1-45 Impian

'Aiman, besar nanti awak nak jadi apa?'

'Saya nak jadi polis. Saya nak tembak orang jahat!'

'Saya nak jadi doktor. Saya nak tolong orang sakit.'

'Awak jangan tolong orang jahat yang saya tembak!'

'Tak, saya tolong orang baik-baik je'.

Aku terdengar 2 orang kanak-kanak berbual di tepi kolam. Cita-cita dan impian. Yang bakal mendorong mereka sambil mencari erti kehidupan.

Aku capai sesuatu dari poket. Terus mereka datang ke arahku bila aku keluarkan makanan untuk ikan. Ingat lihat ikan-ikan yang bakal menyerbu di mana makanan dicampak.

Sambil kanak-kanak menjerit kegembiraan, aku menjerit kepedihan di dalam hati.

Sudah tiba masanya aku bertindak. Supaya Mia tidak terus rasa bersalah. Sementara Rosa masih outstation di Jepun. Kerana aku juga punya cita-cita dan impian. Dan happily ever after aku bukanlah bersama dua wanita.

0 gossip (s):