Bagus Harith ajak makan malam, tak payah masak malam ni.
Jam sudah pukul 8.25 malam. Aku terus menuju ke pintu, mahu sampai awal. Langkahku terhenti. Perlu salin baju kah? Kupandang diri sendiri dari atas ke bawah - seluar track kelabu, t-shirt lengan pendek berwarna pink. Bukan majlis istimewa pon kan? Sekadar makan malam untuk empat orang - aku, Harith, kawan Harith dan er, Elijah. Erm, aku rasa aku nak tukarlah. Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa nak tukar.
Jeans dicapai dan blouse lengan panjang warna biru gelap bermotif bunga besar-besar kutarik dari almari.
Sebaik aku tutup pintu, aku rasa resah gelisah pula. Yelah, aku bukan biasa dengan Harith dan Elijah. Selama ni semua buat hal masing-masing. Kalau bukan kerana Kuali, oh Chloe, pasti kami takkan berkumpul serentak dan berbual. Pasti aku takkan tahu yang Elijah boleh berbahasa Melayu. Pasti aku tak tahu yang Elijah punya suara yang menggetarkan jiwa. Eh, apa yang aku merepek ni?
Aku sudah sampai di depan pintu tingkat lima. Tapi suasana sunyi dan gelap. Peliknya, betulkah hari ni dinner? Sebaik aku angkat tangan untuk mengetuk pintu, aku terdengar suara perempuan ketawa dari tingkat bawah. Sah-sah bawah tu bukan tingkat empat! Kalau bawah bukan tingkat empat, maknanya tingkat lima. Jadi, aku di tingkat enam lah! Padanlah gelap! Aku terus meluru ke tangga untuk ke tingkat bawah.
Langkahku terhenti di tangga pertama. Aku berpaling menghadap ke pintu tingkat enam untuk mencari kalau-kalau ada kelibat sesiapa. Aku terasa macam diperhatikan tadi, sumpah! Semalam, kami bertiga - aku, Harith dan Elijah jumpa Chloe di tingkat enam. Elijah kata ada perabot di dalamnya, dia nampak ketika melihat melalui lubang kucing di pintu. Mungkinkah ada orang? Mungkinkah orang itu yang memerhatikan aku?
Lamunanku terhenti, aku sudah di depan tingkat lima. Ada suara perempuan ketawa manja. Tidak syak lagi!
"Assalamualaikum" aku bersuara sambil mengetuk perlahan.
Seorang wanita membuka pintu.
"Odelia?" tanyanya sambil tersenyum.
Aku angguk, senyum.
"I Rosa. Masuklah, Harith tengah busy tu"
Rosa ni cantik. Cantik sebab pandai bergaya. Aksesori yang dia pakai semua besar-besar dan cantik! Mesti mahal.
Aku membontoti Rosa sambil memerhatikan blouse yang dipakai - kain chiffon warna merah hati bermotif abstrak! Cantik. Seksi, tapi cantik.
Nasib baik aku tak pakai selekeh, hati kecil aku berbisik.
Rosa ajak aku duduk di atas sofa. Ruang tamu Harith sangat cantik dan moden, tapi aku lebih teruja untuk memerhatikan Rosa dan aksesorinya. Anting-anting, cincin, gelang tangan, rantai, loket, semuanya bersinar di bawah cahaya lampu, semuanya cantik-cantik. Aku? hanya ada seutas rantai tangan silver, itu pun pemberian orang.
"Dah berapa lama duduk sini?" Rosa melabuhkan punggung di atas sofa yang nampak empuk.
"Baru dua bulan" aku duduk takut-takut. Aku takut tenggelam dalam sofa!
"Kerja apa?"
"Cikgu" aku senyum.
"Sekolah mana?"
"Oh, excuse me", kata Rosa sambil bangun menuju ke pintu.
Tak berapa lama kemudian Rosa muncul sambil diekori Elijah. Elijah sangat....menarik? Bukan. menawan? Bukan. Entahlah apa perkataannya, tapi Elijah kelihatan lain dari semalam. Lain, tapi menyenangkan mata memandang. Rambutnya diikat kemas dan dia pakai sweater turtleneck warna merah.
Rosa pelawa Elijah duduk sambil meletak buah-buahan di atas meja kopi. Oh Tuhan, itu mesti Elijah yang bawak! Aku? sehelai sepinggang melenggang lenggok datang. Tangan kosong! Macamana boleh tak terfikir nak bawak apa-apa?
Aku senyum pada Elijah.
Dia senyum.
Dia ke balkoni, mahu merokok.
Aku hilang tumpuan pada apa yang Rosa katakan selama beberapa minit. Bercerita tentang dirinya barang kali. Aku tidak lagi berminat pada aksesorinya yang mewah, mahupun bajunya yang cantik. Aku berpura-pura mendengar, angguk dan tersenyum. Sesekali aku menjeling ke arah susuk tubuk di balkoni.
"Makan malam dah siap!" jerit Harith.
Kami semua berkumpul di meja makan.
"Simple je ni" Harith letakkan makanan.
Apekebendanya ni? aku bisik dalam hati.

0 gossip (s):
Post a Comment