Aku menunggu sesiapa untuk menyebut apa nama makanan ni.
'Laksanya!' sebut Rosa bila Harith menghidang makanan yang asing itu. Rupa macam kek, macam telur dadar bertingkat-tingkat pon ada juga. Takde rupa laksa pun? Rasa pon takde rasa laksa. Takde rasa laksa, tapi sedap!
Aku tidak mahu orang perasan yang aku terasa agak janggal menelan 'laksanya', aku cuba-cuba beramah mesra dengan Rosa yang duduk di depan aku.
"Rosa dan Harith dah couple berapa lama?"
"Dua!" jawab Rosa sambil tersenyum manja. Harith pon tersenyum. Rosa tampak bahagia. Untungnya jadi Rosa, ada semua dalam hidup. Aku kuis-kuis 'laksanya' dalam pinggan, 'laksanya' yang sedap rasa kelat tiba-tiba. Entah kenapa, aku rasa sebak.
"Rosa drive Mercedes biru ya? Kadang-kadang saya nampak Rosa pickup Harith", aku senyum, cuba sembunyikan sebak di dada.
Muka Rosa berubah, terkejut.
Aku pandang muka Harith, kelat.
"Eh, I drive BMW" jawab Rosa sambil kerutkan dahi. Dia pandang Harith.
Oh Tuhan, kenapa lah mulut ni celupar sangat? Nampak sangat aku suka menyibuk hal orang. Nampak sangat aku takde kerja lain yang lebih berfaedah dalam hidup.
Aku tergamam. Tapi Harith beri isyarat semuanya ok. Oklah kot, entah. Sakan je Rosa berbual dengan Elijah lepas tu.
Aku? Langsung tak berbual dengan Elijah. Dia lebih suka berbual dengan Harith dan Rosa. Takpelah, aku pon tak tau nak sembang apa dengan dia. Aku fokus pada 'laksanya', cuba habiskan.
Selesai makan, aku cuci pinggan dan cepat-cepat minta diri. Entah kenapa aku rasa segan nak duduk lama-lama. Aku sudah rasa out of place. Dan soalan Rosa ketika sama-sama cuci pinggan masih terngiang-ngiang di telinga.
"Odelia sudah ada boyfriend?"
"Saya banyak kawan lelaki", aku tak mahu jawab.
"Takde yang special ke?"
"Takde" aku jawab cepat-cepat.
Maafkan aku Harley, aku bisik dalam hati.

0 gossip (s):
Post a Comment