1-12 Chloe

Skrip jawapan sudah habis ditanda, maka aku ada lebih masa untuk memasak. Kebiasaannya aku akan beli lauk dari kedai seberang jalan. Tapi hari ini aku terasa mahu masak makanan kegemaran aku - telur goreng mata. Telur goreng mata yang bahagian putihnya sedikit rangup dan telur kuning di tengah yang separuh masak, bila dimakan dengan kicap cap tamin dan ditambah dengan sos cili maggi memang cukup menyelerakan. Tiada lauk yang lebih mengujakan dari telur mata yang digoreng dengan teknik yang betul!

'Kuali! Kuali!' aku terdengar suara dari tingkat atas, dekat dengan kawasan pintu.
Kuali?
Kalau didengar dari cara panggil, macam cari kucing. Tapi takkanlah nama kucing dia kuali?
Aku meluru ke pintu dan menjerit sekuat hati
'Harith, awak cari kucing awakkah?'

Untung kau Harith, aku tengah good mood ni lepas makan telur mata. Kalau tak, mungkin aku akan pekakkan telinga saja.
'Ya!' Harith jerit kembali.
Oh Tuhan, punyalah banyak nama yang sedap, kenapa bagi nama kuali kat kucing?

Harith muncul tiba-tiba depan mata, menyapa aku sambil kenyit mata. Sambil kenyit mata! Uh, buang tebiat betul lah Harith ni!
Aku pura-pura tak perasan dan menyapanya kembali. Senyum paksa.

'Selalu kucing awak duduk kat tangga, tapi tak nampak pulak hari ni. Apa kata kita cari kat bawah?' Aku kasihankan Kuali, dia kucing yang comel. Sebab itu aku nak tolong Harith cari.
Harith setuju.

Kami sama-sama menuruni anak tangga dan memanggil Kuali.

'Kuali! Kuali!'
Harith ketawa.
'Bukan kuali, Chloe! ch-lo-e!'
'Oh..'
Malunya! Nasib baik belum lagi membebel kat Harith tentang ketidaksesuaian memberi nama perkakas dapur kepada seekor kucing yang comel. Kalau tak, tak tahu nak letak muka kat mana.

'Chloe! chloe!' kami terus memanggil sambil meninjau-ninjau.

Chloe tiada kelihatan di mana-mana. Di tangga tingkat tiga, di tangga tingkat dua, di tingkat satu.
Kami menuju ke luar rumah.....

Dan aku terus jadi bisu.

Mat saleh bermata hijau. Dia di situ.

0 gossip (s):