1-47 Aku mesti lupakan dia

Aku kaku di pintu.

Beku.

Jantung berhenti berdegup.

Aku tarik nafas dalam-dalam.

Aku tarik nafas panjang-panjang.

Bakul buah-buahan terasa terlalu berat untuk dipikul.

Seberat perasaan yang aku tanggung.

Aku letak bakul berisi buah-buahan ke lantai di tepi pintu, membatalkan terus niat untuk masuk ke dalam.

"Sudah-sudahlah", hati kecilku bersuara. Aku berjalan perlahan-lahan menuruni anak tangga.
"Mereka saling menyintai. Kau tak nampak dari cara mereka berpandangan? Jangan jadi bodoh! Lupakan dia Odelia, lupakan dia. Dia tak kenal kau! Dia tak peduli kau! Selama ni dia tak pernah peduli pun. Kenapa kau jadi bodoh?"

Aku hembus nafas perlahan-lahan, menahan air mata keluar.

Aku capai telefon bimbit, aku hidupkan. Terasa mahu cuba hubungi Rosa, dia sudah pulangkah?

50 missed call.

Aku tarik nafas dalam-dalam.

Mesti Harley.

"Odelia!" sapa satu susuk di depanku.

"Harith!"

0 gossip (s):