Mengapa semua orang suka langgar aku? Tak bolehkah mereka lihat-lihat dahulu apa yang ada di depan? Atau siapa yang berjalan sama?
Tak bolehkah mereka melihat aku?
Perempuan Tingkat Empat itu, Odelia, bertembung dengan aku di muka pintu. Atau akukah yang tanpa sengaja menjadi dinding di tengah-tengah koridor itu? Terkocoh-kocoh dia. Kelam-kabut! Habis berselerakan kertas-kertas tadi. Dan sempat aku mengimbas jata Sekolah Rendah Pemberley pada kepala kertas-kertas itu. Nampaknya seperti kertas jawapan ujian Bahasa Inggeris.
Guru Bahasa Inggeris ke dia tu? Gagap semacam aja....
Mungkin dia guru sandaran saja. Aku buat telahan sendiri. Aku tak tahu pun. Aku mahu meminta maaf kerana menghalang laluannya tadi. Tapi mulutku terkunci. Saat itu fokusku bertemu dengan sepasang mata coklat miliknya.
Sekejap, dalam tiga saat.
Dan aku terpandang juga rantai tangan perak itu. Di tangan kanannya. Dan juga sampul surat biru.
Sekejap, dalam dua saat lagi.
Kemudian dia meninggalkan aku. Odelia atau Perempuan Tingkat Empat itu memecut laju meninggalkan rumah bernombor 54.
Aku masih di muka pintu.
Aku pun sudah lupa tujuanku keluar rumah dan berdiri macam batu di muka pintu itu. Oh, aku mencari bayang-bayangku di bawah matahari pagi.
Eksperimen gagal lagi.
Terasa ada sesuatu di kakiku. Aku mengalih perhatian kepadanya. Kucing bulu biru. Aku panggil dia Biru. Nama sebenarnya aku tak tahu. Biru itu kucing peliharaan Lelaki Tingkat Lima. Rasanya sudah beberapa hari Lelaki Tingkat Lima tak pulang ke rumahnya, sejak minggu lepas, hari Rabu yang hujan dulu. Sekarang sudah hari Isnin.
Biru mengiau sedih. Dia menunggu tuannya yang belum pulang itu agaknya. Lapar juga, mungkin?
Lalu aku mengangkat Biru dan masuk ke rumah. “I don’t have much,” kataku pada Biru. “I only have sardines in tomato sauce. Is that alright with you?” Kataku lagi sambil mencapai tin sardin dari kabinet di dapur. Tanganku yang satu lagi menarik pinggan dari raknya. Fahamkah kucing ini dengan loghat Britishku?
Biru mengiau. Lapar sangat dia!
“Well then,” Dan aku hulurkan pinggan berisi sardin itu. “Breakfast is served. Baca basmallah, okey?”
1-09 Elijah Darcy di depan pintu lagi
Labels: Elijah Darcy
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 gossip (s):
Post a Comment