Aku memang seorang model. Aku pernah jadi model. Waktu di Indonesia, bersama mummy dan daddy dulu. Umurku 16 tahun. Lima tahun aku bergelumang dengan limpahan lampu spotlight dan flash kamera, mekap dan fesyen yang bermacam trend. Aku jadi model catwalk dan majalah. Beberapa kali dapat kontrak iklan televisyen. Pernah juga aku ditawarkan untuk berlakon filem tapi aku tolak. Aku tak minat berlakon. Aku tak pandai. Aku jadi model pun secara sambilan. Waktu itu aku masih belajar. Mahu jadi arkitek, kononnya. Kemudian aku ikut daddy pulang ke London. Di London juga aku jadi model, walau cuma untuk dua tahun. Kemudian, aku lari....
Sekarang aku terbang. Dari Bali untuk pulang. Lagi sejam, barulah touch down. Aku belek-belek Chick! Edisi Lelaki yang Zanna suruh aku baca. Dia mahu aku tiru gaya model-model di dalamnya bergaya. Dia juga tunjukkan aku video-video pertunjukan fesyen yang ada di arkib Chick!
Been there. Done that.
Tapi aku tak beritahu Zanna. Biar dia buat apa yang dia fikirkan sebagai tugas dia untuk menasihati dan memandu aku. Apa guna aku gajikan dia sebagai pembantu peribadiku, kan?
Kasihan juga aku tengok Zanna. Penat sangat. Terkejar ke sana-sini waktu photoshoot di Bali sepanjang minggu lepas, ikut aku. Campur lagi karenah para sponsor yang tak tentu hala.
Been there. Done that.
Tapi Zanna belum biasa lagi. Dia pun aku lihat macam kelam-kabut saja. Kadang-kadang aku lihat dia mengelamun juga. Tak tahulah apa yang dia menungkan. Tak apalah.... Tak lama lagi, dia akan boleh sesuaikan diri. Nanti aku akan tanya pada dia juga, kalau-kalau dia ada masalah. Aku majikan yang prihatin. Eceh!
Sekarang, biar dia tidur sekejap. Biar dia berehat. Zanna terlentuk lena di bahuku. Aku lentuk kepala ke tingkap kapal terbang. Aku pun mahu tidur.
~
Touch down.
Aku dan Zanna mengatur langkah keluar dari Terminal Antarabangsa. Kami tarik beg ke parkir tempat kereta sponsor menunggu.
Waktu itu aku nampak dia.
Rosa.
Kalau ada Rosa, mesti ada Harith. Tapi kelihatannya, dia seorang saja dengan beg pakaian. Wajahnya terkesan emosi yang bercampur-baur. Entah mengapa, aku pergi kepadanya. Zanna mengikut saja tanpa bertanya.
“Rosa?” Tanyaku untuk membuka bicara.
Dia terkejut. Dia tak keruan. Dia tersenyum tawar.
“Rosa nak ke mana?”
Dia menundukkan wajahnya.
“Holiday dengan Harith?” Aku bertanya sekadar berbasi-basa, bukan aku peduli pun. Aku harap Harith tak ada sekarang.
Rosa tak menjawab. Dia menggenggam erat tali beg pakaiannya.
“What’s wrong, Rosa?” Aku tanya. Kali ini aku rasa ada sesuatu yang tak kena.
Rosa menangkat wajahnya. Ada air mata yang melurut turun wajah kacaunya. Kata Rosa, “Jangan beritahu Harith. I’m going away.”
Aku terkedu.
“I’m leaving him.”
Lagi aku terkedu.
Lalu Rosa meninggalkan aku dan Zanna ke terminal berlepas.
0 gossip (s):
Post a Comment