“Saya tatau apa-apa pun pasal persiapan kawin ni,” aku mengadu pada Rosa. Rasa resah menyelinap ke dalam tubuh.
Rosa menekan remote untuk mengunci kereta. Kami jalan beriringan menuju kearah lif berhampiran. Rosa diam, langsung tidak memberi respond pada aduan aku tadi. Dia buka cermin mata hitam dan letakkan di atas kepala. Lepas 30 saat, Rosa masih diam. Dia langsung tak pandang aku. Butang pada lif ditekan Rosa. Sebaik masuk dalam perut lif yang dipenuhi umat manusia yang tidak mahu ketinggalan membeli belah ketika jualan murah, Rosa pandang aku.
“We'll talk about this later, ok? Kita shopping dulu, kemudian kita duduk tenang-tenang sembang,” Rosa senyum. Tapi aku tau itu senyum paksa. Senyum yang dibuat-buat.
Aku angguk kecil, sambil mengeluh perlahan. Mungkin aku salah masa untuk bertanya. Mungkin Rosa ada masalah. Bergaduh dengan Harith? Tak mungkin. Dalam perjalanan tadi, dia nampak ok je. Entahlah, aku rasa dia ok.
Agenda kalau keluar dengan Rosa sentiasa sama. Melawat setiap kedai pakaian yang ada untuk meninjau kalau-kalau ada yang berkenan di hati sambil melihat-lihat harga. Kemudian lawatan kali kedua ke kedai yang menawarkan harga paling murah. Aneh, aku ingat orang kaya tak berkira fasal harga. Mereka boleh beli apa saja yang mereka mahu tanpa perlu timbang tara macam aku. Orang kaya tak perlu tanggung risiko makan mi segera di hujung bulan sementara tunggu gaji masuk kalau berbelanja dengan kurang berhemah, kan? Tapi Rosa lain. Dia selalunya bertanggungjawab dalam membeli belah, macam hari ni. Tapi hari ni mungkin dia terlebih bertanggungjawab, setiap kedai dia mahu masuk sampaikan kaki sudah rasa sakit-sakit. Melecet!
“Jom minum!” Rosa tarik tangan aku. Aku lega. Lega sebab kaki sudah sakit-sakit. Tekak pun sudah kering. Aku membontoti Rosa, menuju ke food court dalam kompleks membeli belah yang dipenuhi ramai orang, kebanyakannya pasangan. Sebaik pungung dilabuhkan atas kerusi, Rosa bersuara.
“Tadi you cakap pasal kawin. Erm, jadi jugaklah hujung tahun ni? Tak lama dah ni..” Rosa serius.
“Jadi, tapi tunda ke tahun depan. Harley kata dia bagi masa saya bersedia. Lega betul.” Aku senyum. Tapi Rosa tak senyum. Dia sedut fresh orange depan mata dan kemudian pandang tepat ke mata aku.
“Odelia, are you sure about this?”
“Apa pulak tak surenya. Kan dah cakap awal-awal hari tu. Lupa?”
“I know this has nothing to do with me. But for god’s sake this is your life. I just don’t want you to regret later. I’m worried.”
“Hah?” Pandangan Rosa pada aku lain, lemah tapi bermakna. Aku terkasima. Terkasima sebab Rosa cakap Bahasa Inggeris sangat laju. Terkasima sebab Rosa sangat ambil berat pada aku.
“You betul-betul yakin he is the one?” Aku tak tahu mahu angguk atau geleng atau jungkit bahu.
Aku diam. Aku perhatikan fresh orange yang aku kacau-kacau dengan straw, mengelakkan diri dari bertentang mata dengan Rosa.
“Ada 10 senarai yang perlu dipatuhi kalau nak tau he is the one atau tak. In my personal view, kalau semua benda dalam list ni dipatuhi, he is the one.”
“Senarai?” Aku ingat mahu membeli belah barangan dapur je perlu ada senarai. Rosa keluarkan pen dan kertas dari handbag merah menyala berjenama Guess.
“Salin!” Aku terkebil2 mematuhi arahan Rosa.
“Satu, takkan pandang perempuan lain. Kalau kena goda dengan pompuan cantik macamana pun, dia takkan layan sebab di hati dia hanya ada you seorang.”
“Dua, menzahirkan rasa cemburu kalau kita sebut pasal lelaki lain.”
Aku berhenti menulis. Aku pandang Rosa. Apa benda yang aku salin ni? Rosa jegilkan mata, dan terus sambung.
“Tiga, dia cakap kalau suatu hari nanti kita dah tak cantik atau gemuk, dia masih akan sayang kita.”
“Empat, menerima kekurangan fizikal pasangan seadanya. Kalau dia komplen you gemuk misalnya, he is out of the list!”
“Takkan nak berterus terang pun salah. Kalau dia kata kita gemuk contohnya, sambil bagi semangat untuk kita kuruskan badan sebab takut kita berpenyakit..Kan ke tu tandanya sayang?”. Aku mencelah sebab tak puas hati.
“Odelia sayang, I cakap kalau dia complaint. Cuba dengar betul-betul. Yang you cakap tu bukan complaint. Itu teguran dan bagi semangat. Lain.” Aku diam. Hish, senarai dalam list ni aku sendiri tak faham, macamana nak ikut?
“Lima, kalau dia ada tujukan lagu, perhatikan lagu yang dituju. Suppose lagu-lagu itu melambangkan kesucian cinta.”
Aku mencelah lagi “Kalau saje-saje seronok nak nyanyi lagu kanak-kanak macam lagu wonderpets?”
“Odelia, takde orang bercinta menyanyi lagu kanak-kanak,” Rosa jegilkan mata.
“Enam, faham bila kita dalam masalah dan boleh jadi pendengar yang baik.”
“Tujuh, sanggup buat apa saja untuk buat kita gembira.”
“Lapan, bila kita bagi soalan-soalan yang sukar, jawapannya sentiasa memihak pada kita. Contoh, cuba tanya kalau you bagi kahwin lain, dia nak kahwin tak. Kalau jawab nak, he is out of the list!”
“Itu namanya jujur. Takkan jujur pun tak boleh?”
“Odelia, kalau awal-awal dia dah cakap nak kawin lain, maknanya he doesn’t deserve you!” Rosa terus menyambung senarai,
“Sembilan, tidak takut bercakap 'I love you' dan memaksudkannya”
Aku terdiam. Harley pernah cakap kah? Entah, aku tak ingat.
"Kalau dia tak nak cakap sebab rasa perkataan tu sangat bermakna?"
"Itu tandanya he is not confident. He is not sure. Dia sendiri tak tau apa yang dia nak. Orang macam tu should be out of the list!" bersemangat betul Rosa.
“Sepuluh, kita pun rasa sama bagi nombor satu sampai sembilan”
Aku terdiam. Soal hati dan perasaan perlu ada senarai? Kisah cinta Rosa juga berpandukan pada senaraikah?
"Kak, nak tanya boleh? Belum kawin dengan Harith sebab list tak dipatuhi?"
"Number one," Rosa senyum.
Aku diam. Dan imej Mia dijana oleh otak.
Mia, yang lukakan Harith.
Mia, yang lukakan Rosa.
Mia, yang lukakan aku.
Mia, yang bahagiakan Elijah.
"Until you are sure that he is the one, kisah cinta you mematuhi 10 senarai ni, baru kita sembang pasal persiapan kawin. Ok?"
Aku senyum, paksa.
Semua orang bercinta ada senarai ni ke?

0 gossip (s):
Post a Comment