1-97 Rumah 54 yang dirindui

“Harith…” aku bersuara lemah sebaik dibuka. Ada getar di bibirku. Mungkin kerana kesejukan. Mungkin juga ketakutan. Rasa sejuk, rasa takut, rasa bersalah, rasa sedih, semua jadi satu.

“Are you ok?” Harith seperti terkejut.

“Chloe..” aku terus menangis.

Belum sempat Harith bertanya aku terus menyambung,

“Tadi masa parking kat bawah tak nampak Chloe. Tetiba dengar bunyi kucing mengiau, kuat. Saya rasa tu Chloe. Jenuh saya cari, tak jumpa. Harith…. Chloe….” aku kesat air di bawah mata dengan belakang tangan. Air hujan atau air mata, aku sendiri tak pasti.

Harith terkejut. Dari riak mukanya, aku tahu dia sedih. Chloe tu kucing dia! Kalau apa-apa jadi pada Chloe, pasti Harith sedih. Dan aku tau, Elijah juga akan sedih. Oh Tuhan! apa yang dah aku lakukan ni?

“Bukan Chloe kut, dia ada kat dapur makan tadi"

"Hah? Betul ke dia ada kat dapur? Cuba tengok"

Harith menuju ke dapur dan kembali beberapa saat kemudian, mukanya cemas.

"Erm, Chloe takde kat dapur"

"Harith..."

"Baru je kejap tadi ada dalam rumah ni. Bila masa pulak dia keluar? Takde apa-apa kut. Kalau dia boleh lari…tandanya hidup lagi, kan? Mungkin you terlanggar dia sikit, tapi dia sempat lari.”

“Kalau terlanggar banyak? Kalau dia cedera parah?” aku mula rasa sebak balik.

“Ok, ok. Kita cari Chloe sama-sama.” Harith hilang dari pandangan dan muncul beberapa saat kemudian sambil menghulurkan tuala.

“Nah, keringkan kepala. Nak salin baju? Boleh pinjam tshirt I” Aku geleng kepala. Aku ambil tuala dan letak dia atas kepala. Aku tak mahu salin baju. Aku mahu cari Chloe!

Lima belas minit kami mencari Chloe, dalam hujan yang semakin reda. Di bawah kereta, tiada. Di rak kasut, tiada. Di tepi longkang, tiada. Di bawah pokok, tiada. Tiada. Chloe tiada. Aku sedih. Aku sangat sedih. Mungkin aku sudah bunuh Chloe!

“I think we better stop. Nanti-nanti dia baliklah. You jangan risau, ok?”

“Harith..” Aku pekupkan tuala pada kedua dua belah mata”

“Dahlah, benda dah nak jadi. Bukan you sengaja...”

Aku diam, biarkan Harith terus bersuara.

"Lupa I nak tanya, what bring you here? Rosa cakap you dah pindah”

“Saya ada hal sikit nak cakap dengan awak Harith”

“Jom naik atas”

Kami beriringan masuk ke rumah nombor 54.
Tingkat satu, sunyi. Elijah. Elijah yang tak pernah peduli.
Tingkat dua, sunyi.
Tingkat tiga, sunyi. Zanna. Zanna yang hanya pernah bertegur dengan aku sekali.
Tingkat empat, sunyi. Oh, rindunya tingkat empat!

Aku berhenti di depan pintu tingkat lima. Harith sudah masuk ke dalam.

“Harith..”

“Masuklah” Harith jerit dari dalam.

“Harith!” aku panggil lagi, kuat.

“Kenapa?” Harith muncul depan pintu.

“Ingat tak dulu Chloe kita jumpa kat tingkat atas. Nak cari?” Aku pandang ke arah tangga menuju ke tingkat enam.

“Jangan risau, nanti baliklah dia tu” Harith terus tinggalkan aku yang tercegat di luar pintu. Aku masuk, walau tak puas hati. Ini kucing dia lah! Kenapa macam tak semangat je nak cari?

“Nak minum apa?”

“Takpe, saya ok” aku duduk atas sofa. Aku perhatikan keadaan dalam rumah Harith, langsung tak berubah! Sama keadaannya macam masa makan malam berbulan-bulan yang lalu. Semuanya kemas dan teratur.

“Nah” Harith letakkan teh berbau mangga depan aku.

“Kan dah cakap tak payah….” aku tak puas hati.

“Just say thanks!” Harith senyum sinis.

“Oh, sorry. Thanks.”

“So, tell me, ada apa hal?” Harith duduk di sofa single, 45 darjah dari kedudukan aku duduk.

Aku tarik nafas panjang-panjang dan lepaskan perlahan-lahan.

“Hari tu pindah tiba-tiba, tak sempat nak jumpa”

“Hm”

“Harith, awak kisah tak kalau saya nak tanya…..?”

“Pasal apa?”

“Elijah. Macamana dia sekarang?”

Harith diam.

“Saya just nak tahu je, kalau tak nak cakap takpe. Sebelum saya pindah keluar, keadaan dia teruk, macam orang gila. Kalau boleh saya nak tau apa sebenarnya jadi pada Elijah dan Mia. Kenapa dia jadi sampai macam tu”

Harith diam lagi. Di hirup minuman dalam mug perlahan-lahan. Ok, fine. Lepas dua minit kalau dia diam lagi aku nak balik!

0 gossip (s):