Pintu telah aku kunci. Aku seluk poket sebelah kiri dan aku perasan yang aku terlupa bawa telefon bimbit. Sudah sampai di tingkat 2, aku naik balik ke tingkat 5.
Pintu telah aku kunci kali kedua. Sudah sampai di tingkat 2, aku tersedar yang aku terlupa bawa kunci kereta.
Pintu sudahpun aku kunci buat kali ketiga. Sudah sampai di tingkat 2 dan tiada apa-apa yang aku lupa. Mungkin. Cukuplah 2 kali nasib tidak baik, fikirku.
Tapi bila di tingkat bawah, aku ternampak 2 susuk tubuh yang tidak janggal. Mia dan Elijah, berpegangan tangan seperti adegan romantis filem Hindustan. Aku naik jelek.
Tiba-tiba ku dengar namaku dipanggil. Kelihatan Rosa dan Odelia datang ke arah aku. Mia dan Elijah sempat memandang ke arah mereka.
Aku terasa tidak selesa. Kerana ternampak akan Elijah dan Mia. Kerana tiba-tiba Rosa juga di sini.
Mia seperti terkejut. Agaknya kerana tidak menyangka akan terserempak dengan aku? Sudah aku tinggal di sini apa yang dia fikirkan?
Odelia juga seperti serba salah. Aku tidak tahu kenapa.
Muka Elijah seakan-akan puas bila dia memandangku. Seperti gembira bila dia mampu merampas Mia dari aku.
Rosa sahaja ceria. Ceria seperti biasa. Dia menghampiriku lalu menegur aku dengan ramah. Itu Rosa yang biasa.
Aku balas dengan senyuman yang melebar sambil hujung mataku melihat Mia yang makin terkejut. Aku tahu dia tidak biasa dengan caraku yang sangat dingin. Langsung tidak menegurnya. Bahkan buat umpama dia tiada di situ. Aku tidak peduli.
Aku ajak Rosa dan Odelia ke atas. Odelia masih belum cuba teh hijau Jepun, itu alasan aku. Rosa dan Odelia menuruti aku ke dalam. Aku tinggalkan Elijah dan Mia di laman rumah No 54.
~
Aku sempat keluar ke balkoni sementara Rosa dan Odelia di dapur. Elijah dan Mia sudah tiada di laman.
Puas dengan apa yang aku lakukan? Entahlah.
1-60 Konfrontasi
Labels: Harith Ali
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 gossip (s):
Post a Comment