1-106 Kenapa

Trafalgar Square bukan tempat untuk bersantai untuk bicara hati dan perasaan. Aku dan Rosa berlalu di tepi kolam air sambil memerhati air pancut keluar dari patung-patung yang pelik. Mungkin patung dari lagenda Greek?

Kawasan ini agak gelap dan sejuknya menusuk ke tulangku. Ramai juga orang yang duduk-duduk di sini. Kami mendaki tangga, berjalan tanpa arah tuju dan disapa sekumpulan anak-anak muda yang bermain skateboard di sebelah National Gallery.

Teringat aku pada video klip Amy Mastura yang menari-nari riang di Traflagar Square. Tapi ini bukan tempat untuk dilawati di waktu malam. Suram. Atau mungkin juga aku dan Rosa yang seperti semakin janggal ini yang buatkan kota ini kurasa sangat suram?

'Nak pergi mana?' tanya Rosa.

'I don't know much about London. You lead me,' ujarku. 'Ada kedai mamak kah kat sini?'

Rosa ketawa sedikit.

'I mean, something similar,' kataku kononnya mahu menjelaskan keadaan.

'Bar dan club bukalah time macam ni,' jawab Rosa, masih ketawa. Sepatutnya aku lega melihat Rosa ketawa. Tapi dari lirik matanya aku tahu dia tidak gembira. Aku tahu dia menyembunyikan sesuatu dariku.

***

Lobi hotel yang aku tinggal. Kami buat keputusan untuk habiskan masa di sini. Rosa tahu aku mahu bicara.

Aku beritahu dia fasal Odelia. Fasal Odelia yang baru tahu dia ada adik lelaki.

Rosa terkejut. Dia risau. Tapi kemudian dia tarik nafas panjang dan dia memandang jauh. Jarang sekali dia melihat padaku malam ini.

'You are coming back, yeah?' tanyaku lagi.

Rosa diam. Dia tunduk.

'I can't do this, Harith,' katanya.

'Why? Just go home, that's all I ask', kataku. Aku tidak faham apa yang susahnya untuk balik ke rumah. Dia punya rumah sendiri. Biarpun dia bergaduh dengan famili, bukannya mereka duduk sekali.

'When I saw you, I also thought that I would decided to go home by now, but I've just realise that I don't want to...' kata Rosa sambil matanya memandang ke meja. Tangannya menggenggam antara satu sama lain.

'You don't want to? Come on Rosa. Don't you even love me?', aku terdesak. Aku tahu itu seperti satu ugutan, tapi biarlah. Asalkan dia sedar apa yang dia buat. 'We are supposed to get married'.

'Harith, we don't even have much future together. It's better to end now rather than getting hurt later', katanya.

Aku tersentak. Mataku berair. Adakah aku saja yang punya rasa ini?

'Do you even like me?' tanyaku. 'Am I the one who are kidding with us?'

'I like you. I love you. I always do. But it won't work. We never did become a true couple, and we never would.' Tiap-tiap butir kata Rosa itu menghiris hatiku. 'We are always just friend. A good one. But..'

Apa? Aku urut kepalaku. Tidak faham apa yang aku buat salah.

'I've made up my mind Harith', sambung Rosa. 'Just go home Harith. I'll pay for your ticket!'

Rosa mencapai tas tangan dan berlalu pergi. 'Don't stop me!' katanya bila aku tidak biarkan ia pergi.

Dari balik cermin, aku nampak Rosa mengambil teksi dan agaknya pulang ke apartment kakaknya di Caledonian Road.

***

Bilik hotel ini terasa sungguh sunyi. Aku meghempaskan badanku ke atas katil double bed. Kasutku masih tersarung. Air mataku mengalir membasahi pipi. Aku mengesat dengan belakang tapak tangan.

Apa ini? Semuanya kepura-puraan?

Dua tiga tahun aku kenal Rosa - aku seperti sudah kenalnya sepanjang hayat, tapi malam ini dia berubah. Aku tahu dia punya isu yang perlu diselesaikan. Tapi jangan biar aku gantung tidak bertali seperti ini.

Malam ini aku rasa lemah. Malam ini aku rasa seperti realiti dahulu hanyalah satu fantasi. Aku tidak tahu apa yang perlu ku buat. Sudah terasa bodoh datang jauh-jauh ini semata-mata untuk memujuk. Terasa bodoh habiskan masa lebih separuh hari dalam kapal terbang dengan andaian semuanya akan lancar. Terasa bodoh memikirkan yang cinta kami boleh atasi segalanya. Terasa bodoh kerana aku di bandar asing, berseorangan dan kecewa.

Air mataku tidak henti mengalir seperti Odelia. Entah bila sindrom ini berjangkit? Tapi aku tahu aku mahu menangis.

Aku tanggalkan kasut dan aku tarik selimut.

Aku kecewa. Dan aku marah.

Sudah lewat, dan aku juga sangat penat. Malam ini aku tidur dengan hati yang penuh lara. Esok, aku akan pergi yakinkan Rosa. Yang aku tidak akan tunduk semudah itu. Dia tahu aku cintakannya dan aku tahu dia juga turut merasa yang sama. Aku tahu dia sekadar mahu penyelesaian mudah. Aku tahu dia perlukan masa untuk selesaikan masalah keluarga. Agaknya bila semuanya di dalam pengetahuan kita, berlari dari kepastian merupakan jalan termudah.

Mudah, ya. Tapi ini bukan caranya kau mahu hidup gembira. Aku marah Rosa dalam hati.

Dan malam ini juga aku sedar betapa takutnya aku untuk kehilangan seorang wanita bernama Rosa. Rosa Damia Malik, I love you.

2 gossip (s):

Anonymous said...

macam cerita novel.

saramay571 said...

tapi dah lama tak update...mana pergi diorg ni...