1-74 Perempuan Tingkat Empat

Botol-botol beer berselerak di balkoni, kacang goreng juga bersepah di atas lantai, makanan ringan yang separuh isinya masih ada berada di atas meja. Amelia menyanyi perlahan, aku lihat langit. Langit malam ini, bergerak ke kiri dan kanan, atau kepala aku yang pusing.

‘So, if I’m happy with Erik, it’s fine to hurt Suzie?’ Aku soal Amelia. Dia memandangku dengan mata hampir terpejam.

‘Well, I don’t believe in moral. What is it a set of universal values? I do believe that we should live as we like, by that means, if we have to hurt anyone, it’s not our fault, they alone have to deal with it’ Suaranya perlahan, kulitnya yang gelap itu kelihatan merah.

‘You’re drunk!’ Aku ketawa besar, menyekeh kepalanya.

‘Yes, i am!’ dia menjawab dan ketawa mengilai.

‘What about you? Your stories? Your life?’ Aku menyoal dia, sengaja mengelakkan kisah Erik dan Suzie jadi tumpuan. Dia tidak memandangku, pandangannya terarah ke langit malam. Matanya yang tadi pejam, terbuka. Mulutnya kumat kamit menyanyikan lagu yang aku sendiri tidak pasti judul dan penyanyinya.

‘Ermmmm, I have an alcoholic-wife beater father, a mental mom, and grown up in a rough neighbourhood...’ Dia menjawab sambil tersengih lebar.

‘I’m sorry’ ujar aku perlahan.

‘Don’tttttt.....I’m glad I’ve been through that. You know, there was a library in my area, when I was a little girl ...’ Dia menjelaskan, dan dia berpusing menghadapku. Matanya tepat-tepat memandangku.

‘Thanks to my luck and my way, that this library was there when i was young and looking to hold on something where there seemed very little about’ Dia ucapkan sekali nafas, tanganya merewang-rewang ke atas.

Aku pandang dia. Setiap orang ada kisah sendiri. Dan kita sering hakimi orang hanya berdasarkan apa yang kita lihat, tanpa menyedari kisah di sebalik itu.

‘Did I just quoting Bukowski? yeah.... I’m genius babehhhhh’ dia ketawa besar.

Aku pukul bahunya lembut. Orang mabuk memang tidak boleh diramal.

‘Hey, do you know the tall guy, black hair that lives here? I meet him on my way up, he’s cute’ Amelia menyoalku, diteguknya beer dari botol yang masih bersisa.

‘Don’t you dare flirting with my flatmates; they are good guys!’ Aku bagi amaran, lembut.

‘I’m just sayinggggg’ Amelia terkekeh ketawa. Dia bangun ke tepi balkoni dan menyanyikan lagu ‘Don’t cry for me Argentina’, tangan kanannya memegang beer dan tangan kirinya menghala kearah langit, dia menutup mata menghayati bait-bait lirik lagu itu. Aku ketawa besar. Memang, minah kulit hitam ini sudah mabuk.

Pintu diketuk. Erik? Tidak mungkin. Aku biarkan sahaja lama. Mungkin aku berangan. Ada lagi ketukan. Erik!

Aku bergegas menuju ke pintu, aku buka pintu. Bukan Erik! Aku diam.

Di hadapan aku ini seorang perempuan sedang tersenyum.

"Hai, baru pindah ke? Saya Odelia, duduk tingkat empat." katanya memperkenalkan diri.

So? Apa yang wanita ini mahu? Aku mahu Erik!

‘Owh, Saya Zanna, baru pindah. Come in, I think we still have few beers to spare’

‘Amelia, do we still have beers?’ Aku menjerit kuat.

‘We do! the last bottle’ Jawab Amelia dari dalam.

Aku lihat muka perempuan itu berubah. Dia menolak lembut.

‘Oh, takpe. Saya tak minum’ Ada getar dalam suaranya. Marah? Sedih? Ahhhh, aku tak peduli.

‘Just nak tanya, kotak di luar nie awak punya ke? kalau awak tak nak guna, saya nak ambil’ Soalnya terus. Dia sudah tak pandang aku. Jijik agaknya.

What the hell?

‘Oh, ambil jer. memang tak guna’ Balasku dan aku terus menutup pintu. Aku rasa dia terkejut.

Apa dia fikir ketuk pintu rumah orang lain malam-malam untuk tanya tentang kotak?

Dari pintu aku dengar Amelia berdengkur kuat. Dia sudah tertidur.

Aku bersandar pada pintu dan perlahan-lahan duduk ke bawah. Aku teguk beer yang ada pada tangan berkali-kali. Air mata mula menitis.

Dada aku berat, seolah di tindih besi lagaknya. Aku biarkan sahaja air mata mengalir deras. Esakan aku makin kuat. Aku peluk kaki, rapatkan pada dada. Berada dalam posisi kandungan ibu. Tenang yang aku cari tidak jumpa, dan aku terbaring di depan pintu. Menangis teresak-esak.

Aku tidak sedar bila aku terlelap. Aku di depan pintu. Amelia di balkoni.

0 gossip (s):