1-86 Krismas Tanpa Santa Claus

Aku masuk ke bilik Kamal, menyerahkan laporan event semalam. Dia mengambilnya tanpa memandang wajahku, hanya tangannya yang bergerak mengarahkan aku duduk. Dia membaca beberapa ketika, menggunakan pen, dia membulatkan dan memangkah beberapa perenggan. Dia membelek beberapa kali, kemudian barulah memandang wajahku. Sebelum dia bersuara memberikan komen tentang laporan, mulutnya ternganga.

'Oh my god!. What happened to you?' Dia membulatkan matanya, menghasilkan beberapa lapis kerut di dahi, dia bangun serta merta menuju ke arahku.

Mata aku sembap kerana menangis semalaman, ada kesan luka di bibirku. Make-up yang aku pakai tidak mampu menyembunyikan semua itu. Aku cuba tersenyum, tetapi yang mampu terhasil hanyalah getar bibir sekejap.

Kamal duduk disebelahku, memegang wajahku, melihat mulutku. Aku mengaduh sakit. kepalaku pening, sebab tidak cukup tidur semalam.

'Cat fight eh?' Dia tersenyum padaku, memegang tanganku, dan menghadapkan aku kepadanya. Kami duduk bertentangan.

Aku hanya menangguk, malas hendak memberikan ulasan lanjut.

'Ermmm, laporan you okay, ada beberapa error kena betulkan. After you betulkan, you baliklah rumah. i bagi you cuti separuh hari. lagipun esok krismas kan. You celebrate?' Kamal memandang aku, ada risau dalam wajahnya.

Aku mengangguk lemah, suaraku seolah hilang.

'Thanks Kamal, i'll email you after i siapkan' Aku bangun dari kerusi, menuju ke pintu. Kembali ke mejaku, aku memegang kepala, terasa ingin pecah rasanya tempurungku. Aku minum air kosong dalam cawan yang memang sudah tersedia atas meja sebelah kanan. Kemudian, aku menghadap komputer di depan, dan mula membetulkan kesilapan yang dikesan Kamal. Lama aku mengerjakan kembali laporan itu, membaca kembali ayat, memastikan tiada kesalahan ejaan dan lain-lain. Puas hati aku emailkan pada Kamal, dan bersiap untuk pulang. Aku kenakan cermin mata hitam untuk lindungi mata yang sembap.

Aku berjalan keluar terus, lalu di depan ruang kerja Amelia. Dia tiada di situ, aku mengeluh perlahan. Dari pagi aku cari dia, tapi memanjang tiada. Aku teruskan langkah keluar bangunan.

------------------------

Sampai di rumah. Kosong dan Sunyi.

Aku tukar pakaian, dan ke ruang tamu. Semua kaca dan sisa makanan semalam yang aku sepahkan aku kemas kembali, menyapu semula lantai, mop lantai sampai semua bau makaroni basi semalam hilang. Aihh, ini yang susahnya dalam marah dan kecewa. Bila terpaksa mengemas balik, kan dah menyesal. Aku mengeluh keras, peluh menitik di dahiku aku kesat dengan tangan. Rambut perang ku aku ikat kemas jadi tocang.

Selesai semuanya aku duduk berehat di sofa. Peristiwa malam semalam mengimbas kembali fikiran. Erik oh Erik, kenapa? Aku masih tidak dapat panggilan darinya, Suzie juga masih belum telefon untuk memaki aku. Semua orang senyap, membuatkan aku lagi tertekan.

Pintu diketuk, aku malas-malas bangun. Mungkin Harith agaknya, semalam dia begitu bimbangkan aku. terharu pula rasanya. tetapi yang tercongok di depan pintu ialah Amelia. Dia membawa pokok krismas setinggi pinggang. tercungap-cungap nafasnya. Tangannya yang sebelah lagi memegang berbungkus-bungkus beg plastik. Dia memberikan beg plastik di tangannya kepadaku, sambil cuba mengimbangkan badannya dengan berat pokok krismas sederhana besarnya itu.

'Hey, Christmas is coming. Lets celebrate!' katanya riang sambil masuk ke rumah. Diheretnya pokok krismas itu ke ruang tamu. Aku tidak sempat berkata apa-apa, hanya mengikutnya dari belakang, tetapi aku lega sebenarnya. Ada juga orang bersama ku menyambut Krismas.

Amelia menghempaskan punggung ke atas sofa, menanggalkan jaket dan mengipas-ngipas muka dengan kertas akhbar.

'Mana you pergi? I cari you tadi di office' aku tanyakan padanya dari dapur, barang-barang yang dibelinya aku letak atas meja dapur. Kemudian bergerak ke ruang tamu, membawa segelas fresh orange untuk Amelia. Aku halakan padanya gelas itu dan dia mengambil pantas, meneguk beberapa kali kelegaan.

'I pergi shopping Christmas la, i cuti hari nie tak sempat beritahu you semalam. You asyik nangis jer, tak sempat nak cakap apa-apa' Katanya tersengih memandangku, ada nada memerli dalam katanya. Aku mencubit pahanya, mengaduh kesakitan dia. Memang malam semalam selepas Harith pergi, aku telefon Amelia, cuba bercerita tetapi yang banyaknya tangisan yang ada.

'What's your plan for Christmas?' Katanya.

'Nothing special. Makan,minum dan lepak-lepak. You?' soalku balik.

'Samalah, i beli barang-barang untuk di masak dan diminum' jawabnya. Dia bermain-main dengan anak rambut.

Amelia mengambil sesuatu dari begnya, dan mencampaknya kepadaku.

'For you. Merry Christmas!' Ujarnya penuh semangat.Matanya bersinar-sinar,

'Hei, we are suppose to exchange gifts tomorrow morning' Katanku, sambil memegang kotak kecil berbungkus kertas biru laut dan bereben putih itu. Aku goncang-goncang, ada bunyi. Berat nampaknya.

'Urghhhh, i hate traditions. And it just a gift. Santa clause can kiss my ass!' Dia gelak besar. Aku gelak kuat juga. Aku koyak pembalut hadiah dan buka kotak. ada kerongsang emas putih berbentuk hati, di tengahnya ada permata nilam biru. Aku memandang Amelia, terharu.

'Thanks. I love it' Pujiku dan aku bangun menuju ke cermin sambil menggayakan kerongsang di bahuku. boleh dipakai untuk event mana-mana, fikirku.

'Welcome, and mine?' Tanpa malu dia bersuara meminta hadiah untuknya. Aku tergelak kuat, perempuan ini memang jenis gelogoh. Aku masuk ke dalam bilik dan mengambil hadiah yang sudah berbalut kemas. Aku berikan pada Amelia, mukanya seronok sekali. Dibuka pembalut hadiah gelojoh. Dan dia ternganga besar. Ditanganya ada senaskah karya Harumi Murakami special edition berserta tandatangan Murakami.

'Whoaaaa, this is great! How the hell did you get Murakami's autograph?' Mukanya kehairanan, dia masih tidak percaya. Buku itu dirapatkan ke dadanya.

' I asked my father to get it. He's a diplomat in Japan, working at US Embassy' Aku jelaskan, memang pun ayah masih di Jepun, cuma aku selepas membesar di sini, enggan pulang ke Amerika mahupun mengikut ayah ke jepun. Aku selesa di sini, semua yang aku kenal dan sayang ada di negara ini.

'Thank you very much. This is my favorite present ever' Dia memelukku kuat. Aku gelak sekali lagi, mudah benar memuaskan hati Amelia.

Selepas itu, kami sibuk menghias rumah. Pokok krismas yang dibawa Amelia dihias cantik dengan hiasan ornament berwarna warni. Di atas puncak pokok, aku letakkan patung engel bersayap yang memegang tongkat berbintang sakti. Putih warnanya dan dia menghadap ke luar balkoni. Selesai menghias pokok krismas, kami ke dapur untuk memasak makan malam. Walau hati aku resah dengan kisah Erik dan Suzie, aku gembira dengan Amelia malam ini, sekurangnya waktu perayaan begini, aku tidak berseorangan.

Ada pintu dibuka. Amelia memandangku kehairanan, aku senyum, menggerakkan bibir mengucapkan nama Erik tanpa suara. Dia membulatkan mata dan memuncungkan mulut. Gelak kecil aku dibuatnya. Aku mengesat tangan di tuala putih, dan pergi ke ruang tamu. Di situ Erik berdiri,wajahnya pucat, matanya pun sembap seperti aku. Dia tersenyum tawar melihatku.

Aku berjalan ke arahnya, dan pipinya aku kucup perlahan. Dia memeluk aku erat. Amelia masih di dapur.

ahemm..tiba-tiba kedengaran bunyi suara orang dari belakang. Aku cepat-cepat lepaskan pelukan dan memegang tangan Erik. Di belakang, Amelia dengan memakai apron dan senduk di tangan kanan tersengih memandang aku dan Erik.

'Erik, ini Amelia, kawan i' Aku memperkenalkan mereka berdua. Erik hanya tersenyum dan melambaikan tangan.

'Hai..' Amelia membalas lambaian Erik. Kemudian pantas-pantas dia berlari semula masuk ke dapur, selepas aku menjengilkan mata dan membuat isyarat supaya dia beredar.

'Am sorry, i thought you never come. I just need a friend' Aku jelaskan pada Erik perlahan. Aku pegang wajahnya. Dia cuma diam. Erik memegang tanganku dan mengajak aku ke balkoni rumah.

Sampai sahaj di balkoni dia keluarkan kotak rokok dan lighter. Dikeluarkan sebatang rokok dari kotaknya dan menyalakan dengan lighter, dia menghisap dalam-dalam dan memandang jauh ke arah tasik. Aku bersandar pada bahunya.

'I tak boleh lama di sini. eloklah you ada kawan di sini malam nie' Dia bersuara sambil mengeluh perlahan.

'Suzie?' soalku, walau aku sudah tahu jawapannya. Entah mengapa, ada rasa cemburu yang menjalar ke seluruh badanku. Aku angkat kepalaku dari bahuku, dan menjauhkan diri sedikit dari Erik. Membelakangi dia. Tangan gagahnya menarik aku masuk ke dalam pelukannya. Disandarkan kepalanya ke bahuku, nafasnya terasa dekat sekali.

'Jangan begini, you tahu i terpaksa. I'm sorry' Dia meminta maaf perlahan, dia mencium lembut bahuku. Jambangnya mencucuk ke kulit aku, aku kegelian.

'No, i am sorry. i patut faham. Dia isteri you' Aku terasa ada nafas terhenti bila aku sebut ayat itu. Aku memandang ke tasik, hanya gelap dalam kilauan cahaya bandar yang terang benderang malam itu. Erik masih memelukku erat. Aku rasa lelaki ini menanggung beban yang sangat berat, dan memelukku meringankan bebannya.

Malam masih meriah, dari jauh kedengaran lagu krismas yang dipasang, remang cahaya dari bandar bersinar terang walau makin menghampiri Rumah No. 54, cahanya makin ditelan gelap tasik. Amelia masih ada di dapur, memasak sambil sesekali dia menyanyi kecil.

Erik menghulurkan kotak baldu hitam ke arahku. Aku berpaling ke arahnya, tersenyum lebar. Ingat juga dia. Aku cium mulutnya, kemudian membuka kotak baldu hitam itu. Di dalamnya ada seutas rantai platinum Cartier disertakan dengan sebutir berlian putih. Aku pandang Erik, tidak percaya, Erik tersenyum manis. Aku peluk dia.

'Thank you!' Aku menjerit kegembiraan. Dan aku angkat kepala daripada bahunya dan memandangnya, dia masih memelukku.

'For you, my love, anything' Dia bersuara lembut, sebelum mengambil rantai itu dan menyuruh aku berpusing, diangkatnya rambutku yang berselerak di belakang leher dan memakaikan rantai itu. Tangan kiriku memegang berlian yang menyentuh leher, tangan kananku memegang dada yang semakin berdebar kencang.

Dia memusingkan aku ke arahnya. memandang aku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Ada cinta membara dalam mata lelaki ini, dan aku rasa akulah wanita paling bertuah dalam dunia malam ini.

Dia pegang wajah aku, melurutkan tangannya ke pipiku, ke mulutku dan akhirnya ke leherku sebelum jatuh ke berlian di atas dada. Dia dekatkan diri dengan badanku dan dipeluknya erat. Seolah tidak mau dilepaskan. Handphone berbunyi dari kotnya. Dia lepaskan pelukan dan capai handphone, dia melihat aku, memegang wajahku dan menciumku di dahi.

'I love you' ujarnya semasa mencium dahiku. Sebelum cepat dia beredar ke arah pintu dan berlalu pergi. Aku tergamam di situ, aku lihat dari atas,Erik keluar bangunan dan menjawab telefon sambil menuju ke kereta. Dia memandang aku yang masih berada dibalkoni dan melambaikan tangan sebelum masuk ke dalam kereta dan memecut laju.

Erik sudah pergi, sekali lagi malam ini, balik ke rumah perempuan yang punya hak ke atasnya. Aku memegang erat geriji balkoni, tangan kananku memegang rantai berlian yang diberikannya dan ku kucup perlahan. Malam makin lewat, tapi malam krismas itu, meriahnya makin terasa, cuma aku di sini, masih sendiri, melihat Erik berlalu pergi, walau yang kelihatan cuma lampu-lampu bangunan di depan rumah no 54.

Amelia datang ke sebelah ku di balkoni.

' Masa kita zaman budak-budak, kita percaya santa claus wujud, tapi makin membesar kita lepaskan kepercayaan itu kan' Suaranya lembut berbicara. Kami sama-sama memandang ke depan, sama-sama mencari santa claus dan rusa-rusanya berterbangan di langit. Mahu terus percaya kepada angan kanak-kanak.

'Begitu juga cinta, perlu tahu bila masanya untuk lepaskan pergi. Macam krismas tanpa santa claus, hidup tanpa cinta pun, tidaklah teruk sangat, aku rasa'. Amelia menyambung lagi, dan sepi memenuhi ruang antara pokok krismas, berlian di dada dan cinta di jiwaku. Ada air mata yang menitis perlahan.










0 gossip (s):