Petang ini aku di sekolah lama. Reunion sekolah menengah. Sudah berapa tahun aku tinggalkan sekolah? 13 tahun? 15 rasanya.
Aku sampai agak awal. Adalah dalam tujuh atau lapan orang.
Aku masih kenal Mansor, Amin dan Bella. Juga Ris dan Fatma. Fatma dengan suaminya dan Ris bawa anak-anaknya.
Perjumpaan kali ini walaupun kecil-kecilan tapi cukup meriah. Maklumlah, dapat berjumpa dengan rakan-rakan lama yang tidak kurang rapatnya.
Satu demi satu rakan-rakan sekelas aku muncul.
Mansor yang aturkan perjumpaan ini. Sekarang kami berada dalam kelas lama kami. Makanan terhidang di hujung kelas, hampir dengan papan putih. Dahulu papan hitam. Sudah tukar agaknya. Ada juga projektor di bumbung dan carta organisasi kelas di ruang papan kenyataan. Meja-meja sudah dikeluarkan. Hanya bangku yang tinggal untuk kami duduk.
'Pergi jauh sampai New Zealand, last-last ko balik mengajar di sini juga ya?' kata Amin kepada Mansor.
'Ni baru ada chance nak balik sini. Dah 7 tahun aku kat Kudat,' terang Mansor.
'Ko buat apa sekarang ni Is', Amin beralih pada aku.
'Aku sekarang kerja kat syarikat penerbitan,' kataku.
'Ko tak kahwin lagikan? Bukan ko playboy ke dulu?' Mansor mencelah. Aku sudah sedikit malu. Memang kebanyakan rakan-rakan sekolah aku sudah pun berkahwin. Entah sudah berpuluh kad kahwin aku terima dalam sedekad lepas. Adalah satu dua kali saja aku pergi.
'Hehe, belum lagi', aku sedikit tersipu-sipu. Mansor dan Amin belum habis mengenakan aku. Habis semua cerita lama diungkit termasuk cerita aku dan perempuan-perempuan yang pernah aku date.
'Sekarang playboy lagi ke Is?', tiba-tiba Bella menyampuk. Terdengar perbualan kami agaknya.
'Tak dah', aku jawab dengan penuh yakin. Betul. Hanya Rosa. Tiada lagi Mia.
Entah.
Mungkin masih ada Mia dalam hatiku.
Tapi aku sudah penat dengan drama orang-orang muda. Suka padaku tapi kahwin dengan orang lain. Ah, aku masih belum dapat memaafkannya.
Aku sambung berbual dengan rakan-rakan lama. Beralih dari satu meja ke meja lain. Gembira melihat yang sudah punya isteri dan anak-anak.
Mungkin tidak berapa lama lagi aku pula?
Teringat perbualan Rosa dan aku selepas majlis makan malam.
'I know you are going out with that girl, Mia', Rosa memulakan bicara. Aku senyap. 'But I don't care. I guess I always realize that you are always that way'.
Aku rasa Rosa sudah lama tahu. Mungkin itu sebabnya dia tidak pernah berkata cinta dengan aku. Aku masih diam.
'I tahu you sendiri pun tak sure apa yang you nak', sambung Rosa lagi.
'What do you want?' tanyaku. Rosa memandang jauh sebelum dia menjawab.
'I want you', katanya sambil mata kami bertemu.
Kemudian dia mengalihkan pandangan ke arah lain. Aku dan Rosa di tepi kolam renang ketika itu. Dewan banquet hanya di sebelahnya. Rosa duduk. Aku ikut duduk.
'I like you Harith,' Rosa sambung kembali. Pandangannya dilemparkan pada air kolam. 'I know we didn't have much of romance but that was because I don't want to get hurt'.
'And you are a career woman!' aku menambah.
'And because I am a career woman!' Rosa mengulang sambil ketawa kecil. 'This is me.'
Seorang lelaki keluar dari dewan banquet dan memandang kami. Rosa melambai padanya, tanda dia kenal.
'This is me,' ulang Rosa lagi. 'And I don't want to lose you now.'
'Okay,' aku balas seperti tidak berperasaan. Padahal aku kekok. Tidak tahu apa perlu aku kata. Tidak. Ini bukan Harith yang biasa. Kalau Harith yang biasa, sudah pasti madah cinta sudah keluar dari bibir ini. Tentang hati dan jiwaku yang terasa sama. Atau redah api atau ais atau bukit atau gunung ~ yang seangkatan dengannya..
'I know you are a good friend. You always do,' Rosa teruskan lagi kata-katanya. 'And I know you can be a good husband. But there are two things I want to know.' Rosa mengalih pandangannya padaku.
'Apa?' tanyaku.
'Can you be faithful to me?' tanyanya tegas.
Aku pula terdiam. Seolah tidak berani berjanji.
'I don't care you and the past. I know you were having multiples girlfriend at the same time. I just want to know the future,' sambungnya lagi.
Siapa bisa meramal masa depan?
'I think I will,' aku balas. Nadaku juga tegas. Kerana aku sendiri sudah penat dengan drama-drama orang muda. Suka padaku tapi berkahwin dengan orang lain. Ah, entah berapa kali aku fikir tentang hal ini, aku tidak tahu. Tapi aku tahu yang aku sudah tidak mahu itu semua.
'I'll take that', Rosa tersenyum. 'I don't expect you to change in a day.'
Panas terasa jiwaku bila Rosa tiba-tiba berani mengambil risiko terhadap aku. Aku rasa cintaku padanya semakin mendalam.
'Apa soalan kedua?' aku tanya.
'Were you serious bila you cakap fasal kahwin?' Rosa lemparkan soalan itu sambil matanya melirik padaku. Aku balas dengan senyuman.
'Ni apa senyum sorang-sorang ni?' teriak Damien. Lamunanku terhenti. Damien, rakan rapatku ketika di sekolah menengah.
'Ah, Damien!' aku balas dengan satu pelukan. Lama benar sudah tidak berjumpa dengannya. Kami berbual panjang sambil disertai Amin, Mansor dan Bella.
Poketku tiba-tiba bergetar. Mesej masuk. Aku buka dan baca.
'Just want to tell you that I miss you'. Dari Rosa.
1-92 Bunga cinta Rosa
Labels: Harith Ali
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 gossip (s):
Post a Comment