'Kenapa dengan kita ni? Abang call berpuluh kali, satupun Lya tak jawab. Lepas kata nak tangguh, Lya terus larikan diri. Kenapa ni?'
Aku terdengar suara Henry seperti marah. Pintu kereta ku kunci lalu aku melangkah ke arah pintu utama. Odelia sudah tersedu sedan di depannya. Sudah... aku dah pujuk dia penat-penat, si Henry ini buat hal pula.
Agaknya Henry tidak perasan aku yang membawa Odelia pulang kerana aku turunkan Odelia terlebih dahulu sebelum ke tempat parking. Muka Henry berubah bila dia ternampak aku berjalan ke arah mereka. Henry ini baik orangnya. Itu juga yang aku beritahu Rosa dahulu. Tak mahulah pula aku masuk campur hal-hal orang lain. Tapi kalau dah di satu pihak itu sampai menangis, takkan aku hendak diam saja.
Aku beri sapaan mesra seolah-olah aku tidak terdengar apa yang dijeritkan. 'Hai, apa khabar Henry?'
'Hai,' jawabnya dengan baik. 'Harley, bukan Henry.'
Aku termalu sekejap. Kenapalah susah sangat untuk aku ingat namanya. Harley. Seperti motor Harley Davidson. Bukan Henry.
Aku bercadang untuk terus masuk ke dalam rumah. Tapi Odelia terang-terangan sedang menangis. Aku terasa satu keperluan untuk aku bertanya, 'ni okay ke kamu berdua ni?'
Aku bertanya selaku seorang abang yang melihat adik-adiknya bergaduh. Mungkin tidak sama jika aku bertanya pada Imran dan Farah, adik-adikku. Selalunya nada aku sudah naik kalau nampak Sofea menangis. Itu hampir 10 tahun lepas, waktu Imran dan Sofea masih kecil. Ah, fokus! Fikiran aku sangat mudah melayang meskipun di situasi yang separa genting seperti ini.
'Okay. Kami okay', jawab Odelia sambil mengesat air mata.
Aku tahu mereka belum okay. Tapi aku minta diri dari Harley dan tinggalkan mereka berdua untuk selesaikan masalah sendiri. Nanti, kalau aku masuk campur lagi besar masalahnya.
Aku menapak tangga ke tingkat 5. Pintu ku buka dan Chloe terus menyapa. Pandanganku dilemparkan keluar tingkap. Mia..
1-50 Selepas kopi
Labels: Harith Ali
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 gossip (s):
Post a Comment