'Cantik, daun-daun maple berguguran. Romantik sangat!'
Aku tersenyum sambil menolak troli. Tenang sedikit bila lihat Rosa melambai-lambai dari balai ketibaan tadi.
'Bagus jugak you datang. Pak Cik Malik tak available pula. Ayah suruh dia pickup client', terang Rosa. Aku masih tersenyum. Seperti tidak tahu hendak membalas apa.
Sekali sekala terdengar pengumuman dari pembesar suara. Banyak orang di lapangan terbang seperti biasa. Sekumpulan pelancong dari Jepun melintas di depan kami. Agaknya satu kapal terbang dengan Rosa.
Aku memandu Rosa ke rumahnya. Jarang-jarang aku bercakap. Sepatah ditanya, sepatah aku jawab. Lebam di muka tidak kelihatan sangat. Mujur. Ada juga Rosa tegur. Aku beritahu aku terhantuk di dinding. Dia terima saja. Walaupun seperti tidak percaya. Tapi aku memang pernah tidur berjalan. Itu aku tahu dari keluargaku. Itu juga Rosa tahu. Mungkin dia anggap itu puncanya. Baguslah.
'Straight to your house?' tanyaku. Soalan kedua aku sejak dia sampai. Soalan pertama aku tadi ketika dia sampai 'how was Kyoto?'. Kemudian dia tidak henti bercerita.
'Jom pergi minum dulu', kata Rosa. Jawapan yang sudah aku jangka. 'Ah, tak! Jom singgah rumah you', tiba-tiba dia berubah fikiran.
'Nak buat apa?' tanyaku.
'Odelia', jawabnya ringkas. 'I miss her!'
Sudah BFF betul mereka berdua ini. Tapi baguslah. Entah apa terjadi sejak Harley muncul hari itu. Tapi tiada bunyi tangisan dari tingkat Odelia, itu sudah cukup bagus. Aku sudah tawar hati untuk ambil tahu tentang Odelia. Kalau dia tidak mahu bercerita, malaslah aku menyibuk.
Rosa bercerita lagi fasal pengalamannya di Jepun, tentang tradisi minum teh dan ikebana. Katanya ada teh hijau Jepun yang dia mahu aku buat sementara dia berbual dengan Odelia. Maksudnya aku tidaklah perlu buat awal-awal pun. Kalau mereka berdua berbual, entah berapa lama..
Aku tersenyum. Sebelum otakku tiba-tiba teringat akan Mia. Ah, aku keliru!
1-53 Senyum
Labels: Harith Ali
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 gossip (s):
Post a Comment