Aku melukis lagi. Kali ini bukan potret Mia lagi. Bukan untuk waktu ini. Untuk sekejap, aku perlu fikirkan sesuatu yang lain dari Mia. Kalau tak, aku mungkin akan jadi gila! Lalu aku melukis.
Aku buka pintu balkoni luas-luas. Aku lepaskan pandangan ke arah alam di luar sana. Tasik kecil di seberang Jalan Pemberley mengocakkan ilhamku. Aku tegakkan hamparan kanvas dan mula melukis.
Chloe datang dan menggesel tubuh pada kakiku. Kemudian dia memanjat ke atas balkoni dan menjengah ke arah tasik kecil itu juga. Dia mengiau.
“Lovely day, isn’t it?” kataku pada Chloe.
Chloe mengiau. Setuju juga, agaknya.
“You’re lovely too, Chloe.”
Chloe mengiau lagi. Manja.
“Macam Mia....”
Chloe senyap. Dia memandang kepadaku.
“Mungkin Mia akan balik hari ni?”
Chloe mengiau.
“She will come back....”
Chloe senyap lagi. Dia hanya memandangku.
Ah, gilakah aku bercakap-cakap dengan seekor kucing? Aku ketawa sendiri. Lalu aku kembali kepada kanvas dan terus melukis. Chloe pula hanya bertenggek di atas balkoni. Kami biarkan pagi itu berlalu dalam senyap dan tenang.
Tak lama kemudian, Chloe bangun. Dia memandang ke arah pintu masuk Rumah No. 54. Ada sebuah teksi berhenti di situ.
Mia?
Bukan.
Zanna.
Zanna berlari. Sampai ke balkoni, dia terus melompat melangkauinya. Wah! Biar betul perempuan seorang ni....
“Elijah...” kata Zanna, terputus sekejap untuk mengambil nafas. Sempat pula dia menggosok kepala Chloe yang mengiau manja. Sambung lagi, “I need you.”
“Err....”
“I tak ada masa. I’ll explain it later, in the taxi.” Zanna tarik tanganku. “Come on now!” Hampir-hampir Zanna mahu melompat lagi dari balkoni. Kemudian dia berpaling kepadaku. “Oh, tunggu....” Zanna masuk ke dalam rumah dan terus mencapai sehelai kemeja hitam dari atas lantai. Dari timbunan yang dilipat Odelia dulu. “Wear this.”
Belum sempat pun aku pakai baju, Zanna terus tarik aku ke teksi. Katanya kepada pemandu teksi yang menunggu tadi, “Bang, kita balik ke Chick!” Teksi itu meninggalkan Rumah No. 54,
“Err....” Aku masih terpinga-pinga. Aku mahu penjelasan dari Zanna.
“Okay, now....” Zanna menyedari itu. “Let me tell you this....”
~
Pagi tadi Zanna telah dipanggil oleh Miss Wirda, ketua editor di Chick, tempat dia menjalani praktikum. Miss Wirda kata dia tak puas hati dengan hasil kerja Zanna. Dia tak berkenan dengan fashion sense Zanna. Dia mahu berhentikan Zanna!
Tentulah Zanna terkejut. Tentulah Zanna sedih. Padahal dia sudah buat yang terbaik. Dia juga masih baru.
“But I will give you one more chance,” kata Miss Wirda.
“Whatever it is, I will do it. Anything.”
Miss Wirda tersenyum sinis.
“I akan buktikan, Miss Wirda.” Zanna balas, bersungguh-sungguh.
“Dan I akan pastikan you akan gagal....” Miss Wirda mencekak pinggang. “Because I don’t like you.”
“I don’t like you too, Miss Wirda.” Zanna balas lagi, terus-terang.
Miss Wirda senyap. Kemudian dia kata, “Not so long ago, our talent scout came upon this particular person.... Orang biasa. Bukan model. Bukan artis. A nobody. Malangnya, mereka tak dapat trace him. Tak ada langsung maklumat tentang dia. Tapi our sponsors mahukan dia. We need to find him. You need to find him.”
“But that’s not my job....” pintas Zanna.
“And so you will fail....”
“No!” pintas Zanna lagi. “I will prove myself to you.”
“Then go and find him.” Miss Wirda campakkan sebuah fail berisi snapshot lelaki itu. “I need him by 12pm, today.”
Zanna mengutip sekeping foto yang terkeluar dari fail itu. Dia tersenyum sendiri.
~
“It was you, Elijah. They want you.” Zanna berkata dengan satu senyum puas. “I dah dapat you.” Zanna dapat balas dendam kepada Miss Wirda.
“Err....”
Teksi itu sampai ke Chick!
Zanna menarik aku keluar dan mengheret aku masuk ke arah bilik Miss Wirda. Seorang lelaki menyambut kami di pintu masuk. Katanya Miss Wirda ada perjumpaan dengan penaja. Lelaki itu juga memandang aku satu macam.
“Hands off, Kamal,” kata Zanna. “He’s married.”
“He’s married?” Lelaki bernama Kamal itu tersenyum. “But that doesn’t mean he’s straight...”
“Err....”
Zanna seret aku masuk ke bilik Miss Wirda. Dia terjah saja.
“Miss Wirda.”
Miss Wirda berpaling ke arah aku dan Zanna. Dia terkejut. Salah seorang daripada penaja, aku kira, bangun. Katanya, “So, you’ve found him, Wirda?”
“No, sir. I found him,” balas Zanna. Puas.
0 gossip (s):
Post a Comment