Aku menggulung wayar iron kemas-kemas, letakkan di atas meja makan.
‘Nantilah lepas balik kerja pulangkan’ aku berfikir. Iron yang aku pinjam daripada Harith di tingkat lima sebentar tadi. Sempat juga berkenalan dan berbual ringkas. Aku cuba juga ketuk pintu tingkat empat tetapi tidak berjawab. Akhirnya merangkak naik ke tingkat lima berjumpa Harith mahu meminjam iron, entah apa hal nya iron aku rosak pula.
Aku menghadap cermin bersaiz besar, membetulkan rambut yang aku sengaja lepaskan tidak berikat. Dress bunga-bunga warna merah hati ala gaya bohemian dipadankan dengan belt hitam menutup pinggang, cukuplah ala kadar pakaian hari ini. Entah-entah hanya menjadi tea lady juga hari ini. Aku mengeluh perlahan.
Di dapur, toaster berbunyi menandakan roti sudah siap dibakar, aku sapukan mentega dan jem kemudian menyuapkannya ke mulut. Kopi panas pekat aku hirup perlahan. Jam baru 7.00 pagi, masih sempat untuk duduk bersarapan. Dengan roti di mulut dan gelas kopi di tangan kanan aku bergerak ke balkoni. Pagi ini mendamaikan. Tasik kecil di depan rumah tenang sekali, sesekali ada sekawan burung terbang melintasi tasik. Pokok-pokok Maple yang ditanam sepanjang tasik sudah berubah warna. Tanda musim panas sudah hampir berakhir. Sekumpulan pelajar sekolah menengah dengan uniform masing-masing lalu melintas jambatan merentangi tasik untuk ke seberang. Aku menarifk nafas dalam-dalam, kemudian menghembusnya perlahan. Roti sudah selamat masuk ke dalam perut, aku hirup sedikit demi sedikit kopi yang masih berbaki.
Lagu ‘Yesterday yes a day’ nyanyian Jane Birkin berkumandang dari hi fi yang aku pasang. Aku ikut menyanyi perlahan. Cuba mencari mood pagi-pagi begini.
Yesterday// yes a day//Like any day//Alone again for everyday//Seemed the sad way//to pass the day//living my life without him//Don’t let him go he’s found my shadow//don’t let him go
Dari balkoni tingkat tiga itu, angin bertiup perlahan, matahari mula memancarkan sinar, bunyi burung berkicau dan daun berdesir cukup mendamaikan. Aku pandang ke bawah, lelaki ground floor juga sedang duduk di balkoni. Dia memandang ke atas, aku senyum, dia pun senyum.
Aku melambaikan tangan
‘Morning! Nice weather eh’ aku menjerit perlahan.
‘Morning! nice weather to start a fresh day’ Dia membalas, kemudian tersenyum manis.
‘Got to go. See you later’ aku ringkas berbahasa.
‘Yeah, see you later’
Aku masuk ke dalam, bersiap untuk keluar. Boot paras lutut warna coklat aku pakai, hati-hati supaya tidak lagi tersilap pakai kasut berlainan warna. Haru nanti jadinya kalau dua hari berturut-turut lewat dan jadi macam badut.
Aku siap-siap hendak mengunci pintu, bila blackberry berbunyi.
‘Hello suzie’ Riang suaraku mendengar suara kawan karib yang hampir sebulan tidak bertemu dan berhubung.
‘Zanna, i need to see you’ Suara Suzie tengang. Ada esak yang dia tahan.
‘What happened dear?’ aku perlahankan suara. hati aku berdegup kencang.
‘Can we meet? for a lunch today’ soalan ku tidak berjawab
‘Sure. same place. same time’ aku bersetuju.
‘Great. See you there’ Dia menjawab sebelum talian dimatikan.
Aku bergerak turun ke bawah. Hati masih berdegup kencang.
Lelaki ground floor sudah masuk kedalam. aku menunggu beberapa ketika sebelum teksi muncul. aku tahan dan naik. Fikiranku menerawang berfikir pelbagai kebarangkalian.
Apa yang berlaku?
Suzie sudah tahukah?

0 gossip (s):
Post a Comment