Sunyi. Tidak, bukan kedai kopi ini. Tapi kami.
Nun di hujung sana sekumpulan wanita 30 atau 40-an sedang minum-minum. Ketawa. Banyak sekali beg-beg plastik di tepi meja. Seperti rimbunan pokok kecil mengelilingi taman. Baru lepas bershopping. Tentulah hati gembira.
Di beberapa meja selang dari kami ada beberapa wanita muda dan lelaki. Juga bermuka ceria. Ah, apa itu? Bermain daun terup di dalam kedai kopi ini. Oh, tidak. Kad UNO. Muka sudah matang. Tapi perangai? Bagaimana bisa bermain UNO di tempat sebegini? Salah seorang wanita muda mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya yang agak besar. Ah, jangan pula Jenga. Tidak. Hanya kamera.
Mereka semua gembira. Ceria. Kami?
Diam. Sepi.
'Harith, you okay ke?' sapa Mia.
'Ah, ya', suara aku sedikit serak. Aku hirup kopi Americano sedikit. Mahu basahkan tekak.
Aku okay? Aku tertanya pada diri sendiri. Mia beritahu Elijah sudah sedar. Mula-mula dia seperti hilang ingatan. Tapi beberapa lama, dia ingat satu persatu.
'Baguslah, so I can ask him why on earth he come and punch me!' aku beritahu Mia. Hari itu Mia kata dia tidak tahu. Tapi bila aku kata sebegitu, tiba-tiba dia menghela nafas panjang.
'Harith,' katanya lemah. 'I need to tell you something, and I think it's better for you to hear it from me'.
Aku sudah mula tidak sedap hati. Kalau mula dengan ayat itu, selalunya itu perkhabaran buruk. Tidak pernah baik. Tidak pernah.
Mia panjangkan ceritanya padaku. Perihal Elijah yang selalu mengajaknya keluar. Tentang dia yang keluar satu dua kali dengan Elijah. Berkenaan Elijah yang sudah jatuh cinta padanya. Tiada cerita tentang Rosa. Maksudnya Mia tidak tahu dan Elijah pun tidak beritahu. Aku buat telahan sendiri yang Elijah kecewa kerana Mia tolak cintanya sedang aku punya dua wanita.
'You got to choose one', terngiang pula kata-kata Imran.
Bagaimana mampu? Bila aku bercakap tentang kahwin, Rosa seperti mengelak. Tapi kami serasi. Mampu menghabiskan ayat masing-masing. Mia pula masih muda. Baru 24 tahun. Habis sahaja universiti, terus usahakan perniagaan bapanya. Tiga empat cawangan juga kedai buku itu di bandar ini.
Cinta dan rasa sayang ini bukan seperti harta. Harta - jika diberi akan luak. Cinta - siapa bisa ukur cinta ini lebih dari cinta itu. Setiapnya punya lebih dan kurang. Itu prinsip diriku. Atau mungkin juga alasan untuk tidak rasa bersalah pada Mia atau Rosa.
'Do you even like him?' soalan mudah pada Mia.
Tapi sukar sekali Mia menjawab. Aku sudah 30 tahun lebih. Aku punya pengalaman. Aku tidak perlu tunggu begitu lama untuk fahami hati Mia.
'I don't know', Mia jawab dengan perlahan. 'I'm confused Harith'.
Aku sedikit kecewa. Benar, cinta Mia padaku mungkin tidak berubah. Itu puncanya dia selemah ini. Tapi aku juga tahu, siapa yang mahu berkongsi? Bukan aku. Aku tahu aku mula bertelingkah dengan diri sendiri.
Walau raut mukaku seperti marah. Atau serius. Tapi aku sedang kasihan pada Mia. Rasa bersalahnya kerana dia menduakan aku. Mindaku menyuruh aku berterus terang. Beritahu padanya tentang diriku. Tentang Rosa. Biar dia tahu yang aku bukanlah mulia. Biar dia sedar yang mungkin Elijah lebih baik buatnya.
'Mia'. Aku letakkan cangkir kopi di atas meja. Aku lihat matanya. Mia diam menungguku bersuara.
'Do whatever you feel is right for you. Ya?'
Itu kata-kata akhirku sebelum aku mohon diri. Aku masih belum kuat untuk beritahu yang sebenarnya...
1-43 Diam
Labels: Harith Ali
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 gossip (s):
Post a Comment