1-52 Aku sudah tidak peduli

Aku kuis kuis nasi putih dengan telur mata dan kicap. Hilang selera terkenangkan apa yang telah berlaku.
Sedih.
Geram.
Aku kena marah dengan Harley. Ini kali pertama aku kena marah dengan sesungguhnya oleh Harley. Benci!
Dan sesi kena marah oleh Harley masih bermain-main dalam fikiran. Satu demi satu babak terpapar dengan jelas. Masih jelas.

“Sekarang cakap, apa masalah sebenarnya?”
“Mana ada masalah”
“Dahtu kenapa jadi macamni? Abang dah tak faham Lya sekarang ni. Abang dah tak kenal Lya. Dulu Lya ceria je, sejak jadi cikgu ni Lya dah jadi lain. Stress sangat? Kalau stress berhenti je lah! Abang ada kawan boleh tolong!”
“Mana ada lain. Sama je”
“Lya tak bagi abang call, abang ikut. Lya tak bagi abang sms, abang ikut. Lya tak mau selalu jumpa, abang ikut. Walaupun abang sebenarnya rasa pelik, pelik sangat”.
“Lya tak mau susahkan abang, tak mau abang habiskan duit untuk Lya”.

Peliknya, ni cerita sejak 3 tahun lepas lah! Memang dari berkawan lagi aku memang tak suka Harley call atau sms. Kenapa mengungkit benda yang sejak dulu berlaku? Kenapa sekarang baru nak komplen?
Suasana jadi sangat tegang bila Harley masih marah-marah.

“That’s my money Lya! Hak abanglah abang nak buat apa! You don’t have to tell me what to do with my money!” Harley genggam erat stereng kereta, dan terus melepaskan kemarahan.
“Ni, bila abang ajak kawin, nak tangguh pulak. Dulu kata ayah dah meninggal, ni tetiba pulak nak cari ayah? Series, abang dah tak faham”.
“Bila masa Lya cakap ayah dah meninggal? Lya kata Lya takde ayah. Abang yang pandai-pandai buat kesimpulan sendiri!”
“Dah pandai tinggikan suara kat abang! Lya nak break off ke?”
“Apa yang abang merepek ni? Malaslah nak cakap apa-apa. Abang nak kawin sangat kan? Oklah, kita kawin esok! Lya nak naik atas, nak tido!”

Pada masa itu, perasaan sedih sudah bertukar menjadi geram. Geram sangat! Aku memang tak suka dimarah-marah macam budak kecil!

Harley tarik lengan aku sebaik aku buka pintu kereta.

“Sorry Lya..” dia tarik nafas dalam-dalam sambil mengaup rambut.
“Abang tatau apa yang dah jadi sekarang ni. Abang tension pasal kita, pasal kerja”

Wah, mudahnya minta maaf. Lepas dah beremosi dengan aku, marah-marah aku, tuduh aku macam-macam, dah buat aku menangis, minta maaf macam tu je?
Aku diam, macam orang bisu.

“Kita cari ayah Lya sama-sama ok?” Aku hanya diam. Geram!
“Lusa abang kena kursus di India tiga minggu, Hydrabad”
“Lya nak tidur” aku terus keluar dari kereta dan jalan laju-laju naik ke tingkat empat.

Pergilah! Aku sudah tidak peduli.
Aku tidak mahu peduli pasal Harley.
Aku tidak mahu peduli pasal Elijah.

0 gossip (s):