Sudah seminggu Harley balik dari India. Hari ni Harley datang, ajak keluar. Lepas perang besar tempohari, aku semakin sedar salah aku pada Harley. Aku semakin sedar sikap pentingkan diri yang menjalar dalam diri aku. Aku tak pernah fikirkan perasaan Harley, sedangkan dia sentiasa fikirkan aku. Sentiasa mahu bahagiakan aku. Hari ni sekali lagi dia sanggup meredah 90 kilometer semata-mata mahu jumpa aku.
Awal ku melihat
Kuyakin ini bukanlah yang biasa
Mengagumkan
Melemahkan aku melihat tatap matanya.
Tangan aku laju tekan butang ‘next’. Aku tak mahu dengar lagu ni!
“Eh, kenapa tukar? Bukan minat kat Peterpan ke?”
“Saje, nak dengar lagu lain.”
“Kot ye pon cuba la tunggu lagu tu habis. Kan abang tengah dengar ni..” Tangan Harley laju tekan butang ‘back’.
Lagu Khayalan Tingkat Tinggi berkumandang lagi. Benci! Aku jeling Harley. Tak puas hati!
“Tukarlah..nak dengar lagu lain..” aku separa merayu.
Harley diam. Dia menjeling tajam.
“Yelah, yelah. Mula dah tu buat muncung cencurut!” Aku senyum. Tektik berjaya! Lagu rancak berkumandang sebagai ganti. Entah lagu apa. Tak pernah dengar. Kalaupun pernah dengar sekalipun, mesti akan rasa macam tak pernah dengar sebab Harley tiba-tiba bersemangat menyanyi sama, terpekik-pekik dalam kereta.
“Kamu yang bawaku terbang kamulah jua yang membaca cinta ke jalannya.
Kamu yang bawaku terbang ke bintang kejora cinta kita.
Kekal untuk selamanya aaaaaaa”
Aku tergamam. Buang tebiat agaknya! “Abang nyanyi ni istimewa buat Lya”
Aku ketawa. Mula-mula geli hati. Kemudian, rasa sayu datang mengganti. Entah kenapa. Aku palingkan muka ke arah Harley. Aku tatap sisi kiri wajahnya. Lama. Aku tak pernah sekalipun pandang wajahnya lama-lama.
“Kenapa? Baru sedar abang hensem?” Harley pusing pandang aku.
“Lya bukan tengok abang lah. Tengok benggali kereta sebelah. Perasan!” Harley terus berpaling ke arah kereta yang sedang bergerak selari di sebelah. Aku pandang ke luar, tersenyum. Aku tahan geli hati tengok gelagat Harley. Dan aku tahan sebak di hati.
Aku takkan sakiti Harley lagi, aku bisik dalam hati.
~
“Sapa tu?” Aku berpaling ikut arah lirik mata Harley. Ada satu susuk baru turun dari teksi. Perempuan. Putih, kurus, tinggi, sangat bergaya. Susuk itu masuk ke dalam perut rumah 54, menghilang dari pandangan.
“Entah. Melawat kawan kot.” Dalam otak sudah ligat terbayangkan Harith. Entah kenapa. Terus rasa geram menjalar-jalar. Janganlah dia sakiti hati Kak Rosa..
“Kirim salam. Boleh tahan awek tu” Harley buat muka serius. Langsung tak senyum. Menyampahnya.. Kenapa pulak nak kirim salam?
“Ada kertas dengan pen?” Aku tanya Harley.
“Nak buat apa?” Dia sua pen dan secebis kertas.
“Nak bagi nombor telefon abang kat dia lah. Takkan kirim salam je kot.” Aku tulis nombor telefon Harley atas kertas. Aku tulis HARLEY PTD besar-besar. Harley tarik kertas dari tangan aku, terus keronyokkan.
“Orang main-main je la..Itu pun nak jealous.”
Aku jelling Harley. Aku buat muka masam. Tapi hati aku senyum.
1-63 Hati yang tersenyum
Labels: Odelia Osman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 gossip (s):
Post a Comment