1-49 Hati yang berkecamuk

Aku rasa aku ok. Tapi aku sendiri tak tahu apa masalah organ-organ badan aku yang lain.
Aku tidak mampu kawal hati yang rasa seperti dihiris-hiris dengan pisau tumpul berkarat.
Aku tidak mampu kawal kelenjar mata yang begitu hebat menjalankan fungsi merembeskan air, walau tidak perlu.
Aku tidak mampu kawal lidah yang kelu membeku secara tiba-tiba.
Semua ini berlaku setiap kali dengar nama Elijah si hantu bermata hijau dan perempuan kedai buku tu - sebut nama mereka pun aku sudah rasa tidak mahu.

Sepanjang menjadi pendengar sesi luahan hati dan perasaan Harith, aku tak henti-henti berdoa dan berharap Harith langsung tidak dapat menebak apa yang aku rasa.

Aku harap Harith semakin lega lepas bercerita pada aku. Aku cuba menjadi pendengar yang baik, walau hakikatnya aku semakin keliru dengan keadaan sekeliling. Perasaan yang sudah bercampur-baur.

Geram pada Harith.
Kasihan pada Rosa.
Bersalah pada Harley.
Marah diri sendiri.
Kasih pada si hantu bermata hijau? Entah, mungkin sekarang kasihan. Entah. Aku sudah tidak tahu. Dan aku seboleh-bolehnya tidak mahu ambil tahu.

Aku sangka panggilan telefon ketika sedang berbual dengan Harith adalah penyelamat. Penyelamat kerana aku tidak perlu lagi cuba jadi kental depan Harith setiap kali mendengar nama si hantu bermata hijau dan girlfriendnya lagi.

Ya, memang benar panggilan itu panggilan penyelamat. Tapi, panggilan itu juga hampir merenggut jiwa.

“Lya, abang dah kat depan rumah. Abang nak jumpa”

~

"Now, tell me. Apa masalah sebenarnya ni?" buntang matanya menyambut ketibaan aku.

Marah?

Mampus!

0 gossip (s):