1-77 Surat untuk Elijah Darcy

Love,


Saya minta maaf. Saya tak dapat meneruskan semua ini lagi. Saya tak mahu tipu awak, Elijah. Saya tak mampu tipu diri sendiri. Untuk awak mencintai saya, itu satu kesilapan besar. Untuk awak mengahwini saya, itu satu kesilapan besar. It should never have happened. Semuanya salah saya. Saya yang cintakan awak balik. Saya yang menerima lamaran awak. Saya yang salah. You should have never love me.


I don’t love you.


I love Harith, still.


Saya sudah pergi jauh. Saya perlu jauhkan diri dari awak, Elijah. I will only hurt you. You don’t deserve that. And I don’t deserve you and your love. Tolong jangan cari saya. Biar saya sendiri yang kembali nanti.


I’m truly sorry, Elijah. Goodbye.


-Mia-


Aku terduduk di tangga. Betapa sakitnya hatiku! Serasa dihimpit dinding pejal dari segenap arah. Serasa dicampak ke angkasa yang vakum dan aku terkapar menunggu maut tanpa nafas. Betapa remuk hatiku! Seperti kaca yang dihempas ke lantai dan dihempas lagi. Seperti dikoyakkan jadi cebisan kecil tanpa bentuk lagi. Terlalu berat dan sesak hatiku ini. Nafasku jadi tercungap-cungap. Mataku berpinar-pinar.


Mia. Mia. Mia. MIA!!!!


Bagaimanakah rasa perasaan ini? Ditinggalkan isteri? Mengetahui bahawa dia lebih mencintai orang lain? Bahawa dia tak mencintai aku sebenarnya? Bahawa dia pergi bersama cintaku yang satu-satunya?


Mia. Mia. MIA! MIA!!!!


Aku yang begitu malang. Aku yang begitu kasihan. Aku yang terlalu bodoh.


Airmataku pecah jadi butir-butir yang memercik ke pipi. Aku tahan diri. Aku cuba bertenang. Di tanganku masih ada surat itu. Surat dari Mia. Mia yang meninggalkan aku.


Ini bukan mimpi. Ini igauan ngeri!


MIA! MIA! MIA! MIA!!!!


“Elijah, I’m sorry...” kata Awin itu tak habis. Tergantung ia dalam senyap yang lama. Awin yang memberikan aku surat itu tadi. Waktu itu aku baru turun dari tingkat atas, mencari Mia. Fikirku, mungkin Mia ada di Bookaholic. Hanya ada Awin di situ. Dia tercegat di hadapan pintu masuk Bookaholic yang masih bergril. Tiada Mia. Ada resah di wajah Awin. Ada rasa bersalah. Lalu dia hulurkan surat bersampul biru kepadaku. Surat itu dari Mia. Tapi Mia tiada.


Surat itu aku baca. Aku menangis. Kerana Mia. Mia. Mia. MIA!!!! Awin kelihatan kekok berdepan dengan aku yang sedang menangis.


Ah, lelaki yang menangis? Jangan sekali-kali!


Bagaimana lagi harus aku rasa perasaan ini? Aku buang sisa airmata. Surat Mia itu aku simpan dalam kocek. Aku bangun.


“Elijah, pergi dapatkan Mia.... Kita cari dia.” Awin menarik tanganku.


Aku terus kaku di hujung anak tangga. “She said she doesn’t want to be found,” kataku pada Awin.

“Mia tu isteri Elijah!”

“She doesn’t love me.”

“Elijah cintakan Mia!”

“She doesn’t love me.” Aku ulang itu kepada Awin. Aku tarik tanganku. Lalu aku melangkah pergi.


Tinggalkan Bookaholic. Biarkan Mia pergi.


Mia kata dia akan kembali sendiri, kan?


Aku menangis lagi.

0 gossip (s):