Aku belek-belek telefon bimbit. Aku baca semula sms kiriman Rosa siang tadi
'Hey dear, teman I keluar esok?'
Banyak sangat benda menyerabutkan yang berlaku di sekeliling aku semasa Rosa di Jepun. Dan aku tak bercerita satu apa pun lagi tentang hal-hal yang menyerabutkan itu. Aku tak mahu mengejutkan dia. Aku hanya sempat berbual dengan Rosa sekejap, sehari sebelum ke kawasan air terjun.
Dua hari di kawasan air terjun memang menyeronokkan. Di hari kedua, aku dan Suri mandi manda sampai lupa diri. hari pertama aku pengsan sebab mabuk darah dan banyak berehat di dalam chalet. Lepas kejadian pengsan, Pak Mat semakin ambil berat. Malunya bila diingat-ingat balik. Suri kata Pak Mat yang angkut aku sebab dia tak larat. Suri tu semua tak larat, bercakap aje yang larat agaknya. Tak semena-mena aku terus jadi glamour!
Pak Mat memang baik, untung anak-anak Pak Mat. Untung semua orang yang ada ayah, yang ada mak...
'ship jeom manjeomi ship jeom!,
ship jeom manjeomi ship jeom!'
Aku pandang telefon. Bahasa apa pulak ni? Sejak bila telefon ada ringtone bahasa pelik ni?
Takde orang lain dah dalam dunia ni yang suka buat benda-benda pelik kat telefon aku ni kalau bukan Suri!
Nama tidak terpapar di skrin. Yang muncul hanya nombor pelik seperti kod rahsia.
“Hello.” Aku bersuara, takut-takut.
“Lya, abang ni."
Aku kaget.
"Jangan letak telefon.”
“Err, tak. Tak letak. Tapi kenapa telefon jauh-jauh ni? Ada apa-apa masalah ke?” Hilang semua rasa marah dan geram yang bersarang dalam dada, diganti dengan rasa risau yang menjalar-jalar.
“I just can't focus on my work. Takut Lya marah lagi. Abang betul-betul mintak maaf..”
Sayu pulak mendengarnya. Inilah hati perempuan. Marahlah macamana pun, nanti mesti lembut juga.
“Erm, Lya pun nak mintak maaf. Entah kenapa perangai macam ni.”
“So, nanti bila abang balik kita leh start cari ayah Lya sama-sama ye?”
Aku terdiam 3 saat.
“Erm, sebenarnya..Lya..nak..bagitau…” Aku cakap lambat-lambat sambil berfikir kewajaran aku berterus terang.
“Lya bukannya nak sangat cari ayah. Tatau pun dia tu ada ke tak. Tak pernah kenal, tak pernah tahu. Hari tu entah kenapa terfikir konon macam nak cari ayah. Mungkin tu alasan je..sebab takut.”
“Takut apa?”
“Entah, takut kawin kot.”
“Aik? Takut kawin ke takut kawin ngan abang? Abang tak makan orang, betul! Abang makan nasik dengan telur mata dan kicap!” Terdengar Harley ketawa.
“Tu pun takut juga, nanti asik berebut telur mata” Aku ketawa kecil. Aku tahu Harley menyakat. Dia tak suka telur mata, tak pernah suka. Dia hanya makan telur putih dan tak akan sekali-kali makan telur kuning. Geli katanya.
“Taklah, takut sebab rasa macam tak sedia lagi.”
“Hai, bila dah jauh-jauh macam ni barulah nak berterus-terang. Baru la nak cakap banyak. Masa orang datang jumpa, susah betul nak bukak mulut Cik Lya kita sorang ni. Mulut muncung memanjang..macam cencurut!”
“Ish! mana ada muncung macam cencurut!” aku pertahankan diri. Sampai hati kata mulut aku muncung macam cencurut!
Aku hentikan tawa Harley dengan menyambung,
“Sorry kalau perangai macam budak-budak kebelakangan ni. Tapi Lya nak mintak tolong satu boleh?”
Belumpun Harley beri jawapan, aku sambung lagi,
“Jangan bangkitkan isu Lya tak suka abang call dan sms boleh? Bukan 'tak suka' lah, 'tak galakkan', kan lain maknanya tu. Kecik hati Lya bila abang tuduh macam tu.”
Suara Harley tak kedengaran. Harley kecil hati?
“Sian Lya bang, kecik dah hati ni sampai dah susut saiz. Tapi takpe, tetap comel.“ Aku tahan ketawa.
Harley ketawa kecil. “Sorry.. Abang geram hari tu. Geram sangat-sangat. Abang tetiba rasa cemburu.”
“Cemburu kat sapa pulak ni?”
“Entah, terasa macam Lya ada orang lain, sebab terasa macam Lya tak mau layan abang.”
“Mulalah tu merepek!” jantung aku berdegup kencang tiba-tiba.
“Bang, Lya nak sembang lagi tapi belum solat lagi ni, dah lewat. Kat sana pukul berapa sekarang?
"5.30 petang. Baru habis kuliah."
"Oklah, take care ye?"
"Take care jugak. Bye!"

~
Aku berteleku di atas sejadah, sambil terbayang wajah emak. Kenapa aku tidak boleh jadi wanita hebat macam mak? Emak, perempuan cekal yang tidak pernah sekalipun mengeluh membesarkan aku sendirian selepas ditinggalkan ayah. Emak, guru besar yang sangat dedikasi dan komited pada kerja hinggakan kesihatan diri terabai. Emak, yang tidak pernah sekalipun bercerita pasal ayah kerana tidak mahu aku berdendam kesumat. Wanita paling hebat di mata aku adalah emak. Sampai bila-bila pun.
Sampai bila bila pun.
Sampai bila bila pun.
0 gossip (s):
Post a Comment