1-101 Sendiri?

"Tadi tu sapa Dell? Bukan boyfriend kau kan?"
Belum sempat apa-apa Suri sudah terjah aku sebaik aku bukak pintu rumah. Teringat beberapa jam tadi bila Harith datang mengajak aku keluar, kemain meleret senyuman Suri, sampai ketelinga. Terpaksa cepat-cepat larikan Harith.

"Hish, bukan lah..." Aku meletakkan dompet di atas meja. Suri membontoti aku, macam anak ayam ikut ibu.

"Abang?" Suri tanya sambil duduk sebelah aku.
"Bukannnnnn." Aku jawab tanpa pandang muka Suri, pura-pura menumpukan perhatian pada iklan di televisyen. Entah, iklan apa pun aku tak tahu. Hish, kenapa semangat sangat Suri ni?

Suri masih tak berpuas hati nampaknya.
"Dahtu siapa?"
"Jiran kat Jalan Pemberly dulu.."Aku jawab malas-malas, masih tidak pandang muka Suri. "Huish! Rapatnya kau dengan jiran! Aku nih, tak kenal jiran sorang pun"
"Ye lah tu. Orang ramah tamah macam kau ni Suri, takkanlah tak kenal jiran? Tak percaya lah.." Aku jeling Suri.
"Malas lah nak kenal. Ramai budak-budak lelaki remaja. Kau tau je lah lelaki kan, ramai yang perasan hensem, perasan hot. Kalau aku berbaik-baik sangat karang depa ingat aku nak kat depa pulak.."
"Ada-ada je lah kau nih Suri. Jangan pikir banyak sangat." Aku mahu matikan perbualan. Penat pulak rasanya.
"Lebih baik aku pikir banyak dan jauh. Bukan macam kau, langsung tak pikir. Tiba-tiba kata nak kawin, tiba-tiba tak sambung kontrak mengajar, tiba-tiba pindah keluar rumah.
Aku tersentap.
"Suri, lazernya!" Aku pandang muka Suri sambil kerutkan dahi. Terkejut.
"Taklah, aku cakap yang betul. Aku rasa kau tak fikir. Buat tindakan sesuka hati. Dahtu bekas jiran kau yang hensem tadi tu datang nak pujuk ko balik Jalan Pemberly ke?"

Aku rasa mahu tepuk dahi. Tak habis-habis dengan Harith!
"Taklah..."
"Dell, cuba cakap dengan aku betul-betul. Dari hati kau. Betul ke kau nak buat semua ni dengan rela hati?"

Aku diam.

"Sapa pulak nak paksa aku? Sudahla Suri, kau ni banyak sangat berfikir"
"Bekas jiran kau tu, single ke?"

Oh Tuhan! Tak habis-habis!

"Kenapa, jangan nak gatal!" Aku jegilkan mata sebesar-besarnya.
"Dia tu single but not available! Dia dah nak kawin tau.." aku beri amaran.
"La, ye ke? Melepas, hehe. Kalau dia single, aku nak mintak kau tolong mengoratkan."
"Tadi kemain lagi, cakap takmau berbaik dengan jiran sebab takut orang salah paham lah apa lah. Dengan jiran aku takpe pulak ye Suri?" Aku cuit pinggang Suri.
"Dia tu sekali pandang hensem, banyak kali pandang sweetlah!Boleh pengsan aku dibuatnya. Kalau dia tu abang kau, aku sanggup jadi kakak ipar." Suri jawab sambil ketawa geli.
"Masalahnya Suri, aku taktau aku sanggup ke tak jadi adik ipar kau..hehehe" Aku menyakat Suri. Rasakan! hehe.

"Eh Dell, kau ada abang kandung?"Entah jin apa yang merasuk Suri hari ni. Terlalu banyak bercakap dari biasa, terlalu banyak soalan tiba-tiba.

"Takde."
"Kakak?"
"Takde."
"Adik lelaki?"
"Takde."
"Adik perempuan?"
"Takde."
"Anak tunggal?"
"Haah."
"Kenapa tak jawab awal-awal? Penat aku tanya banyak-banyak!". Suri pukul lengan aku.
"Sapa suruh tanya satu-satu macam tu?"
"Mak kau ada lagi?"
Geleng.

"Ayah?"
Geleng.

"Sebatang kara lah ni?"
"Tak jugak, ada mak saudara belah mak. Dulu dia sewa kat rumah Jalan Pemberly tu. Dia naik pangkat, pindah tempat lain. Taklah rapat sangat, tapi ada lah dia."
"Mak ngan ayah kau meninggal masa kau kecik ke?"
"Taklah. Mak meninggal 2 tahun lepas, sakit jantung. Aku tak ingat sangat pasal ayah. Memori masa kecil tak kuat. Tataulah apa sebenarnya, meninggal ke, hilang ke, kena culik ke, tawanan perang ke, lari ke, mengembara ke..."

Suasana sunyi.

"Dell, kau tak payah la pindah. Stay la sini.. At least ada aku. Ada jiran kau yang hensem tu. hehehe."
"Suri, aku memang berat hati sangat nak pindah. Tapi aku rasa yang terbaik untuk aku adalah pindah ke Greentown, dekat dengan Harley."

Harley. Aku tak sempat bagitau dia pun aku berkampung di rumah Suri. Bila agaknya dia balik dari Indonesia? Minggu depan Harley akan datang, teman pindahkan barang ke Greentown. Oh Tuhan. MINGGU DEPAN!

"Eh Dell, hari tu yang kau menangis beria-ia pindah keluar dari rumah kat jalan Pemberley tu, ada kaitan dengan jiran kau yang hensem tu ke?"
"Sudah, sudah. Jangan nak mulakan spekulasi Cik Suri, tak baik!"
"Eleh, masa menangis cari aku. Bila dah ok, takmau cerita. Lain kali aku malas dah nak rescue kau!"Suri terus bangun dan menghentak-hentak kaki masuk bilik tidur.

Aku tertawa kecil.

Dan aku teringat perbualan dengan Harith tadi.
Tentang Elijah dan Mia.
Entah berapa banyak hati lagi akan disakiti?

Ah, sekurang-kurangnya aku tak sendiri...
Aku tak sendiri, kan?

0 gossip (s):