1-11 Elijah Darcy mencari

Hilang! Ke mana agaknya Biru merayau? Selepas aku beri dia makan tadi, aku keluar ke bandar untuk beli keperluan dapur. Aku beli makanan kucing juga. Takut-takut kalau Lelaki Tingkat Lima tak pulang juga dan Biru akan kelaparan lagi. Waktu aku pulang, Biru sedang tidur di balkoni. Selepas satu jam berjalan kaki, pergi-balik dari rumah ke bandar, bersama barang-barang dapur, aku pun rasa penat juga. Mengantuk! Oh, betapa nikmatnya tidur si Biru!


Aku letakkan barang-barang dapur di meja makan. Aku ke kamar. Aku buka baju yang melekit dengan peluh. Aku tanggalkan seluar. Aku hamparkan tubuh di atas katil empuk. Lalu aku pun tidur.


Dan aku bermimpi. It was a nighmare, in middle of the day!


Waktu aku terjaga, tubuhku lencun dengan peluh dingin. Untuk beberapa lama, aku cuba mengingati kembali mimpi ngeri itu. Aku tak ingat.


Perut sudah berkeroncong. Aku rasa Biru pun pasti lapar. Aku bangun, capai singlet hitam dan pakai seluar semula. Aku ke dapur. Aku mahu beri Biru makan. Puas aku panggil, Biru tak muncul-muncul. Aku mencari. Sampai ke luar rumah....


Dan aku terdengar Odelia memanggil-manggil Lelaki Tingkat Lima dari balkoninya. Odelai sudah pulang dari sekolah. Aku dengar nama Harith. Oh, itulah nama Lelaki Tingkat Lima. Bila agaknya dia pulang? Aku dengar juga tentang kucing.


Mereka pun sedang mencari Biru?

0 gossip (s):