1-02 Odelia Osman

"Urgh! Cantik sangat lah nih. Dahla panas gila, jem pulak!" aku mengomel sendiri.

Cuaca sangat-sangat panas. Peluh merembes dengan menggila. Penghawa dingin kereta kukuatkan. Radio kumatikan, tak kuasa nak dengar lagu dalam keadaan panas macam ni!
Panas! Rasa nak botakkan kepala. Aku capai getah rambut dari dalam beg tangan, rambut diikat ke atas.
Lega.
Tisu kusentap rakus, ditekap untuk menyerap peluh-peluh yang membasahi dahi dan leher.

Ah, nasib baik aku tak bersolek tebal. Kalau tak, mesti sudah rupa macam hantu pontianak dek kerana rosak kesemuanya terkena peluh.

Cause you’re hot then you’re cold
You’re yes then you’re no
You’re in then you’re out
You’re up then you’re down

Telefon menjerit. Kukerling sekilas nama yang terpapar di skrin.
Ah, malaslah nak jawab, aku ngomel dalam hati.
Lagu kubiarkan berhenti sendiri.

Kalau ikutkan rasa terbakar hati dek kerana kesesakan jalanraya dalam cuaca yang panas menggila ni, mahu saja aku rempuh semua kereta di hadapan yang berhenti bergerak. Biar semua kenderaan jadi penyek digelek kereta kebal yang besar dan kuat ini! Err, kereta kebal?

Urgh..ini bukan kereta kebal! Bukan! Ini hanya kereta MyVi SE berwarna coklat! Tidak mampu merempuh kereta lain dengan gagah dan beraninya. Menyebabkan kederaan lain penyek? Jauh sekali!

Aku tarik nafas dalam-dalam, tahan selama 10 saat dan hembus dengan penuh semangat.
"Huhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!"

Lega sikit.

Kereta sudah mula bergerak. Fuh! Kalau dalam tempoh lima minit masih tak bergerak lagi, pasti sudah jadi macam itik panggang di kedai cina seberang jalan! Sungguh luar biasa cuaca panas sekarang.

Jarak dari sekolah aku ke rumah di Jalan Pemberly hanya 10 kilometer. Tapi sebab jalan sesak, sejam baru sampai rumah. Mungkin lain kali aku perlu naik bas, kurang tekanan.

Hari ini merupakan hari yang memenatkan. Oh, bukan hari ni saja, setiap hari bekerja adalah hari yang memenatkan. Penat terjerit pekik dalam kelas, penat mengejar budak-budak nakal.
Pinggang aku sudah sakit, kaki sudah kebas. Baju? sudah basah lencun sebab peluh. Aku cepat-cepat keluar dari kereta, tak sabar rasanya nak rehat.

Langkah terhenti. Baru teringat, aku tinggal di tingkat empat. Malasnya nak panjat tangga dengan skrip jawapan ujian bulanan yang menimbun banyaknya!

Kenapa lah tuan rumah tak buat lif? aku mengomel lagi dalam hati, sambil panjat tangga dengan malasnya.

Boleh tak nak seret je skrip-skrip jawapan ni naik atas?

0 gossip (s):