1-48 Kopi lagi

'Laa, kalau tahu awak nak datang sini, bolehlah kita datang sekali tadi..' kataku pada Odelia.

'Oh, tak. Saya datang naik bas. Terus dari sekolah,' terang Odelia. Dia tersenyum tawar sambil tangannya menyimpan telefon bimbit ke dalam beg tangan.

'Dah jumpa Elijah?' tanyaku.

'Ah..,' Odelia tersekat-sekat. 'Tak pun. Mia..'

Aku terus rasa tidak sedap hati bila tahu Mia ada di sini.

'Awak nak saya hantar awak balik?' terus aku bersuara.

'Eh, kan ke baru sampai?' Odelia terpinga-pinga tapi menuruti aku yang sudah pun melangkah meninggalkannya. Sebu. Itu yang aku rasa. Aku terdiam sepanjang berjalan ke kereta. Odelia juga tidak menyapa. Mungkin dia pun faham.

'Kamu tahukan saya dengan Mia...' soalan yang tidak habis aku ajukan sambil kereta dipandu keluar dari kawasan parkir hospital.

'Ya,' jawab Odelia. Dia nampak serba salah.

'Don't worry, there's nothing more between me and Mia. I had let her go,' aku buat nada biasa.

'Oh ok,' Odelia mengangguk. Matanya memandang tepat ke jalan raya. Seperti dia faham apa yang aku rasa. 'Boleh saya tanya sesuatu?' Masih lagi tidak melihat diriku. 'Rosa dah tahu ke?'

'Nope, and I would really appreciate if you ... if you please don't tell her'.

'Saya tak akan bagitahu. I like her', jawab Odelia ringkas.

Kami diam selama beberapa minit. Melihat kereta yang melintas sambil menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Aku menguatkan pendingin hawa kerana mentari terik memancar masuk ke dalam kereta. Odelia seperti hendak berkata sesuatu.

'You can always speak your mind', kataku. Aku membelok kanan ke jalan yang selalu aku berlari pagi-pagi.

'I need Rosa. Bila dia nak balik?' tanya Odelia. Bukan nada biasa. Tapi penuh dengan pengharapan dan berbunyi gusar.

'Rosa balik hari Ahad ini.'

'Oh,' Odelia menarik nafas panjang. Kecewa. Dua hari saja lagi. Bukannya lama pun. Keretaku meluncur masuk ke depan Rumah No 54.

'Do you need to talk, dear?' tanyaku pada Odelia. Walau pada ketika ini, aku sendiri pun kacau-bilau dengan konflik tiga empat segiku dengan Mia dan Elijah juga Rosa, juga drama air mata dengan Mia semalam masih lekat di belenggu minda; namun aku masih mahu mendengar. Mungkin dengan membantu Odelia, masalahku juga akan berkurangan.

'Hm..', air mata tiba-tiba mengalir dari kelopak matanya. Sudah.. apa aku nak buat ni?

'Kalau Odelia nak luahkan, saya sedia mendengar,' kataku sebelum aku terasa mahu ketawa sedikit dengan ayatku yang seperti dalam drama.

Odelia menyapu pipinya yang basah sambil kepalanya digeleng tanda tidak mahu. Aku capai tisu dari belakang dan beri padanya. Suasana sunyi seketika. Odelia masih belum berhenti menangis. Aku kira dia juga ada masalah sendiri. Dan memang Rosa dan Odelia sudah tiba-tiba menjadi bff. Aku terus terkulat-kulat memikirkan apa yang patut ku buat. Sudah pun tiba di depan rumah. Takkanlah hendak paksa keluar, dan kemudian masuk ke rumah masing-masing seperti tiada apa-apa. Nanti menangis lagi Odelia ini macam hari itu.

Rosa. Rosa. I need you now. Not for me. For her. Aku jerit dalam hati.

'Okay, apa kata begini,' aku memulakan bicara setelah beberapa lama diam. 'You don't have to tell me anything., but how about we go and have a drink. And I'll tell you my problems instead?' kataku.

Odelia diam.

'About me, Mia, Rosa and Elijah?' tanyaku lagi.

Odelia seperti berfikir. Dia memandangku. 'Ok', katanya dengan perlahan.

Keretaku dipacu keluar dari laman rumah ke jalan besar. Mari kita ke kedai kopi lagi!

0 gossip (s):