1-64 Loser!

Aku mengeluh keras. Salad dan jus oren dalam tray masih tidak bersentuh. Makin ramai manusia dalam Kafe Chick! waktu makan tengah hari ini. Aku meramas rambut dan mengikatnya tocang satu di belakang.

‘Don’t do that’ lembut sahaja empunya suara sebelum duduk di sebelah ku. Wanita berkulit hitam tetapi anggun dalam blazer baldu hitam dan blouse putih, dikenakan dengan skinning jeans biru gelap itu tersenyum memandangku. Penyambut tetamu yang aku tegur pagi tadi sebelum berjumpa dengan Miss Wirda.

‘Amelia’ ujarnya sambil menghulurkan tangan.

‘Zanna’ aku sahut dan tersenyum mesra, ada juga kawan untuk berborak.

Aku lepaskan balik rambut dan biarkan ia lepas terurai.

‘How’s your first day?’ dia bersoal berbahasa basi. Traynya juga dipenuhi dengan salad sayur dan roti serta jus epal.

‘ Teruk. Rasa macam loser’ aku menjawab. Benar, rasa teruk sekali. Sudahlah bangun lambat, tersalah pakai heels warna berlainan. Sebaik sahaja Miss Wirda melihat aku, disuruhnya aku pergi berjumpa Kamal, pembantu peribadinya yang kemudiannya menyuruh aku membancuh teh dan kopi untuk semua staf. Seharian, dari pagi sehingga tengah hari, aku hanya jadi tea lady!

‘ Deal with it. kerja sini susah. nampak glamour tapi teruk macam hamba’ balasnya terus terang.

‘I mean, I datang nak praktikal nak belajar something. tapi apa aku buat hari ini? Jadi tea lady’ aku ambil garfu dan mencucuk sayur-sayur kemudian menyuakan ke mulut.

‘Well, you student, intern di sini. Teorinya you hamba abdi untuk semua’ dia membalas. jujur juga.

aku mengeluh sekali lagi.

Dan aku habiskan seharian hari pertama dengan kerja-kerja remeh dengan heels merah kuning.

-

Aku tahan teksi untuk pulang ke rumah. Penat dan kecewa belum hilang. First imperssion yang sangat tidak elok. Aku hanya memejamkan mata sepanjang perjalanan. Tubuh terasa tidak bermaya. Sebaik sahaja sampai di hadapan Rumah No 54, aku terus membayar dan turun. Tak sabar rasanya hendak sampai rumah dan bersiram agar semua stress hilang.

Di belakang, ada kereta yang berhenti. Aku tidak endahkan, mungkin salah satu penghuni di sini juga.

Aku buka pintu dan campakkan kasut celaka dan lemparkan beg bimbit dan handbag. Menghempaskan diri di atas sofa putih depan telivision. Aku mencapai remote control untuk menghidupkan Hi Fi yang kemudiannya berkumandang instrumental Kitaro yang mendamaikan.

Aku mahu tenang sahaja malam ini, tidur awal, bangun awal esok pagi dan mulakan hari baru dengan lebih baik. Ini kerjaya yang aku mahukan, perlu berusaha lebih keras.

Blackberry tiba-tiba berbunyi. Aku lihat nama yang timbul. Hati aku berbunga riang.

‘Hi Sayang’

0 gossip (s):