemikiran kebanyakan lelaki. The truth is shopping dan perempuan tidak dapat dipisahkan hanya jika ada duit yang mencukupi.

"Erm, sebenarnya tengah nak berjimat ni. Baru mula kerja kan.." aku jawab perlahan.
Harith buat muka merayu. Harith ni memang pandai buat macam-macam memek muka lah! Nak tergelak pon ada, serba salah pon ada, kasihan pon ada. Entah kenapa, kali ni aku mengalah. Mungkin sebab aku kasihan pada jiran aku yang sorang ni. Bila lagi aku nak releasekan tension dengan window shopping, sambil bantu Harith, sambil teman Rosa. Ini namanya membunuh tiga ekor burung dengan hanya melontar satu batu!

Belum sempat aku buka mulut setuju, Harith bersuara lagi
"Jangan risau pasal duit. Makan, minyak, semua saya settlekan. Awak just teman Rosa."
Macam tu lah lebih kurang apa yang Harith cakap. Aku tak berapa ingat sebab sibuk fikir nak pakai baju apa, sebab baju banyak yang belum basuh.

"Bagi lima minit" aku balas sambil senyum.
Muka Harith lega.
"Thank you! Saya tunggu kat bawah"

Tak perlu lebih lima minit untuk bersiap - t-shirt biru dengan muka cookie monster yang besar, jeans biru dan rambut diikat kemas. Aku turun, seperti biasa melintasi tingkat satu.
Aku curi-curi pandang keliling tapi tiada sesiapa. Aku nampak Harith menunggu.

"Kejap lagi Rosa sampai"
"Ok"

Dua minit kemudian kereta BMW silver meluncur perlahan dan berhenti di depan rumah.
Harith ambil posisi pemandu, Rosa berpindah ke sebelah tanpa sebarang perbincangan. Persefahaman orang yang bahagia bercinta barangkali, tak perlu beritahu tapi masing-masing faham sendiri.
Bila kereta dipandu Harith meluncur meninggalkan rumah nombor 54, aku masih mencuri-curi pandang ke arah tingkat satu. Mencari kelibat Elijah? Erm, mungkin juga mencari kelibat Kuali. Entah.

"What about this?" Rosa menunjukkan blouse warna coklat yang cantik, tapi terlalu sarat dengan batu2 besar di leher.
"Sarat sangat batu-batu kat leher tu. Ni macam fashion makcik-makcik.."
Rosa tergamam.
Oh Tuhan, sekali lagi aku menjadi celupar. Aku terdiam beberapa saat.
"Too honest! But I agree!" Rosa ketawa.
Fuh, lega.
Aku semakin semangat memberi pandangan pada setiap satu pakaian yang dipilih Rosa. Semangat sampai lupa yang Harith menunggu kami di luar.

"Er, tak pe ke Harith tunggu kita lama?"
"No worries, kejap je lagi ni, lagipun dia dah biasa. Bertuah tau I dapat boyfriend macam dia, very understanding"

"Jom pegi sana!" Rosa tarik tangan aku. Aku meringankan badan, merelakan diri ditarik.

Penat! dah lama aku tak penat berjalan macam nih. Lepas satu kedai, satu kedai kami masuk. Kasihan Harith, lepas kami selesai shopping nampak dia muka hilang mood. Lapar barangkali. Nasib baik Rosa pandai pujuk, sejuk terus Harith. Masa makan, aku biarkan mereka berbual.

"Sakit kepala sikit, tapi selalu macam ni. Takpe, kejap lagi ok lah" aku jawab bila Harith tanya kenapa aku diam. Hakikatnya aku tak mahu kacau daun. Aku mahu biarkan mereka bersembang berdua. Dan aku mahu melayan perasaan aku sendiri.

Hakikatnya, aku belajar sesuatu dari Rosa hari ini. Tanpa sedar Rosa mengajar aku supaya lebih menghargai orang-orang dalam hidup kita. Rosa membeli banyak barang, tapi bukan untuk dirinya seorang. Dia belikan untuk mama nya, adik perempuannya, pembantu rumahnya dan juga belikan aku sepasang kurung moden berwarna kuning cair dengan manik-manik warna merah di dada. Sangat cantik! Aku menolak, tapi dia mendesak. Dia kata itu caranya dia ucap terima kasih. Aku gembira dan sebak dalam satu masa.
Selesai mandi dan solat, aku capai telefon bimbit. Aku menunggu panggilan berjawab sambil memintal-mintal rantai tangan. Gelisah.

"Hello, apa khabar?"

1-21 Elijah Darcy mencari ilham

Aku terjaga dengan tubuh yang melekit peluh. Aku mimpi buruk lagi. Aku masih tak ingat apa-apa tentang mimpi itu. Puas aku cuba tapi tak berhasil. Yang aku ingat hanya kegelapan. Aku lepaskan satu nafas panjang.


Di sisiku, ada Biru... okey, Chloe. Dia sedang tidur bergulung. Macam mana kucing ni boleh masuk ke kamarku?


Dengan perlahan, aku bangun dan capai tuala. Aku lap tubuh sambil mengatur kaki ke ruang tamu. Dari situ aku lihat pintu balkoni sedikit terbuka. Oh, pandai sungguh kucing tu cari jalan masuk.


Aku buka pintu balkoni luas-luas. Angin tengah hari yang lembap menerjah masuk, membawa bersama khabar hujan. Awan mendung sedang berasak-asak di langit sana. Cuaca agak redup. Sangat sesuai untuk jalan-jalan tanpa tujuan. Sekadar untuk mengambil angin. Boleh juga mencari ilham.


Lalu itulah yang aku putuskan. Aku ingin keluar.


Aku ke bilik mandi. Aku berendam di dalam tab mandi untuk membuang sisa peluh dan kotor. Baru aku sedar di tanganku masih bersisa cat minyak. Aku bersihkan.


Selesai mandi, aku bersiap-siap. Chloe sudah keluar, entah ke mana. Aku pakai khakis coklat dan menyarung t-shirt nipis warna putih. Rambut aku biarkan lepas.


Aku terdengar Chloe mengiau sayup-sayup dari bilik yang satu lagi. Di situ bilik melukisku. Chloe mengiau ke arah lukisan yang baru kusiapkan tadi, sebelum tertidur. Potret itu seorang perempuan berambut hitam, panjang. Matanya hitam pekat. Wajahnya sangat cantik. Tapi siapa dia?


Mungkin itulah yang Chloe tanyakan padaku dengan ngiaunya.


“Aku pun tak tahu, Chloe,” jawabku sambil mengangkat kucing itu keluar. “Dia datang jadi ilham aku tadi. Aku lukis aja.”


Begitulah yang terjadi malam tadi. Aku tak dapat tidur langsung. Rokok pun sudah habis. Jadi aku melukis. Apabila siap, potret perempuan itulah hasilnya. Aku tak kenal pun.


Perempuan itu tersenyum kepadaku dengan senyuman penuh misteri. Bukan Mona Lisa. Bukan Odelia.


Selepas itu, barulah aku dapat melelapkan mata. Sampai ke tengah hari. Dan aku bangun dengan mimpi buruk lagi.


Aku menutup pintu bilik melukis dan bawa Chloe keluar bersama. Chloe aku tinggalkan di tangga.


Aku mahu jalan-jalan cari ilham lagi. Aku mahu mencari, siapa perempuan dalam potret itu.

1-20 Shopping

Banyak sekali orang hari ini. Bukannya hujung minggu pun. Mungkin ini semuanya yang baru habis kerja. Datang untuk makan-makan, mungkin.

Perutku sedikit berkeroncong. Puluhan manusia sudah melintas di depanku. Ada yang jalan seorang. Ada yang memimpin anak kecil berjalan. Aku melambai-lambai kepada si anak. Sangat comel.

Ada yang tergesa-gesa sambil mulut pantas bercakap di telefon. Ada yang seperti baru lepas meeting. Ada juga yang seperti berbaju tidur. Ada yang menjeling kepadaku, agaknya pelik aku menunggu di depan kedai baju dalam wanita. Aku buat selamba. Ada juga yang tersenyum seperti hendak menggoda. Aku menangkat keningku tanda mesra. Si dia ketawa malu-malu bersama rakannya.

Mataku mengerling pada jam. Hampir 30 minit. Katanya sekejap. Kalau tahu lama begini, patutnya aku pergi pusing-pusing dahulu di kedai buku.

Rosa menelefonku. 'Jomlah teman I shopping... Lepas tu kita pergi makan'. Seperti biasa, aku iyakan saja. Bosan-bosan di rumah. Dapat juga mencari inspirasi jika keluar-keluar begini.

'Eh, you mind of asking Odelia as well?', pinta Rosa. Aku sedikit hairan.

'Odelia? Seriously?' tanya aku.

'Yeah, she's a cool girl!' kata Rosa sebelum aku buat nada pelik. 'No, really. Of course dia bukan jenis yang pandai bergaya. Tapi you tahu, dia bagi I insight untuk fashion. I tak tahu dia taste dia kelas okay..'

'Ala.. kalau macam tu, you jer lah pergi shopping dengan dia,' aku buat nada manja. Sengaja seperti merajuk.

'You ni... I nak jumpa you, tapi you bawaklah dia sekali'.

Aku malas hendak panjangkan cerita. Lalu aku ketuk pintu tingkat bawah, rumah Odelia. Odelia juga sedikit terkejut. Entah apa yang dia fikir agaknya. Mula-mula dia menolak. Segan, katanya. Tidak berapa suka shopping, terang Odelia. Sebelum dia malu-malu beritahu yang dia sedang berjimat kerana baru mula bekerja.

'Odelia, you are making me a huge favour by going, please...', aku buat nada kasihan. Aku beritahu Odelia supaya jangan risau fasal duit. Makan, minyak, aku belanja. 'Just teman Rosa shopping saja. And she is generous too,' aku terangkan lagi.

Benar, Rosa memang murah hati. Selalunya dia kawan dengan city girl. Tapi mungkin dia selesa dengan Odelia? Aku tertanya sendiri. Tapi kalau sudah 30 minit dalam satu kedai, aku rasa aku sudah tahu jawapannya.

1-19 Pagi

Pukul berapa ni? Aku meraba-raba meja. Tanganku mencapai telefon bimbit.

4.50 pagi. Cahaya lampu jalan masuk melalui tingkap. Dari celah daun pintu, aku nampak lampu ruang tamu masih belum ditutup. Pukul berapa aku tidur malam tadi?

Ingatan aku sedikit samar.

Pintu bilik aku buka dan mataku menahan cahaya lampu yang terang. 5 ata 6 saat sebelum mataku mampu menterjemah apa yang aku lihat. Ada makanan di atas meja.

Oh ya, aku jemput jiran-jiranku dan Mia datang makan malam. Ah, bukan Mia. Rosa. Ada sedikit baki lasagne di dalam baking tray. Pinggan mangkuk sudah dicuci. Rosa dan Odelia yang cuci. Apa yang aku buat ketika itu? Oh, berbual dengan Elijah. Lelaki ini penuh dengan falsafah. Aku kagum. Ada sesuatu yang menarik yang dia ungkapkan tentang kehidupan. Aku terlupa.

Tiba-tiba aku teringat akan soalan Odelia pada Rosa. Kami berempat berbual-bual sambil menjamah lasagne yang aku hidangkan.

Tanya si Odelia, 'Rosa dan Harith dah couple berapa lama?'

Pantas Odelia menjawab '2 tahun'. Aku tersenyum seperti selalu. Memanglah sudah kenal 2 tahun. Tapi kami sekadar rapat. Jarang sekali bercakap tentang hati dan perasaan. Hanya kadang-kadang bila aku terlalu sibuk di pejabat dan tidak dapat keluar atau menjawab telefon, Rosa akan mula ungkap kata rindu.

Tanya si Odelia lagi, 'Rosa drive Mercedes biru ya? Kadang-kadang saya nampak Rosa pickup Harith'. Aku terkejut sebentar.

'Eh, I drive BMW', aku sedar Rosa sedikit pelik. Terus pandangannya dilemparkan kepada aku. 'Siapa pickup you naik Mers?'

Selamba aku menjawab, 'Encik Farouk.'

'Baiknya bos you siap pickup dari rumah', Rosa sedikit manja. Aku tersenyum lagi. Anak mataku menjeling pada Odelia. Aku nampak yang dia terasa bersalah kerana bertanya akan hal itu. Aku seperti berbisik 'OK' padanya tika Rosa berpaling ke arah Elijah untuk ... berbual? tanya soalan? Rosa memang peramah.

1-18 Elijah Darcy di balkoni

Air menyisa dari hujung rambutku yang masih basah. Aku baru lepas mandi. Aku ambil Dunhill dari poket jeans yang tersadai di kaki katil. Aku nyalakan ia dan sedut asapnya dalam-dalam. Langkah aku panjangkan ke balkoni yang terbuka luas. Di situ, aku labuhkan tubuh. Angin malam menepis kepul-kepul nikotin yang aku hembus keluar.


Malam sudah ke jam satu pagi. Suasananya senyap dan sepi. Dalam tenang itu aku kacau. Gementar? Tak selesa? Aku sendiri tak pasti. Rokok yang terjuntai di bibir jadi bukti rasa itu. Mengapa aku gementar? Apa yang menyebabkan aku tak selesa? Aku tak dapat jawapannya. Rokok aku sedut dalam-dalam lagi. Pandangan aku lepaskan ke langit dengan bintang-bintang yang bertaburan.


Cinta itu umpama bintang, kejap ada, kejap tak ada. Ia tetap ada. Tapi dapatkah kita mencapainya?


Aku ketawa sendiri mengingatkan kata-kata itu. Itu jawapan aku waktu Harith bertanya, “Kau percayakan cinta sejati?” Rupa-rupanya Harith itu agak jiwang orangnya. Selepas makan malam dengan lasagna yang enak, aku dan Harith duduk santai di balkoni. Banyak perkara yang kami ceritakan. Oh, pembetulan. Harith yang banyak bercerita. Aku mendengar saja. Harith itu sama ramahnya dengan Rosa. Padanlah mereka berdua. Harith aku lihat lebih cenderung berbicara soal cinta. Memang jiwang! Doktor cinta ke si Harith ni? Tanya itu aku simpan dalam hati saja. Dan Harith terus saja dengan cerita-ceritanya. Beberapa kali aku mengintai ke dapur dari sudut mata. Rosa rancak berbual dengan Odelia.


Sepanjang makan malam tadi, aku tak punya peluang untuk berbual dengan Odelia. Tumpuan aku berbahagi antara Harith dan Rosa yang banyak bertanya tentang diriku. Aku sekadar menjawab mana yang patut. Dengan Odelia, aku hanya mampu tersenyum.


Kemudian, selesai mengemas dapur, Odelia cepat-cepat minta diri untuk pulang. Katanya ada kerja-kerja sekolah yang belum disiapkan.


Ah, mengapa cepat sangat Odelia pulang?


Aku menyusul tak berapa lama kemudiannya. Tinggallah Harith dan Rosa yang asyik bermanja-manja. Biarlah....


Sekarang, rasanya semua penghuni rumah nombor 54 ini sudah lena dibuai mimpi. Aku seorang saja yang masih terjaga. Rokok tinggal separuh. Aku sedut dalam-dalam lagi. Sayup-sayup aku dengar bunyi seseorang menapak turun tangga. Siapa? Aku membawa pandangan ke arah pintu utama.


Harith?


Ke mana dia mahu pergi waktu-waktu begini? Aku ingin memanggilnya dan bertanya. Tapi nampaknya Harith seperti tak akan mengendahkan. Macam tak sedar dan tak peduli apa-apa. Harith terus berjalan meninggalkan pandanganku.


Is he sleepwalking? Aku bertanya sendiri.