1-08 Isnin

Lambat! lambat! lambat!

Aku terlambat bangun. Terkocoh-kocoh menuruni anak tangga dengan sebeban skrip jawapan yang sudah siap bertanda.

"Meowwwwwwww!"

kucing menggelepar dua saat kemudian lari menyelamatkan diri.

"Sorry kucing! Tak nampak ekor!"

Kucing sudah hilang dari pandangan mata. Mungkin sudah balik ke rumahnya di tingkat 5. Ya, tingkat 5! Itu kucing Harith. Pelik betul lah dia nih, gigih nak bela kucing, tapi kucing tu macam kurang kasih sayang je. Selalu duduk di tangga, seperti bermenung mengenang nasib. Nasib kaulah kucing, dapat tuan macam Harith tu.

Kaki makin ligat menuruni anak tangga. Harapnya tak merahlah punch card hari ni. Bulan ni dah dua kali merah. Mesti kena amaran kalau merah lagi.

"Aahhhhh!"

Aku terjelepuk ke lantai. Skrip jawapan terkeluar dari beg plastik, habis berselerakan. Aku langgar apa? Dinding? Pintu?

Kulihat ada tubuh di depanku. Berdiri. Amat tinggi. Ok, mungkin taklah tinggi sangat, tapi sebab aku terduduk atas lantai, aku nampak dia tinggi.

Kudongak… Mat saleh!

"I…Err…I…am… sorry!" sambil tangan mengutip kertas yang berselerakan.

Bodoh! bodoh! Gagap pulak cakap Bahasa Inggeris! And yet you called yourself an English teacher! Aku tak pandang muka dia - masih kalut kutip kertas. Aku bangun.

Dia masih berdiri tegak.
Aku tundukkan sedikit kepala sebagai isyarat maaf dan terus berlari anak ke kereta. Eh kejap, matanya hijau lah!

There goes my punch card! Sah-sahlah merah lagi. Baru bulan kedua bertugas kat sekolah, dah buat rekod tiga kali merah! Baru bulan kedua duduk di rumah ni, dah rempuh jiran mat saleh!

Kupekup muka dengan tangan. Nafas kutarik nafas dalam-dalam. Mata terpandang rantai tangan perak di tangan kanan. Rantai tangan yang terselit dengan warkah biru.

Happy 1st Anniversary Lya!

Love,
Harley

Ulangtahun pertama yang aku sendiri terlupa. Terlupa atau tak ambil kisah?

Aku tarik nafas dalam-dalam, dan terus menghidupkan enjin kereta.

0 gossip (s):