1-71 Everyone Deserves to Be Happy


Selepas aku selesaikan soal seterika Harith, aku kembali ke rumah. Membancuh kopi pekat dan membaringkan diri di kerusi malas balkoni. Aku capai ‘Norwegian Wood’ dan mula membaca, aku selalu begini. Saat-saat resah dan perlu bersendiri, hanya secawan kopi dan novel yang bagus cukup untuk membuatkan aku berfikir. Membaca baris demi baris kisah cinta yang tragis ini, fikiranku mula berfikir.

Sampai bab lima, aku tutup buku dan hirup kopi panas sedikit. Aku teringatkan Erik, lelaki yang tidak sengaja aku cintai. Mulanya hanya perkenalan sewaktu majlis perkahwinan dia dan Suzie dan akhirnya berlarutan ke acara minum kopi bersama, kemudiannya kami sama-sama jatuh cinta. Tiada perancangan dan tiada motif tersembunyi. Melukakan Suzie adalah perkara terakhir yang aku mahu lakukan.

Malam sunyi sekali, hanya sesekali terdengar riuh rendah remaja daripada arah tasik, menghabiskan malam minggu berseronok bersama kawan-kawan sudah lama aku tinggalkan. Dan aku rasa sedikit sunyi, alangkah bagusnya kalau Erik ada di sini. atau seseorang. Kisah Erik terlalu berat untuk aku fikirkan bersendiri.

Pintu tiba-tiba diketuk. Erik? Ahh..tidak mungkin kerana dia punya kunci, tidak perlu mengetuk pintu. Aku membiarkan sahaja, malas sebenarnya hendak melayan. Ketukan makin kuat, ada suara yang memanggil. Suara yang aku kenal. Amelia?

Aku bangun dan membuka pintu. Di pintu, Amelia tersenyum memandangku. Ada sekarton beer di tanggan kanan dan makanan ringan di tangan kiri.

‘Hi, Aku rasa kau perlukan teman’ katanya dan tanpa banyak soal meluru masuk ke dalam. Dia buat macam rumah sendiri.

‘Bagaimana kau tahu rumah aku?’ Aku soal padanya dan terus menutup pintu.

‘Aku cari di office’ balasnya ringkas.

‘Jangan bimbang, i’m not a stalker. Just thought you need someone’ Dia jelaskan, dan menuju ke balkoni rumah dan duduk di situ. Dia ambil buku yang aku sedang baca tadi.

‘Haruki Murakami. Nice choice’ Dia komen sendiri.

Aku duduk di sampinya di balkoni. Tenang sedikit ada Amelia walau aku hanya kenal dia beberapa hari. Wanita muda ini sebenarnya cukup memahami, walau kadang kala sedikit lantang.

‘Beer?’ Dia bertanya dan mencampakkan sebotol warna hijau ke arahku. Aku menyambut, dan membuka, meneguk sedikit.

‘ Bosan seorang di rumah, aku datang sini’ dia mulakan bicara.

‘I’m glad you datang. I rasa nak berseorang, tapi ada teman bukanlah teruk sangat pun’ Aku tersenyum pandang dia.

‘So, tell me what’s wrong? Lately you seem lost’ Dia bertanya.

Aku diam. Memandang langit malam yang tiada awan malam ini. Bintang-bintang jelas kelihatan, bulan pun bersinar terang. Melihat bulan mengingatkan aku pada Erik.

‘Put it simple, I have an affair with my best friend’s husband’ Aku memberitahu jelas. Perkataan ‘affair’ itu sangat sukar ditelan. Mendengarnya keluar dari mulut sendiri pun, aku rasa jijik.

‘Slut!’ Hanya satu kata keluar dari mulutnya. Dia meneguk beer sedikit dan meratah kacang yang dibawanya.

‘Well, I’ll take that as a compliment’ aku bersetuju dan ketawa kecil. Dia juga ketawa.

‘Is it wrong to fall in love with him?’ Aku menyoalnya selepas masing-masing diam lama.

‘Am not going to judge you’ dia ketawa kecil

‘Hey, u called me a slut. Remember?’ aku membulatkan mata. Dia ketawa besar.

‘But, seriously. Is it wrong? Amoral ?’ aku bertanya sekali lagi.

Dia mengeluh panjang, membetulkan baring, meneguk beberapa teguk beer lagi. Dikeluarkan rokok Pall Mall hijau dan menyalakan sebatang.

Dia menyedut dalam rokok dan hembuskan dengan sekali hembus.

‘Can’t say that. Everyone seeks happiness. Mungkin cara dan jalannya berbeza...’ Dia berhenti sebentar.

‘But?’ soalku kepada ayatnya yang tergantung.

‘But everyone deserves to be happy, to have a happy ending in the end. Maybe it’s a mistake. But are you happy?’ dia menuturkannya sekali nafas, memandangku dalam, kemudian mengalihkan pandangan ke arah tasik yang semakin memekat gelapnya.

Aku biarkan soalnya tidak berjawab.

Soal hati dan perasaan bukan mudah, bukan?

0 gossip (s):