1-68 Suzie


Aku lihat jam, baru pukul 12.45 tengah hari, awal sedikit dari biasa. Selalu aku berjumpa Suzie jam 1. Cafe Ami masih lengang. Aku duduk di luar cafe, kerusi-kerusi disusun berempat untuk setiap meja bulat. Ada lebih kurang lima belas meja semuanya, cuma tiga yang terisi. Di atas setiap meja terletak elok bunga ros merah dalam pasu putih. Meja di alas kain putih. Di depan Cafe Ami, cafe-cafe lain juga masih tidak ramai pelanggan. Waktu lunch belum tiba, selalunya kawasan ini jadi tumpuan kerana di sekelilingnya terletak kawasan pejabat. Elok juga datang awal, fikir ku, boleh pilih tempat yang selesa sedikit.


Waiter datang membawakan menu, aku menyelak-nyelak halaman menu, memilih-milih hidangan untuk di makan. Akhirnya aku pesan spaghetti bolognaises dan lemonade. Aku memandang sekeliling, melihat kelibat Suzie. Kawan rapat aku seorang ini aku kenal sejak kecil lagi, cuma mula rapat sejak sekolah menengah. Banyak perkara yang dikongsi bersama.


Dari jauh aku lihat Suzie, mudah sahaja sebenarnya. Dengan jeans biru dan top putih serta sedikit aksesori dan gaya rambut pendek bak Rihanna, dia menonjol sekali di khalayak ramai. Dia melambai aku dari jauh.


‘Hey beautiful, how are you?’ soalku sebaik sahaja dia sampai di meja, kami berpelukan seketika. Hati aku berdegup kencang.


‘Not so good’ Suaranya lemah. Dia mengalihkan cermin mata hitam dan meletakkan di atas meja. Matanya sembab. Wajahnya pucat, namun dia masih cantik walau tiada solekan dikenakan.


‘Apa jadi dear?’ aku bersoal .Waiter datang lagi, menyuakan menu kepada Suzie. Suzie tidak menyahut hanya meminta segelas vodka.


‘Vodka di tengah hari? Ini kes berat ni’ Aku bertanya


‘Erik. I rasa dia curang’ Suzie meluahkan terus tanpa bertangguh. Ada esak yang ditahan.


Aku menarik nafas dalam. Ada kegetaran yang ditahan dalam dada. Resah mengamuk dalam jiwa yang seolah ingin keluar saat itu juga. Aku menghembus nafas kuat.


‘Are you sure?’


‘Not totally sure. instinct’ Dia bersuara sayu. Matanya memandang tepat padaku. Mengharapkan kepastian atau sokongan mungkin.


‘Apa yang instinct you beritahu?’


‘ Dia berubah. Dah tak semesra dulu. Moody, panas baran. Macam tak mau balik rumah sahaja’


‘Lagi?’


‘Then, malam-malam selalu keluar, jam 2-3 pagi baru balik. Bila balik, ada bau perempuan. You know what i mean’


‘But, this is Erik we talked about. He’s like totally in love with you, and he’s loyal kan’


‘Yes, he was. But now... i'm not sure’ Dia tersedu sedan. Vodka yang sampai diminumnya seteguk. Aku menyedut lemonade. Spaghetti masih tidak tersentuh. Seleraku semacam hilang.


‘Jangan fikir bukan-bukan Suzie. Maybe malam-malam dia keluar entertain client ke. Dia kan businessman’


‘Lain Zanna, lain. I rasa dia ada perempuan lain’


‘You tak tanya dia?’


‘Men, apa you expect. Mestilah tak nak mengaku’


‘Maybe dia tak ada sesiapa. Erik tak pandai menipu la suzie’


‘Entahlah, i rasa lain. And you tahu kan, i punya instinct tak pernah silap’


‘Maybe you silap kali ni’


‘I akan siasat. Siap lah kalau i tahu siapa perempuan tu. I ganyang cukup-cukup’


Suasana Cafe Ami makin sibuk, makin ramai yang datang untuk lunch. Aku hanya menghabiskan separuh makanan di depan. Suzie lebih banyak berdiam diri, memandang jauh ke depan. Memikirkan mungkin rumahtangga yang baru berusia tiga tahun akan berkecai kerana hilang percaya.


Aku menatap wajahnya dalam-dalam, risau dan resah jelas terbayang. Perempuan mana yang tidak resah kalau dihantui prasangka kepada suami sendiri. Tersepit antara percaya suami dan naluri sendiri.


Lama kami berdiam diri, aku biarkan sahaja dia melayan perasaan. Kawan aku seorang ini, kalau lah boleh aku yang rasa semua prasangka dan tinggalkan dia dalam ketenangan, akan aku lakukan.


‘Apa-apa pun sehingga belum berjumpa bukti kukuh, jangan terlalu layan buruk sangka you tu suzie’ Aku ucapkan sewaktu kami berpelukan mahu berpisah.


‘I cuba Zanna, apa-apa hal i cari you’ katanya tersenyum kelat


Dia bergerak ke kanan, menghilang antara ribuan manusia yang memenuhi Dataran Bintang itu. Aku melihatnya sehingga dia lenyap dari pandangan.


Ada panggilan masuk, nama Erik terpapar di skrin


‘Hi Erik’ Aku bersuara lemah. Kekesalan meribut dalam jiwa. hati aku bagai dihempas-hempas. Ada air mata yang bergenang


‘I rasa Suzie tahu tentang kita’

0 gossip (s):