Dua hari sejak aku berjumpa Suzie, aku tidak boleh fokus kerja, tidak boleh buat apa-apa. Maka, hari ini aku ambil keputusan untuk pulang awal. Ajakan Amelia untuk keluar minum selepas kerja aku tolak lembut, ada hal alasanku. Sedangkan aku sengaja mahu bersendiri. Erik juga senyap selepas malam itu, selepas dia menangis di pelukan ku erat.
Dalam perjalanan pulang, sengaja pula aku mengambil bas, turun di perhentian agak jauh dari Rumah No 54. Suasana agak mendung petang itu, tidak ramai orang yang beriadah di tepi tasik. Kenangan malam itu, selepas tengah hari aku berjumpa Suzi mula membuka tirai satu persatu.
Dingin malam mula menusuk sebaik sahaja aku turun daripada teksi. Aku pandang sekeliling, tiada apa yang pelik malam ini. Bulan separuh bersinar terang, langit malam pekat sekali dengan kerlipan bintang bagai neon terangi lorong. Di hujung blok, ada kereta yang diparkir. BMW 5 series warna hitam metalik, aku cam pemilik kereta itu. Aku cepat berlari masuk ke dalam Rumah No 54, dan menaiki tangga. Aku buka pintu, dan di sofa, tersidai blazer hitam, dan di ruang pintu masuk, ada kasut kulit hitam. Di balkoni, ada lelaki sedang berbaring di kerusi malas. Erik!
Dia sedang menghisap rokok. Memang sejak aku pindah ke sini, aku tempah kunci pendua untuk dia. Supaya dia senang keluar masuk. Aku masuk ke dalam bilik, ambil sehelai selimut untuk dia dan cardingan untuk aku pakai. aku bergerak ke balkoni dan menyelimutkan dia. Dia membetulkan baringnya dan tersenyum memandangku. Aku usap rambut coklatnya nya senang, kulitnya yang putih nampak menawan dalam remang malam. Kumis dan goatee menambahkan kacaknya. Mata birunya bak nilam malam hari.
Aku beredar ke kerusi malas di sebelah kanan meja kopi dan duduk. Aku pandang dia, dia tersenyum.
Beberapa ketika, masing-masing diam. Dia memandang ke langit, dan aku pandang dia. Dia, si Erik, suami orang ini, langit aku.
‘Bulan separuh’ dia tunjuk padaku, masing-masing memandang bulan yang hanya nampak separuh malam ini.
‘Apa cinta macam bulan?’ Dia bersoal
Aku pandang dia, tidak faham.
‘Ada ketikanya sabit, separuh, dan akhirnya penuh. Cinta begitu jugakah? Ada masanya kelam kusam, ada masanya bergemerlapan. Berkitar-kitar, berganti-ganti’
‘Mungkin’ balasku ringkas.
‘Dulu, siang malam I rindukan Suzie, berita gembira, berita sedih i mahu berkongsi dengan dia. Semuanya tentang dia, semuanya kerana dia, kerana itu I kahwini dia. You tahu waktu dia kata iya bila i lamar and watched her walked on the aisle made my life perfect, so i thought, till i meet you’ dia masih memandang bulan. Dia nyalakan lagi sebatang rokok.
Aku terasa ngilu dalam dada. Akukah perampas?
‘ I worshiped marriage, i believed in the institution. I dreamed meeting a girl that I truly and deeply love and wanted to spend my life with her. I thought she was Suzie..’ Dia bersuara lagi, suaranya memenuhi ruang malam yang sunyi.
‘Tapi sekarang i teringatkan you, i cintakan you, sayangkan you, i mahu kongsi segalanya dengan you. Balik rumah i tak tenteram, i am obliged to go back to her not that i wanted to’ Dia mengeluh berat, dihisapnya rokok dalam-dalam dan dihembuskan sejauh mungkin seolah asap itu membawa segala kebimbangan dan rasa bersalah yang wujud.
Erik pandang aku, matanya bergenang.
‘What kind of man that I’ve become, Zanna? Can you tell me?’
Aku terpaku di situ, aku sendiri tidak punya jawapan. Wanita jenis apa aku ini?
Aku bangun, aku dekatkan kepalanya ke pinggangku, dan dia peluk erat.
Dia menangis bak anak kecil.
Apa satu dosa jatuh cinta pada seseorang yang sudah jadi milik orang lain? Adakah kerana Suzie berjumpa dengan Erik dahulu menjadikan aku jalang dan perampas? Bagaimana kalau takdir berubah, Aku yang berjumpa dahulu dengan Erik, mungkinkah semuanya akan jadi cinta agung yang suci?
Takdir, apa rencana Kau?
Aku sampai di pintu rumah, menghempaskan diri di sofa depan telivision. Aku capai remote control dan layar skrin mula memaparkan isinya. Aku tidak menumpukan perhatian. Aku bangun dan menuju ke bilik air. Aku mahu mandi, menyucikan kotoran yang serasa melekat sampai ke jiwa.
Usai mandi, aku ke dapur. Terpandang seterika atas meja. Aduh, aku terlupa pulangkan, mesti Harith tercari-cari. Aku ambil seterika letakkan dalam beg kertas besar warna merah hati, kemudiannya ke dapur, ambil sebalang biskut coklat chip yang sentiasa ada dalam simpanan dan letakkan bersama seterika dalam beg kertas.
Aku naik ke atas, mengetuk pintu tingkat lima itu berulang kali. Tiada jawapan, keluar barangkali.
Turun semula ke bawah, ambil kertas dan pen dan tinggalkan nota terima kasih dan maaf. Nota dan beg kertas berisi seterika dan biskut coklat chip itu aku tinggalkan di depan pintu rumah.
Malam ini aku mahu bersendiri. Mencari jawab pada tanya yang berlegar-legar dalam kepala.

0 gossip (s):
Post a Comment