Aku penat.
Hari ini sangat meruntun jiwa.
Aku mahu buang drama dalam hidup. Aku sudah tidak mahu lagi jawab persoalan-persoalan hidup. Cinta? Kahwin? Aku sudah penat.
Rosa ajak keluar makan seperti biasa. Aku tolak. Aku tidak ada mood. Aku mahu layan makanan gerai di depan rumah. Itu lebih baik.
Pagi aku tidak tenang. Aku dapat panggilan dari semalam. Satu pun aku tidak jawab. Entah berapa voice mail telah dia tinggalkan.
Aku sudah biarkan ia pergi. Kenapa mahu lagi kacau hidup aku? Aku tidak dengar voice mail. Aku baca sms yang ia tinggalkan, kemudian aku padamkan cepat-cepat. Tidak mahu membaca buat kali kedua. Katanya aku begitu dingin. Katanya aku penuh dengan grudge dan vengeance. Katanya kami ini kawan.
Apa yang dia mahu? Nampak dia dan Elijah lantas aku menegur mesra?
Entahlah.
Mia. Selamat tinggal. Aku padankan nada bunyi 'silent' pada nama Mia. Biar lain kali dia telefon, tiada getar, dan tiada lagi bunyi. Seperti mana hatiku yang sudah tidak bergetar buatnya.
Ketukan di pintu.
Aku mengintai dari lubang di pintu. Eh, perempuan pagi tadi. Lantas aku buka.
'Hi, saya Zanna', pantas dia memperkenalkan diri. 'Boleh I pinjam iron tak? Iron I tiba-tiba rosak'.
'See...', fikirku. Bunga bukan sekuntum.
1-65 Kelu
Labels: Harith Ali
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 gossip (s):
Post a Comment