Hanya bulan sabit malam ini, macam ulas bibir si gadis cantik, menggoda dan misteri. Angin sesekali bertiup deras, aku memeluk tubuh sendiri. Jumper biru laut yang melekat di tubuh serasa tak mampu menahan nafsu angin yang menderas kencang. Aku membetulkan baring atas kerusi malas di balkoni menghadap tasik kecil. Malam pekat itu menyatukan tasik dengan langit, sama-sama menjadi gelap dan menakutkan.
Gelas berisi kopi yang diletakkan di atas meja kopi disebelah kanan aku capai dan kemudian hirup perlahan, penat hari ini belum hilang. Seharian mengangkut kotak dan menyusun barang-barang seorang diri cukup meletihkan. Ada lagi kotak yang belum dibuka, tetapi biarlah dulu, esok lepas habis kerja, aku selesaikan semuanya, fikirku. Lagu 'Vincent' mendayu perlahan mengisi sunyi malam.
Ada bunyi kereta berhenti di depan laman. Aku bangun perlahan. melihat ke bawah, ada lima susuk manusia di bawah, tiga lelaki dan dua perempuan. Hmm, tadi masa aku sibuk mengangkut barang-barang tidak pula terserempak dengan penghuni-penghuni lain. kalau tidak, boleh juga meminta bantuan.
Ada lima orang, tapi auranya semacam pelik sedikit. Bagai ada amarah dan cinta bersatu dalam pertemuan mereka berlima. Mereka tidak lama di bawah, tiga darinya masuk ke dalam dan meninggalkan dua lagi di laman. Tidak lama yang ditinggalkan di laman. Mereka juga masuk ke dalam. Barangkali dingin malam mula menusuk ke tulang hitam. Aku tersengih sendirian.
‘Drama! I like’ hati aku berbunga riang. tidaklah bosan sangat nanti duduk seorang di sini, kalau ada drama yang menanti.
Selepas mereka semua masuk ke dalam, kantukku mula terasa, dan kakiku beransur ke bilik tidur tanpa dipaksa.
* * *
Kringggggggggggggggg
Shit! sudah 7.30pagi. Aku kelam kabut bangun, mencapai tuala dan meluru pantas ke bilik air. Hari pertama di tempat baru dan aku lewat.
Aku cepat-cepat menggosok gigi ala kadar, kemudian mencuci muka sekadar memastikan tiada tahi mata dan air liur basi yang melekat di muka. Hari ini tak perlu mandi, hanya sembur minyak wangi banyak-banyak.
Kemudian mencapai blouse warna merah dan skirt hitam paras lutut. Krapppp... ada bunyi jahitan tertetas waktu aku terkocoh-kocoh menyarung skirt.
Crap!!! Aku menjerit sekuat hati. Skirt hitam itu terkoyak di sisi peha. Cepat-cepat aku tanggalkan dan berlari menuju ke wardrobe dan menyelongkar lipatan pakaian mencari skirt lain. Hanya ada skirt warna krim. Krim dan merah? arghhh, ini bukan masa untuk fikir matching ke tidak.Aku pakai skrit krim yang keronyok sedikit tidak sempat digosok.
Aku capai earrings di atas meja solek, dan menyapu compak powder dan mengoles lipstik pink ke bibir. Ringkas sahaja, tidak sempat bersolek teliti. Chanel No.5 aku semburkan untuk hilangkan bau baru bangun tidur. Rambutku kubiarkan lepas sahaja, hanya pastikan tidak mengerbang macam hantu pontianak. Aku berlari ke ruang tamu dan mencapai beg bimbit terkandung semua jenis dokumen, kunci rumah, blackberry dan handbag Gucci.
Kasut aku sarungkan selepas stokin panjang aku pakai, dan aku bergegas keluar. Kelam kabut mengunci pintu, dan berlari pantas ke bawah. Harapnya ada teksi tanpa perlu menunggu panjang, sudah 7.45 pagi. Aku memang akan lewat.
Sampai sahaja di bawah, hampir melanggar seorang lelaki. Surat khabar yang sedang dipegang oleh lelaki itu terjatuh, dan dia pun hampir terjatuh.
‘Sorry.sorry. i’m late’ Aku pantas ucapkan kata maaf, sebelum menuju keluar pantas, tanpa sempat memandang wajahnya.
‘Teksi!!!!!’
Berdecit teksi yang aku panggil menahan brek, dan aku pantas berlari ke arahnya.
‘Hey Gorgeous! nice shoes!’ Pekik lelaki itu dari belakang.
Aku pandang belakang, rambutnya hitam pekat, di sikat ke kanan. Sekali pandang, kacak juga dengan cardigan kelabu di atas t shirt putih, dikenakan dengan slack hitam dan loafers coklat. Aku tersenyum kepadanya sebelum melabuhkan punggung ke dalam teksi.
‘No 18, Whiterland Road, please’ aku beritahu lokasi kepada pemandu teksi itu yang kemudian pantas bergerak. Aku menghela nafas panjang. Pagi yang kelam kabut.
Aku sampai di Chick! jam 8.30 pagi, patutnya mendaftar diri pada jam 8.
‘Boleh saya jumpa Miss Wirda? Saya praktikal student di sini. mendaftar hari ini’ Aku katakan kepada penyambut tetamu di ruang pejabat Chick! Dia tersenyum ke arahku dan menuding ke belakang ku.
Aku berpaling ke belakang. Berderau darah melihat susuk tubuh wanita editor-in-chief majalah fesyen paling berpengaruh
‘ Awak patut sampai jam 8, sudah lewat setengah jam. Dan ini majalah fesyen, bukan trend sekarang untuk pakai heels satu merah, satu kuning.’ Miss Wirda memandangku tajam.Suaranya tegas. Jantungku bergetar.
Kuning? Merah? Aku pelik
Dan aku memandang ke bawah, aku pakai heels merah di kaki kiri dan kuning di kaki kanan.
Aku terbayang-bayang lelaki di bawah Rumah No.54 Jalan Pemberley yang menjerit memuji kasutku sebelum aku menaiki teksi.
Aku mahu bunuh diri sekarang!
0 gossip (s):
Post a Comment