Aku terlupa telefon bimbit dalam kereta! Lambat-lambat aku turun ke tingkat bawah. Malas. Penyakit cuai aku makin menjadi-jadi sejak kebelakangan ni. Terlupa purse, terlupa kunci, terlupa telefon bimbit, terlupa buku ringkasan mengajar dan apa apa lah lagi. Nasib baik kepala melekat kat badan, kalau tak, mesti bergelimpangan dah kat mana-mana.
Aku menuruni tangga lambat-lambat, malas-malas sambil mengeluh setiap 30 saat.
Tingkat tiga.
Zanna.
Langkah aku terhenti. Aku terkenangkan pertemuan pertama aku dan Zanna tempohari. Pertemuan pertama yang mengejutkan. Pertemuan pertama yang menyebabkan aku rasa takut, sedih dan terhina. Oh Tuhan, janganlah biarkan aku bertembung lagi dengan dia. Aku takut. Entah kenapa tapi aku jadi sangat takut.
Aku mengeluh kecil. Sekilas aku terpandang susuk Chloe di tangga menuju ke tingkat dua. Aku terus meluru kearah Chloe, kukucup hidungnya yang basah, kuusap dagunya. Tiada respon dari Chloe. Tidak mengiau. Tidak berdengkur tanda manja. Mungkin Chloe pun tak suka aku, sama macam Elijah.
Elijah. Di mana agaknya dia?
Sampai di tingkat dua, aku dengar suara manusia berteriak dari tingkat bawah. Kuat. Suara lelaki.
Elijah? Aku meluru turun, menuju ke pintu tingkat satu sambil jantung aku berdegup kencang. Kencang, sampaikan aku rasa dada tidak mampu menampungnya.
Sampai di pintu, aku dengar manusia yang sama berteriak. Penuh kesakitan, penuh kepedihan. Aku boleh rasa. Aku boleh rasa.
Aku menjengah ke pintu yang terbuka luas dan aku nampak dia.
“Elijah?“ Aku tergamam.
Elijah Amru Darcy. Tidak terurus. Dalam kesedihan. Dalam kesakitan. Sendirian.
Keadaan sekitar Elijah sangat berantakan. Tin-tin cat bergelimpangan. Ada cebisan-cebisan kertas yang berselerakan. Dan ada benda yang berkecai. Ya, telefon bimbit pemberian aku berkecai. Dan hati aku pecah berkecai, hancur bersepai-sepai seperti komponen-komponen telefon bimbit itu.
Buat kesekian kalinya kerana manusia bermata hijau ini, kelenjar air mata tak mampu aku kawal. Air mata tak mampu kubendung. Aku jadi lemah. Aku memang bodoh! Dan perlahan-lahan aku berpaling - mahu melangkah pergi, mahu larikan diri dari Elijah. Mungkin buat selama-lamanya. Cukuplah aku sakitkan hati aku sendiri. Aku mahu pergi dari sini!
“Odelia.... Jangan tinggalkan aku. Please....” Langkah aku terhenti. Pedih. Sakit.
Akal suruh aku tinggalkan Elijah. Dia bukan sesiapa dalam hidup aku. Aku bukan sesiapa dalam hidup dia. Aku akan sakitkan diri sendiri kalau aku tidak keluar dari sini sekarang!
Malangnya, hati dan badan aku tidak bersetuju dengan akal. Aku lemah. Aku bodoh. Chloe sudah lari keluar. Tapi aku? Aku masih di sini. Setia tak tentu hala. Setia entah pada siapa.
Aku pergi mendapatkan Elijah. Aku bodoh. Membiarkan Elijah menangis seperti anak kecil sambil berpaut pada lengan aku. Aku lemah. Aku biarkan Elijah menangis berselang seli dengan menyebut nama Mia tanpa henti. Aku bodoh.
Mia. Mia. Mia. Mia.
Mata hijaunya digenangi air mata.
"Menangislah puas-puas Elijah, nanti awak akan lega"
Dan aku turut menangis.
~
Elijah sudah tertidur. Penat menangis menyeru nama Mia beratus kali. Mungkin juga beribu kali. Mungkin berjuta kali. Entah, aku tak mahu kira.
Perlahan-lahan aku menuju ke sinki. Aku cuci pinggan-pinggan yang belum berbasuh. Aku lipat kain-kain yang bertimbun. Aku kemas cebis-cebis kertas yang berselerak.
Aku selimutkan Elijah.
“Elijah, saya tau awak kuat. Awak kena kuat semangat.” Aku bisik pada Elijah. Aku tahu dia tidak boleh dengar. Aku tahu dia sedang tidur. Aku tahu dia tengah mimpikan Mia. Aku tahu. Tapi aku mahu cakap juga.
Aku melangkah perlahan-lahan ke pintu. Aku perlu balik ke tingkat empat. Aku pusing untuk melihat Elijah buat kesekian kalinya.
Hari ini aku pilih untuk jadi bodoh. Aku pilih untuk jadi lemah.
Hanya untuk Elijah Amru Darcy.
Mia, apa yang telah kau lakukan?

0 gossip (s):
Post a Comment