1-59 Semua yang tak terjangka

“Biar betul, you nak kawin? Dengan Harley?” bulat mata Rosa.

Ini entah kali keberapa aku keluar dengan Rosa selepas dia balik dari Jepun. Tapi inilah kali pertama aku ada peluang bercerita. Bercerita sebahagian kisah aku. Hanya kisah aku.

Aku angguk. Senyum.

"Dah pikir masak-masak?"

Aku mengeluh kecil.

“Nak pikir apa lagi? Selama ni saya yang takde hati perut, layankan sangat perasaan. Kesian dekat Harley.”

“Tapi you pernah kata you dah cuba nak sayang dia, tapi tak boleh. Correct me if I’m wrong.” Lain bunyi suara Rosa. Risau agaknya.

“Saya sayang dia, tapi sayang sebagai adik. Tak pernah terfikir pun akan kawin dengan dia. Langsung tak terfikir”

“So now?” Rosa mahu kepastian barangkali. Bersungguh-sungguh bertanya.

“Saya dah fikir. Saya rasa saya ni pentingkan diri sendiri. Saya takde orang lain dah Rosa. Saya hanya ada Harley”

“Takkan takde adik beradik lain? Saudara mara?”

Aku diam, membiarkan soalan bertiup dibawa angin lalu.

“You have me” Rosa terus pegang tangan aku.

“Eh..nanti Harith jealous!” aku tampar tangan Rosa. Geli sebenarnya.

Tiba-tiba kami ketawa geli hati. Terasa beberapa pasang mata di dalam kedai memandang. Aku terus pekup mulut, malu!

“I harap you bahagia Odelia. But if theres anything, you must let me know!”

“Terima kasih.” Aku senyum. Entah, aku rasa tenang sekali dengan Rosa. Aku harap aku ada kakak macam Rosa, untuk berkongsi cerita, untuk bermanja.

“Nanti teman saya beli barang untuk persiapan boleh? Majlis kecik je.”

“Of course dear! Im more than happy!” Lebar senyuman Rosa. Sangat cantik.

“Eh, I boleh cerita kat Harith kan?”

“Boleh” aku senyum.
“Ajak dia kawin sekali” Aku mengusik. Mahu tengok apa reaksi Rosa.

“Dia pernah ajak I kawin”

“Dah tu?”

“The time is not right yet dear. Nantilah”

“Jangan tunggu lama-lama, nanti dikebas orang kak!”

“Apa you panggil I? Rosa terkejut

“Erk..sorry!”Aku tergamam. Oh Tuhan, malunya! Macamana boleh tersasul ni?

“Mulai hari ni panggil I kak ok? I suka!” Rosa senyum.

Aku terkejut. Sangat terkejut. Dan aku turut senyum.

“Harith ada kat rumah?”

“Entah” aku jungkitkan bahu. Aku sambung minum air yang masih bersisa.

“Jom I hantar you balik. I nak jumpa dia!”

~

Kaki aku beku sebaik turun dari kereta Rosa. Jantung yang berdegup perlahan tiba-tiba menjadi kencang. Sangat kencang. Ada dua susuk tubuh di halaman rumah nombor 54 Jalan Pemberly. Seorang wanita cantik di sisi seorang lelaki berambut pendek ala tentera. Aku kenal mereka berdua.

Mia.
Dan Elijah!

Oh Tuhan!

“Harith!” jerit Rosa.

Aku nampak Harith yang baru turun dari atas.

Ini adalah kebetulan yang tak patut berlaku.
Tak patut berlaku.

Oh Tuhan!

0 gossip (s):