Aroma kopi panas menusuk hidungku. Wangi.
Chloe dalam dakapan. Aku usap telinganya perlahan-lahan.
Kaki Chloe berbalut.
Dia berjalan terjengket-jengket. Cedera.
Lepas Odelia pulang semalam, Chloe masih belum pulang. Selepas aku bangun pagi tadi, bersedia untuk ke pejabat, tiba-tiba Chloe masuk melalui cat-flap. Terus aku berlari mendakapnya. Tapi aku sedar kakinya cedera. Dan berbalut?
Ah. Mungkin Elijah yang balutkan. Ataupun mungkin Chloe berlari ke kawasan kejiranan dan ada orang yang baik hati tolong rawatkan. Aku tinggalkan Chloe untuk pergi kerja. Aku kunci cat-flap supaya Chloe tidak boleh keluar. Risau pula kalau dia merayau-rayau dalam keadaan begini.
Aku pulang dan Chloe sedang elok tidur di atas sofa. Dia mengiau bila aku menghampirinya seolah-olah meminta makanan ataupun belaian.
Selepas buatkan kopi untuk aku, aku duduk bersama Chloe.
Sudah beberapa hari di tahun baru, dan aku sudah mula buat konklusi - it's gonna be a rough year.
Rumah No 54 terasa begitu sunyi sekali. Aku seolah-olah mahu Odelia pulang ke sini. Entah. Tiadalah aku rapat pun. Tapi sekurang-kurangnya, aku selalu nampak keletah kelam kabut Odelia hendak ke sekolah.
Rosa pun selalu datang bila Odelia ada. Untuk bertemu dengan Odelia. Sekarang aku dengar mereka masih berjumpa, tapi di shopping complex.
Semalam aku sempat jumpa Zanna. Tapi sekadar hi dan bye bye. Zanna ialah Odelia yang baru. Semakin kelam kabut. Tidak tahu kenapa. Mungkin sesuatu telah berlaku. Rumahnya semakin sunyi sejak aku nampak dia terbaring menangis beberapa minggu lepas.
Elijah? Makin hari, makin aku lupa akan apa yang aku marahkan kepadanya. Sim card yang aku patahkan itu seperti simbolik permulaan kehidupan baru. Walaupun kemudian aku sedikit menyesal. Sebabnya ada beberapa nombor yang aku simpan dalam sim card dan bukannya telefon bimbit. Termasuk nombor Rosa, adikku Sofea dan beberapa kenalan penting. Dan proses menukar nombor baru bukan main leceh. Hari ini aku masih belum dapat nombor baru. Tapi aku sudah email kepada Rosa supaya jangan bimbang. Dia tidak banyak bertanya. Semakin sibuk kerana ayahnya mahu bercuti dan dia perlu ambil alih.
Aku capai kunci kereta dan aku pakai kasut. Mahu keluar. Ambil angin. Masih awal. Baru pukul 8 malam. Mari cuba ke rumah Rosa, kalau-kalau dia ada di rumah. Kalau tidak, aku akan pacu keretaku ke rumah Odelia. Perbualan hati dan perasaan kami tempoh hari masih belum tamat. Aku tersenyum.
1-99 Malam dan kopi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 gossip (s):
Post a Comment