1-75 IQ


‘Bitch!’ Aku berkata kuat sewaktu duduk di hadapan Amelia. Orang di meja sekeliling memandangku seketika, tersenyum sumbing, kemudian kembali menghadap makanan masing-masing. Aku sedang menahan marah, dadaku berombak kencang. Rasa tidak puas hati dalam dada menggasak untuk keluar dalam bentuk kata dan perkataan. Sudahlah pening kepala kerana mabuk semalam belum hilang, ditambah lagi dengan kejadian dalam bilik meting pagi tadi buat aku jadi gila.


‘IQ’ jawab Amelia ringkas.


‘IQ?’ aku tidak faham. Janganlah Amelia hendak buat lawak saat ini. Nanti ada pinggan dan tray yang terbang dalam kafe Chick! ini.


Dia minum air kosong dari gelas. Meletakkan kembali gelas atas meja.


‘Ice Queen , IQ’ ujarnya menerangkan.


‘Exactly, The Ice Queen from Hell. Ironic!’ Aku cepat bersetuju. Nasi goreng di depanku, aku kacau perlahan, hanya satu suap yang aku daya telan. Aku hilang mood.


‘I mean, she asked for opinions, nobody gave her one, so i thought i gave her mine’ aku mulakan bicara. Amelia mendengar teliti. Mee goreng dalam pinggannya sudah licin dimakannya.


‘And then, she was liked..’ aku cuba menyusun kata. Rasa marah dan malu masih mengekang aku untuk lancar berbicara.


‘Who the hell that you think you are? Giving me your rubbish opinions’ Aku mengajuk cara Miss Wirda bercakap, tangan kanan mencekak pingang dan tangan kiri memegang sudu yang terayun ke udara.


‘Hehehe’ Amelia ketawa kecil.


‘She asked for opinions, i give her one, and why she’s acted like that?!’ aku tidak faham. Suasana dalam meting pagi tadi muncul kembali. Ketika Miss Wirda marah aku, aku dapat lihat muka orang lain sedang menahan ketawa dalam ketakutan. Seronok agaknya melihat aku kena marah.


‘Tips, if she asked for opinion, just shut up. But if she asked for ideas, tell her what you think’ Amelia tersenyum, kembali memegang gelas, dan meneguknya sampai habis.


‘But why? What the differences? Ideas? Opinions? ‘ Aku keliru tidak faham. Nampaknya aku perlu lebih belajar cara Chick! berfungsi. Ada peraturan yang tidak tertulis yang perlu difahami.


‘We do it that way, and that is how it is. The same as the sun rising in the east and setting in the west’ Amelia berkata, sambil tersengih.


‘And now you are quoting Murakami!’ Aku terkejut. Bagaimana wanita penyambut tetamu ini boleh jadi bijak sampai menuturkan kata-kata novelis terkenal. Dalam keadaan aku marah ini, Amelia menceriakan aku, ada akhirnya orang dalam Chick! yang manusia.


‘Well, He’s one of my favourite’ dia tersenyum lebar.


‘You’re weird’ Aku dakwa. Membulatkan mata sekilas padanya dan kembali menatap pinggan yang masih penuh terisi. Menyuapkan dua suap nasi goreng. Tidak aku habiskan semuanya, selera aku sudah hilang, agaknya ditelan Miss Wirda, Si Ratu Ais.




‘Ermm, just because I’m a receptionist, and pretty, not to forget fabulous, that doesn’t makes me a bimbo. I do have certain qualities you know.’ Sekali lagi dia tersenyum lebar.


Apa kena wanita ini dengan senyum lebar?


‘Couldn’t agree more.’ Aku terpaksa bersetuju. Angkat gelas dan minum air kosong. Tekakku terasa perit. Dahaga sangatkah atau amarah dalam jiwa panas membara sehingga mengeringkan tekak.



`


Aku menapak laju, tengah bulan begini, elaun dari ibu belum masuk, cukup-cukup untuk bayar sewa dan makan. Terpaksa naik bas yang penuh dengan manusia-manusia busuk. Sampai di depan Rumah No. 54 aku berhenti sebentar, lepaskan lelah, memandang tasik dan tersenyum. Bulan, langit, tasik, alam selalu mendamaikan aku. Entah mengapa.


Aku hembus nafas keras, terbayang-bayang lagi muka Miss Wirda yang naik hantu pagi tadi, dan muka orang lain yang asyik tersenyum sumbing melihatku sepanjang hari. Cepat-cepat aku membuang semua mimpi ngeri itu dari memori.Kalau di ikutkan rasa marah, mahu sahaja aku menumbuk muka Miss Wirda ketika itu. Psiko punya perempuan. Aku lihat jam tangan, sudah jam 7 petang. Rumah No 54 masih sunyi, ground floor dan tingkat empat tidak Nampak ada bayangan manusia dari luar, Cuma rumah Harith yang menyala lampunya. Aku teringatkan Odelia. Aduh, agak kurang ajar aku malam semalam, nampaknya perlu cari masa untuk minta maaf. Sudah banyak drama dalam hidupku, aku tidak perlu satu drama lagi dengan Odelia.


Aku menaiki tangga dan membuka pintu. Ada sepasang kasut hitam lelaki di kawasan meletak kasut, dan blazer hitam stripe di sofa. Erik! sudah jadi rutin dia meletakkan kasut dan blazer nya di situ. Aku angkat blazernya dan sangkut di kayu penyangkut kot dan blazer di tepi pintu. Aku masuk bilik dan Nampak dia sedang tidur di atas katil. Nyenyak sekali. Aku dekatinya dan perlahan-lahan pegang rambutnya. Tidak mahu kejutkan dia. Aku cium dahinya mesra. Aku rasa nyaman dalam jiwa. Miss wirda dan Chick! hilang terus daripada ingatan. Aku tersenyum, duduk di sampingnya dan memandang wajah lelaki itu sungguh-sungguh. Sungguh, aku cintakan lelaki ini. Tidak berjumpa beberapa hari sahaja, sudah buat aku jadi tidak keruan.


Tidak lama aku duduk , aku masuk ke bilik air dan mandi,selepas itu memakai seluar trek dan t shirt warna pink dan menuju ke dapur. Aku mahu masak makan malam, nanti Erik bangun sudah tentu dia lapar. Rambutku yang separas bahu itu aku ikat tocang satu.


Aku keluarkan ayam dari peti ais dan masukkan dalam microwave untuk defrost. Aku mahu masak gulai ayam putih, kegemarannya. Bawang merah, serai dan kentang aku keluarkan dari cabinet dapur dan mula mengupas. Selesai kupasan, aku basuh semuanya, kentang aku potong dadu, bawang merah, putih dan serai aku mayang halus-halus.


Aku basuh ayam yang sudah nyahbeku dan buang kulit dan lemaknya. Selepas itu aku mula mereneh semuanya bersama santan. Kangkung juga aku keluarkan dari peti ais dan mula menggorengnya ringkas. Beras sudah awal-awal aku tanak. Cuma menunggu masa masak.


Aku rasa ada tangan kasar yang memeluk aku dari belakang. Aku ketawa kegelian.


‘Hi sayang. You masak apa nie?’ Soal Erik lembut, mukanya begitu dekat dengan pipiku, cuba menjeguk masakan di atas dapur.


‘Your favourite la’ Aku balas sambil tersenyum.


‘Ni I saying you nie’ Dia mencium pipiku mesra.


‘Pergi mandi dululah, nanti lepas mandi, kita makan’


‘Ok’ jawabnya ringkas sebelum bergerak kembali ke dalam bilik tidur dan bersiap untuk mandi.


Ada perasaan yang berbunga-bunga muncul dalam diri ku. Inikah bahagia?


Aku teruskan memasak, aroma wangi mula muncul. Dari arah bilik tidur, ada bunyi shower yang kedengaran. Rintik-rintik air yang jatuh disela selikan dengan suara Erik yang menyanyi kecil cukup mengamankan.


Inikah damai hidup berpasangan?


Aku atur pinggan dan gelas di atas meja makan. Satu jag air oren aku letakkan disamping semangkuk gulai ayam putih, semangkuk kangkung goreng dan nasi putih yang sudah sedia terhidang.


‘Wah..sedapnya’ Erik bersuara dari jauh. Dia sudah siap mandi. Dengan seluar pendek paras paha dan t shirt putih dia menuju ke meja makan.


Dia bersungguh-sungguh makan, begitu juga aku. Kami berborak kecil tentang kerja dan aku ceritakan tentang Miss Wirda, gelak besar dia. Aduh, gelak Erik umpama nyanyian ibu. Menenangkan.


Selesai makan, aku kemaskan meja makan dan membasuh pinggan dan peralatan memasak di sinki. Erik ke balkoni menghisap rokok.


Kemudian dia duduk di sofa dan menonton television. Aku duduk disampingkan, diangkat tangan kanannya merapatkan tubuhku pada tubuhnya.Hangat.


Kami tidak bercakap, masing-masing menonton television. Tetapi situasi itu tidak menjanggalkan, ada keselesaan dalam diam. Aku letakkan kepalaku di atas dada bidangnya. Aku pegang tangan kirinya dan kucup, dia pun kucup ubun-ubun kepalaku.


Aku bahagia. Salahkah kalau aku mahukan semua ini selamanya?


Aku balik kerja ada orang menunggu di rumah, atau aku yang menunggu dia. Memasak, dan sama-sama makan malam, dan hanya berehat-rehat menonton television atau duduk bercakap semua perkara, tanpa sembunyi.


Antara sahabat karib dan kekasih hati? aku tidak pernah mahu memilih, tetapi kalau terpaksa, aku sudah tahu siapa yang akan jadi pilihan.


Hangat malam ini taktala kami membina cinta tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata.


Apa kau sanggup melepaskan syurga kerana perasaan bersalah?

0 gossip (s):