"Kau ok Dell?"
"Ok"
"Tak nampak ok pon!"
Aku sengih paksa, konon mahu buktikan pada Suri aku ok.
Oh Tuhan, aku sendiri tak tahu apa yang dah jadi dengan aku. Kenapa hidup aku jadi tak tenteram lepas masuk ke rumah 54 itu?
Berhantu kah?
Mungkin Elijah itu hantu, hantu yang merasuk aku supaya jatuh hati padanya.
Hantu bermata hijau.
Hantu yang sentiasa membuatkan aku tak tenteram.
Hantu yang sudah tak kenal aku.
Hantu yang sentiasa ada perempuan yang cantik meneman di hospital.
Kau memang hantu Elijah!
Hantu!!!!
Aku tarik nafas dalam-dalam.
Aku rindu Rosa.
Dan aku pasti Harith juga rindukan Rosa. Wajahnya suram sejak Elijah dikejarkan ke hospital. Baliklah cepat Rosa!
Lamunan terhenti. Telefon menjerit minta diangkat.
Harley.
"Hello Lya, abang ni!"
"Ya"
"Is everything ok?"
"Ok"
"Abang nak bagitau yang abang dah daftar kursus kawin!"
"Ok"
Suasana sunyi 5 saat.
Aku mesti berterus terang, mesti.
Aku tarik nafas dalam-dalam.
"Bang, Lya-nak-cakap-sikit, boleh?" aku cakap perlahan lahan.
"La, kan Lya tengah cakap tu? Kenapa nak mintak izin pulak ni? Lawaklah Lya nih!Hehe"
Aku diam, membiarkan Harley ketawa sendiri.
"Sorry, sorry. Apa dia yang Lya nak bagitau?"
"Pasal kawin, boleh tak kita tangguh..."
"Ada masalah ke Lya? Cuba bagitau abang.." suara Harley berubah, risau agaknya. Hilang segala keceriaannya sekelip mata. Aku memang kejam!
"Lya nak cari ayah sampai jumpa dulu"
1-44 Kejamkah aku?
Labels: Odelia Osman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 gossip (s):
Post a Comment