Kereta rosak. Tiba-tiba enjin mati sewaktu berhenti di lampu isyarat. Malu juga aku dibuatnya. Nampak saja kereta baru. Tapi rosak di tengah-tengah jalan. Jalan terus jammed dalam lebih setengah jam sementara kereta tarik sampai.
Semalam dan hari ini, aku tidak berkereta.
Bila Rosa mengajak aku keluar, aku jawab ya. Tiba-tiba terasa hendak makan cheese cake. Bila tiada kereta, mulalah terasa hendak makan macam-macam. Sedang aku menunggu Rosa di depan rumah, seorang gadis datang menuju ke arahku.
'Zanna tinggal sini kan?', tanya dia kepada aku.
'Ya,' balasku ringkas. Mataku memandang ke arah botol-botol minuman keras di tangannya. Tersentak sedikit hatiku. Tertanya sama ada dia ini Melayu atau tidak. Nampak gayanya seperti ya, tapi biarlah aku baik sangka.
'Thanks', katanya sambil berlalu masuk ke dalam rumah. Mataku mengikut gerak langkahnya. Masih terfikir akan botol-botol beer. Buat apa hendak bawa ke rumah Zanna?
Hari itu aku nampak kereta masuk ke laman rumah. Seorang lelaki keluar dari kereta dan masuk ke dalam bangunan. Aku lihat dari tingkap balkoni, 2-3 jam juga kereta itu ada di situ. Rasanya bukan kawan Odelia. Elijah memang tidak ada kawan. Kawan Zanna mungkin.
Otak aku terus berfikir ini dan itu.
Sudahlah Harith. Ini bandar besar. Perkara ini biasa.
Aku tarik nafas panjang. Kurang setuju dengan itu. Entahlah, aku sendiri pun teruk. Bercinta dengan 2 wanita pada satu masa yang sama. Baru sahaja kini beralih pada yang satu. Itupun selepas dirampas oleh Elijah. Aku melihat ke tingkat bawah. Tidak nampak Elijah di mana-mana. Sudah beberapa hari juga tidak nampak Elijah. Entah ke mana menghilang. Entah ke mana pergi bersama Mia.
Aku tarik nafas panjang lagi. Agaknya bila kita ini pun sama sahaja lemahnya, kita seperti hilang kelayakan untuk menasihati yang lain. Mungkin. Aku kembali berfikir akan botol beer yang gadis itu pegang.
Bunyi hon menghilangkan lamunanku.
Rosa melambai-lambai dari dalam kereta. Cheese cake, here I come!
1-72 Botol
Labels: Harith Ali
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 gossip (s):
Post a Comment