Perut terasa lapar buat kali kedua. Kepalaku ligat berfikir. McD atau restoran seberang jalan. McD - aku perlu jalan dalam 20 minit. Restoran seberang jalan - nama pun 'seberang jalan'.
Aku tutup pintu. Kali ini aku ingat untuk kunci. Rumah ini ada 2 lapis pintu. Kalau terlupa kunci pun tidak apa, orang masih tidak dapat masuk. Kecualilah kalau Odelia atau .. er .. siapa namanya itu... Ya, kecualilah jika jiran-jiran aku yang benarkan orang yang tak dikenali masuk.
Telefonku tidak berhenti-henti berbunyi. Sekejap Rosa, sekejap Mia, selalunya panggilan dari tempat kerja. Syarikat aku sudah mula merancang supaya aku mula menjengah pasaran internet. Konsepnya sama, para pelayar akan menghantar soalan, kemudian aku jadi doktor cinta untuk selesaikan masalah mereka. 'Harith to the rescue!'. Haha.
Tapi aku jarang beritahu orang tentang kerja aku. Odelia pernah sekali bertanya. Aku beritahu yang aku kerja di majalah. 'buat kerja belakang tabir'. Mamat ground floor tu, jarang sekali aku bersembang dengannya. Lagi mudah kerja aku, tak perlu nak menipu.
Telefon bimbit berbunyi sekali lagi. Lalu tanggan ku mencapai dari dalam poket sebelah kiri dan mataku membaca mesej yang baru sampai.
Ooops. Aku hampir terlanggar mamat ground floor yang berdiri di muka pintu. Dia baru pulang dari kerja agaknya. Mungkin. Ya ya, aku tahu aku perlu lebih ramah lain kali.
'Ah, sorry', aku meminta maaf. Dia memberi senyuman yang tawar. Aku berlalu pergi, membalas mesej Mia yang mengajakku makan di bandar. McD atau restoran seberang jalan? Apa kelas... 'TGI Friday biasa', tanganku pantas menaip dan butang Send ditekan.
1-05 Yang mana satu?
Labels: Harith Ali
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 gossip (s):
Post a Comment